Wednesday, September 4, 2019

Mengidam Makanan Orang Berpantang

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai selamat petang semua! Halah halah halah! Sejak awal kandungan lagi dah suka makan dan mengidam makanan orang berpantang tau! Taknak pedas-pedas, cukup sekadar nasi panas-panas dengan lauk sayur hijau dan seekor ikan goreng panas. Pergh! Memang padu! 

Cx kalau mengandung dan suka makan macam gini, kebiasaannya anak lelaki macam anak pertama cx. Suka sangat makan lauk orang dalam pantang. Kelakar pon ada tapi seriuslah, itu paling sedap di tekak sekarang. Memang bertambah makan. Sebelum ini pon masa trimester pertama, cx makan juga macam ini tapi tiba-tiba berat naik mendadak. Terus kawal makan. Hahaha! Kang tak memasal sangkut MGTT, tak ke naya? Huhu cx taknak sangkut. Jadinya, memang kawal kaw-kaw sebelum minum air gula pertama. 

Lauk orang dalam pantang
Tengok tu dalam gambar. Cx makan sayur bayam tumis air, nasi putih panas dan ikan goreng baru melompat daripada kuali. Hehe sedapnya Ya Allah!! Sungguh sedap! Tekak mak buyung, macam-macam boleh jadi. Haha. Korang mengidam dan suka makan apa masa mengandung? 

Selain suka makan macam ini, cx suka juga makan asam (cuba elak makan selalu) dan sayur hijau serta buah-buahan. Masa anak perempuan, terbalik. Asam langsung takleh nak makan. Tapi cx tak tahu lagi jantina dalam rahim ini sebab belum scan waima dah enam bulan. Biarlah menjadi tanda tanya. Doakan yang baik-baik ya semua. Terima kasih. 



Semoga Semuanya Selamat
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

19 comments:

PeRdU cINta said...

Moga ibu dan baby sihat sentiasa. Mudah ibu melahirkan dan baby dilahirkan..aamiin.

cre8tone said...

congrats on new born baby.. berpantang is a crucial month.. to ensure weak body gain back after delivery.. happy confinement

Farhana Jafri said...

jangan kata yang berpantang, kita yang bujang ni pun terliur tengok menu orang berpantang ni haaa. Masak simple je tapi bila makan boleh bertambah hihi

SalinaJohari said...

Makan menu dalam pantang ni sihat sebenarnya. Suka jugak tapi kadang tekak ni gatal nak makan yang lain..hehehe. Ape pun apa yang kita makan kena beringatkan sebab badan nak pakai lama.

Rawlins GLAM said...

Seriously, begitu simple pun pada Rawlins dah sedap. Haha
Tapi Rawlins tak mengandung la, hanya mengandungi haha
Ikan goreng panas melompat kuali adalah paling sedap!

yaya_flanella said...

Sedapnya menu makanan macam ni. Rindu pulak lauk pantang Yaya dulu hee. Memang sihat kalau kita amalkan menu berkhasiat macam ni badan pun rasa sihat je

Mrs Pip said...

Semoga semuanya baik baik buat CX , baby boy or girl asalkan sihat baby n ibu ...makanan berpantang sedappp n berat pun boleh kawal coz makanan semua yang simple dan kurang minyak.

ajumohit said...

tahniah cx bakal jadi ibu lagi :). inilah saat yang paling bahagia dalam hidup kan, nak menyambut ahli baru dalam keluarga. syukur cx suka makan menu macam ni, sihat untuk ibu dan dan juga anak. semoga dipermudahkan hingga bersalin

Mahamahu said...

HEHEHE TAK APA JAGA KESIHATAN OK TAPI MAKAN YANG SIMPLE MACAM NI LAGI BAGUS DARIPADA BANYAK MINYAK DAN KOLESTROL BAHAYA HURMM NAK JUGA LAH MACAM BERPANTANG BEST JUGA HEHEHEHE...

Hanny Abdullh said...

Bukan org ngandung je suka makan cam gitu..yg tak ngandung ni pun suka gak..boleh bertambah makan gak kalau makan makanan org dlm pantang..hahaha.

mek yunie said...

hahahha. sesekali nak jugak merasa makanan simple, kan. eat clean gitu. best jugak kan.

AyuArjuna BiGoshh said...

Makanan org berpantang memang aimple tetapi tetap menyelerakan. Sy juga makan dengan lada hitam.. makan dengan nasi panas. Mmg perghh

Syamimi Saad said...

Sedapnya lauk gitu CX. Walaupun simple, tapi menyelerakkan. Makan pulak panas panas kan. Memang menjadi jadi selera kan.
Kita masa mengandung baik ank lelaki ke, perempuan ke tak suka makan asam. Like sweet sweet je. Hahaha..
Tapi yang pelik suka makan keteow kungfu. 2x pregnant, tu la favourite

xulhlmi said...

Makan macam tu pun dah puas dan kenyang. dapat pula ikan fresh and panas2 pastu sup sayur. terliur rasa.

Aerill Hassan said...

Sedapnya lauk simple mcm ni. Saya pun kadang2 suka jugak makan simple mcm ni
Lauk sihat dan murah. Tambah2 kalau ikan tu segar lagi lah sedap.

Nadia Johari said...

kalau mcm ni, tak berpantang pun makan..ni namanya makanan malas..hahaha..sedap juga lauk ikan dengan sayur je ni..sedap makananorang berpantang ni

Cik Puan Ena said...

Kalau ena makan puas2 lauk sedap sebab nanti pantang memang kena jaga makan. Hehe. Tekak plak nak pedas dan manis saje. Aduh jnganlah sangkut air gula nanti. Penuh kemanisan hidupku spnjang pregnant.

Eiza GreenAppleKu said...

Ikan goreng panas-panas memang sedap sebab garing. Mana cukup sekor kan. Mau berekor kalau dah terhidang. Ada pula sambal belacan ke. Kicap cili padi ke...perghh...bertambah 2 pinggan jadinya. Hahaha... saje ngusik awak.

Zharif Azis said...

entahlah, sy selalu tengok menu org pantang, rasa berkenan dan kena dgn tekak tp org berpantang xberapa suka. tp tgok menud org not bad pon. nampak sedap je semuanya. mungkin kalau berhari-hari jadi jemu kot. tp menu dipelbagaikan dan ditukar2 tiap hari. jadi rasanya xde masalah