Friday, May 17, 2019

Dr.Beau Pure Natural Skin Oil Serum; Merawat Masalah Jerawat, Jeragat dan Kulit Kusam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Dr.Beau Pure Natural Skin Oil Serum; Merawat Masalah Jerawat, Jeragat dan Kulit Kusam. |  Siapa suka pakai serum? Semestinya ramai yang suka pakai sebab tahu akan kebaikkannya bukan? Almaklum, serum adalah produk yang mampu merawat dan melembabkan kulit sepanjang hari. Serum mengandungi molekul kecil yang dapat meresap ke dalam lapisan kulit paling dalam dan membawa bahan aktif dengan tindakbalas yang cukup efektif. Serum juga bertindak lebih kuat daripada pelembab kerana bahannya bersifat mudah meresap dan dapat membantu meningkatkan produksi kolagen pada kulit, sehingga kulit muka menjadi lebih anjal, segar serta selalu nampak awet muda.

Serum Vitamin E: Dr.Beau

Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil dirumus khas daripada sumber Vitamin E, bahan herba semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit serta memenuhi keperluan kulit wanita Asia. Pengguna Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil bukan sahaja dari Malaysia malah mendapat sambutan di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan serta Brunei.  Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil adalah antara serum untuk kulit berjerawat dan berjeragat yang popular di Malaysia

Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil menjadi pilihan  untuk menyelesaikan masalah kulit muka seperti berikut:

• Mampu menghilangkan jerawat dan bekas jerawat
• Menghilangkan jeragat dan kulit bertompok

• Menghilangkan masalah kulit berminyak
• Menghilangkan masalah lingkaran hitam di bawah mata

• Mampu menghilangkan masalah liang pori besar dan blackhead 



Kandungan serum ini terdiri daripada bahan-bahan penting yang terpilih;

1. Vitamin E
-Mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.


2. Rosehip Oil

-Bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.

3. Argan Oil

-Sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

4. Almond Oil

-Merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.


5. Apricot Kernel Oil

-Ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

6. Wheat Germ Oil 
-Adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.


7. Evening Primrose Oil 

-Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa


Dr.Beau mencipta serum mereka dalam bentuk kapsul yang selamat dan terjamin kebersihannya. Tambahan lagi, serum ini juga meresap ke dalam kulit dengan cepat dan tidak melekit. Terasa lembut sahaja kulit muka bila pakai. Dr.Beau Pure Natural Skin Oil serum mendapat kelululusan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dengan nombor siri KKM: NOT170502921K.


Review | Serum Dr.Beau Pure Natural Skin Oil keluaran tempatan Teja Herbs.  Hari dan kali pertama cx apply Serum Dr.Beau ini, cx dah jatuh cinta tau! Bila sapu sahaja, ianya membuatkan muka kita jadi lembut sangat.  Umpama sehalus kulit bayi. Ini serius! Nampak sahaja macam berminyak tapi bila dah sapu di muka, ia akan meresap elok sahaja ke bawah kulit dan hasilnya memang kita dapat rasa dan lihat. Kulit wajah lebih segar, lembab, moist, dan baunya wangi sangat!.  Bila cx pakai serum Dr.Beau di awal pagi, kulit wajah cx kekal lembab dan moist sepanjang hari. Dah malam pon rasa lembab dan lembut sahaja kulit.  Kita setiap hari berwudhu kan? Selepas kena air banyak kali pon, kelembapan dia masih kekal.  Bahagia sungguh bila kulit muka kekal lembut sepanjang hari.  Jom tengok cara cx gunakan serum Dr.Beau di bawah. Jom csntik bersama dengan Dr.Beau!


Website | Facebook Page | Instagram | Youtube | Email | 016 963 3443

Serlahkan Keayuanmu
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

12 comments:

miedaJaz said...

Nampaknye bole lah cuba..memang khas untuk wanita Asia

ajumohit said...

bila umur dah hampir ke 40an, memang selalu mencari produk untuk maintain kecantikan kulit muka.yang paling penting produk tu sesuai dengan kulit kita dan tak memudaratkan

khai artzfar said...

Macam pernah dengar pasla produk ni tapi tak tau fungsinya. Sekarang dah tau hehee. Anyway lelaki punya xde ke

Qeela said...

waa nampak menarik betul lah produk Dr Beau ni. Qeela mmg suka pakai serum, mmg dh jadi routine wajib dlm skincare routine qeela tu pakai serum hehe. Nanti bolehlah tgk2 produk Dr Beau ni pulak, mcm best jee tu kan hehe

Qaseh Dalia said...

Nice packaging serum dr beau ni , sebab biasanya serum dalam botol , benefit pun banyak

Mahamahu said...

Alhamdulillah wajah kita dah kurang jerawat dan jeragat cuma kadang-kadang tu ada jerawat manja nak keluar sekali sekala hehehehe...

Sha Mohamed said...

Serum yang bagus..

Farhana Jafri said...

banyaknya khasiat dalam satu serum, packaging product pun cantik. Bagus dia buat dalam kapsul macam tu, just nice je penggunaan bila apply

Syiera Firdaus said...

Best guna. Syira dah guna serum ni. Tak melekit. Senang meresap

Nina Mirza said...

Kak nina pun dah guna. Suka! Packaging dia bagus. So far dah nak habis sebotol dah guna...

penaberkala said...

Bagus juga produk ni. Sesuai la eh untuk orang yang ada jerawat dan jeragat. Kalau dah best macam ni memang orang akan cari. Saya first time baru tahu pasal produk ni. Thanks for sharing

Cik Min said...

Nampak cam bagus je serum vitamin E ni. Boleh la cari sbb skrg kulit banyak jerawat lak