Saturday, March 9, 2019

Roti Puri Empat Bahan Tanpa Yis

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Hari ni nak kongsikan sedikit resepi mudah.  Cx sangat suka makan roti puri ni tapi dulu resepi dia kena pakai yis yapi sekarang, tak perlu lagi dah. Semang sangat.  Cx dapat resepi ini pon atas perkongsian rakan facebook. Alhamdulillah sedap juga rupanya guna resepi ni. Cx dahlah suka roti puri. Dok makan panas-panas memang ummphh! Tak sempat nak menoleh ke belakang langsung! Aicewah! Sebelum ini pon ada kongsi resepi roti puri tapi dengan yis lah dan banyak pula bahan serta step nak membuatnya. Sekarang ni dah senang! 


Resepi Roti Puri
1. Tepung Gandum (4 cawan)
2. Minyak Masak Panas (2sdb)
3. Air Garam (2 cawan) (Air+ 2sdt Garam)
4. Gula (2sdt)

Cara-cara
1. Tuangkan minyak panas ke dalam mangkuk yang telah berisi tepung.
2. Gaulkan biar sebati menggunakan sudu. 
3. Masukkan air garam dan gula. Gaul sehingga menjadi doh pejal.

Doh yang dikehendaki.  Pastikan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu pejal sebab kita akan gelek doh menjadi leper.

Setelah menjadi doh yang sedang elok, bolelah gelek menjadi leper seperti dalam gambar. Cx tak ada penggelek kayu atau plastik, jadinya cx gelek sahaja pakai apa yang ada. Haha nak tahu cx pakai apa? Cx gelek guna mug panjang. Hehe. Jadilah nak. Asal boleh leperkan doh.


Okay, setelah dileperkan doh, ajomlah kita buat tekapan. Kita tekap dia comel² sahaja. Pakai apa yang ada dekat rumah. Cx pakai cawan plastik ikea sahaja. Mudah dan cepat. Hihi. Asal ada bentuk dan memuaskan hati juga pandangan mata. Alhamdulillah dah.

Taraaa, macam nilah jadi bentuknya. Comel². Lepastu gorengkanlah ia. Cara goreng pon kena betul supaya puri mengelembung naik cantik
Cx memang buat banyak sebab suka makan. Anak-anak cx pon suka makan. Manis katanya. Biasalah budak-budak memang suka makan manis-manis. Sedangkan mak dia letak sikit sahaja gula supaya sesedap rasa bila kita makan. Ratah macam tu pon ssedap dah. Tapi cx lawankan dengan kuah lada dan sambal ikan bilis bawang bersepah. Hahaha! Makan panas-panas secara berjemaah dilawan dengan air teh ke kan? Nescafe kopi pon sedap.  Fuh! Marvelous! 


Bolehlah tengok video cara menggoreng ya. Maafkan kebisingan sudip dan kuali itu. Hahahaa! Boleh sahaja nak letak dan dibiar ianya masak sendiri tapi tak berapa nak jadi dan naiklah gelembung dia. Nanti jadi flat, sepatutnya sfera. Eh! Haha je Okaylah, selamat mencuba! Bai.

Berkongsi itu Pahala
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

34 comments:

PeRdU cINta said...

Baiklah.Terima kasih kongsi resepi.InshaAllah boleh PC cuba.

Iza Ramli said...

Takdela susah sangat nak buat roti ni sebenarnya. Iza tak pernah lagi try. Nanti boleh la nak cuba sebab tak ada yis ni berani sikit. Heheh

Saidila Lifestyle said...

wahhh tq resepi nih....lama nak buat tapi tak jumpa cara yang saya faham , tengok ni rasanya macam boleh jer buat....makan roti puri nih cicah ngan kari pun sedap kan

amirnawawi said...

Wah menarik juga ya resepi ni.
Mudah je rupanya buat benda ni. Macam roti goreng kan? Ni kalau cicah dengan kari ayam memang terangkat lah!

Rawlins GLAM said...

Rajinnye buat makanan sedap sebegini. Rawlins sejenis yang pandai makan tapi tak berapa berani nak masak. Tapi your recipe macam senang nak buat, perhaps boleh la try pasni. Tapi kena tengok kerajinan Rawlins haha

Zharif Azis said...

Senang je nak buat roti puri nie. Paling best kalau dia gebu dan gemuk2. Rasa seronok tengok dia kembang mcm tu. lepastu cicah dengan gula merah. Sedapnya ! Selalu sarapan buat roti puri

Cik Nor said...

nak buat jgk la..:)

mek yunie said...

wow ! senang ni. buat makan pagi. minum dengan air kopi. kenyang juga anak anak. terima kasih ye.

Tekkaus said...

Thanks for sharing the recipe, it looks fairly easy to make. Will go really well with coffee I am sure. Will try it out. :)

Hanny Abdullah said...

Sis memang suka roti puri ni tapi nak buat tak tahu, selalu gi kedai je makan..hehehe. Ni dah ada resepi ni bolehlah sis cuba buat kat rumah, tq ekk kongsi resepi ni

Sunshine Kelly said...

Senang nak buat roti puri juga kan, I selalu makan kat kedia india tapi tak tau sebenar senang nak buat roti ini.

Emilinda said...

oo macam ni ye roti puri. Biasa dengar tapi tak pernah makan. Nampak macam bestt.

Julia Mahir said...

Alaa tgk roti puri ni teringat kat mak plak. mak suka buat kalau kita balik rumah. rindu nyee kat mak tiba2

noie said...

waaaahh nampak sedap ni , blh try

AyuArjuna BiGoshh said...

Ya ampun mmg mencari resepi ni sebab nak try buat. Ni kalau makan kari daging kambing mmg marvelosss

CXopportunities said...

Alhamdulillah semoga bermanfaat.

CXopportunities said...

Betul kak. Mudah je. Amboi ngences pula rasa bila sebut kari . Favorite tu

CXopportunities said...

Roti goreng? Hihi lain . Nanti cuba ya . Pastu cicah kari 😊

CXopportunities said...

Hahah sila rajinkan diri.

CXopportunities said...

Betul setuju! Cx tak pernah makan masa sarapan, biasa minum petang. Hihi. Cicah dgn gula merah? Wah! Ini new thing kena cuba ni. Tq!

CXopportunities said...

Ciknor jgn lupa update ya kalau dah buat hihi

CXopportunities said...

Haaa betul³. Lawan kopi panas pergh!

CXopportunities said...

Ya true. Try make it at home. Your kids will be happy to eat. 😃

CXopportunities said...

Delat kedai cx tak pernah jumpa kak. Heheh cx pon baru tahu ada dkt kedai. Heheh cuba tau

CXopportunities said...

Cx tak pernah tahu kewujudan dkt mana² kedai 😅 nanti nak try carilah

CXopportunities said...

Memang best. Boleh cuba nanti tau

CXopportunities said...

Alarh. Sorry. Nanti call mak tau

CXopportunities said...

Ya memamg sedap. Favorite cx ni heehe

CXopportunities said...

Alhamdulillah. Amboi kak. Lawan kari kambing mmg terangkat kalau makan tu wallah!

Maha Mahu said...

Emak kita suka masak roti ni heheheh memang kita akan makan dengan sambal ikan bilis sangat sedap yer rupanya mudah sahaja nak buat hehehe tak apa nanti kita cuba ok...

Wai Yee aka Rane said...

your Resepi Roti Puri looks so cute. I want to try to make for my girls one day. Nice no need to use yeast also can make it perfectly.

Halimah Muhiden said...

Resepi roti nampak mcm sedap kak dulu pun suka buat roti guna yis

Hayati Suki said...

boleh ye buat tanpa yis.. sebelum ni kte guna yis..hehe
boleh la cuba cara baru ni..:-)

Unknown said...

Nk try lah. Tq share resepi