Wednesday, May 13, 2020

Tips Didik Anak Bertudung Seawal Usia Dua Tahun

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tips Didik Anak Bertudung Seawal Usia Dua Tahun

Holla semua! Harini cx rajin pula nak update entry. Sebenarnya dah lama tajuk ini dalam kepala tapi nak update tu yang tak menyempat atau kata lainnya, malas! Hahaha sila jangan tiru perangai mak² cenggini ya. Hehe. Okaylah  cx ni sediamaklum, ada anak perempuan seorang.  Sejak sebelum kahwin, masih anak dara gittew kan, cx dah ada misi untuk anak-anak tau! Haha! Antara misinya adalah nak didik anak dara cx pakai tudung seawal usia. Alhamdulillah berjaya. Syukur sangat! Okay jom, kita terus ke tips yang nak cx kongsikan.

Tips Didik Anak Bertudung Seawal Usia Dua Tahun
 Pengalaman Anak² Tengok Korban

1. Amalkan Menutup Kepala Anak Sejak Bayi.

Macam cx, cx amalkan tutup kepala anak sejak dia kecil lagi. Tak kisahlah pakai topi ke  pakai scarf kecil ke. Asalkan bertutup. Tapi ada masa buka juga. Iyalah, kita ajar perlahan-lahan. Ada masa anak rimas juga. Iyalah  diakan kecil lagi. Jadi, take time okay.

2.  Selalu Pakai Tudung Depan Anak

Cx suka pakai tudung depan anak bila nak bersiap keluar. Kemudian cx akan mula cakap-cakap dengan dia yang kalau anak pakai tudung , akan jadi lebih cantik dan ayu macam mak. Anak² kan suka nak jadi mak abah dia. Betul tak? Mak abah kan role model kepada anak-anak. 

3. Seawal Usia Setahun Lebih, Belikan Tudung

Cx memang dah target , anak kena pakai juga tudung . Haha! Suka tengok anak² kecil pakai tudung. Comel. So, cx praktiklah dekat anak sendiri. Hehe. Cx belikan anak tudung kecil masanusia dia setahun lebih dan jinak²kan dia pakai tudung penuh.

4. Puji Anak

Cx suka puji anak bila dia pakai tudung. Cx cakap, 'cantiknya anak mak pakai tudung!' . Nanti masuk syurga, Allah pon sayang.

5. Belikan Tudung Ikut Warna Kegemaran

Kadang-kadang susah juga nak suruh dia pakai tudung. Tak dinafikan. Awal² memang dia akan on off tapi cx cuba cari akal lain pula. Belikan tudung warna kesukaan dia. Anak cx suka warna pink. So cx belikan ! Kemain suka lagi dia.

Tips Didik Anak Bertudung Seawal Usia Dua Tahun
 Di Pesta Lampu Melaka
Okay cukuplah lima tips. Buat perlahan-lahan. Sekarang anak cx dah berusia dua tahun dua bulan. Alhamdulillah sekarang kalau nak keluar pon dah pandai tanya dan cari tudung dia. Bila keluar pon, dia tak bagi orang lain buka tudung dia melainkan dia buka sendiri. Alhamdulillah. Sekarang ni, koleksi tudung anak cx pon dah banyak macam mak dia. Haha!

Cx ingat lagi, kami pergi rumah nenek dia yang sebelah taman sahaja pon, bukan main menangis lagi meraung² bila nenek dia bukakan tudung. Haha! Waktu tu lepak rumah nenek dia. Kemain solehah lagi. Alhamdulillah. Ada sahaja orang cakap, "Dah besar nanti , jangan tak pakai tudung pula". Hurm. Pada cx  kita sebagai mak abah, cakap dan doalah yang baik² untuk anak². InShaaAllah. Elakkan cakap² macam tu dalam hati. Kita doa yang baik , maka dapatlah yang baik. Tapi jika dah besar anak² tersasar , kita jualah yang akan menarik mereka kembali. Betul tak?

Okaylah, korang pula macam mana? Ada tips lain selain yang cx kongsikan di atas? Jom kongsi di ruangan komen! 😊

Melentur Biarlah Dari Rebung
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

20 comments:

Illya LeYa said...

Alhamdulillah... Bagus sangat didikan CX. Betul la.. Nak anak-anak mudah belajar apa sahaja, memang kena mula dari usia muda.. Tunjukkan perkara baik

Hasif Hamsyari said...

Wahh.. Bagusnya tips ni. Saya rasa mesti sangat membantu untuk ibu bapa keluarga Muslim dalam mendidik anak-anak. Tapi iyalah kadang-kadang usaha macam ni dipandang skeptikal orang tapi sebaiknya kita berfikiran positif dan doa sajalah yang baik-baik.

Mahamahu said...

Baguslah ajar anak cari kecil moga terus istiqamah dan juga besar menjadi anak yang baik dan berguna kepada kedua ibu bapa...

mrsliez said...

Anak dara kak liez 6 tahun mmg dah sihuk nak pakai tudung. Habis tudung kita dibuat mcm2 gaya nealofa la gaya mak arab la... ikut suka anak la.. apa gaya sekali pun hihihi

Ain Athirah said...

melentur buluh biarlah dari rebungnya

Rawlins GLAM said...

Moga dipermudahkan semua urusan kita dalam mendidik anak-anak dan bakal pemimpin negara kan. InsyaAllah terdidik adab dan susila anak-anak kita, amin.

marsha said...

Thanks CX share tips ni...anak akak dah 11 tahun tapi sebab tak buat tips macam ni memang liat nak bertudung. Dakan anak akak terbuka hati bertudung full nanti ya..:)

Rubiah Kadir said...

Bagusnya CX, belum kawin dah plan 🥰

Ruby ada sorang je anak pompuan. Yang lainnya, 3 boboy.

Ruby mula pakaikan dia tudung, tahun ni. Umo dah 4 tahun. Suka dia pakai tudung. Sampai dalam rumah pun nak pakai tudung. Mak pulak yang rimas tengoknya. Hahaha.

Budak² excited, begitulah CX kan

Tak perlu layan pandangan atau cakap2 negatif orang CX. Abaikan je. Mulut orang

Fadzil Ahmad said...

Anak perempuan seronoklah bila kita puji2 cantik la pakai tudung. Mcm princess. Mesti dia seronok . Tak rimas ke dia pakai awal2 tu? Selalu budak2 akan bukak balik sebab panas. Huhu

Yaya Azura said...

Kak Yaya kalau direzekikan dapat anak perempuan, pun nak ajar bertudung daei kecil. Tahniax CX, berjaya melentur dari kecil.

Aerill Hassan said...

Alhamdulillah. Betul tu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Terima kasih atas tips ni. Bolehlah saya apply bila dah mempunyai keluarga sendiri nanti.

Zharif Azis said...

nak didik anak2 memang dari rumah. bukan bila dah start masuk sekolah. sebab tu peranan ibu bapa di rumah sgt penting. sebab ibu bapalah org yg paling mereka rapat dan dekat. thank u for sharing this story with us

Slumber Lady said...

Tak ada anak perempuan tapi tips yang CX bagi ni sangat bagus. Macam saya, anak sulung pernah juga tanya kenapa saya pakai tudung keluar. Bila dah cerita pasal beza lelaki perempuan, dia faham dan tahu saya perlu jaga batas aurat dengan sesetengah orang.

Hanny Abdullh said...

Alhamdulillah..pandai cx didik anak. Moga anak2 menjadi anak yg soleh dn solehah..Aamiin

Nadia Johari said...

Betul nak didik anak pakaia tudung dri kecil.. Lepas tu pujii.. Nati dia okla.. Kadg buka sebb rimas.. Takpela.. Sekurangnya dia dh pakai lama sebelum ni.. Cabaran nak ajar perempuan ni. Hehe

mek yunie said...

tak ada tips tapi rasanya nak berstuju dengan cx punya tips ni. mungkin sebab mek tak amalkan dia pakai topi masa baby, so sekarang pakai tdung kejap dah rasa rimas.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

good job as parent..! moga istiqomah..

AyuArjuna BiGoshh said...

bagus ni...inspired saya juga yang mempunyai anak perempuan..mmg nak didik anak terutama dari segi berpakaian kena dari kecil dan pada yang sama kita kena jugalah tunjuk penampilan yang baik jugak hehehe-idola

Faries said...

Memang bagus gallakkn budak2 pakai tudung. Nnti dieorg dah terbiasa dan rasa malu x pakai. Tpi tak perlu secara paksaan. hehehe

Sharon Lee said...

Glad that you guide and teach your kids since small. Hope they when they grow up can be just like you too!