Tuesday, November 26, 2019

Part 1: Anak Sulong Positif Influenza A

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sebenarnya sekarang ini cx ada di hospital sebab menjaga anak sulong yang tiba-tiba kena jangkitan influenza A. Hari ini merupakan hari ke-5 cx duduk hospital dengan bawa perut lapan bulan. Ujian sungguh.  Dok teringat dulu masa mengandung anak ke-2, tahun 2016, anak sulong cx juga masuk wad tapi disebabkan demam denggi. Dua-dua kena tinggal dekat seminggu.  Penat badan sebab kita bawa baby .  Kalau baring dekat rumah pon kerap sakit sana sini, inikan pula dekat hospital.  Lagi rasa badan ni tak sedap bila tidur kita setiap tiga jam kena bagi anak makan ubat. Pening nak oii.


Tapi nak buat macam mana, dah kita mak dia. Anak pula sejenis nak mak dia juga yang jaga. Tapi kalau dia nak abah dia jaga pon, tak boleh juga sebab abah dia yang kena dulu Influenza A ini.  Makanya memang nak atau tidak, emak dia juga kena hadap.  Semoga Allah kurniakan hikmah terhebat buat kami sekeluarga selepas ini. Nasib baik anak kedua tak berjangkit. Memang jauhkan dia daripada abah dan abang dia. Tapi rindu juga, iyalah anak dara nan seorang.  Abang dia pon sampai mengigau malam-malam panggil nama adik dia. Halah halah rindu betul tu. Mana tidaknya, dia dua beradik sahaja setakat ini. Dah selalu berdua main sama-sama, makan berdua semua.

Influenza A ini adalah anak beranak H1N1. Bila sebut Influenza A, ramai yang terpinga-pinga tapi bila cx sebut sahaja H1N1, semua mula cuak. Kita pon didedahkan banyak dengan penggunaan nama terma H1N1, jadi, no wonder right? Sepanjang lima hari dekat sini, memang mak dia agak mencabar pada hari pertama. Cx kena hadap anak yang fobia sebab masa nak buat ujian influenza itu, mereka ambil sampel air hidung, jadinya memang sakit ssbab bahagian dalam juga diambilnya. Ini waktu di klinik dan keputusan negatif. Cx risau betul anak kena tapi bila balik rumah, tiba² anak jatuh sebab tak dapat nak imbang badan, jatuh terhentak kepala dia ke lantai waima masa itu duduk nak pakai seluar. Terus demam panas naik suhu mencecah 39.9°© . Fuh! Terus cx bawa anak ke Hospital Pantai. Nasib baik suami dah daftarkan insuran kami anak beranak. Terima kasih suami.


Tiba sahaja di hospital, terus ke kecemasan. Mereka buat ujian influenza lagi sekali. Aduhai! Dahlah fobia anak tadi dekat hidung. Kali ini ambil sampel dekat tekak pula. Allah! Meraung meronta anak cx taknak buat. Cx memang tak boleh nak peluk dia sebab tengah sarat. Kang dia tendang, tak memasal. Cx bagi izin dekat nurse tu semua untuk paut sahaja anak cx, buatlah macam mana pon, asalkan dapat sampel yang dikehendaki. Kesian? Memanglah tapi mana lagi kesian? Nak biar dia sakit tanpa rawatan ke? Bertabahlah jadi mak-mak. Masa ini suhu dia 38.6°© . Masih tinggi. Nurse bagi ubat demam di punggung. Kemudian mandikan dia. Ambil darah untuk tengok keputusan sel darah putih. Meraunglah lagi.

Lama juga kami tunggu sebenarnya untuk masuk wad sebab insuran ini sulit sangat pon prosedur dia. Bertabahlah lagi. Cx bawa kereta sendiri ke hospital ditemani mak dan anak dara nan seorang. Dari pukul tiga lebih, sampai sembilan lebih malam, baru dapat kelulusan insuran cover. Itupon setelah suami telefon dan desak. Iyalah, anak dah lemah, kita pakai insuran tapi kenapa payah sangat nak cover? Influenza A kot!. Suami cx dah pening, yalah suami dekat hospital klebang masa tu masih kuarantin. Kemudian anak dia pula kena, pergi hospital pantai. Jauh!. Lagi suami susah hati dengan keadaan cx yang mengandung ini. Kalau cx pula berjangkit, lagi masalah sebab baby tak boleh makan sembarangan ubat. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.


Jadi, cx menginaplah di Hospital Pantai selama lima hari bermula 22/11/2019 .  Seperti biasa, waima gina insuran, kita masih kena bayar deposit awal sebelum masuk. Tapi tidak mengapa, nanti mereka refund semula. Nasib baik ada simpanan. Syukur sangat. Bukan calang² nak masuk hospital swasta. Betul tak? Bukan taknak pergi kerajaan tapi dah alang-alang ada insurans, kita guna sahajalah. Kalau cx, memang sejenis pilih kerajaan jika cx yang sakit. Iyalah, mana ada insuran cover untuk orang bersalin? Huhu. Itu sahaja sakit yang selalu cx hadap hasil buatan orang. Eh! Hahha! Okaylah, nanti cx sambung lagi episod seterusnya. Banyak nak cerita tapi nanti dululah. Tunggu next entry ok. Tata ~

Doakan kami ya
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

No comments: