Part 1: Liku-liku Sepanjang Mengandung 2015

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Perhatian:
Entry ini sangat panjang lebar dan telah mendapat izin en.suami. Sekian.

Hai semua! Sebelum ini cx ada kongsikan tentang Pengalaman Bersalin Anak Pertamakan? dan cx juga ada cakap nak share liku-liku sepanjang mengandung. Kalau korang perasan, cx ada update entry semasa dimasukkan ke dalam wad. Boleh terjah dekat SINI , SINI dan SINI.

Okay cx mulakan cerita daripada awal ya. Pada 19/01/2015 sepatutnya cx dah datang bulan, tetapi seminggu sebelum lebih kurang 14/01/2015, cx dah mula rasa tak sedap badan dan naluri cx sering berkata-kata. Cx minta izin en.suami untuk buat urine test. Awal subuh lagi cx dah buat. Excited sekali. Masa buat urine test tu, pakai pregnant test biasa-biasa sahaja. Around RM6 - RM10 harganya. Selepas follow procedure test pad itu, cx tunggu tiga minit, mata memang fokus habis dekat line yang sedang bergerak. Fiuhhh~ dup dap dup dap. Isteri dan perempuan mana yang tak suka nak sampaikan berita gembira kepada suaminya? Betul tak? Selepas tiga minit, masih tiada apa-apa. Cx biarkan dan setelah 15 minit, Alhamdulillah naik double line tetapi second line itu sangat kabur. en.suami tanya macam mana result? Cx bagitahu naik double line tetapi sangat samar.  Kalau diikutkan, result selepas lima minit tak boleh di ambil kira.  Makanya fault.

Pada keesokan harinya, masih kuat naluri cx berkata-kata dan cx buat lagi urine test.  Urine test memang beli sampai dua. Haha Tunggu lima minit seperti yang disyorkan.  Alhamdulillah naik lagi double line waima second line itu masih samar tetapi sedikit terang daripada semalam. Syukur.  Tetapi masih belum boleh disahkan sebab test seminggu awal sebelum periodkan? Cx masih tak puas hati. Cx ajak en.suami pergi klinik dan macam biasa kalau result positif sebelum due period, doktor akan sahkan kencing kotor. Ianya adalah normal tetapi doktor Rahimah cakap, kalau lebih sahaja sehari lewat datang period dan urine test naik double line, makanya sah pregnant. Makanya balik rumah dalam keadaan hampa. Cx pujuk en.suami suruh beli urine test lagi. Haha tetapi en.suami tak bagi pada awalnya tetapi akhirnya en.suami belikan juga tetapi tak boleh test lagi. Tunggu sehingga lebih due even sehari, baru boleh buat urine test.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. 20/01/2015, pagi-pagi lagi dah beriya bangun buat urine test. Lepas titis sahaja urine dekat test pad, terus laju line bergerak. Line pertama .. DONE. Laju sahaja naik line kedua dengan jayanya. Yeah! Alhamdulillah. Tersengih tersenyum lebar apabila second line turut DONE! Syukur Ya Allahuakhbar.  Gembiranya hati hanya Allah sahaja yamg tahu dan naluri seorang wanita tak pernah salah kalau berkaitan mengandung ni. Betul tak? Alhamdulillah. Gembira hati dapat kongsikan dengan en.suami. Syukur teramat sangat.

To be continued ~

Pengalaman Bersalin Anak Pertama:
Part 2

Syukur Ya Allah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

3 Comments

Wanie Masduki said…
pagi tadi pun baru buat test..sebab dah lewat sehari..haha..laju je line kedua naik..tapi takut nak seronok dulu..nak g jumpa doc confirmkan dulu..huhu
CXopportunities said…
Wahh. Tahniah dear! InsyaaAllah ada rezeki. Jg diri baik2
alhamdulillah.. rezeki jgn ditolak. ;)