Saturday, July 20, 2019

Kidzooona AEON Fantasy Malaysia di Mahkota Parade Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kidzooona AEON Fantasy Malaysia di Mahkota Parade MelakaCuti² nanti nak bawa anak-anak jalan mana mak abah semua? Mesti mak abah nak bawa anak-anak pergi jalan ke tempat yang seronok dan mampu memberi manfaat, sudah pasti destinasi yang dipilih ada manfaat 2dalam1, bermain sambil belajar. Betul tak? Mana nak pergi tu? Haish! Jangan pening-pening, ajom cx kongsikan tempat paling menarik untuk anak-anak habiskan masa bersama.


Kidzoona AEON Fantasy Malaysia, Mahkota Parade

Kidzoona Mahkota Parade
Baru-baru ni cx berkesempatan untuk bawa anak-anak ke kidzooona AEON Fantasy Malaysia di Mahkota Parade Melaka. Jujur cx cakap, ini kali pertama kami jejak kaki ke sana.  Nama sahaja orang Melaka tapi baru pertama kali sampai . Tapi memang sangat berbaloi dan seronok tahap maksima.  Mak abah dia yang teruja bila tengok anak-anak aktif untuk bermain sambil belajar. Di Kidzoona MP Melaka ini menyediakan banyak permainan yang boleh bermain sambil belajar.  Di samping itu, mereka juga ada aktiviti tersendiri setiap hari pada waktu petang bersama maskot Lala ! Memang seronok sangat! Anak-anak pon enjoy sahaja. Jom cx kongsikan antara aktiviti yang anak-anak boleh bermain dan turut serta.


Borang Maklumat sebelum Masuk

Passport Kupon Kemasukan

Wajib Pakai Stoking ya 

Ruang Simpan Kasut dan Barang Lain
Kemasukan ke kidzooona ada harganya.  Masa cx tiba di sana, pihak kidzooona akan suruh kita daftar nama.  Kemudian kita semua akan diberikan sanitizer untuk cuci tangan supaya bersih tidak membawa kuman ke dalam.  Anak-anak² juga akan diperiksa suhu badan agar tiada yang demam bagi mengelakkan jangkitan kepada anak² yang lain. Bagus sungguh kan? Menjaga kesihatan dan kebersihan.  Sebelum masuk, kena pakai stokin okay. Semua wajib pakai.  Kasut boleh diletakkan dalam bakul di kawasan yang disediakan khas.

Air Slider & Ball Pool


Main Air Slider & Ball Pool
Air Slider yang kecil sikit. Dalam kurungan tu ada Ball Pool yang juga kecil untuk anak² bawah 5tahun

Air Slider adalah permainan yang istimewa dicipta daripada kidzooona.  Tangga Air Slider kidzooona berbeza daripada biasa kerana ianya dicipta bentuk struktur dan permukaannya yang lembut serta mampu membantu stimulate keseimbangan badan anak-anak. Ball Pool pon seronok sebab anak-anak boleh rasa amcam berenang dalam lautan bebola bagaikan air laut.   Cx tak bagi anak naik Air Slider dan main ball pool masa ni sebab diorang takut dan kawasannya besar sangat untuk anak seusia anak² sis. Haha. Anak-anak cx kan masih kecil. Hihi ada lagi satu bahagian ada Ball Pool yang kecil sedikit ruangnya. Itu sesuai untuk anak² kecil.

RolePlay Town

Burgershop

Kitchen House

Sushi  Bar
Takoyaki
Aiskrim Corner
Di kidzooona ada banyak profesion yang anak-anak kita boleh cuba. Anak-anak cx sangat teruja masa di Roleplay Town ni tau.  Mana tidaknya, siap ada uniform khas sebelum mula bermain. Memang teruja sungguh bila anak-anak cx berlakon jadi profesion yang mereka inginkan. Anak bujang cx suka sangat berjual beli seperti burger dan aiskrim. Bagus sangat Roleplay Town ni sebab ianya boleh memperbaiki kemahiran sosial anak-anak. Anak-anak cx kemain suka lagi, lebih² lagi bila cx cerita perwatakan Mail dalam cerita upin ipin yang suka berniaga . Teruja sungguh mereka! Sudah pastilah mereka penjual dan mak abah mereka pembeli. Hehe

Toy Corner











Okay, Toy Corner kidzooona memang banyak tapi sangat bagus untuk pembelajaran anak-anak.  Ada banyak aktiviti seperti mewarna, membentuk dan pelbagai cara untuk bermain ada di sana.  Dekat area sini, anak-anak dapat membentuk kreativiti mereka ketika bermain dan dalam masa yang sama, dapat meningkatkan ketangkasan jari jemari. Korang tengoklah sendiri cx kongsikan di bawah. Memang seronok.

Cyber Wheel



Ini best! Anak lelaki cx kemain suka lagi main.  Dia bergolek² dalam Cyber Wheel dah macam Sugar Glider. Hehe Bagus Cyber Wheel ini sebab ianya menggunakan seluruh badan untuk keseimbangan.  Ianya mampu meningkatkan sensasi keseimbangan otot, konsentrasi dan kekuatan badan anak-anak. Waktu anak-anak main Cyber Wheel ini, perlu ada pengawasan ibu bapa ya .

Selain daripada yang cx sebutkan di atas , di kidzooona juga ada event mereka sendiri tau. Kita boleh tengok dan lihat perkembangan anak² apabila mereka bermain dan berkomunikasi dengan kawan² yang berbeza usia.  Cx suka event Kidzoona ni sebab anak-anak memang seronok.  Lagi² dengan kehadiran LALA, Maskot kidzooona yang sangat comel. Mereka belajar D.I.Y, bernyanyi dan bermain bersama.


DIY and Learning with LALA
Bergambar kenangan bersama LALA
Menari bersama Lala
DIY bunga
Ruang Parti Hari Jadi
Tambahan lagi, kalau korang nak buat birthday party pon boleh dekat kidzooona ni tau! Mesti anak-anak seronok dan akan ingat moment terindah dalam hidup mereka. Event Birthday Party ada package mereka yang tersendiri. Boleh rujuk di bawah okay . 




Di Kidzoona juga ada sesi bersama untuk naik kereta api tau! Serius seronok sungguh! Naik kereta api ni dapat buat satu pusingan level di kidzooona. Harga pon sangat berpatutan. RM5 sahaja tau! Memang seronok! Nanti pergi, jangan lupa naik kereta api tau! 


Jadual Kereta Api
Mesin Tiket
Satu Pusingan
Okay, cx dah kongsikan seberapa banyak maklumat yang ada di sana. Memang seronok dan bermanfaat untuk anak-anak juga ibubapa. Dapat luangkan masa bersama² dengan anak². Baik, kalau nak tahu lebih lanjut lagi, boleh tekan link di bawah tau! 

| FACEBOOK | CONTACT: 06-2884637 | 

Amalkan Kehidupan Sihat
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

18 comments:

Khai said...

wah bestnya! ni mesti syurga buat kanak-kanak ni. bagus lah ada tempat camni at least indoor jauh lebih selesa kn? nnti nak recommend lah pada org melaka

Bella Jamal said...

Sis terus ingatkan KidZania tadi. Banyak juga mainan dan kawasan aktiviti bermain di Kidzoona ni untuk kanak-kanak. Zaman sekarang nak cari padang pun susah nak main basikala bagai. Elokla bawa budak main kat indoor game ni. Selamat pun selamat tapi sediakan fulus ajela kalau ke tempat mahal. Hehehe

Fadzi Razak said...

Tak sangka ada banyak aktiviti dekat kidzoona ni. Nampak selalu bila pergi ke Aeon Shah Alam. Ingatkan ada indoor playground je. Rupanya ada banyak lagi aktiviti dekat situ

adianiez AIDA said...

pernah naik keretapi tu tau. masa tu gi MP dgn adik beradik & anak2 buah. hmmmm diorang nak naik, kami mak-mak join skali :) sesekali kan.
entry fee nyer mahal sgt. sama jugak la dgn aeon. aduhai. dulu kala fee nyer reasonable.
budak kan yg nak masuk. sib baik la Izzat dah tak nak masuk sini, prefer main games byr singgit tu.

Aerill Hassan said...

wahh menarik! banyak aktiviti menarik. tak sabar nak ada anak sendiri pastu bwk ke tempat macam ni. haha.. in shaa Allah. terima kasih share ya :)

Sebrinah Yeo said...

My kids will go crazy over this place! They love kidzoona so much till they ask me to bring them there every single day

Mahamahu said...

Mall sekarang ni mana-mana pergi wajib kena ada taman mainan dan tempat untuk kanak-kanak kalau tidak memang susah ibu bapa yang ada anak kecil nak bawa anak mereka. Bila ada tempat macam ni senang boleh bagi mereka main kat sini sementara tunggu mak shopping bapak lah kena jaga wakakakka..

Hanny Abdullh said...

Bagusnya ada tempat permainan macam ni. Selain memberi keseronokan, mereka juga lakukan aktiviti yg bermanfaat. Sekurangnya minda mereka berkembang. Mak ayah pun ada peluang sama2 lakukan aktiviti dgn anak2

Nadia Johari said...

best betul tempat dia ye..ni kalau bawak bebudak mau tak balik..hahaa..macam-macam ada dekat sini budak boleh terokai...tak nampak bosan...

Mat Drat said...

KIDZOONA ni memang best. Mat Drat pun baru je pergi bawa anak ke sini, seronok mereka habiskan masa dekat 2 jam lebih dalam ni.
Ni pun sibuk nak ajak pergi lagi..

AyuArjuna BiGoshh said...

Memang selalu bw anak2 ke kidzoono tapi biasanya bawa pergi yg cawangan kat kl. memang best sbb ada macam2 aktiviti yg boleh mereka lakukan diaini

Farhana Jafri said...

Bagusnya security dia pentingkan kebersihan sebab kalau playground kanak2 yang public macam ni memang bagi masuk je lepas bayar. Terbaik lah kidzoona ni, budak2 happy parents pun tak risau

Nadratul Syazwana said...

Ohh, memang Kidzoonia ke nama dia. Ingatkan cx tersilap nak type Kidzania. Tapi jauhnyaa lah Kidzoonia dekat Melaka tu eheh. Nampak jugak cx ada buat giveaway kan, kalau kat belah utara boleh la join.

Emi said...

Huiii bahaya bawak anak2 ke tempat macam ni. Kang tak nak balik pulak, hahah

Syamimi Saad said...

Erm.. Menarik ni. Selalu kalau balik melaka tak tahu nak singgah mana.
Nanti boleh la ajak ddy dorang ke sana time balik melaka. Thank you CX share info.

Mawardi Yunus said...

mudahlah ada tempat mesra budak2 kat tempat membeli belah macam ni. mak bapak nak shopping pon mudah kan.

saidila said...

bestnyalah lahai kalau ada anak masih kecik2 ...mesti syok layan diorang seharian kat sini...sambil2 bercuti tu boleh kot singgah sini

Sunshine Kelly said...

Best kan tempat edutaiment untuk kanak-kanak and mak bole shopping dengan tenang at the same time.