Wednesday, December 11, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa yang tak kenal dengan produk Suchi? Suchi merupakan produk kosmetik haji umrah yang sah digunakan ketika ihram.  Dah tak perlu lagi nak risau tentang bahan² yang ada dalam produk untuk digunakan ketika di tanah suci.  Suchi sekarang mempunyai lebih daripada sepuluh (10) produk dan set dan mereka berusaha untuk memberikan kemudahan, keselesaan kepada jemaah haji serta umrah daripada segi penjagaan diri. Jadi kali ini, cx nak kongsikan satu lagi produk baru daripada Suchi iaitu Pencuci Muka Suchi.



Pencuci muka Suchi diperkaya dengan ekstrak Tea Tree, Aloe Vera dan AQUA CACTEEN. Dirumus khas untuk membersihkan, melembapkan dan menghidratkan kulit. Tanpa pewangi dan alkohol serta sah digunakan ketika ihram.  Kelebihan pencuci muka Suchi kali ini adalah, pihak Suchi menggunakan Aqua Cacteen sebagai salah satu bahan yang ada dalam ramuan produk mereka. 

Kalau korang nak tahu, kenapa cx tekankan untuk cerita tentang Aqua Cacteen ini sebab Syarikat Suchi merupakan syarikat pertama yang menggunakannya di Malaysia. Ini serius tau! Apa yang menarik tentang Aqua Cacteen ini adalah Aqua Cacteen atau nama saintifiknya Opuntia Ficus Indica mampu mengekalkan kelembapan kulit dan ianya mempunyai jumlah Vitamin E yang lagi besar berbanding Argan Oil. Seperti yang korang tahu dan maklum bahawa Argan Oil sangat bagus digunakan dalam segala aspek, bayangkan dalam Aqua Cacteen ada 150% lebih banyak vitamin E. Fuh! Memang terbaik kalau korang guna Pencuci Muka Suchi ini. Gerenti tak cari lain. Cx bukan cakap kosong tau tapi siap ada sumber kukuh lagi. Korang boleh rujuk SINI okay. Jangan ragu, terus klik dan baca tau!



Lagipun, sekarang cuaca di Tanah Suci adalah kering waima dalam musim sejuk. Apatah lagi kalau pada musim panas. Di sana tetap kering.  Jadi, Pencuci Muka Suchi adalah pilihan terbaik untuk digunakan di sana dengan kelebihan yang dimiliki.  Kalau korang nak tahu, pencuci muka Suchi telah terjual sebanyak 3,000 lebih untuk kegunaan Jemaah Umrah dan Haji Malaysia, Singapura dan Brunei. Alhamdulillah! Memang hebat!


Cara Guna pencuci muka Suchi:
Letakkan sedikit pencuci muka di tangan dan buihkan. Sapu dan urut pada muka. Kemudian, bilas sehingga bersih.

Jom cx kongsikan cara guna melalui video dibawah supaya korang lebih yakin untuk menggunakan pencuci muka Suchi secara efektif dan konsisten.



Review Peribadi:
Cx dah cuba gunakan pencuci muka Suchi dalam tempoh seminggu dan hasilnya, pada hari pertama penggunaan; cx dah jatuh hati dengan kesegarannya.  Tiada pewangi dan alkohol tetapi bau pencuci muka ini sangat segar! Cx suka sangat. 

Pencuci muka Suchi ini dalam bentuk cecair tau, ianya tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair. Bak kata orang putih, just nice! Apabila diletakkan di tapak tangan dan digosok, ianya mengeluarkan buih.  Cuma sedikit sahaja diperlukan tau! Jangan picit banyak-banyak.


Setelah mencuba pencuci muka Suchi ini, apa yang cx dapati adalah kulit muka cx jadi kekal lembab dalam tempoh masa yang panjang.  Kulit muka macam baby, tidak kering pon.  Almaklum kulit muka cx sejenis normal to dry.  Jadi ianya sangat masuk dengan cx.  Lagipun vitamin E kan merupakan pelembab terbaik untuk kulit. Jadi, tidak hairanlah pencuci muka Suchi mampu memberikan impak positif kepada penggunanya.  Selain itu, cx perasan yang liang pori makin mengecil. Jika liang pori besar sebelum ini, kita pegang muka pon rasa macam kasar tau, tapi setelah menggunaakan pencuci muka Suchi ini, Alhamdulillah sangat. Liang pori mengecil dan membuatkan kulit muka cx licin. Yeah!





Suchikan Wajahmu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Saturday, December 7, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kontraksi palsu atau braxton hicks, perkara biasa yang akan kita para ibu rasa dan alami apabila ambang kelahiran semakin hampir. Sebenarnya cx dah lupa macam mana rasa kontraksi palsu itu tetapi semenjak dah mendekat 37 minggu ini, ianya sedikit sebanyak mula sedarkan cx.  Macam lorat sangatkan? Padahal beza dengan anak kedua hanya dua tahun sahaja. Tapi serius, cx lupa dah rasa braxton hicks.

Tapi sejak semalam, tiba-tiba pukul tiga pagi, rasa krem dekat bawah perut. Aduh aduh aduh! Terus pusing sana sini tak sedap badan. Dok pegang sahaja abdomen bawah perut supaya rasa lega sedikit.  Terus rasa susah nak tidur semula.  Waima braxton hicks datang dalam tempoh sekejap-sekejap, ia tetap memberi kesan. Betul tak? Tapi, itulah tanda bayi kita dah mula bagi tanda yang dia tak sabar nak jumpa mak abahnya. Waima belum engage tetapi tetap rasa juga sakitnya.


Selain itu, abdomen bawah atau orang melayu cakap kelengkang, dah mula cx rasa tak selesa.  Bangun duduk baring semua rasa sakit.  Kalau cx dah duduk bawah bersila tu, tolonglah jangan suruh bangun. Sakit rasa.  Jadinya sekarang, cx lebih selesa duduk atas kerusi atau baring atas katil sahaja. Mudah sikit nak bangun duduk dan bergerak.  Anak-anak dua orang ini pula aktif.  Kejap nak itu, kejap nak ini.  Nak atau tidak, terpaksa juga bangun duduk. Siapa lagi nak urus budak usia empat dan dua tahun dengan kita membawa perut lagi dekat rumah ni? Kita juga kan?

Sekarang ini pon, cx dah takleh nak makan pedas-pedas sangat sebab mudah pedih hulu hati.  Minum susu pon tak jalan. Minum air putih pon tak dapat meredakan. Kemudian tambah pula dengan cirit. Orang kata, kalau kerap cirit, itu tandanya nak bersalin.  Tapi cx tak taulah betul ke tidak sebab anak dua orang yang sebelum ini, biasa sahaja bagi cx.  Korang pula macam mana? Sama tak? Sekarang tengah baring atas katil pon dok rasa sakit dekat kelengkang. Baby nak masuk laluan agaknya. Mentang² kepala dah ada dekat pintu. Bukan main lagi dia ya.

Bila hujung-hujung ini, cx dah kerap kena pergi ke klinik kesihatan seminggu sekali.  Masih mampu drive sendiri sebab klinik depan taman sahaja pon dan nasib baik kereta automatik.  Kalau bawa manual , boleh tahan tahap sakitnya.


Okaylah, korang doakan cx selamat semuanya okay.  Cx memang berharap baby keluar sebelum 2020. Alasannya nak dapatkan jarak dengan kakak dia selang dua tahun sama dengan abang dia. Memang rancangnya sedemikian. Tapi setelah difikirkan semula, selepas yang nombor tiga ini lahir, kami akan jarak kepada tiga tahun pula. Tak laratlah. Badan rasa letih.  Ingat mengandung ni mudahkah? Nak membela lagi anak-anak yang ada. Serius memang letih. Bukan merungut pasal anak-anak tapi bagi badan rehat. Banyak dah urat putus oii! Huhu! Okay, jangan lupa doakan cx tau! Kbai!

Anak adalah amanah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, December 6, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa pernah alami perkara begini? Emosi kita jadi terumbang - ambing kelaut dalam perginya dan ya, ianya tidak diduga, tak tersangka.  Sungguh bila dalam pantang, jangan dibawa main dengan emosi ibu-ibu.  Kita dahlah dalam hadas besar, tak boleh solat, syaitan memang suka, kemudian datang pula makcik pakcik mulut puaka tahap longkang paritnya keturunan. Tidak mudah ya. Tidak semua orang faham keadaan bila dalam pantang. Menjadi masalah adalah  punca utama itu sendiri orang tua yang sebelum ini pernah melaluinya tetapi kenapa mereka pertikai dikala waktu kita pula? Tak rasa berdosakah?


Cx ingat lagi sampai sekarang dan rasanya memang sukar serta tidak mungkin dapat dilupakan.  Tambahan lagi, perkara sebegini jadi lagi teruk bila mereka berkata-kata umpama kiamat, syurga dan neraka itu tidak wujud. Ya cx pernah melaluinya. Bukan tahap meroyan tapi angin² orang tua kata.  Punca? Bila manusia sibuk cucuk² dan merosakkan keadaan. Batu api sana-sini.

Cx cuma tak faham kenapa orang sibuk sangat hal kita yang tak kacau pon hidup mereka.  Tak kena batang hidung sendiri, memanglah.  Tapi sungguhlah, benda itu memberi kesan kepada cx tanpa disedari. Cx sejenis pendam tau.  So bila pendam, dia jadi tebal dalam hati.  Minta maaflah sebab dah terdoa yang bukan². Lagipon doa orang yang teraniaya ini makbul.  Taklah cx doa yang teruk², cumanya biarlah Allah bagi pengajaran sedikit untuk mereka rasa macam mana berada dalam keadaan cx waktu itu dengan tambahan batu api asam garam aji segala daripada makcik pakcik seangkatan dengan mulut mereka dulu.


Kesan dia sangat dalam ya. Cx menangis dalam pantang dah macam apa.  Sakit hati tu memang terkesan habis dalam hati ini.  Cx tak boleh nak tengok muka, dengar suara atau apa² keadaan pon yang melibatkan mereka.  Menangis tu bukan biasa² tapi rasa macam nak meroyan. Kalau boleh, pisau yang ada tu, nak takuk² sahaja mereka yang terlibat. Paling terkesan sebab mereka adalah insan yang rapat dalam hidup cx.  Menjerit tak payah cakaplah. Anak menangis pon rasa nak hempuk sahaja. Tapi syukur Allah masih sayang.  Anak cx yang pertamalah menjadi saksi segala keadaan.  Waktu itu suami dah mula kerja balik.  Cx pantang sendiri di rumah dengan anak.  Dah melepasi dua minggu waktu itu.  Syukur juga luka cx cepat baik. Alhamdulillah sangat.

Benda ini jadi pengajaranlah buat cx sampai bila². Maaflah terkenang kembali sebab cx pon dah nak bersalin, jadi ianya terimbau sendiri. Biar apa jua keadaan, kita hadaplah sendiri.  Orang lain asyik nak condemn sahaja. Makanya, kelahiran anak ketiga nanti, memang akan pantang sendiri.  Semoga Allah permudahkan.  Korang doakan cx okay.  Cx akui, sampai sekarang, segala kemesraan yang kami ada dulu, terhapus sudah. Sisa pon tiada.  Kecewa habis hati ini.  Kelat.

Hormatilah orang lain
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, December 5, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pengalaman : Perjalanan Hamil Anak Ketiga Minggu 36 | Holla semua! Hari ini tiba-tiba rasa nak kongsikan pengalaman lagi.  Waima anak ketiga tapi semua moment adalah berbeza-beza.  Biarlah cx catitkan disini sebagai kenangan. Tidak kira pahit manis, pasti ianya menjadi kenangan istimewa buat para ibu. Betul tak? Cx juga tidak terkecuali mendapat keizinan daripada Allah untuk merasainya.  Apa keadaan sekalipun, cx bersyukur dan yakin dengan ketentuan Allah. Iyalah, jika difikirkan, takkan Allah nak khianat hambaNya kan? Allah sayang hamba²Nya sebab itu diuji dan kemudiannya diberikan ganjaran hebat dan paling manis buat kita sebagai hikmah kita bersabar serta yakin kepadaNya. InShaaAllah. 


Jika sebelum ini, cx ada cerita serba sedikit pengalaman hamil anak ketiga ini juga di SINI, jadi hari ini, cx nak sambung sedikit.  Ya cx akui pengalaman kali ini sangat manis sebab baby macam kuat dan seakan² pandai berdikari. Umpamanyalah sebegitu sebab dugaan mengandungkannya bukan sebab baby sangat tetapi ujian datang kepada ahli keluarga yang lain.  Ianya melibatkan kami dua beranak juga sebenarnya. Jadi, cx rasa, anak cx yang ketiga ini adalah seorang yang sangat kuat dan tabah.  Naluri ibu yang bersuara.  Jika pada awal kandungan, macam biasalah turun naik berat, HB, MGTT dan PP segala. Itu adalah normal. Namun kali ini, ujian itu tidak terduga apabila kami semua terpaksa harungi sendiri.


Masa kandungan nak masuk usia sembilan bulan, suami cx kena tahan wad sebab positif Influenza A. Lebih kurang dekat seminggu juga kena tahan.  Kemudian, masa hari keempat suami di hospital, tiba-tiba anak sulung cx pula demam mendadak sampai tak boleh imbang badan.  Kesian dia jatuh terhentak kepala. Waktu itu, cx cek demam dia malam hari dah tinggi 38.8° . Cx tuamkan kain lembab sepanjang malam. Keesokan harinya, cx bawa dia ke klinik siap buat ujian Influenza A. Alhamdulillah negatif.  Namun, nak jadi cerita masa dekat rumah nak bagi dia makan ubat, anak baru lepas keluar bilik air dan nak pakai seluar sendiri, tiba-tiba dia jatuh terlentang ke belakang. Waktu itu anak duduk ya. Terus panas dia naik 39.9° . Huish! Risau betul.  Tambahan lagi , anak dah mula terik² macam nak sawan. Korang boleh baca entry INI untuk lebih lanjut okay.  

Dijadikan cerita, anak confirm positif Influenza A. Allah! Bila kena virus ini, dia memang akan melemahkan badan sipesakit. Tak boleh nak imbang badan. Kesian anak cx. Maka berkampunglah di hospital 4-5 hari dengan bawa baby dalam perut. Kuatnya baby! Namun, masa awal dua hari dekat wad tu, baby kuran gerak. Serius! Dah pukul 10 malam pon tak cukup gerak lagi. Sedih sebenarnya tapi kalau cx pergi hospital , confirm kena tahan.  Siapa nak jaga anak cx dekat hospital? Suami pon dalam wad. Kesian anak kedua cx juga nanti. Jadi, cx buat keputusan untuk kuatkan hati dan sentiasa positif berdoa kepada Allah untuk beri kekuatan dan lindungi kandungan cx.  Cx pon pujuk² baby supaya kuat. Kesian dengan abah , abang dan kakak. Baby kena kuat sebab baby masih dalam rahim mak dan segala keperluan InShaaAllah baby dapat waima mak tak cukup makan, rehat dan penat.


Alhamdulillah Allah makbulkan doa cx. Syukur sangat baby kuat dalam kandungan.  Hari ketiga, baby dah mula gerak normal. Aktif. Alhamdulillah.  Kemudian selepas itu, suami cx dah keluar wad, suami teman cx dekat wad sementara anak kedua cx pula duduk dengan nenek dia sementara. Alhamdulillah tak meragam. Terima kasih kepada abang, adik² dan kakak cx yang sudi tolong jaga dan layankan anak kedua cx. Semoga Allah kurniakan kebaikan dan pahala dunia akhirat. Amin.  

Namun, nak dijadikan cerita lagi, selepas dua hari anak cx keluar wad, mak cx pula batuk sakit tekak flu dan demam. Allah! Memang dugaan.  Waima anak baru keluar wad  cx tetap masakkan sarapan dan lunch untuk mak. Terpaksa hantar ulang alik sebab anak cx baru keluar wad dan virus influenza A dia belum terhapus sepenuhnya. Cx tak boleh dekatkan anak dekat mak cx. Kang nenek dia kena influenza A, lagi kesian. Iyalah dah usia 61 tahun kot, ada kencing manis darah tinggi pula tu. Tak ke lunyai nanti? Tapi Alhamdulillah, doktor buat ujian, dan mak cx negatif Influenza A. Syukur.


Kemudian, selang beberapa hari, anak kedua cx pula mula panas badan. Cx dah fikir kemungkinan untuk duduk hospital lagi. Tapi Alhamdulillah demam anak kebah keesokkan harinya.  Malam tu suhu 38° , cx belengingkan dia dan tuam kain lembab. Alhamdulillah esok tu dah kebah. Syukur. 

Cx redha dengan ketentuan Allah, Allah nak didik kita supaya syukur dan yakin akan kehendaknya . InShaaAllah semoga yang baik² belaka yang akan hadir pada masa hadapan.  InShaAllah amin.

Terima kasih Allah
Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu

Wednesday, December 4, 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! Siapa yang mengalami masalah bawah mata yang kusam, tidak bermaya, liang pori terbuka dan kendur? cx nak syorkan satu produk baru iaitu masker mata 3D.  Apa yang menariknya adalah, masker ini telah dikering-bekukan untuk penggunaan kita tau! Terbaiklah! Senang nak bawa dan pakai di mana sahaja. Okay cx taknak cakap banyak, ajom cx perkenalkan dengan lebih lanjut.


Pengenalan 3D Mask : Siri Kering Beku
Lanthome 3D masker merupakan masker mata kering beku pertama di pasaran, ianya mentakrifkan semula penjagaan kulit kolagen,  dibahagikan kepada floc beku kering 3D dan masker asas mata, terdapat gabungan kering dan basah, membran berganda, penembusan yang tepat, menghilangkan kedutan dan melembutkan kulit wajah.

☑️ Bahan utama: Asid hyaluronik, kolagen hidrolisis.
☑️ Keselamatan produk: Sifar ekologi tulen anti-karat, tiada wangian.
☑️ Sesuai untuk wanita hamil, otot sensitif, dan kulit rapuh.


Repair First, Then Moisturize

Kesan
Kesan:
Cepat bertindak dan menegangkan mata, melicinkan garis halus, memulihkan otot mata, dan mencerahkan. Teknologi pengeringan beku baru: masker kolagen yang telah dibekukan adalah kering beku untuk membekukan intipati menjadi keadaan pepejal, dan kemudian air menjadi sublimat serta kering. Intipati dilampirkan pada kertas masker itu sendiri, dan masker yang mengandung esensi penuh dapat diperoleh dengan menambahkan air. Tambah intipati asid hyaluronic, Menghidrat dengan asid hyaluronik molekular besar dan kecil, ia membantu dengan cepat membuka liang kulit, mewujudkan lapisan pelindung pelembap untuk kulit, menyerap beberapa molekul dan menyuntik jauh ke dalam kulit.




Arahan Penggunaan:
  • Selepas membuka bungkusan, ambil jumlah yang betul (kira-kira 2-5ml) air tulen untuk merendam masker, jangan letakkan terlalu banyak air.

  • Selepas merendam dalam air tulen selama 3 minit, masker bebas air lyofilized akan menjadi likat dan kelihatan kristal.

  • Bagi mendapatkan kesan pelembap dan kecantikan yang lebih baik, disyorkan untuk menggunakan lebih kurang dalam 10-15 minit.

  • Bagi membentuk masker pelindung, perlu mengaplikasikan rawatan statik selama 30 minit dan kemudian mengupas masker itu, kemudian perlahan-lahan urut muka bagi membantu menyerap intipati masker yang terlindung secara langsung dan hidrat.

  • Selepas menggunakan masker, gunakan krim atau krim asas penghidratan untuk melengkapkan penjagaan kulit akhir. Pelembap atau intipati boleh menjadikan hidrat air bertahan lebih lama.

NOTA:  Boleh memilih air tulen yang sejuk atau hangat mengikut keinginan korang sendiri.


HEMP OIL &; HEMP CREAMS

Hemp Oil & Hemo Creams

Lanthome juga ada menyediakan Hemp Oil dan Hemp Creams tau! Sangat disyorkan sebagai kombinasi terbaik: 

Ciri-ciri:
  1. Kelegaan kesakitan: Salah satu manfaat kesihatan yang paling dirasakan oleh minyak hemp adalah kesan analgesik (rasa sakitnya). Ekstrak minyak hem menawarkan kelegaan kesakitan yang berkesan tanpa memberi kesan buruk kepada pesakit
  2. Sifat Anti Penyitaan: Mereka yang menerima ekstrak minyak rami yang berpengalaman melihat penurunan frekuensi kejang mereka.
  3. Kecemasan Combat: Walaupun ekstrak minyak hemp paling biasa digunakan untuk merawat gejala-gejala fisiologi, terdapat badan penyelidikan yang semakin meningkat yang menunjukkan ia juga boleh digunakan dalam terapi pelbagai jenis kesihatan mental, termasuk kebimbangan.
  4. Rawatan badan: Hemp oil mengandungi asid gamma-linolenic (GLA) dan 3 unsur surih, membantu menurunkan tekanan darah badan yang menyokong sistem imun dan mempunyai sifat anti-radang.
  5. Mengekalkan kelembapan dan membantu melindungi kulit ultra kering.
  6. Sempurna sebagai anti-penuaan penyelesaian untuk kulit letih untuk mengurangkan garis-garis halus, kedut menipis rupa.


Hemp Creams:
Krim hemp adalah produk kecantikan yang diperoleh daripada minyak hemp atau ekstrak rami. Krim boleh digunakan untuk tujuan kecantikan dan kesakitan. Kepekatan asid amino yang tinggi adalah baik untuk mengurangkan kedutan dan mencipta kesan "penuaan", dan juga untuk mengurangkan kerengsaan kulit.


Ciri-ciri Hemp Oil:
  1. Asid lemak penting, Omega 3, 6 dan 9.
  2. Anti radang, antiseptik dan ringan.
  3. Mengembalikan kelembapan dan membantu melindungi kulit ultra kering.
  4. Penyelesaian anti-penuaan yang sempurna untuk kulit yang letih untuk mengurangkan garis halus, kedut menipis rupa.
  5. Diuji secara dermatologi.

Kesan:
  1. Penghidratan &; perlindungan 96 jam.
  2. Efek menenangkan bagi kulit bermasalah
  3. Rawatan alternatif yang popular untuk kebimbangan masalah kulit wajah

Okay, kalau nak tahu lebih lanjut atau mahu mencuba, korang boleh terus ke link yang cx sediakan di bawah ya. Sebelum tu, meh cx kongsikan cara pakai 3D Air Eye Mask. Mudah sangat! 


Pembelian :Aliexpress.com
Instagram :Lanthome Official

Sayangi Kulit Anda
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu