Apa punca jadinya Broken Link di Blog?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai! Salam jerebu kepada semua. Eh! Hehe salam sejahtera hendaknya. Hihi.  Sejak semalam, para blogger masing-masing sibuk dengan kes 'Broken Link' yang ada di blog. Cx juga tidak terkecualit untuk cek juga. Sebelum ini pernah cek tapi tak buat apa-apa tindakan. Haha! Semalam cek, haa, menimbun broken link yang keluar. Pengsan nak oiii!


Jika sebelum ini, cx pon tak pasti apa punca jadinya broken link di blogpost kita. Tapi sekarang, ada beberapa sebab yang cx dah dapat tangkap selepas operasi membuang broken link semalam dan hari ini. Baru cek dan buang 40 links. Ada lagi riban diknon! Hahaa! Bertabahlah nak hadap. Lagi siput sebab buat semua ini menggunakan telefon sahaja. Mengucap panjang jadinya. Haha

Punca Broken Link Terjadi

1. Backlink
Backlink ini bila kita selalu join giveaway atau contest atau buat review. Ini paling banyaklah jadi dekat blog cx sebab dulu zaman 2011-2016, rajin sangat join giveaway. Banyak benefit tapi sekarang timbul masalah bila backlink tapi jadi bad host atau 404 dan 505. Semua gara-gara blog yang dah tiada.

2. Tukar Domain
Ini pon jadi punca. Dulu pakai domain lain dan sekarang tukar baru. Jadinya link yang bertapak di blog kita itu akan jadi broken link.  Selalunya ada dekat bahagian komen.


3. Entry Review
Ini jadi banyak dekat cx untuk entry tahun lepas dan tahun ini. Kebanyakkan client punya website, facebook page dan instagram link mereka dah tukar.  Jadi, cx memang kena repairlah broken link tu. Taklah repair mana pon, kebanyakkannya cx remove sahaja link dia. Nak delete entry, tak elok pula. Itu semua punca kenaikan PV jugakan?

4. Profile Blog G+
Ini satu perkara lagi. Banyak sangat cx jumpa. Jika dulu mereka guna G+ untuk komen dan masih terlupa untuk change setting, ianya menyebabkan broken link terjadi waima blog mereka masih aktif. Serius broken link ini banyak dekat entry this year. Cx kan rajin join sesi balas komen. So, disitu sangat banyak. Sayang sangat terpaksa buang komen.


Haaa, itu adalah antara punca yang cx dapat detect. Cx harap lepas ini dapat bersihkan sehabisnyalah. Nak hadap sampai satu ribu  memang berpinau biji mata ini. Hahah! Dahlah buat penghapusan menggunakan telefon. Jenuh oiii! Korang yang tak tukar lagi setting G+ tu, sila buat cepat tau! Rugi sangat sebab jadi punca broken link di blog kawan-kawan.

Nota:
Jika cx silap, sila perbetulkan okay. Komen sahaja dekat comment box di bawah. Terima kasih! 

Semoga blog kita Maju
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

24 Comments

Sheila Adziz said…
sama la cx akak pun byk broken link tak larat nak delate komen yg byk bg efek
el said…
Semalam pun dul cek jugak..x tahan tgu lama sgt..biasalah lau x ribu riban tak sah...nti kalau ada masa nak buang semua broken link tu..aduiii azab betul nak buang haha
Ain Athirah said…
Uishh jap nak check jugakk
Red Linda said…
adohaiii...mmg x ingt la kot setting guna akaun G+ ke apa kn..sy pun perasan juga lately bloggers ada yg kena cmni.. tq info :-)
SalinaJohari said…
Tq kongsi punca terjadinya Broken Link ..selalu unlink je bila ada broken. Selamat melakukan aktiviti pembersihan ya ..hehe (gurau je)
Bonda Chanteq said…
Hahahahahaah...3,3 hari ni kecoh dikalangan rakan blogger ttg broken link...BC cuak jgk bila dgr boleh effecf pv...pv boleh jatuh....marilah membersih kan nya...
Mahamahu said…
Kita selalu juga check broken link ini dah kita tak tahu puncanya bila dah baca baru tahu ok nak kena selalu buat cleaning lah macam ni hehehe takut jejaskan kita punnya blog reputasi kan... Thanks good sharing..
Nadia Johari said…
Ramai yang cek..and memng tak sempat cek..denagn si kecikyang selalu kacau..banyak juga tadi tengok..ahhaha...lepas tu padam jap..hahhaa
Bro Framestone said…
Tue la.. ramai juga dok cakap pasal broken link dekat facebook.

Maka tergerak hati nak install plugin untuk detect dan fix broken link nie...

Detected 7145 unique URLs in 66512 links and still searching... So kena tgu dah habis detect baru boleh fix...
Rawlins GLAM said…
Selalunya sebab link dari luar la kan? Jap lagi Rawlins nak semak gak la, tak cantik bila ada broken link ye tak
Wan Syahida said…
Ooo macam gitu. Setakat ni tak pernah lagi terjadi dekat saya. Good info!! Thanks sebab sharing. Sangat bermanfaat.
adlinatasya said…
Ohh rupanya ini sebabnya. Patutlah macam2 dah cuba tapi tetep broken link. Lepasni bole cuba lagi
mek yunie said…
mungkin boleh letak apa effectnya kalau ada broken link kat page kita. adakah mengganggu pv? atau tidak di detect oleh google?
cre8tone said…
hopefully not much broken links when we read up a page or post.. getting messy a bit with broken links..
Tengkubutang said…
TB punya pun banyak macam ni.. tak larat nak adjust dah.. biar je macam tu.. tapi takpe ke biar broken link tu ye?
Aerill Hassan said…
Terima kasih atas penerangan yg serba lengkap dan detail. Mmg broken link salaah satu punca pageview rendah.
sheayang said…
Gigih baca sebab tengok kat new feeds berderet cakap pasal broken links ni. dah check semalam tapi tu la. kena gak buka kt pc, check satu2.
Bagus atas penerangan yg diberikan. Nanti kita nak check. Mana tahu
Mmg banyak juga broken link
Syamimi Saad said…
Dulu pernah check. Ya ampun.. Banyaknya.
Ni dah lama tak buat pembersihan balik.
Nanti nak kena check balik la.
Alamatnya buat slow slow pakai fon kut.
Sebab nak buka laptop ntah bila la.
diaripink said…
Thanks share. nampak gayanya diaripink pun kena clearkan semua ni. macam banyak je. huhuhu
Mira Cikcit said…
I ada check, memang banyak tapi malasnyaaaaaa nak celarkan. Biar jela . LOL
Thank you bagitau, mouse mommy pun dah check, so far ok. Thank you for sharing tips.
Sayidah Napisah said…
haritu ada check juga broken link blog sendiri. banyak gilossss beribu riban hahahaha. setakat ni abaikan dulu kihkih
Zharif Azis said…
owhhhh sebab tu rupanya. pelik juga tetibe ramai bercakap pasal broken links nie. nanti nak cek jugaklah. mesti banyak. uwaaa malasnya nak buang satu persatu