Sunday, November 3, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pynocare merupakan kombinasi ramuan tumbuhan semulajadi, yang boleh melindungi kulit daripada penuaan pra-matang, tona kulit yang tidak sekata.

Esen untuk Tona Kulit yang Sekata Bagaikan Kristal

☑️ Meningkatkan bio-availibility untuk penyerapan yang lebih baik.
☑️ Pynocare pertahankan kulit wajah dari radikal bebas kerana ianya kaya dengan antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas dan mengatasi tona kulit yang tidak sekata pada akarnya.
☑️ Pynocare juga sebagai pelindung UV yang meningkatkan pertahanan terhadap kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya UV.



Umum tahu bahawa banyak punca kepada terjadinya masalah kulit namun ramai yang tidak menyedarinya atau mungkin tidak mengendahkannya. Di sini cx senaraikan antara punca-punca berlakunya masalah kulit;

☑️ Cahaya Matahari : Faktor Utama
☑️ Perubahan Hormon : Kehamilan, Pil Kontraseptif
☑️ Masalah Endokrin : Tiroid dan Ovari
☑️ Kosmetik yang bertoksik pada cahaya : Merkuri, Asid Salisilik
☑️ Ubat-ubatan yang bertoksik pada cahaya : Antibiotik, Ubat Anti Keradangan.

Antara kesan kulit wajah kita bermasalah adalah hadirnya bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata.  Ianya disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi, atas bibir, hidung dan dagu. 


Kelebihan dan Manfaat Pynocare

1. Ektrak Kulit Kayu Manis Pain Maritim Perancis
☑️ Kaya dengan procyanidin oligomerik (OPCs) dan bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dalam menghapuskan radikal bebas. 
☑️ Berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E.

2. Vitamin C :
☑️ Merupakan Antioksidan Semulajadi
☑️ Melindungi kulit daripada UVA, UVB , dan cahaya yang boleh dilihat.
☑️ Menghalang penghasilan dan pembentukan melanin
☑️ Bekerjasama dengan Vitamin E.

3. Ekstrak D.Salina :
☑️ Membekalkan sumber semulajadi yang kaya dengan karotenoid, beta karotena.
☑️ Merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV.

4. Vitamin E :
☑️ Sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas
☑️ Memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan penuaan. 


Dalam setiap kotak mengandungi 5 × 10 kapsul sofgel.  Pengambilannya adalah 1 (baca: satu) kapsul 2 (baca: dua) kali hari. 

Jom cx kongsikan testimoni daripada pengguna Phynocare.  Cx gerenti korang akan teruja untuk cuba juga supplemen ini. Iyalah, boleh membantu melindungi kulit wajah kita. Siapa yang tak nak kan?


Kalau nak dapatkan supplemen Pynocare ini, mudah sangat! Tekan dan pilih sahaja mana-mana medium yang korang selesa untuk berurusan. Sekarang semua di hujung jari. Betul tak? Rujuk link dibawah;


•Lazada:
•CARiNG:

•Watsons:


Jom kekalkan keremajaan
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tisu Basah Bayi HaYanBom Bebas Bahan Merbahaya dan Selamat Digunakan|Hai semua, Siapa yang ada anak kecil? Baru melahirkan bayi? Haaa, sudah pasti kita para ibu memerlukan tisu basah untuk anak-anak. Penggunaan tisu basah sudah menjadi benda wajib dan bukannya perkara baru dikalangan para ibu.  Cx pon menggunakan tisu basah untuk kegunaan bersama seisi keluarga. Ada kepentingannya tisu basah ini kepada kehidupan seharian kita. Bukan hanya untuk bayi dan kanak-kanak sahaja. 


Sejak dah nak bersalin ini, Alhamdulillah rezeki anak dalam perut barangkali.  Cx jumpa dan mula kenal dengan satu produk yang diimport khas dari Korea dan ianya selamat digunakan iaitu Tisu Basah Bagi HaYanBom. Memang terbaik! Makluman korang, tisu basah HaYanBom terbahagi kepada tiga siri iaitu;



Biru Tua (Besar - 82 helai) : Paling tebal tisunya dan kuantiti kelembapan air adalah lebih, tisunya mempunyai tekstur yang lebih dalam, jadi ianya sangat sesuai dan mudah untuk kita gunakan bagi mengelap punggung bayi. Ini nanti cx tak sabar nak guna untuk anak cx yang bakal lahir !


Biru Muda (Sederhana - 72 helai) : Paling nipis dan kuantiti kelembapan airnya sedikit, ianya sesuai untuk mengelap mulut. Jika mulut terlalu lembab apabila dilap pon akan menyebabkan ketidakselesaan. Betul tak?

Merah Jambu (Kecil - 20 helai) : Ketebalan tisu adalah sederhana dan boleh digunakan untuk lap apa sahaja. Jadi, tisu basah merah jambu ini sangat sesuai untuk diusung kemana sahaja! Cx memang letak dalam beg anak. Mudah nak lap apa² kalau keluar berjalan.  Almaklum anak-anak kecilkan kalau makan dia punya meriah tu boleh dibayangkan. Hehe


Selalunya anak-anak suka main² dengan tisu basah macam ni.  Kadang² ada jenis tisu basah mempunyai bahan yang mungkin memberi kesan negatif kepada mereka lebih² lagi sejenis kulit sensitif.  Tapi dengan HaYanBom ini InShaaAllah  jangan risau sebab mereka menggunakan bahan selamat dan melalui ujian bebas toksik serta kulit sensitif.


Makanya, anak kecil kita akan rasa seronok dengan menggunakan HaYanBom ini dan sudah pasti warga mak² akan lebih tenang dan bahagia juga. Tak gitu mak²? HaYanBom juga cuba sebaiknya untuk minimumkan harga agar semua orang boleh dan mampu milik serta dapat menggunakannya dengan mudah dan harga murah untuk tisu basah yang diimport ini. InShaaAllah.


Tisu basah Bayi HaYanBom adalah terbaik yang mengambil kira tentang kesihatan bayi. Diimport dari Korea. Ianya selamat digunakan ke atas kulit bayi.  Sesuai juga untuk penggunaan tangan dan mulut. Paling best, ianya tidak melekit! Selesa sangat pakai! Memang sangat disyorkan! 

☑️ Bahan² Gred Makanan ☑️ Tiada Alkohol, Paraben dan Bebas Pewangi ☑️ Mempunyai GMP ☑️ 100% Air Bersih


Instagram: @corakiddo_hayanbom_malaysia

Sayangi dan Lindungi Anak Kita
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu




Sunday, October 27, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Festival perayaan cahaya, Sunway Group melancarkan #SunwayForGood untuk memberi senyuman kepada 900 sekolah anak² Perak yang memerlukan.  Sementara ramai menyambut festival ini dengan kegembiraan, hidangan lazat dan pertemuan besar, namun, sentimen sama tidak dikongsi oleh komuniti kurang mendapat perhatian, terutamanya dalam masyarakat B40.  Sunway Group berharap agar dapat membawa keceriaan kepada komuniti tersebut pada festival kali ini.

Group Photo
Program #SunwayForGood Keceriaan Deepavali disokong oleh Pejabat Ahli EXCO Perak, Jabatan Pelajaran Perak, dan sahabat handai dibentuk sebagai satu tindak balas segera terhadap kajian yang ditunjukkan walaupun terdapat penurunan kadar keciciran dari 0.35% pada 2016 kepada 0.29% dalam 2017, kadar keciciran tertinggi adalah kanak-kanak daripada kumpulan B40 kerana ketidakupayaan ibu bapa mereka membiayai perbelanjaan sekolah.

Sunway, Perak EXCO, students

Sunway Group Brand Marketing and Communications General Manager Bernard Paul with the benefitting school children
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai YB Sivanesan Achalingam yang hadir pada majlis itu memuji inisiatif Sunway Group sebagai salah satu yang menyokong tumpuan Kerajaan Perak untuk menaikkan isi rumah B40.
"Kerajaan Perak telah mengambil beberapa langkah positif seperti pengenalan Kad Perihatin Perak, pengembangan projek pertanian masyarakat, rebat bil elektrik, air percuma dan sesi latihan untuk usahawan kecil serta sederhana untuk membantu kumpulan B40 mengurangkan beban mereka
"Pengasas dan pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah percaya bahawa pendidikan yang ditawarkan adalah laluan terbaik keluar daripada kemiskinan. Kami berharap dengan menjangkau 900 pelajar utama dari kumpulan B40 dan menyediakan mereka dengan keperluan sekolah, para pelajar akan bermotivasi untuk meneruskan pendidikan masa depan lebih cerah. Inisiatif #SunwayForGood telah mencapai sehingga 40,000 penerima, dan Sunway Group berharap dapat menjangkau 50,000 penerima pada penghujung tahun ini. "
Pelancongan Pendidikan di Lost of Tambun;

Sunway volunteers having a memorable moment with school students




Program ini telah dilancarkan pada 13 Oktober di mana 160 kanak-kanak sekolah dari pelbagai sekolah termasuk SJK (T) Klebang, SJK (T) Ladang Chemor, SJK (T) Kg Simee, dan SJK (T) Ladang Strathisla Lost of Tambun untuk mempelajari tentang pelbagai haiwan di dalam zoo serta bagaimana untuk membina wilayah.  Selain peluang belajar, para pelajar menerima bekalan sekolah termasuk beg sekolah, alat tulis, air dan bekas makanan, multivitamin, ubat gigi, sabun cuci mulut dan sabun mesra alam Sunway Hotels & Resorts dari Wong Wan Wooi serta YB Sivanesan Achalingam.

A merry train ride in the Lost World of Tambun

A Park Ranger at the Petting Zoo playing with the school children
Petting Zoo rangers educating the children about animals
School student getting to know a python at the Lost World of Tambun's Petting Zoo

R.E.A.D. Program
Sunway Group akan memulakan program Sunway R.E.A.D (Reading Increases Aspiration and Drive) di mana perpustakaan sekolah SJK (T) Klebang akan diubah suai. Selain daripada kerja-kerja membaik pulih, Sunway Group juga berusaha untuk melengkapkan perpustakaan dengan buku-buku yang diperlukan untuk tujuan pendidikan. Sunway 

Program Bantuan Literasi ICT
Memulakan program Bantuan Literasi ICT pada tahun 2020. Program ini memberi tumpuan kepada pembelajaran digital, di mana para pelajar diajar asas-asas teknologi maklumat dan kemahiran pengaturcaraan.

Happy Students


Students with the #sunwayforgood poster

Sunway Management with the teachers and principal of SJK (T) Klebang, Chemor

Sunway promotes quality education for all

Video Deepavali
Bagi menyebarkan keceriaan perayaan Deepavali, Sunway Group telah mengeluarkan video Deepavali. Di negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, setiap perayaan disambut oleh semua rakyat Malaysia. Video ini memaparkan kepentingan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, dan bagaimana kita dapat menghargai dan merangkul keunikan serta perbezaan budaya kita.


Rebut peluang untuk memenangi paket Deepavali dengan menonton video dan menjawab soalan dalam pautan di bawah: https://www.facebook.com/166738750044444/posts/2772232512828375/

School Student Taking a Momento Photo at LWOT

Great Diwali Celebration
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Saturday, October 26, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Vit's Makanan (KL) Sdn.Bhd sebuah syarikat perdagangan makanan pada tahun 1975 dan secara berperingkat menceburkan diri ke dalam industri mi segera - usaha yang memanfaatkan tradisi pembuatan mi turun-temurun. Mi mereka mendapat kepercayaan para naturalis kerana terpelihara dengan teknik semulajadi.  Fokus utama mereka adalah bagi menjimatkan masa ketika berada di dapur.  Makanya, Vits hadir dengan kelazatan, bernutrisi dan mudah disediakan. Cepat, berkhasiat dan sedap! 

Review Keenakan perisa ini boleh rujuk di Instagram cx okay. Tq!: @chazaxiaojie
Bukan setakat itu sahaja, Vits Makanan juga banyak melakukan aktiviti bermasyarakat tau. Makluman, pada 4 Oktober 2019 yang lalu  mereka telah mengadakan Program CSR: Vit Dekat Di Hati dekat Pusat Transit Gelandang Jalan Pahang. Ini adalah program CSR pertama dianjurkan dan  berobjektif; mendekatkan lagi dengan masyarakat sekeliling yang memerlukan.


Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Jalan Pahang merupakan inisiatif kerajaan membantu mereka yang memerlukan, dimana dikhaskan untuk penghuni lelaki dan boleh menampung sehingga 250 orang pada satu masa. Pusat ini dikelola oleh En.Baharin dan diselia oleh En. Izzul Haziq Pengarah Zon Tengah  Yayasan Kebajikan Negara Malaysia. Pusat ini menyediakan tempat penginapan, kaunseling, bilik sakit, tempat menyimpan barang peribadi dan unit bilik mandi.



Pengarah Pembangunan  Perniagaan   Vit’s,  Encik Lai Yaeh Tat telah menyampaikan sumbangan waima ianya kecil tetapi diharapkan dapat memberi sinar baru kepada penghuni di sini agar mereka terus merasakan bahawa masih ada insan yang prihatin kepada mereka.
“Alhamdulilah dengan bantuan ini, kami harap dapat diteruskan agar mampu memberi semangat  kepada penghuni di Pusat Transit ini” ulas En Izzul Haziq selaku pengarah Zon Tengah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia."

Inisiatif “Vits Dekat Di hati”  ini adalah tanda terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyokong produk Vit’s sepanjang 45 tahun semenjak penubuhannya. Produk Vit’s mendapat pengiktirafan Jakim Halal semenjak 35 tahun yang lalu kini dipelopori oleh generasi kedua. Semenjak 1975 lagi Vit’s telah banyak membantu pelbagai lapisan keluarga terutama keluarga besar dengan menyediakan sajian mee kering dan sihat, mudah disediakan serta mampu milik serendah RM0.50 sekeping.  Pihak  Vit’s juga telah merancang agar program sebegini dapat diteruskan.

“Kami berharap agar Vit’s dapat membantu lebih ramai lagi keluarga dengan menyajikan menu makanan yang berkhasiat dan dapat menerajui industri makanan Malaysia dengan lebih maju dan terus  menjadi pelopor jenama mee segera di Malaysia’. Jelas En Lai Yaeh Tat lagi.


Sebarang   infomasi   serta   maklumat   mengenai   Vits,   sila   hubungi   603   6093   3999   atau baizura@vit.com.my / Bahagian Pemasaran Puan Baizura atau layari pautan di bawah:

Instagram, twitter, Youtube: VitsNoodle 

Pilihlah Makanan Bernutrisi
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Thursday, October 24, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kelmarin cx berkesempatan untuk hadir dan memeriahkan lagi kempen #JomTukar kepada yang lebih selamat oleh AFY Haniff Sdn.Bhd.  Apa yang menariknya adalah, AFY Haniff yang turut serta menyokong padu bersama sempena Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara di Dataran Pantai Tanjung Bidara Melaka telah membawa dan membuka ruang pengenalan kepada para pengunjung mengenai bahayanya racun serangga aerosol kepada sekeliling dan AFY Haniff memperkenalkan SWiPEL sebagai satu langkah terbaik bagi melindungi alam sekitar kita. 

Encik Amirul Firdaus.
Managing Director AFY Haniff Sdn Bhd.

Waima kempen #JomTukar ini masih belum dilancarkan secara rasminya, namun dengan join venture sebegini, AFY Haniff berjaya memberi pendedahan yang baik kepada para pengunjung.  Sempena Majlis Sambutan Alam Sekitar Negara ini, AFY Haniff telah mengadakan sesi penukaran PERCUMA bagi botol aerosol kepada SWiPEL sebanyak 20,000 unit. Ternyata AFY Haniff begitu komited dalam menjaga dan meningkatkan kesedaran para pengguna mengenai bahayanya penggunaan aerosol kepada kehidupan dan alam sekitar. Tahniah AFY Haniff !

Sesi #JomTukar kepada yang lebih selamat kepada SWiPEL AFY Haniff.




SWiPEL merupakan produk inovasi daripada penyembur serangga yang dahulunya dikenali sebagai serai wangi.  AFY Haniff menjenamakan semula dengan penggunaan nama baru iaitu SWiPEL yang kini lebih eksklusif dan dikenali ramai. SWiPEL mampu berfungsi membersihkan dan menghalau serangga dan ianya berasaskan bahan semulajadi, tidak beracun, selamat kepada manusia, haiwan dan persekitaran. Bersesuaian dengan Hari Alam Sekitar yang berlangsung kelmarin, #JomTukar kepada SWiPEL mampu memberi impak yang positif kerana ianya semulajadi dan lebih selamat! 

Sesi kunjungan ke booth AFY Haniff oleh Yang Berhormat. 

Team hebat AFY Haniff Sdn. Bhd

Produk AFY Haniff memang sangat disyorkan untuk penggunaan harian kita kerana ianya lebih selamat untuk manusia, haiwan dan alam sekitar. Tak perlu lagi risau akan kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang racun serangga kedalam hidupan harian. Cx memang galakkan korang turut serta #JomTukar kepada SWiPEL ini tau sebab cx pon sekarang pengguna SWiPEL! SWiPEL ini sangat wangi dan berkesan untuk menghalau serangga.  Bila cx sembur sahaja atas permukaan yang dikehendaki, dibiarkan dua tiga saat, kemudian cx lap. Permukaan akan jadi bersih dan wangi.  Tiada lari hurungan semut, lalat dan seangkatan dengannya. Sangat bagus! Cx dah guna lebih setahun. Puas hati sangat! Jom tengok sikit inovasi baru SWiPEL yang telah dipertingkatkan. 

Inovasi Serai Wangi kepada SWiPEL

Penghalau Serangga dan Pencuci
Spray (650ml/375ml/250ml)

Penghalau Serangga dan Pencuci
Pekatan (2L/900ml/500ml)

Minyak Pati Penghalau Serangga
Hanging (10ml)

Penghalau Tikus dan Lipas
Kiub

AFY Haniff merupakan Syarikat yang menjadi hakmilik warisan keluarga.  Produk mereka telah berjaya menembusi beberapa negara asean serta seluruh Semenanjung Malaysia khususnya adalah 100% anak jati tempatan Melaka. 

Jika korang berminat untuk mendapatkan produk AFY Haniff, bolehlah hubungi di talian +6017 566 8141 (Pn Nurul Adilah) atau +606 269 7599 untuk keterangan lanjut. Jom kita beli produk buatan Malaysia! Jom cx belanja sikit video kempen #JomTukar kepada SWiPEL sempena Hari Alam Sekitar Negara.


Facebook: AFY Haniff
Instagram: @afyhaniff_consumer

Jom Tukar kepada SWiPEL
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, October 14, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Haritu cx berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Majlis Pelancaran MBH Skin Expert di Sungai Udang Melaka.  Ini merupakan cawangan ke-2 di Melaka sealain di Ayer Keroh dan ianya merupakan cawangan ke-25 di seluruh Malaysia. Tahniah cz ucapkan buat MBH Skin Expert! 

MBH Medispa dikenali sebagai salah satu pusat rawatan kecantikan bumiputera terkemuka di Malaysia yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam industri spa dan estetik. Puan Yaya Mohamad merupakan penanung MBH Medispa yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah.  2010, Puan Yaya mengembangkan perniagaan beliau dengan membuka premis pertama di Kajang Selangor. Menumpukan kepada aspek rawatan kecantikan wajah dengan penggunaan mesin moden dan produk halal.

MBH; singkatan kepada Maya Beauty House dan Medispa; gabungan perkataan 'Medical' dan 'Spa'. Tahun 2008 didaftarkan di bawah naungan MOHA GROUP SDN BHD. 

☑️ Slogan; Beauty in Loving Hands
☑️ Konsep Mesra Pelanggan
☑️ Rawatan Insentif; Merawat Kulit Lebih Terperinci
☑️ Puan Yaya mendapatkan pendidikan tambahan di Institut Aesthetics Perubatan di Jakarta demi perkhidmatan yang lebih baik.
☑️ Sentiasa memberikan rawatan wajah "up-to-date" dan berkesan dengan gabungan sukatan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

MBH Medispa dijenamakan semula sebagai MBH Skin Expert.  Mempunyai rangkaian pusat rawatan rambut (MBH Haircare) dan Pusat rawatan pelangsingan badan (MBH Body Theory)

 1.0 MBH SKIN EXPERT
Rawatan kulit wajah dimulakan dengan pelanggan menjalani sesi perundingan bersama pakar dan sesi analisa kulit wajah menggunakan mesin khas. Proses ini penting bagi mengenalpasti masalah kulit pelanggan mengikut peratusan tahap serius sesuatu masalah kulit.  Rawatan yang dicadangkan pakar disesuaikan mengikut analisa wajah.

Sesi Analisa Kulit: Merawat Kulit; Kulit berminyak, kulit kering, parut jerawat dan berlubang, kulit nipis dan sensitif, jeragat

Sesi rundingan bersama pakar semasa menganalisa kulit dalam proses pertama sebelum rawatan dimulakan. 
Kulit Wajah pelanggan akan discan terlebih dahulu bagi mengetahui jenis dan tahap masalah yang dihadapi.

Peralatan mesin yang digunakan untuk rawatan kulit wajah. The Marpen adalah rawatan paling popular dan menjadi pilihan.  MBH skin expert juga menggunakan steamer untuk melembutkan wajah sebelum proses selanjutkan dijalankan. 

Mesin LED untuk masalah tertentu. Ikut masalah kulit. Contohnya acne akan guna warna hijau led.
Manakala PRP adalah untuk proses seumpama botox (Vampire) 

Dermaklair: Produk Asas MBH Skin Expert
Yakinnya seseorang apabila mempunyai kulit yang sihat dan cantik.  Siapa taknak kulit cantik dan sihatkan? Kini MBH telah mengeluarkan satu produk kulit diberi nama DERMAKLAIR; dengan pengalaman ahli kimia mereka yang berpengalaman, MBH sentiasa membuat penyelidikan dan meningkatkan formulasi bahan semulajadi demi input terbaik. MBH telah menggunakan Dermaklair sebagai produk asas di 20 cawangan spa kecantikan mereka seluruh Malaysia sejak 2016.

Dermaklair: Dikenali sebelumnya sebagai MBH DERMACARE. Dermaklair dijenamakan semula dan merupakan produk penjagaan kulit semulajadi berasaskan bahan semulajadi untuk memperbaiki masalah kulit; kusam, jerawat, parut, pigmentasi, penuaan, dan nada kulit tidak sekata tidak kira jantina. 

Produk Dermaklair disatukan dalam set mengikut jenis dan masalah kulit.  Kebiasaannya produk ini akan dicadangkan oleh pakar kulit kepada pelanggan selepas membuat rawatan kulit bagi menjaga proses kulit di wajah dengan baik.

2.0 MBH BODY THEORY
MBH Body Theory menyediakan servis rawatan pelangsingan badan dengan memberikan rawatan insentif untuk merawat masalah berat badan yang lebih terperinci seperti selulit, berat badan berlebihan dan sebagainya. Berbekalkan pengalaman selama satu tahun dalam industri pelangsingan badan, MBH Body Theory kini dikenali sebagai salah satu daripada pusat rawatan pelangsingan bumiputera yang terkemuka di Malaysia.

3.0 MBH HAIRCARE
Menggunakan slogan "Your Hair We Care", MBH menekankan konsep mesra pelanggan dengan memberikan rawatan insentif selain rawatan rambut, ianya untuk merawat masalh rambut yang lebig terperinci seperti parut gugur, kelemumur, kering dan sebagainya. Berbekalkan pengalaman selama dua tahun dalam industri rawatan rambut dan estetik  MBH Haircare kini dikenali  sebagai salah satu daripada pusat rawatan rambut bumiputera yang terkemuka di Malaysia.

Team #BloggerMelaka di MBH SKIN EXPERT Sg.Udang
Korang kalau nak cantikkan diri, bolehlah terus ke MBH Skin Expert ni. Orang Melaka jangan lupa singgah sini okay. Memang berbaloi! Untuk nampak lawa, I pergi MBH #IPergiMBH

Website: 

Facebook Page:

Instagram:

#IPergiMBH
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu