Thursday, August 29, 2019

CR7: Betul ke Cristiano Ronaldo tu atau Edit?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai korang! Tengah buat apa tu petang hari? Ngeteh apa? Cx satgi rancang nak buat mee goreng udang sahaja. Tapi sebelum tu, ayuhlah update entry di blog. Tiba-tiba dapat idea gara-gara dok lepak dengan mak tadi.


Elok tengah tengok drama di TV, tiba-tiba mak cx buka mulut;

Mak: 
Betul ke Cristiano Ronaldo tu? Bukan edit?

CX:
Eh! Betullah tu Mak! 

Mak: Iyeke? Dia tak edit? 

CX: Taklah. Diorang tak boleh suka-suka hati edit video muka orang lagi-lagi yang terkenal macam Cristiano Ronaldo. Mau kena saman? Muka ada nilai tu. Influencer seantero. 

Mak: Oh! Ingatkan Edit.


Sungguh beriya mak cx nak tahu pasal iklan Shopee ni tau! Iyalah, semua orang tahu Cristiano Ronaldo pemain bola sepak terkenal, dan tiba-tiba jadi duta, berjoget pula tu. Nak ke dia buat semua tu kan?

Ramai macam pelik mungkin. Tapi tak peliklah sebab dah tentu-tentu bayaran dia tinggi! Bukan senang nak lentur seorang pemain bola menari tau! Hihihi.



Percaya ke Idok?
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Tuesday, August 27, 2019

TIPS DIDIK ANAK PAKAI TUDUNG SEAWAL DUA TAHUN

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

TIPS DIDIK ANAK PAKAI TUDUNG SEAWAL DUA TAHUN | Holla semua! Harini cx rajin pula nak update entry. Sebenarnya dah lama tajuk ini dalam kepala tapi nak update tu yang tak menyempat atau kata lainnya, malas! Hahaha sila jangan tiru perangai mak² cenggini ya. Hehe. Okaylah  cx ni sediamaklum, ada anak perempuan seorang.  Sejak sebelum kahwin, masih anak dara gittew kan, cx dah ada misi untuk anak-anak tau! Haha! Antara misinya adalah nak didik anak dara cx pakai tudung seawal usia. Alhamdulillah berjaya. Syukur sangat! Okay jom, kita terus ke tips yang nak cx kongsikan.

Pengalaman Anak² Tengok Korban

1. Amalkan Menutup Kepala Anak Sejak Bayi.
Macam cx, cx amalkan tutup kepala anak sejak dia kecil lagi. Tak kisahlah pakai topi ke  pakai scarf kecil ke. Asalkan bertutup. Tapi ada masa buka juga. Iyalah, kita ajar perlahan-lahan. Ada masa anak rimas juga. Iyalah  diakan kecil lagi. Jadi, take time okay.

2.  Selalu Pakai Tudung Depan Anak
Cx suka pakai tudung depan anak bila nak bersiap keluar. Kemudian cx akan mula cakap-cakap dengan dia yang kalau anak pakai tudung , akan jadi lebih cantik dan ayu macam mak. Anak² kan suka nak jadi mak abah dia. Betul tak? Mak abah kan role model kepada anak-anak. 

3. Seawal Usia Setahun Lebih, Belikan Tudung
Cx memang dah target , anak kena pakai juga tudung . Haha! Suka tengok anak² kecil pakai tudung. Comel. So, cx praktiklah dekat anak sendiri. Hehe. Cx belikan anak tudung kecil masanusia dia setahun lebih dan jinak²kan dia pakai tudung penuh.

4. Puji Anak
Cx suka puji anak bila dia pakai tudung. Cx cakap, 'cantiknya anak mak pakai tudung!' . Nanti masuk syurga, Allah pon sayang.

5. Belikan Tudung Ikut Warna Kegemaran
Kadang-kadang susah juga nak suruh dia pakai tudung. Tak dinafikan. Awal² memang dia akan on off tapi cx cuba cari akal lain pula. Belikan tudung warna kesukaan dia. Anak cx suka warna pink. So cx belikan ! Kemain suka lagi dia.

Di Pesta Lampu Melaka
Okay cukuplah lima tips. Buat perlahan-lahan. Sekarang anak cx dah berusia dua tahun dua bulan. Alhamdulillah sekarang kalau nak keluar pon dah pandai tanya dan cari tudung dia. Bila keluar pon, dia tak bagi orang lain buka tudung dia melainkan dia buka sendiri. Alhamdulillah. Sekarang ni, koleksi tudung anak cx pon dah banyak macam mak dia. Haha!

Cx ingat lagi, kami pergi rumah nenek dia yang sebelah taman sahaja pon, bukan main menangis lagi meraung² bila nenek dia bukakan tudung. Haha! Waktu tu lepak rumah nenek dia. Kemain solehah lagi. Alhamdulillah. Ada sahaja orang cakap, "Dah besar nanti , jangan tak pakai tudung pula". Hurm. Pada cx  kita sebagai mak abah, cakap dan doalah yang baik² untuk anak². InShaaAllah. Elakkan cakap² macam tu dalam hati. Kita doa yang baik , maka dapatlah yang baik. Tapi jika dah besar anak² tersasar , kita jualah yang akan menarik mereka kembali. Betul tak?

Okaylah, korang pula macam mana? Ada tips lain selain yang cx kongsikan di atas? Jom kongsi di ruangan komen! 😊

Melentur Biarlah Dari Rebung
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Wednesday, August 21, 2019

Bantal Das Abdul Global (DAG): Jenama Pilihan Terbaik di Malaysia!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Bantal Das Abdul Global (DAG): Jenama Pilihan Terbaik di Malaysia!Sekarang ini semakin hari, makin ramai dok perkatakan tentang bantal Das Abdul Global. Sana sini cakap best tidur malam guna bantal ini.  Terpegun jugalah cx! Hebat mana bantal ni agaknya? 

Bila baca pada info, Bantal Das Abdul Global atau lebih dikenali sebagai Bantal DAG ni merupakan bantal hotel tujuh (7) bintang! Patutlah slogan mereka; Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel ! 


Tuan Das Abdul - Founder DAS
 Tuan Das Abdul - Founder DAS 
CX turut baca juga serba sedikit latar belakang DAG ni. Menurut info yang ada di website utama mereka. Founder DAG ialah Tuan Das Abdul yang merupakan bekas Jurutera Awam dan juga pernah berjawatan sebagai Pengurus Am di sebuah Resort di Kelantan. Beliau mula tercari-cari peluang bisnes disebabkan minatnya yang sangat mendalam dalam bidang bisnes. Hinggalah pada satu hari beliau mendapat idea untuk menjual bantal hotel di ‘car boot sale’. 
"Bantal yang baik adalah kunci kepada tidur malam terbaik. Setiap orang mesti memilih bantal sesuai untuk tidur lebih baik kerana bantal yang baik adalah sama pentingnya dengan keselesaan tilam dan selesa untuk tidur malam terbaik."

Inilah yang di pegang oleh Tuan DAS hingga menyebabkan beliau nekad untuk menjadi seorang peniaga bantal. Sesuai dengan slogan mereka iaitu; Sleep Like A King! 



Sudah pasti setiap daripada kita mahukan tidur yang baik kan? CX pun sama! Kalau nak tahu, kualiti tidur mampu memberi tenaga dan kesihatan sempurna pada keesokan harinya. Jadi, untuk tidur yang baik, asasnya adalah pada bantal itu sendiri. Bayangkan bila tidur malam bantal rasa tidak selesa, hmm jawabnya bangun tidur nanti sakit leher. Lenguh satu badan. Manakan mampu untuk kita peroleh kualiti tidur yang bagus macam tu. 

 DAG Menawarkan Banyak Pilihan Bantal Yang Menarik.

Bantal DAG ini terbahagi kepada TIGA PILIHAN iaitu;


1. Polyster Helix DAG (PhD) 
Keanjalan 80%
Ketahanan 50%
Kegebuan 30%
PhD merupakan koleksi bantal tiga (3) Bintang yang diperbuat daripada Polyster. Padat dan mampat, sesuai kepada penggemar bantal tinggi. 

Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang asma. Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Selesa dan tidak panas.  Mudah dijaga.  

Ia juga Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang menyebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal serta tekstur dalaman menjadi lembik. Harga seunit hanyalah RM35.00 sahaja.


2. H-Classic (H-Class)
Keanjalan 30%
Ketahanan 40%
Kegebuan 40%
H-Class merupakan koleksi bantal empat (4) Bintang. Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik.  Sangat bagus untuk mereka yang asma.  

Lembut dan gebu - dibuat daripada bahan yang empuk.  Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu.  Selesa dan tidak panas Mudah untuk dicuci & dijaga.  

Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang menyebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal serta tekstur dalaman menjadi lembik.  Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Harga seunit RM45.30 sahaja.


3. H-Class PRO (Koleksi Hotel)
Keanjalan 40%
Ketahanan 60%
Kegebuan 50%
H-Class Pro merupakan produk terbaru keluaran DAG. Ia adalah inovasi teknologi daripada Hclass Classic.

Penggunaan teknologi baru, H-class Pro mempunyai fiber yang lebih halus, ringan, dan isian lebih padat. 

Sesuai untuk mereka yang sukakan bantal lembut tetapi tinggi. Masih lagi dalam kategori polyester fiber dan walaupun fiber lebih halus tetapi masih mengekalkan ciri-cirinya yang boleh di basuh. Harga Seunit RM63.00 sahaja.


 Bantal DAG Ternyata Sangat Istimewa dan Menarik  


CX memang jatuh hati tambah kagum dengan semua bantal hotel yang dikeluarkan oleh DAG ini. Semuanya bagus! Semuanya best! Paling seronok sebab mudah untuk dijaga dan boleh di basuh dalam washing mechine. Haa special kan? Kalau bantal lain yang pernah CX beli sebelum ni masuk mesin, alamatnya Sadakallahul'azim terus tak ada rasa lembut dan gebu lagi dah!


CX juga suka dengan tahap kualiti yang dijaga oleh pihak DAS. Buktinya ramai pengguna yang sangat berpuashati hingga ada yang cakap, beli sekali sahaja tapi bantal tahan hingga bertahun-tahun. CX akui dan percaya! Jika tidak manakan boleh iklan bantal ini terpampang di sepanjang highway. Yalah bantal sahaja kot, harga pun RM35.00 sahaja sebiji . Kalau tak bagus manakan boleh berada hingga tahap ini.

 Kini CX Juga Telah Bergelar Pengguna Bantal DAG, Yes! 


Ini bantal CX yang punya... jangan ambil okay! Kalau nak, kenalah beli sendiri ya. Cx pilih H-Classic yang berharga RM45.30 . Memang lembut sahaja bila guna tau! Dia tidak menganjal sangat dan gebu pon boleh tahan. Selesa tidur! Memang berkualiti tinggi sangat bantal DAS ni !

Jujur cakap, memang lembut. Memang gebu. Memang sedap tidur. Lepas ni CX rasa macam nak cuba bantal peluk pulalah sebabnya dengar kata bantal peluk DAG pun dah muncul di pasaran.


 DAG Menyediakan Servis Penghantaran Secara Pos Dan COD 

Bantal CX ini pada mulanya nak beli online sahaja di website DAG tapi bila difikirkan balik , eloklah CX beli dekat agent Melaka yang berdekatan.  Ramai juga agent di Melaka ini.  Jadinya CX pon contact seorang agent aktif di Melaka ini iaitu Encik Amerr. Servis penghantaran beliau sangat pantas. 

Masa deal untuk pembelian pon, beliau sangat friendly dan layan sahaja apa yang CX tanya. Bagus sangat! Semalam dok order, esoknya dah sampai depan rumah! Fuh! Terbaik! Peramah pon ya Encik Amerr ini tau. Kalau korang orang Melaka nak beli Bantal DAG ini, boleh terus contact beliau okay! 



Sleep Like A King
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Sunday, August 18, 2019

Cikitang dan Boaba Float Sg.Putat Melaka Terbaik!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa yang selalu dan suka sangat datang ke Melaka tu, meh cx nak bawa korang cuba Cikitang dan Boaba Float di Sungai Putat Melaka. Sedap Oii! Padu! Negeteh petang hari dengan member, memang layan! Ajom terjah berjemaah!



Cikitang Melaka ada dua tempat kalau korang nak tahu. Cikitang utama ada dekat Mee Kari Sungai Putat, lebih senang korang waze sahaja dekat Mango Float Royale Sungai Putat. Lokasi kedua adalah di Murtabak Cheese Jumbo Sungai Putat. Cx berkesempatan pergi ke lokasi yang kedua ini. Lagipun di lokasi kedua ini, cx berpeluang untuk rasa sekali Boaba Float Cikitang. Memang in-lah bila ngeteh complete makan dan minum yang ringan-ringan. Betul tak?


Menu pilihan cikitang yang disediakan mempunyai beberapa jenis. Antaranya adalah; Original Castor, Crunchy Mamee, Cornfries, dan Mozarella Stick.

Menu pilihan Boaba Float pula adalah; Brown Sugar, Boaba Float, Cream Cheese dan Green Tea.

Mozarella Cheese. Harga : RM8.00
Paling padu weh! Masa untuk makan Mozarella Cheese adalah antara 5-8 minit untuk dapatkan kesan tarikan mozarella. Kalau lambat, Mozarella akan mengeras. Korang pon sedia maklum keadaan mozarella kan? Cx makan Mozarella Cheese memang pergh! Bila nak putus weh Mozarellanya? Dok tarik² masuk mulut tapi tak putus². Haha Pergi cuba sendiri okay! Sedap! Luar rangup. Tak muak!
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5⭐

Jom tengok cx tarik Mozarella Cheese Cikitang!
Atas: Crunchy Mamee. Harga: RM5.00
Crunchy Mamee ini pon sedap. Bila gigit sahaja, memang krup krap krup krap dalam mulut! Dahlah corndog besar. Memang padu! Ngap! Ngap! Habis!
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5⭐

Bawah: Cornfries. Harga: RM5.00
Cornfries dia boleh tahan . Taknak kalah beb! Krup krap juga bila makan. Sedaplah senang! Haha
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5⭐

Gabungan Mantap Gais!

Signature Drink: Cream Cheese. Harga: RM9.90
Signature Drink dia memang sedap! Lengkap dengan boaba yang lembut kenyal² dan manis² gitu. Sekali sedut  boleh habis! Haa sampai gitu sekali sedap dia! Takleh nak berhenti. Huhu Signature dia boleh setanding dengan Xing Fu Tang dan Boaba Milk Tea yang lain. Serius!
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5⭐

Boaba Float. Harga: RM6.00
Boaba Float dia ada gabungan Boaba Milk Brown Sugar Float dan Ais Krim. Pergh! Sedap jugalah cerita dia! Hahaha!
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐ /5⭐

Boaba Cream'O. Harga: RM7.90
Cx paling berkenan di tekak ini haa. Sedap betul! Gabungan oreo + Boaba dan Whipping Cream. Pergh! Slurp! Slurp!
Rate: ⭐⭐⭐⭐⭐/ 5⭐
Haaa, suka ke suka tu? Menarikkan? Cx yang rasa dan menikmatinya memang lagi ummmphh! Sungguh sedap! Makan panas-panas, tengah lapar² baru lepas balik kerja ke kan? Baru habis kelas ke, memang seronok layan.  Jomlah bawa sedara mara ke Cikitang! Confirm repeat lagi beb!

Cikitang No.1 di Melaka

Menu Boaba Float
Okay, kalau nak pergi sana dan korang mahukan maklumat lebih lanjut, boleh terus ke link² yang cx kongsikan di bawah.


Instagram: cikitang_melaka

Waktu Operasi: 
12:30 Tengah Hari - 18:30 petang
(Setiap Hari)

Lokasi : (waze)
📍Mee Kari Sungai Putat @ Mango Float Royale Sungai Putat

Lokasi Drive Thru : (waze)
📍Murtabak cheese Jumbo Sungai Putat
📍Link Maps: 

Rasa Dulu Baru Tahu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Friday, August 9, 2019

Safi Shayla | Penjagaan Rambut Bagi Wanita Berhijab

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! Sedia kita semua maklum, wanita berhijab memerlukan penjagaan rambut dan kulit kepala yang lebih teliti agar tidak memberikan kerosakan dan kemudaratan kesihatan rambut kita. Namun kadang kala kita tidak dapat nak elak atau lari daripada masalah ini kerana sebagai Muslim, kita diwajibkan berhijab sekiranya keluar rumah atau bersama ajnabi.  Lebih-lebih lagi wanita bekerjaya, sudah pasti penggunaan hijab boleh membawa kepada berjam-jam lamanya.


Safi Shayla : Formula Anti Kelemumur

Wanita berhijab tak kiralah berambut pendek atau panjang, semestinya memerlukan penjagaan rapi rambut. Kalau tidak, antara masalah utama yang kita hadapi adalah rambut lembab dan berbau.  Kemudian akan menghadirkan kepingan kelemumur yang merimaskan! Jom cx kongsikan cara penjagaan rambut bagi wanita berhijab. Mudah sangat! Hanya menggunakan formula variasi baru daripada safi shayla iaitu shampoo, minyak rambut dan mask anti kelemumur.

Minyak Rambut Anti-Kelemumur

MINYAK RAMBUT ANTI-KELEMUMUR
Mengandungi Minyak Organik Habbatus Sauda + Mentol.  Ianya mengurangkan kelemumur, minyak & kulit kepala gatal.

Minyak rambut SAFI Shayla menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Rambut lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari dengan lapan (baca:8) jam wangian berdasarkan ujian makmal. Kelebihan dan manfaat pula seperti berikut;

🌀Minyak Rambut Organik Habbatus Sauda
Memberikan kelembutan kepada rambut, nutrien, anti-bakteria dan perlindungan matahari.

🌀Minyak zaitun tulen
Memelihara/Memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau kerinting.

Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur

SYAMPU SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR
Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya berminyak lalu menyumbang kepada masalah kelemumur.

Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur. Mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam.

Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur
MASKER PENYEGAR KULIT KEPALA KAWALAN KELEMUMUR
Minyak Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal dengann Micro Bamboo Charcoal + Organic Habbatus Sauda Oil  & Menthol

Jadi, jangan lupa cuba Safi Shayla formulasi baru untuk atasi masalah kelemumur dan dalam masa sama, rambut kita lebih terjaga serta kekal harum hampir sehingga lapan jam. Kini, dengan pembelian Safi Shayla dengan harga RM35 ke atas, korang boleh dan berpeluang untuk dapatkan sling bag comel We Bare Bears, limited edition tau! Comel sangat! Jom dapatkan di semua outlet terpilih! Cx dah miliki tau!

We Bare Bears! (Limited Edition)

Outlet yang Terlibat

Tunggu apa lagi? Ajom dapatkan SAFI Shayla sekarang dan miliki koleksi bag silang comel We Bare Bears sekarang! Maklumat lanjut, korang boleh rujuk maklumat di bawah okay.

Sling Bag We Bare Bears
Limited Edition

Website| Contact: 1-800-88-8867 | Facebook | Instagram | Youtube |

Bersih, Wangi dan Terjaga
Lahirkanlah Keikhlasan di Hatimu

Wednesday, August 7, 2019

KITA Beauties Beri'es Col'la : Minuman Campuran Botani

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

KITA Beauties Beri's Col'la : Minuman Campuran Botani | Zaman sekarang ini, semua orang nak cantik sihat luar dan dalamkan? Nak kekalkan pengambilan makanan sihat harian seperti buah, sayur, ikan, daging semua tu, kadang-kadang culas juga.  Tidak lagi kira bajet yang ada untuk digunakan. Tapi sekarang ini, tak perlu risau lagi tau sebab dengan Kita Beauties Beri's Col'la, korang boleh cantik hanya dengan pengambilan sachet setiap hari! Mudah dan senang sangat! 


Kita Beuaties Beri's Col'la merupakan minuman campuran botani yang mengandungi empat bahan aktif utama iaitu; pomegranate, Omega 3, Collagen Peptide dan Asthaxanthin.  Setiap bahan aktif utama ini mempunyai kelebihannya tersendiri yang mampu membantu menguatkan kesihatan kulit kita dengan pengambilan yang konsisten. Jom cx kongsikan apakah kelebihan bagi setiap satu bahan aktif Col'la

Pomegranate: 
Membantu meningkatkan kesihatan kulit

Collagen Peptide: 
Merupakan alat anti penuaan terbaik.

Asthaxanthin: 
Membantu mengurangkan kedut dan melembabkan kulit

Omega 3 Sunflower Seed:
Merupakan benih berkhasiat yang baik


Kelebihan Pengambilan Kita Beauties Beri'es Col'la ini boleh membantu memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalaah.  Selain itu, Kita Beuties menjadikan kulit kita lebih anjal dan elastik. Paling teruja, iainya juga melembabkan kulit kita. Bestkan? Bila kita konsisten pengambilan Kita Beuties, nanti boleh mengurangkan kedutan dan garis halus tau! Almaklum, Asthaxanthin kan ada? Liang pori kita juga akan mula mengecil dan masalah jerawat serta jeragat pon akan berkurang. Tambahan lagi, kuku dan rambut kita pon akan jadi cantik dan kuat sebab Kita Bauties membantu mengurangkan radikal bebas dan toksin dalam badan.  Kalau korang nak tahu, Kita Beauties ini juga boleh meningkatkan sistem imunisasi badan tau sebab ada juga dimasukkan Vitamin C dalam bahan-bahan ramuan produk  


TIPS/PANTANG

☑️ Bagi masalah jerawat , elakkan makanan bergoreng dan kicap soya.
☑️ Elakkan pengambilan KAFEIN, boleh mempercepatkan penuaan. 
☑️  Masa datang haid, seeloknya berhenti sekejap kerana sistem pnyerapan badan masih lemah. 
☑️Boleh JARAKKAN waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil UBAT dari hospital/klinik. 
☑️ Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan dengan produk Kitsui jika mengambil apa² jenis produk/supplement/jamu lain. 
 ☑️Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan keats utk ibu mengandung/ ibu mnyusu. 

☑️ Produk slimming/detox TIDAK SESUAI untuk ibu menyusu atau ibu mengandung. 
☑️ Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter untuk kesan terbaik. 
☑️ Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa² jenis produk. 
☑️ Produk yang MEMPUNYAI KOLAGEN tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau masalah resdung. 



PENGUMUMAN PENTING 
✅Produk Kita Beauties bukan di perbuat dari ubat. Kita Beauties tidak dapat bantu menyembuh sakit sakit kronik anda . 

✅Produk Kita Beauties Hanya Makanan tambahan anda seharian . Kita Beauties Hanya membantu mengimbangkan nutrisi yang kekurangan dari Makanan seharian anda . Produk Kita Beauties adalah produk yang diperbuat dari makanan seharian kita seperti sayur-sayuran , buah-buahan dan kolagen dari ikan . PRODUCT KITA BEAUTIES ADALAH SUPERFOOD.

✅Produk Kita Beauties cuma ada No.Reference Dari Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan dikategorikan sebagai makanan. . Product kami tiada No. MAL sebab No. MAL hanya untuk produk yg di perbuat dari ubat / dikelaskan sebagai ubat.


CARA PENGAMBILAN
Campurkan 100ml air biasa / suam / sejuk kedalam shaker bersama satu sachet Kita Beauties.  Pastikan larut selarutnya sebelum diminum.  

Produk ini sesuai diambil selepas sarapan atau sebelum tidur. (waktu yang dicadangkan ialah sebelum tidur kerana  penyerapan waktu malam lebih tinggi)


Jom dapatkan KITA Beauties sekarang! 
Make Your Skin and Body Happy! 


Rasa Bangga Dengan Diri Anda!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Friday, August 2, 2019

Melaka: Ramen Asam Pedas Tanjak Sonsang Bukit Baru. Terangkat Beb!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Melaka: Ramen Asam PedasI Tanjak Sonsang Bukit Baru. Terangkat Beb! | Kalau datang Melaka dan tak pekena Asam Pedas, memang rugi! Sungguh! Almaklum, Melaka Bandaraya Bersejarah ini paling padu dengan Asam Pedasnya. Tak gitu?  Kalau boleh, setiap hari kena ada Masak Asam Pedas dekat rumah. Barulah Melaka piau orang kata. Orang luar pon sanggup turun Melaka gara-gara penangan Asam Pedas tau!

Asam Pedas Ramen Paling Rare di Melaka!

Cx berkesempatan untuk pergi dan rasa sendiri apakah yang menarik dan sedap sangat Asam Pedas Ramen Tanjak Sonsang Bukit Baru Melaka ini. Biasalah, lidah orang Melaka, waima setiap hari masak Asam Pedas, tetap juga nak rasa Asam Pedas dekat kedai. Lagi² Asam Pedas Ramen Rare macam ini.  Makluman, kedai Tanjak Sonsang ini juga dibuka untuk sarapan tau tapi bukan menu Asam Pedaslah. Makanan untuk sarapan seperti nasi lemak, lontong, soto, mee kari, goreng², roti canai dan kuih muih. Semua sedap! Cx pelanggan setia bersarap dekat situ tau! Terbaik! Meh cx kongsikan dekat korang apa menu yang menarik sangat dekat Asam Pedas Ramen Tanjak Sonsang Bukit Baru ini.


 Ramen Asam Pedas Telur Campur
Pelbagai jenis telur dicampurkan sekali.  Antaranya adalah telur belangkas dan telur ikan mayong.
Rasa dia memang sedap.
Rate: 5/5

Ramen Asam Pedas Udang Harimau Jumbo
Udang saiz besar ofcourse! Makan sekuali kecil ni memang kenyang dan puas hati. Udang besar, isi padu dan lembut.
Rate: 5/5
Asam Pedas Tetel
Masakan paling disukai orang Melaka. Tetel dia lembut dan besar² potongannya.  Kuah tidak menjadi berlemak waima dah sejuk.  Cx peminat daging, jadinya memang perfecto!
Rate: 5/5
Ramen Asam Pedas Ketam Nipah
Ini memang terbaik! Ketam Nipah isi padu! Lembut nau²! Khas diimport dari Sabah tau! Serius puas hati bila dapat makan. Fuh! Marvelous!
Rate: 5/5
Asam Pedas Telur Ikan Mayong
Menu paling dicari. Kebanyakkannya orang Muar. Mereka turun Melaka semata² untuk Asam Pedas Telur Ikan Mayong. Sedap! Telur Ikan Mayong ini diimport dari Sumatera. Memang besar² saiz dia. Bila makan, boleh rasa sendiri keenakkannya. Pop² Meletop! Bukan calang² tau!
Rate: 5/5
Ramen Asam Pedas Sotong King
Cx suka! Sotong digoreng terlebih dahulu. Ianya jadi crispy tau. Saiz besar dibaginya kita. Memang lemgkaplah! Rangup, crispy2 dan isinnya lembut.
Rate: 5/5
Hidangan Lain : Nasi Lemak Ayam Berempah
Menu ini cx tak sempat rasa. Haha! Tapi kalau chef orang yang sama dengan sarapan pagi, cx boleh gerenti ianya sedap! Cx suka makan sarapan nasi lemak mereka. Hehe. 

Keistimewaan dan Latar Belakang;

1. Asam Pedas Tanjak Sonsang adalah gabungan dariapada tiga jenis ramuan iaitu; Masak Lada, Gerang Asam dan Asam Pedas biasa. Rasa dia memang terbaik! Pekat kuahnya dan cukup rasa semua masam pedas garam segala. Terangkat beb!

2. Nama kedai asalnya tercetus idea adalah daripada Lirik Lagu Bangkit, Ultimate; 
Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang

3. Kedai telah beroperasi lebih kurang setahun lebih di Bukit Baru ini.

4. Jika tidak mahu makan Asam Pedas dengan Ramen, boleh request tukar dengan nasi putih. Tapi harga sama ikut menu asal.

5. Kawasan dan ruang makan kedai luas, bersih dan tenang. Mudah parking dan strategik. Tandas pon bersih.

6. Ramen yang digunakan adalah berkualiti.  Bila makan, ianya lembut dan tidak muak. 

Antara Menu Paling Hot

Memang Padu dan Rare sungguh Asam Pedas Ramen Tanjak Sonsang Bukit Baru Melaka ini. Cx orang Melaka sendiri akui kesedapannya! Cx pula sejenis suka makan lauk pauk yang berkuah pekat. Memang kena betul dengan tekak. Terbaik! Tahap kepedasan masih boleh diterima lidah orang Malaysia. InShaaAllah. Okay, kalau nak pergi dan cuba, korang boleh rujuk maklumat di bawah . Cx lampirkan sekali maps bagi memudahkan. Okbai!

Tanjak Sonsang Bukit Baru Duyong Melaka

Nama Kedai:
Tanjak Sonsang Asam Pedas

Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu (17:30pm - 23:30pm)
Ahad (Tutup)

Tempahan: 
01121087145 / 0172079063

Tempahan Atas Talian:

🐼 FOODPANDA

Lokasi Maps:

Facebook Page:

Instagram:

Asam Pedas Ramen Rare!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu