Thursday, November 21, 2019

Zen Garden: Syampu & Conditioner yang Memberikan Ektra Kelembutan Kepada Rambut

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla gais! Okay kali ini cx nak kongsikan satu produk baru dari Zen Garden iaitu syampu dan conditioner.  Cx nak kongsikan dekat korang pasal produk ini sebab ianya diformulasikan dengan Minyak Argan tau! Korang pon tahukan kebaikan minyak argan jika digunakan? Atau tak pasti? Okay takpa, jom cx cerita sedikit mengenainya biar korang lebih faham.


Minyak Argan
Minyak Argan diekstrak dari kernel pokok argan Maghribi. Ia kaya dengan nutrien dan vitamin seperti vitamin A, C, dan E; antioksidan; asid linoleik; dan asid lemak omega-6. Jadi, ianya memang ramuan yang hebat sebagai pelembap, syampu dan perapi bagi kulit serta rambut. Gabungan semua bahan-bahan supernatural ini memberikan banyak kesan positif apabila digunakan dengan betul.



Kebaikan Minyak Argan
Bila kita guna Argan Oil sebagai bahan utama, ianya menjadikan setiap helaian rambut kita lebih lembut, berkilau, lebih mudah diurus, dan membantu meluruskan. Minyak argan bagus dalam menghidrat dan melembutkan rambut kita tau!

Vitamin E yang boleh didapati di Argan Oil, dikenali dengan sifat antioksidan yang kaya yang membantu meneutralkan kerosakan rambut dari radikal bebas. Ia penting untuk memastikan folikel anda bebas daripada kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran setiap hari, rawatan kimia, dan alat panas.

Dengan kandungan antioksidan yang tinggi dan asid lemak penting, manfaat Minyak Argan secara semulajadi membantu meningkatkan keanjalan rambut dan mengembalikan bersinar ke rambut kusam juga.

Minyak Argan dalam Syampu dan Conditioner Zen Garden 

Minyak Argan sering digunakan dalam syampu untuk keupayaannya untuk mengembalikan kelembutan, kekuatan dan bersinar ke rambut. Ia adalah ideal untuk ditambah dalam keadaan perapi untuk merawat hujung perpecahan dan menjinakkan rambut keriting.

Ia juga boleh digabungkan dengan bahan-bahan lain untuk meningkatkan lagi faedah syampu atau perapi. Seperti yang dilihat dalam produk Zen Garden ini yang mempunyai manfaat penting lain seperti Kawalan Hairfall, sifat anti kelemumur dan sebagainya.

[Variasi Syampu Zen Garden]
1.Syampu Kawalan Rambut Gugur (Kuning)



Punca rambut kita gugur kebiasaannya disebabkan kurangnya nutrisi yang dibekalkan untuk kulit kepala kita. Jadi, kita kena bagi pemakanan yang baik kepada kulit kepala dan rambut kita.

Pemilihan dalam menggunakan syampu Zen Garden adalah pilihan terbaik sebab ianya mengandungi kombinasi minyak argan Morocco dan aroma buah-buahan yang enak, akan membantu meransang pertumbuhan, memperkuat dan menghalang kerosakan rambut.  Syampu ini memang bertindak mengeratkan hubungan kulit kepala dan rambut kita dari akar rambut sehingga ke hujungnya. Menarikkan? Cx dah cuba tau!

2. Syampu Anti Kelemumur (Hijau)



Kalau sejenis ada kelemumur, korang boleh gunakan syampu anti kelemumur Zen Garden ini sebagai lembapan harian. Syampu anti kelemumur ini dirumus khas tau dengan formula khas dan bahan-bahan terbaik yang berfungsi menyihatkan rambut! 

Kombinasi minyak argan dari Morocco menguatkan lagi kekuatan rambut dan menghindarkan kelemumur.

3. Syampu Lembut dan Sihat (Oren)


Bila pakai syampu ini, rambut korang akan jadi lebih lembut dan cantik tau! Gabungan aroma bebunga yang menenangkan bersama minyak argan dari Morocco akan mengekalkan haruman sepanjang hari. Ianya kaya dengan nutrien yang membantu mencantikkan dan menyuburkan rambut kit dari akar hingga ke hujung rambut.  Terkandung juga vitamin A, B, dan E, protein, mineral dan serat yang berfungsi dengan baik. 

4. Conditioner Ekstra Lembut (Biru)


Ianya menyuburkan rambut kita dengan kombinasi minyak argan bersama haruman aroma lavender.  Memberikan kesan pelembab yang mendalam dan memberikan penampilan kelembutan bak sutera berpanjangan. Kaya dengan nutrien sihat untuk rambut dengan Vitamin A, B, & E, Protein, mineral & serat yang memulihkan.

Review Peribadi
Okay, cx dah cuba guna salah satu syampu Zen Garden ini iaitu untuk rambut gugur dan conditioner dia sebab cx ada masalah rambut gugur.  Almaklum dah beranak pinak. Hormon lari melalut-lalut. Hehe. Baik, secara peribadinya, syampu dia bagus dan sesuai untuk kulit kepala dan rambut cx.  Wangi sudah pastilah! Kemudian, bila pakai tu, rambut dah kurang gugur dan tidak kesat tau.  Jika sebelum ini, rambut cx cepat kepam sebab peluh, setiap hari kena basuh rambut sebab berpeluh.  Tambahan pula cx dah lapan bulan hamil. Berpeluh tu dah macam orang lepas sukan.  
Bila pakai syampu Zen Garden, memang best sangat. Ditambah pula dengan conditioner dia, rambut kemain lembut lagi! Dah macam buat rebonding. Ini serius! Dah dua hari tak basuh rambut pon masih lembut dan tidak bau kepam. Seronok sungguh! Korang memang kena cuba tau!

Korang boleh cuba untuk diri sendiri okay dan mungkin membuatkan rambut korang lurus? Memang seronoklahkan?  Mungkin juga boleh melembabkan agar rambut tidak kering, rapuh dan rosak. Korang boleh beli dan miliki sendiri Zen Garden di Mydin okay! #zenarganoil #zenhairshampoo

Website: 


Belailah Rambutmu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

8 comments:

Nadia Johari said...

Pertamakali nampak produk shampuu ni..bgus minyak argan ni..boleh cuba ni nanti..rambut tengah gatal kelemumur ni

el said...

kena try shampoo ni..sis belum try lagi shampoo yang ada argan oil..sure rambut lebih sihat ni

Fiza Aizzawa said...

Fiza pun ada mslh rambut gugur, elok kot cuba syampu nie pulak..

Bonde Zaidalifah said...

Menariklah syampo nih, sy suka syampo rambut yang wangi, nanti bolehlah cuba syampo nih!

Zaza Iman said...

Cantik botolnya.. Nanti boleh lah zaza beli

Hanny Abdullh said...

Sekarang ni mcm2 brand dah gunakan minyak argan utk bahan utk syampoo. Memang bagus kalau ada minyak ni
Nanti boleh lah sis cuba

Cik Renex said...

Baru first time dengar brand ni. Packaging pun cantik. CR pun ada masalah rambut gugur & kering. Nti nak usha2 dlu produk ni

Lea Azleeya said...

Menarik syampu jenama zen ni.. guna jugak ni..