Saturday, December 7, 2019

Braxton Hicks: Kontraksi Palsu Minggu 37

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kontraksi palsu atau braxton hicks, perkara biasa yang akan kita para ibu rasa dan alami apabila ambang kelahiran semakin hampir. Sebenarnya cx dah lupa macam mana rasa kontraksi palsu itu tetapi semenjak dah mendekat 37 minggu ini, ianya sedikit sebanyak mula sedarkan cx.  Macam lorat sangatkan? Padahal beza dengan anak kedua hanya dua tahun sahaja. Tapi serius, cx lupa dah rasa braxton hicks.

Tapi sejak semalam, tiba-tiba pukul tiga pagi, rasa krem dekat bawah perut. Aduh aduh aduh! Terus pusing sana sini tak sedap badan. Dok pegang sahaja abdomen bawah perut supaya rasa lega sedikit.  Terus rasa susah nak tidur semula.  Waima braxton hicks datang dalam tempoh sekejap-sekejap, ia tetap memberi kesan. Betul tak? Tapi, itulah tanda bayi kita dah mula bagi tanda yang dia tak sabar nak jumpa mak abahnya. Waima belum engage tetapi tetap rasa juga sakitnya.


Selain itu, abdomen bawah atau orang melayu cakap kelengkang, dah mula cx rasa tak selesa.  Bangun duduk baring semua rasa sakit.  Kalau cx dah duduk bawah bersila tu, tolonglah jangan suruh bangun. Sakit rasa.  Jadinya sekarang, cx lebih selesa duduk atas kerusi atau baring atas katil sahaja. Mudah sikit nak bangun duduk dan bergerak.  Anak-anak dua orang ini pula aktif.  Kejap nak itu, kejap nak ini.  Nak atau tidak, terpaksa juga bangun duduk. Siapa lagi nak urus budak usia empat dan dua tahun dengan kita membawa perut lagi dekat rumah ni? Kita juga kan?

Sekarang ini pon, cx dah takleh nak makan pedas-pedas sangat sebab mudah pedih hulu hati.  Minum susu pon tak jalan. Minum air putih pon tak dapat meredakan. Kemudian tambah pula dengan cirit. Orang kata, kalau kerap cirit, itu tandanya nak bersalin.  Tapi cx tak taulah betul ke tidak sebab anak dua orang yang sebelum ini, biasa sahaja bagi cx.  Korang pula macam mana? Sama tak? Sekarang tengah baring atas katil pon dok rasa sakit dekat kelengkang. Baby nak masuk laluan agaknya. Mentang² kepala dah ada dekat pintu. Bukan main lagi dia ya.

Bila hujung-hujung ini, cx dah kerap kena pergi ke klinik kesihatan seminggu sekali.  Masih mampu drive sendiri sebab klinik depan taman sahaja pon dan nasib baik kereta automatik.  Kalau bawa manual , boleh tahan tahap sakitnya.


Okaylah, korang doakan cx selamat semuanya okay.  Cx memang berharap baby keluar sebelum 2020. Alasannya nak dapatkan jarak dengan kakak dia selang dua tahun sama dengan abang dia. Memang rancangnya sedemikian. Tapi setelah difikirkan semula, selepas yang nombor tiga ini lahir, kami akan jarak kepada tiga tahun pula. Tak laratlah. Badan rasa letih.  Ingat mengandung ni mudahkah? Nak membela lagi anak-anak yang ada. Serius memang letih. Bukan merungut pasal anak-anak tapi bagi badan rehat. Banyak dah urat putus oii! Huhu! Okay, jangan lupa doakan cx tau! Kbai!

Anak adalah amanah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

No comments: