Wednesday, August 21, 2019

Bantal Das Abdul Global (DAG): Jenama Pilihan Terbaik di Malaysia!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Bantal Das Abdul Global (DAG): Jenama Pilihan Terbaik di Malaysia!Sekarang ini semakin hari, makin ramai dok perkatakan tentang bantal Das Abdul Global. Sana sini cakap best tidur malam guna bantal ini.  Terpegun jugalah cx! Hebat mana bantal ni agaknya? 

Bila baca pada info, Bantal Das Abdul Global atau lebih dikenali sebagai Bantal DAG ni merupakan bantal hotel tujuh (7) bintang! Patutlah slogan mereka; Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel ! 


Tuan Das Abdul - Founder DAS
 Tuan Das Abdul - Founder DAS 
CX turut baca juga serba sedikit latar belakang DAG ni. Menurut info yang ada di website utama mereka. Founder DAG ialah Tuan Das Abdul yang merupakan bekas Jurutera Awam dan juga pernah berjawatan sebagai Pengurus Am di sebuah Resort di Kelantan. Beliau mula tercari-cari peluang bisnes disebabkan minatnya yang sangat mendalam dalam bidang bisnes. Hinggalah pada satu hari beliau mendapat idea untuk menjual bantal hotel di ‘car boot sale’. 
"Bantal yang baik adalah kunci kepada tidur malam terbaik. Setiap orang mesti memilih bantal sesuai untuk tidur lebih baik kerana bantal yang baik adalah sama pentingnya dengan keselesaan tilam dan selesa untuk tidur malam terbaik."

Inilah yang di pegang oleh Tuan DAS hingga menyebabkan beliau nekad untuk menjadi seorang peniaga bantal. Sesuai dengan slogan mereka iaitu; Sleep Like A King! 



Sudah pasti setiap daripada kita mahukan tidur yang baik kan? CX pun sama! Kalau nak tahu, kualiti tidur mampu memberi tenaga dan kesihatan sempurna pada keesokan harinya. Jadi, untuk tidur yang baik, asasnya adalah pada bantal itu sendiri. Bayangkan bila tidur malam bantal rasa tidak selesa, hmm jawabnya bangun tidur nanti sakit leher. Lenguh satu badan. Manakan mampu untuk kita peroleh kualiti tidur yang bagus macam tu. 

 DAG Menawarkan Banyak Pilihan Bantal Yang Menarik.

Bantal DAG ini terbahagi kepada TIGA PILIHAN iaitu;


1. Polyster Helix DAG (PhD) 
Keanjalan 80%
Ketahanan 50%
Kegebuan 30%
PhD merupakan koleksi bantal tiga (3) Bintang yang diperbuat daripada Polyster. Padat dan mampat, sesuai kepada penggemar bantal tinggi. 

Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang asma. Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Selesa dan tidak panas.  Mudah dijaga.  

Ia juga Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang menyebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal serta tekstur dalaman menjadi lembik. Harga seunit hanyalah RM35.00 sahaja.


2. H-Classic (H-Class)
Keanjalan 30%
Ketahanan 40%
Kegebuan 40%
H-Class merupakan koleksi bantal empat (4) Bintang. Hygiene - tidak berdebu dan anti alergik.  Sangat bagus untuk mereka yang asma.  

Lembut dan gebu - dibuat daripada bahan yang empuk.  Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu.  Selesa dan tidak panas Mudah untuk dicuci & dijaga.  

Tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang menyebabkan bantal menjadi lembab, busuk, gatal serta tekstur dalaman menjadi lembik.  Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Harga seunit RM45.30 sahaja.


3. H-Class PRO (Koleksi Hotel)
Keanjalan 40%
Ketahanan 60%
Kegebuan 50%
H-Class Pro merupakan produk terbaru keluaran DAG. Ia adalah inovasi teknologi daripada Hclass Classic.

Penggunaan teknologi baru, H-class Pro mempunyai fiber yang lebih halus, ringan, dan isian lebih padat. 

Sesuai untuk mereka yang sukakan bantal lembut tetapi tinggi. Masih lagi dalam kategori polyester fiber dan walaupun fiber lebih halus tetapi masih mengekalkan ciri-cirinya yang boleh di basuh. Harga Seunit RM63.00 sahaja.


 Bantal DAG Ternyata Sangat Istimewa dan Menarik  


CX memang jatuh hati tambah kagum dengan semua bantal hotel yang dikeluarkan oleh DAG ini. Semuanya bagus! Semuanya best! Paling seronok sebab mudah untuk dijaga dan boleh di basuh dalam washing mechine. Haa special kan? Kalau bantal lain yang pernah CX beli sebelum ni masuk mesin, alamatnya Sadakallahul'azim terus tak ada rasa lembut dan gebu lagi dah!


CX juga suka dengan tahap kualiti yang dijaga oleh pihak DAS. Buktinya ramai pengguna yang sangat berpuashati hingga ada yang cakap, beli sekali sahaja tapi bantal tahan hingga bertahun-tahun. CX akui dan percaya! Jika tidak manakan boleh iklan bantal ini terpampang di sepanjang highway. Yalah bantal sahaja kot, harga pun RM35.00 sahaja sebiji . Kalau tak bagus manakan boleh berada hingga tahap ini.

 Kini CX Juga Telah Bergelar Pengguna Bantal DAG, Yes! 


Ini bantal CX yang punya... jangan ambil okay! Kalau nak, kenalah beli sendiri ya. Cx pilih H-Classic yang berharga RM45.30 . Memang lembut sahaja bila guna tau! Dia tidak menganjal sangat dan gebu pon boleh tahan. Selesa tidur! Memang berkualiti tinggi sangat bantal DAS ni !

Jujur cakap, memang lembut. Memang gebu. Memang sedap tidur. Lepas ni CX rasa macam nak cuba bantal peluk pulalah sebabnya dengar kata bantal peluk DAG pun dah muncul di pasaran.


 DAG Menyediakan Servis Penghantaran Secara Pos Dan COD 

Bantal CX ini pada mulanya nak beli online sahaja di website DAG tapi bila difikirkan balik , eloklah CX beli dekat agent Melaka yang berdekatan.  Ramai juga agent di Melaka ini.  Jadinya CX pon contact seorang agent aktif di Melaka ini iaitu Encik Amerr. Servis penghantaran beliau sangat pantas. 

Masa deal untuk pembelian pon, beliau sangat friendly dan layan sahaja apa yang CX tanya. Bagus sangat! Semalam dok order, esoknya dah sampai depan rumah! Fuh! Terbaik! Peramah pon ya Encik Amerr ini tau. Kalau korang orang Melaka nak beli Bantal DAG ini, boleh terus contact beliau okay! 



Sleep Like A King
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

21 comments:

PeRdU cINta said...

Tak dinafi pemilihan bantal tidur sangat penting. Untuk keselesaan dan kesihatan.

Mimin Adam said...

suka bantal DAS ni

adianiez AIDA said...

pernah ada member jual ni, chaza.
aida x beli masa tu. sebab lom pindah umah.
bila nak beli, dia x jual dah...
then masa tu, mcm dah tak nampak sesape jual tau.
recently, up balik bantal ni.
kat tepi jalan. kat family store pun ada.
cuma dia x bwk semua jenis bantal. 1-2 je.
kena order.
pe'el aida ni, nak rasa dulu baru beli :)

Marina Bashah said...

Nampak ada agent jual bantal DAS ni kat area rumah. Senangla nak beli nanti

Fadima Mooneira said...

True...... most five star hotel byk pakai pillow ini. Memang sedap kepala tido atas bantal das nie.

Mama aiman said...

Ingatkan mahal bantal DAS nie..rupanya murah jr..lepas nie nak join cx jgk la nak jdi pengguna bantal DAS..hehe..

Thirteen said...

Baca punya baca, terus waaa terpaku kat boleh masuk machine tu. Sebab kita pun banyak 'mematikan' bantal2 yg ada sebab kita tak suka bantal terlalu lama meski bantal tu kira baru. Ha gitu. Tggu habis stok bantal baru kita, baru kita nak try DAS ni. Kita mmg suka stok2 bantal ni. Haha.

Muhammad Naim Abdullah said...

Sebut sahaja bantal ia satu keperluan untuk tidur. Kekadang salah memilih bantal untuk tidur, ia akan membuat tidur kita akan terganggu. Terima kasih berkongsi satu produk yang baharu.

Mahamahu said...

Bestnya tengok bantal tu nampak sangat gebu dan selesa rasa kalau letak kepala ni memang lena lah hehehe kita ni susah nak tidur kadang-kadang baring lama pun masih tak tidur-tidur lagi hurrrmmm...

Hanny Abdullh said...

Sis bab bantal ni memang sangat memilih, tak suka yang lembut sangat, kalau dapat bantal lembut makna kena gunakan 2 bantal untuk elakkan kepala tenggelam. Tapi lepas lelap dah tak kira bantal dah..kdg2 hilang jatuh katil pun tak kisah...hehehe

Rawlins GLAM said...

Sleep like a king tu yang Rawlins nak. Rawlins sejenis yang tidur tidak berkualiti (berdasarkan pemakaian jam tangan yang semak kualiti tidur tu). Mudahan lepas beli satu DAG nie dapat la tidur berkualiti kelak.

Lia Hasty said...

Lia pun duk cari bantal hotel yang berkualiti tinggi. Sebab nak tido yang selesa dan nyenyak. Kalan bantal biasa akan buat sakit kepala kan. bangun je sakit2 badan.

mek yunie said...

lena lah cx tido skang ye. heheh. yelah, bantal yang macam hotel lah selalu menjadi idaman. dan ditambah pula dengan bilik aircond dan selimut quilt. allah, nikmat.

Cik Nor said...

bestnya syaza..blanja i satu plis..:)

Huda Halid said...

best yer bantal DAG ni. teringin pulak nak beli untuk diri sendiri. bagus lah baca tentang kelebihan bantal ni.. tak sabar nak beli

aeinnamusa said...

memang bagus batal DAG ni saay on ada satu. beli dari kawan.. lembut dan empuk ja tidur pon lebih lena hehe

Emi said...

Ramai yg cakap bantal jenama ni bagus, selesa untuk digunakan. Emi tak pernah cuba. Teringin pulak nak cuba.

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Bantal Das Abdul Global tgk mcm vest mcm bantal kat hotel2 yer.. kat area kak oun rasanya ada jgk agen dia nti nk tray beki

Faries said...

Bantal hotel yang empuk ni. Nampak menarik. Skang nk beli bantal pun kene tengok betul2 sbb tkot tak sesuai. Nampak menarik ni. hehehe. Nak beli nnti

Zharif Azis said...

ramai kata bantal nie sangat selesa dan empuk. jadi teringin nak beli dan pakai. maklumlah bantal skrg nie buat kita sakit leher dan belakang. asyik salah bantal, sakit leher kita dibuatnya

Nurzarini Ismail said...

Gebu kan bantal DAS ni, suami saya suruh order lagi satu. Tiap kali bangun tidur bising mulut kata bantal DAS ni best..haha. Lawakla dia tu..