Thursday, May 30, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Little Bean Premium: Digital Multi Function Food Processor dan Digital Double Bottle Warmer.

Holla semua! Sebagai ibu bapa, semestinya kita kena bijak membahagikan dan menguruskan masa. Kadang kala, ada masanya, kita masih juga tidak menang tangan. Lebih-lebih lagi bab menguruskan anak-anak. Hampir setiap saat kita fokuskan untuk anak sahaja. Setuju tak? Cx sekarang merupakan ibu kepada dua orang anak berusia empat dan dua tahun. Pengalaman banyak mengajar dan mendidik cx untuk buat yang terbaik demi anak-anak.


Kebiasaan bila ada anak kecil, cx akan pastikan makanan mereka dibuat secara semulajadi di rumah. Jarang-jarang guna yang ready-made dekat kedai. Jika dulu agak rumit jika nak sediakan sebab banyak step dan perlu dijaga kebersihannya. Tapi sekarang, semuanya menjadi mudah dengan produk keluaran Little Bean Premium.  Produk Digital Multi Function Food Processor adalah terbaik untuk penyediaan makanan anak. Manakala Digital Double Bottle Warmer pula adalah produk terhebat untuk menjaga kebersihan dan tahap kepanasan susu serta botol susu anak-anak. Bestkan? Jom cx kongsikan kelebihan dua produk hebat ini .

Little Premium Digital Multi Function Food Processor : merupakan gabungan 6in1 yang merangkumi fungsi Mengukus, Mengisar, Menstril , Memanaskan, Mengekalkan Kepanasan dan Auto-bersih. Semua step dapat kita lakukan dengan hanya satu produk. Tidak perlu lagi renyah di dapur untuk sediakan makanan anak anak. Best tak? Sudah tentulah best !



KELEBIHAN DIGITAL MULTI FUNCTION FOOD PROCESSOR

1. Panel Kawalan Sentuhan LCD - LCD Touch Control Panel


Diciptakan Paparan LCD Digital dengan sudut boleh laras. Ianya sangat menarik dan eksklusif sekali rekaannya. Cx suka sebab mudah untuk kita kawal fungai dan operasi melalui paparan LCD Digital ini. Direka juga kawalan sentuhan pintar; menyediakan kemudahan terus mengikut butang yang telah ditetapkan bagi setiap fungsi 6in1. Hanya pilih dan tekan sahaja fungsi yang kita inginkan.

2. Bahan Tritan - Tritan Material
Jug mengisar dan mengukus adalah mendapat kelulusan daripada FDA Tritan Material. Ianya BPA-free dan mudah untuk dibersihkan.

3. Saluran Wap yang Dipatenkan - Patented Steam Channel
Bekas pengukus yang direka khas untuk proses pengukusan lengkap dan sempurna. Keberkesanan yang tinggi dalam mengukus dan memberi jaminan makanan dipanaskan serta dimasak dengan sama rata.

4. Tingkap Air Boleh Lihat - Visible Water Window


Mudah untuk memantau jumlah air semasa penggunaan.  Lampu penunjuk boleh menandakan penggunaan sedang berjalan dan dilihat dengan jelas walaupun di bawah cahaya yang redup.

5. Dua lapisan Jug Mengukus - Two Layers Steaming Basket


Mengukus makanan yang berbeza dalam satu masa. Kita boleh kukus makanan bayi dalam pot pertama dan boleh juga panaskan mee atau sup dalam masa yang sama menggunakan pot kedua dan diletakkan di atas pot pertama.

6. Kekalkan Kehangatan - Keep Warm
Makanan Bayi dalam pot mengukus boleh dipanaskan selama 8 jam. Ia juga boleh digunakan untuk mengurai (baca: defrost) dan memanaskan makanan sejuk.

7. Pembersihan Auto - Auto Clean
Mulakan dengan campuran cuka putih dan air untuk membersihkan tangki air serta mengeluarkan kotoran secara automatik.

8. Peka Bunyi - Beeping Alert
Pada bip pendek, ia memberi amaran bahawa mengisar, mengukus, pemanasan atau pensterilan dilakukan. Pada bip panjang, perlindungan anti-kering memberi amaran kepada kekurangan air pada paparan LCD dan processor secara automatiknya akan terhenti sendiri. 


FUNGSI 6IN1

1. Mengukus
Dua lapisan pot mengukuskan makanan yang berbeza sekaligus. Sayuran, buah, ikan dan daging disediakan dalam masa 5-15 minit. Stim mengalir dari bahagian bawah ke hujung dalam tetapan tinggi atau rendah.

2. Mengisar
Motor DC yang stabil dan cekap beroperasi pada 13-saat dan 2-saat dalam kitaran 5 kitaran berturut-turut. Kelajuan boleh diselaraskan tinggi atau rendah untuk menggabungkan tekstur makanan yang berbeza mengikut umur dan keperluan bayi.

3. Pemanasan
Makanan sejuk, susu atau jus boleh dipanaskan dalam masa 3-5 minit

4. Steril
Sterilkan botol susu, teats dan teethers dalam masa 6-8 minit.

5. Kekalkan Kehangatan
Makanan bayi boleh dipanaskan sehingga 8 jam. Pemanasan stim dengan 360 ° sirkulasi membantu memelihara makanan yang sama rata semasa memelihara pemakanannya.

6. Pembersihan
Fungsi auto bersih ini membolehkan anda membersihkan tangki air dengan sendirinya. Cukup menjalankan kitaran pemanasan bagi mengeluarkan limescale untuk operasi yang lebih cekap.

                      🌺🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌺

Little Premium Digital Double Bottle Warmer : menggabungkan kedua-dua fungsi pemanasan dan steril.  Ianya selamat dan cepat untuk menjaga susu anak kecil dan makanan tanpa mengabaikan asas pemakanannya. Direka khas dengan fungsi 4in1 yang membolehkan pemanasan susu, steril botol, mengukus makanan dan kunci pre-set.



KELEBIHAN LITTLE BEAN PREMIUM DIGITAL DOUBLE BOTTLE WARMER

1. Panel Sentuhan LCD - LCD Touch Panel



Paparan digital LCD dengan semua fungsi ikon dan masa. Panel sentuh kalis air membuatkan penggunaan menjadi lebih mudah dan berkesan.

2. Reka Bentuk Kapasiti Dua Botol Kapasiti Tinggi - Double Bottle High Capacity Design



Ia boleh menghangatkan susu dan air, mendidihkan air biasa atau mendidihkan sayur-sayuran secara serentak untuk menjimatkan masa

3. Perlindungan Anti-Kering - Anti Dry Protection



Tertutup secara automatik apabila tangki air kering.

4. Penjimatan Kuasa & Fungsi Pra-Tetapkan - Power Saving & Pre-Set Function
Semua fungsi boleh ditetapkan seawal 15 jam lebih awal. Mod penjimatan kuasa akan dihidupkan secara automatik untuk menjalankan tugas yang dipilih.

5. Fungsi Memori - Memory Function



Ia bijak menghafal parameter fungsi operasi sebelum ini untuk mengelakkan masalah membetulkan setiap masa.

6. Sensor Suhu NTC - NTC Temperature Sensor
Ia mengawal suhu air tepat di dalam +/- 1 ° ©


FUNGSI 4IN1

1. Pemanasan - Warming
Ianya memanaskan susu yang sejuk dan jus mengikut suhu sesuai dengan bayi

2. Steril - Strilizing
Masa selama 10 minit untuk mensterilkan semua botol makanan, pacifier dan aksesori lain .

3. Mengukus - Steam
Mengukus sayur-sayuran, buah-buahan, daging atau telur rebus dengan mudah.

4. Pra-Set - Pre Set
Pemanasan susu atau steril botol boleh ditetapkan terlebih dahulu supaya ia siap tepat pada waktunya apabila diperlukan.

Sangat mudah dengan adanya dua Little Bean Premium ini kan? Jom dapatkan sekarang dua produk hebat ini sekarang! Boleh terus tekan link di bawah untuk pembelian dan maklumat lanjut. 


Premium brand dikeluarkan dan dipasarkan oleh:

L2, Jalan ML16, ML16 Industrial Park, 43300 Seri Kembangan, Selangor Malaysia.

Telefon: (603) 8964 1814/42/47
Fax: (603) 8964 1845/46


Mudahkan Kehidupan Harian Anda
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Wednesday, May 29, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

River Cruise Sungai Melaka: Alami Episod Sejarah dan Warisan Sambil Menangi Hadiah Utama Sebuah Kereta dengan Cabutan Bertuah 'Cruise & Win' 2019! | Sempena tahun melawat Melaka pada 2019, Melaka River Cruise telah mengadakan satu cabutan bertuah buat para pelancong yang berkunjung dengan menaiki bot river cruise! Menarik bukan? Pembelian tiket berjumlah lebih kurang RM200 dalam satu resit mampu dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang berupa sebuah kereta dan motor! Tidak ketinggalan dengan lapan (baca:8) hadiah misteri yang boleh kita rebut. Contest ini telah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 31 Disember 2019. Jom dapatkan peluang untuk menjadi salah seorang pemenang yang bertuah! 


Melaka River Cruise
Cruise & Win 2019

Jika datang berkunjung ke Melaka, semestinya akan menjadi tidak lengkap tanpa mengambil peluang untuk menikmati keindahan bumi Melaka Bandaraya Bersejarah ini bersama river cruise selama 45 minit.  Makluman, sejak sepuluh (baca: 10) tahun yang lalu, di bawah pengurusan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Sungai Melaka telah melalui perubahan yang ketara untuk mencapai tahap terbaik pada hari ini.  Berasal daripada sebuah sungai yang mati, ia kini telah menjadi nadi kepada negeri Melaka, pusat tarikan pelancong di tanah kaya dengan sejarah, budaya dan imaginasi yang tidak berpenghujung. 



Bergambar bersama Puan Lam Chooi Chan, Pegawai Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka

PERJALANAN BERMULA DI SINI |Korang boleh beli tiket sama ada di Jeti Taman Rempah atau Jeti Dataran Muara Sungai Melaka. Kemudian, kita  naik bot dan nikmati perjalanan dengan pemandangan yang mengujakan seperti:

Perjalanan bot

Di Jeti River Cruise

Lukisan Mural Hang Tuah 

Pemandangan Malam Bangunan Lama

Kincir Air Kesultanan Melaka

Apa yang menariknya sepanjang cx menaiki bot river cruise ini, kita akan diberi peluang untuk mengalami sendiri episod sejarah dan warisan Melaka yang amat kaya dan bernuansa kontemporari sepanjang perjalanan kita melalui sungai Melaka yang penuh dengan keajaiban dan kebudayaan.  Semasa dalam perjalanan, kita juga diperkenalkan dengan sejarah bagi setiap satu jambatan yang ada di sana. Cx teruja sungguh tengok jambatan² yang dibina. Berbeza dan mempunyai keunikan serta sejarah tersendiri. 

1. Jambatan  Tan Kim Seng (1862)
Penghormatan yang diberikan kepada seorang peniaga Melaka yang kaya dengan nama yang sama. Jambatan ini telah dimusnahkan pada tahun 1942 oleh pihak British dan dibina semula kepada keadaan semasa.


2. Jambatan Chan Koon Cheng (1908)
Mengganti jambatan imbang yang dibina pada tahun 1930 yang dahulunya membolehkan kapal melalui Sungai Melaka.



3. Jambatan Kg. Jawa (1714)
Kepala manusia yang telah dipancung lalu digantung dari tiang jambatan semasa zaman penjajahan Jepun. Juga dikenali sebagai 'Ghost Bridge' (Jambatan Hantu).


4. Jambatan Pasar (1500-an atau 1600-an)
Menghubungkan Kampung Hulu ke Pasar Tua Lama, jambatan kayu ini dibina semasa zaman pemerintahan Portugis.



5. Jambatan Old Bus Station
Gerbang kecil indah yang kini menghiasi jambatan ini dahulu cuma sebuah rangka besi sebelum dinaik tarafkan dan ia juga memberi akses ke stesen bas yang kini dipindahkan.



6. Jambatan Hang Jebat (dibina semula pada 2008)
Teknologi styrofoam yang unik menyokong asas jambatan ini.

Pembelian Tiket Atas Talian

Okay jom cx kongsikan Harga Tiket bagi setiap satu. Sudah pasti ramai yang hendak tahu bukan? InShaaAllah berbaloi! 

Dewasa
MyKad RM25.00
Bukan MyKad RM30.00

Kanak-kanak
MyKad RM15.00
Bukan MyKad RM25.00.

Bayi
Bawah Dua Tahun PERCUMA

OKU dengan MyKad
Dewasa RM15.00
Kanak-Kanak RM10.00

Warga Emas
60 Tahun ke Atas RM20.00

Pelajar Kolej/Uni Malaysia
Kad Matrik/Kad Pelajar untuk Pengesahan RM20.00

#i@sungaimelaka

Waktu Beroperasi pula ada setiap hari bermula jam 9:00 pagi sehingga 11:30 malam. Jadi, tiada alasan untuk tidak sempat melainkan bot penuh dan perlu tunggu giliran. Hihi. Pembelian tiket juga boleh kita dapatkan melalui atas talian tau! Lagi mudah dan cepat! Masukkan sahaja berapa orang yang nak pergi dan pilih tarikh yang korang ada masa lapang untuk alami sendiri babak sejarah warisan Negeri Melaka ini. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh rujuk bawah okay.

FACEBOOK | INSTAGRAM | WEBSITE | HOTLINE : 06 281 4322/23 | BOOKING 

Melawat Melaka beerti Melawat Malaysia
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Sunday, May 19, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Titik Perubahan Hidup Para Usahawan kepada Jutawan bersama Dr.Azizan Osman, Master Coach Richworks | Bergelar usahawan berjaya yang disebut jutawan adalah sesuatu yang bukan mudah tetapi tidak mustahil kerana dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.  Namun, jika sekadar semangat yang berkobar² buat sementara waktu dan tiada bimbingan daripada pakar, sudah pastinya untuk 'motivate' diri sendiri menjadi sukar. Siapa yang mahukan perubahan dalam hidup melalui bisnes dan dibimbing oleh Master Coach Richworks? Berbekalkan semangat tinggi Master dan para usahawan bakal jutawan yang lain, semestinya andalah yang dicari untuk turut serta dalam mencapai sasaran dalam hidup.


Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.


Richworks International Sdn Bhd dengan merupakan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. Kehadiran mereka secara berjemaah telah berjaya merubah diri daripada hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga sahaja! Tindakan mereka ini telah merubah hidup untuk keluar daripada kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.



Melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Dr.Azizan Osman menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran telah bergelar jutawan seawal usia 32 tahun! RichWorks melihat program ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh ubah hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.



Sasaran program nak ubah Hidup pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi Richworks, untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan apabila mereka sedar dan tahu bagaimana boleh dibantu dalam mengubah hidup daripada Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.


Dr.Azizan Osman yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak daripada Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai kita turut serta dalam program Nak Ubah Hidup ini untuk sama-sama kita panjat tiang kejayaan demi bergelar usahawan jutawan! Urusan pendaftaran boleh layari laman web rasmi www.nakubahhidup.com


Hotline: 1300-88-2424

Ubah Hidup, Majukan Diri
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Friday, May 17, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Dr.Beau Pure Natural Skin Oil Serum; Merawat Masalah Jerawat, Jeragat dan Kulit Kusam. |  Siapa suka pakai serum? Semestinya ramai yang suka pakai sebab tahu akan kebaikkannya bukan? Almaklum, serum adalah produk yang mampu merawat dan melembabkan kulit sepanjang hari. Serum mengandungi molekul kecil yang dapat meresap ke dalam lapisan kulit paling dalam dan membawa bahan aktif dengan tindakbalas yang cukup efektif. Serum juga bertindak lebih kuat daripada pelembab kerana bahannya bersifat mudah meresap dan dapat membantu meningkatkan produksi kolagen pada kulit, sehingga kulit muka menjadi lebih anjal, segar serta selalu nampak awet muda.

Serum Vitamin E: Dr.Beau

Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil dirumus khas daripada sumber Vitamin E, bahan herba semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit serta memenuhi keperluan kulit wanita Asia. Pengguna Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil bukan sahaja dari Malaysia malah mendapat sambutan di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan serta Brunei.  Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil adalah antara serum untuk kulit berjerawat dan berjeragat yang popular di Malaysia

Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil menjadi pilihan  untuk menyelesaikan masalah kulit muka seperti berikut:

• Mampu menghilangkan jerawat dan bekas jerawat
• Menghilangkan jeragat dan kulit bertompok

• Menghilangkan masalah kulit berminyak
• Menghilangkan masalah lingkaran hitam di bawah mata

• Mampu menghilangkan masalah liang pori besar dan blackhead 



Kandungan serum ini terdiri daripada bahan-bahan penting yang terpilih;

1. Vitamin E
-Mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.


2. Rosehip Oil

-Bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.

3. Argan Oil

-Sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

4. Almond Oil

-Merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.


5. Apricot Kernel Oil

-Ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

6. Wheat Germ Oil 
-Adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.


7. Evening Primrose Oil 

-Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa


Dr.Beau mencipta serum mereka dalam bentuk kapsul yang selamat dan terjamin kebersihannya. Tambahan lagi, serum ini juga meresap ke dalam kulit dengan cepat dan tidak melekit. Terasa lembut sahaja kulit muka bila pakai. Dr.Beau Pure Natural Skin Oil serum mendapat kelululusan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dengan nombor siri KKM: NOT170502921K.


Review | Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil keluaran tempatan Teja Herbs.  Hari dan kali pertama cx apply Serum Dr.Beau ini, cx dah jatuh cinta tau! Bila sapu sahaja, ianya membuatkan muka kita jadi lembut sangat.  Umpama sehalus kulit bayi. Ini serius! Nampak sahaja macam berminyak tapi bila dah sapu di muka, ia akan meresap elok sahaja ke bawah kulit dan hasilnya memang kita dapat rasa dan lihat. Kulit wajah lebih segar, lembab, moist, dan baunya wangi sangat!.  Bila cx pakai serum Dr.Beau di awal pagi, kulit wajah cx kekal lembab dan moist sepanjang hari. Dah malam pon rasa lembab dan lembut sahaja kulit.  Kita setiap hari berwudhu kan? Selepas kena air banyak kali pon, kelembapan dia masih kekal.  Bahagia sungguh bila kulit muka kekal lembut sepanjang hari.  Jom tengok cara cx gunakan serum Dr.Beau di bawah. Jom csntik bersama dengan Dr.Beau!


Website | Facebook Page | Instagram | Youtube | Email | 016 963 3443

Serlahkan Keayuanmu
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Thursday, May 16, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

D'MENC FABRIC FRESHENER DAN AIR FRESHENER AFY HANIFF; MEMBERI KESEGARAN HARUMAN BERPANJANGAN | Jika sebelum ini, cx ada tulis entry berkaitan penjenamaan semula produk Afy Hanif, yang mana dulunya terkenal dengan nama Serai Wangi Afy Hanif , kini telah ditukar kepada SWiPEL. Kenapa ditukar? Korang boleh baca di entry berikut okay ; Majlis Pelancaran Produk Afy Hanif; SWiPEL, 40DAYS dan PLASH . Namun, Afy Haniff yang merupakan pengeluar bumiputera bukan sahaja fokus kepada produk penghalau serangga, tetapi turut mengeluarkan produk lain seperti D'menc Fabric Freshener dan D'menc Air Freshener Afy Haniff.  Bestkan? 

D'MENC FABRIC FRESHENER 
AFY HANIFF


Kita ni kalau dekat rumah, mesti ada masalah bau tilam yang kurang enak di hidu. Betul tak? Almaklum, semasa kita tidur, badan kita mengeluarkan peluh yang menyebabkan terserap terus kedalam tilam. Selalu menjadi persoalan macam mana nak bersihkan tilamkan? Takkan nak basuh? Macam mana nak kering? Dahtu, macam mana nak hilangkan bau kurang enak tu? Lepastu kita kerap memasak di rumah, bau² di langsir semua terserap dengan bauan masakan semua. Takkan setiap kali masak, nak kena tukar dan basuh langsir. Betul tak? Okay semua, tak perlu susah payah dan pening kepala lagi. Jom gunakan D'menc Fabric Freshener Afy Haniff.

Terdapat 4 jenis variasi haruman D'menc Fabric Freshener Afy Haniff. Antaranya adalah Lemon Tree, Strawberry, Vanilla dan Lavender. 

4 Variasi Haruman D'menc Fabric Freshener Afy Haniff

✓ Menggunakan formula yang diperbaharui
✓Diperbaharui dengan Malodour Counteractant Technology yang menghapuskan bau kurang senang dengan segera dan haruman tahan lama.
✓Meresap ke dalam fabrik dan menghilangkan bau hapak serta menyegarkan.
✓Menyegarkan tanpa perlu dibasuh. Menghilangkan 99.9% kuman penyebab bau busuk.
✓  Tidak meninggalkan kesan pada fabrik.

Packaging lama yang dikenali sebagai Fabric Wangi Afy Haniff

Packaging Baru dan terkini. Dikenali sebagai D'menc Fabric Freshener Afy Haniff, memudahkan gosokan dan mewangikan fabrik.

Cara Penggunaan;

1)  Putarkan 'trigger' kepada 'ON'
2) Goncang dan sembur dengan jarak 20cm daripada fabrik
3) Boleh disembur kepada semu jenis fabrik seperti langsir, sofa, kasut, karpet, cadar dan kerusi.

Semburan D'menc Fabric Lemon Tree Fabric Freshener di langsir.  Kebiasaan selepas masak, memang satu rumah bau asap tu dan bau melekat di langsir.  Jadi, cx semburkanlag D'menc Lemon Tree Fabric Freshener Afy Haniff.  Memang hilang bau asap masakan tu dan wangi dia bertahan lama.

Semburan D'menc Fabric Freshener di Karpet, almaklum ada anak² kecil, kadang² tu tertumpah macam². Jadi, untuk hilangkan bau kurang enak, cx semburkanlah D'menc Lavender Fabric Freshener Afy Haniff.  Bau dia tahan lama dan bau hapak dan busu itu hilang serta merta!

 D'MENC AIR FRESHENER AFY HANIF



D'menc  Air Freshener Afy Haniff ini mempunyai saiz yang kecil dan comel tetapi mampu menyegarkan dan memberi haruman kepada ruang yang digunakan. Tidak perlu disembur , hanya perlu digantung sahaja dimana yang kita mahukan. Mudahkan? Terdapat 8 jenis wangian berbeza (Autumn, Pandan Leaves, Lavender, Vanilla, Green Apple, Sparkling Lemon, Honeydew dan Tutty Fruity. Boleh tahan sehingga 60 hari.   Kelebihannya D'menc Air Freshener Afy Haniff ini adalah; 

• Perfum mengandungi 100% pati minyak wangi / kepekatan minyak tulen.
• Terdapat wangian buah-buahan dan bunga.
• Wangian kekal segar sehingga penghabisan minyak / titisan terakhir.
• Hanya sedikit penggunaan mampu menyegarkan seluruh ruangan.
• Penyegar untuk kereta, pejabat, almari, bilik, laci, ruang tamu dan dapur.
• Selamat untuk dihidu oleh semua peringkat umur.


D'menc Lemon Sparkling Air Freshener Afy Haniff, cx gantungkan dalam kereta. Bau dia sedap. Wangi dan segar . Masuk dengan jiwa cx hehe

D'menc Pandan Leaves Air Freshener Afy Haniff, cx gantungkan dalam almari baju  Biar semulajadi tu sebati dalam ruang almari. 

D'menc Air Freshener Afy Haniff dirumus khas untuk memberikan kesegaran udara dengan aroma wangi . Mengandungi pelbagai perisa membuatkan D'menc Air Freshener Afy Haniff ini menjadi produk yang mampu menarik minat pembeli mengikut citarasa pilihan. Menyegarkan udara terutama sekali di ruang tertutup seperti di dalam kereta.

Green Apple - Fresh Green
Tutty Fruity - Sweet Scent
Vanilla - Cool Air
Autumn - Odour Neutralizer
Pandan Leaves - Feel The Nature
Lavender - Exclusive Air
Sparkling Lemon - Fresh Scent
Honeydew - Morning Dew

 Logo baru D'menc Air Freshener Afy Haniff yang digunakan kini.

Cara Guna

Cara penggunaan :
     1. Buka penutup pada botol
     2. Buka penyumbat
     3. Tutup semula penutup botol
     4. Terbalikkan botol supaya pati meresap pada kayu penutup botol
     5. Gantungkan/letakkan di dalam kereta, almari, bilik tidur, tandas, ruang simpanan

Menarik kan produk wangi Afy Haniff sekadang? Haaa, tunggu apa lagi? Boleh dapatkan di pusat beli belah sekarang! Tesco, Giant, Family Store dan Aeon Big. Kalau nak beli online pon boleh dapatkan di Lazada, 11street, EzBuy dan Shopee tau! Jika ada sebarang maklumat atau nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke link seperti di bawah!


Harumkan harianmu
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Friday, May 10, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Buffet Ramadhan di Villa Istana Melaka, Mengembalikan Suasana Alam Istana Dahulu Kala

Harini Ramadhan ke-5, cx berkesempatan untuk berbuka puasa di Villa Istana Melaka, Ayer Keroh Melaka.  Alhamdulillah rezeki. Waima cx orang Melaka, ini kali pertama cx jejak kaki ke sini. Hihi. Kami team blogger Melaka antara mereka yang memeriahkan lagi Buffet Ramadhan di Villa Istana Melaka ini.  Sungguh jejak sahaja kaki ke Villa ini, cx rasa teruja dengan design dalaman villa. Dari arah luar lagi dah boleh nampak design dalaman yang sangat eksklusif bagaikan istana.

Villa Istana Ayer Keroh Melaka

Hall hadapan

Bilik Tidur

Bilik Tidur 

Jom cx nak cerita sikit tentang buffet ramadhan di Villa Istana ini.  Buffet Ramadhan mereka bermula jam 6:30 petang sehingga 9:30 malam dengan 80 jenis hidangan berbuka puasa.  Seronok bila masa makan itu dipanjangkan. Taklah tergesa-gesa kan? Anak-anak pon santai sahaja. Kawasan di sana ala-ala taman istana, memang seronok.  Anak-anak cx pon suka sangat meneroka ruang depan Villa Istana, lapang sungguh. Apa yang paling menarik, siap ada persembahan daripada kumpulan Saff One. Mereka menghiburkan kita dengan nyanyian sepanjang kita menjamu makanan.

Nasi Serai dan Nasi Beriyani






Makanan mereka memang muailah orang kita cakap. Berbaloilah. Banyak lauk pauk dan sampingan.  Nasi dia pon ada tiga jenis tau! Nasi beriyani, nasi putih dan nasi hijau (pandan rasanya). Memang sedap.  Lauk pauk dia juga banyak pilihan. Antaranya ayam masak merah, daging masak cili api, udang mahligai rasa (macam udang pengantin tau), Rendang Daging, kupang dan sebagainya. Ulam-ulaman pon disediakan. Segala jenis sambal belacan pon disediakan tau! Cx geram je tengok. Rasa nak makan semua sahaja! Kambing Bakar pon ada!





Kalau berminat nak berbuka puasa di sini, korang boleh refer flyers seperti dibawah atau terus sahaja tekan link yang cx sediakan okay!


Harga: 
Dewasa RM45.00
Kanak² (4-12tahun) & Warga Emas (55tahun ke atas) RM25.00

Tarikh: 6 Mei - 1 Jun 2019

Masa: 6:30 petang - 9:30 malam

Talian untuk Dihubungi:
06 2330205
016 7900804
017 3408715
017 8850221

Alamat:
Lot 11319 PM1313 Jalan TU1, Taman Tasik Utama Ayer Keroh Melaka.



Selamat Berpuasa!
Lahirkanlah Keikhalasan dihatimu