Thursday, November 28, 2019

Lokasi Char Kuey Teow Terbaik di Penang

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Seronok betulkan bila dapat pergi bercuti dengan keluarga dan saudara-mara?  Tambah lagi masa cuti sekolah sekarang ini.  Kalau cx, tempat pilihan sekarang yang nak sangat pergi adalah Penang sebab sebelum ini pergi, tak dan nak explore banyak tempat dan merasa makanan dekat sana.  Penang merupakan satu negeri dalam Malaysia yang sememangnya mempunyai pelbagai tarikan dan mampu menarik pelancong dari dalam juga luar negara. Jadi hari ini, apa yang cx nak kongsikan ialah mengenai signature makanan di Penang. Kalau sebut sahaja Penang, apa yang terkeluar daripada kepala mesti makanan popular dekat sana seperti Nasi Kandar, Mee Udang, Char Kuey Teow dan banyak lagi. Jadi, cx akan senaraikan beberapa kedai atau gerai yang menjual Char Kuey Teow terbaik di Penang. Bagi yang mencari gerai Char Kuey Teow dekat Penang masa bercuti nanti, jom ikut baca isi seterusnya okay!



Kita sebagai orang tempatan, memang tiada masalah kalau nak ke Penang. Naik kereta dan bas, cuma makan masa lima jam sahaja dari ibu Kota Kuala Lumpur.  Tapi macam mana pula mereka yang datang dari Singapore? Kalau korang yang datang dari Singapore nak ke Penang, korang boleh pilih untuk naik kapal terbang sahaja. Mudah! Korang pilih sahaja penerbangan Singapore Airlines booking dari Traveloka ini. Mudah sangat! Kalau korang bertuah, boleh dapat harga lebih murah daripada biasa tau! Kalau tidak pon, korang boleh klik link Singapore to Penang flights untuk carian yang lebih cepat.



Haaa, itulah sedikit sebanyak tips kalau ada yang dari Singapore nak ke Penang. Senang sahajakan? Survey and book. Lusa dah boleh gerak. Wah! Curlass gitu! Okay, jomlah, cx nak bawa korang jelajah sikit tempat makan Char Kuey Teow Viral dekat Penang. Jom!

Adam Char Kuey Teow
Kedai Char Kuey Teow ini terletak di area Permatang Pauh. Kalau korang datang bersama kumpulan yang besar atau ada anak-anak kecil, selesa sangat kalau singgah sini untuk rasa Char Kuey Teow dia. Ruang dan tempat yang besar memberikan kedai charkuey teow ini kelebihan untuk pelanggan kerap singgah di kedainya. Tapi ingat, kena datang awal tau! Malam selalu sangat penuh.



Alma Matary Char Kuey Teow
Gerai char kuey teow yang ini pula luar biasa sikit. Konsep seperti warung dekat tepi jalan bukan halangan besar untuk kedai ini bertapak lama dalam meniaga char kuey teow. Konsep terbuka membuatkan pelanggan lebih selesa untuk menikmati hidangan char kuey teow dengan portion yang agak banyak serta kesegaran udang mahupun kerang di dalam hidangan. Lokasinya terletak di Bukit Mertajam sahaja.

Sani Char Kuey Teow
Dah sampai Penang nanti, korang kena singgah juga Sani Char Kuey Teow ini. Portion hidangan yang boleh dikatakan agak besar dan mampu mengenyangkan perut yang kelaparan dan ditambahkan pula kuah yang agak pekat, cx yakin korang akan bagi thumbs up dengan hidangan char kuey teow ini. Tidak dikecualikan juga hidangan Char kuey teow yang dihidangkan pula lengkap dengan kerang, udang dan telur. Tapi, kalau nak pilih salah satu pun tak ada masalah.

Char Kuey Teow Al Karia
Bukit Mertajam ini kalau nak diikutkan banyak juga kedai char kuey teow yang ada dan ini juga salah satu daripadanya. Walaupun ramai pelanggan, korang tak perlu risau sebab gerai ini mempunyai lebih daripada seorang tukang masak. Char kuey teow basah memang menu wajib cuba dekat kedai ini.

An Char Kuey Teow
Terletak di Desa Permai Indah sahaja.  Orang Singapore memang dah biasa singgah dan makan dekat kedai char kuey teow ini. Kuahnya yang pekat pasti buat korang rasa nak makan lagi char kuey teow dia. Sesuai pula dimakan dengan saiz udang dan kuantiti kerang yang diletakkan. Jadi kalau korang jalan berdekatan dengan tempat ini, jangan lupa singgah okay!


Char Kuey Teow Sungai Dua (Telur Ayam Dibasuh)
Sepanjang Jalan Sungai Dua,, kalau korang sampai dan perhatikan, terdapat beberapa lagi gerai yang menjual char kuey teow, tapi ini yang terbaik antara smeua tu. Tapi tak taulah sebab tekak lain-lainkan. Kalau korang tak percaya, boleh singgah sendiri nanti. Nak special lagi, boleh request udang atau kerang lebih. Nak tauge lebih pun boleh.

Haa. So macam mana? Dah tau tak nak singgah kedai char kuey teow yang mana?  Setakat yang cx dah senaraikan ini, ada yang kawan² cx dah cuba, cx sahaja belum berkesempatan. Jadi, ini adalah yang terbaik setakat dalam pengetahuan cx. Kalau korang ada cadangan lain, boleh sertakan okay. Jangan lupa, makan, makan juga. Kesihatan perlu dijaga okay! Jom ke Penang sesama! Eh!

Selamat Bercuti
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

No comments: