Thursday, December 5, 2019

Pengalaman : Perjalanan Hamil Anak Ketiga Minggu 36

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pengalaman : Perjalanan Hamil Anak Ketiga Minggu 36 | Holla semua! Hari ini tiba-tiba rasa nak kongsikan pengalaman lagi.  Waima anak ketiga tapi semua moment adalah berbeza-beza.  Biarlah cx catitkan disini sebagai kenangan. Tidak kira pahit manis, pasti ianya menjadi kenangan istimewa buat para ibu. Betul tak? Cx juga tidak terkecuali mendapat keizinan daripada Allah untuk merasainya.  Apa keadaan sekalipun, cx bersyukur dan yakin dengan ketentuan Allah. Iyalah, jika difikirkan, takkan Allah nak khianat hambaNya kan? Allah sayang hamba²Nya sebab itu diuji dan kemudiannya diberikan ganjaran hebat dan paling manis buat kita sebagai hikmah kita bersabar serta yakin kepadaNya. InShaaAllah. 


Jika sebelum ini, cx ada cerita serba sedikit pengalaman hamil anak ketiga ini juga di SINI, jadi hari ini, cx nak sambung sedikit.  Ya cx akui pengalaman kali ini sangat manis sebab baby macam kuat dan seakan² pandai berdikari. Umpamanyalah sebegitu sebab dugaan mengandungkannya bukan sebab baby sangat tetapi ujian datang kepada ahli keluarga yang lain.  Ianya melibatkan kami dua beranak juga sebenarnya. Jadi, cx rasa, anak cx yang ketiga ini adalah seorang yang sangat kuat dan tabah.  Naluri ibu yang bersuara.  Jika pada awal kandungan, macam biasalah turun naik berat, HB, MGTT dan PP segala. Itu adalah normal. Namun kali ini, ujian itu tidak terduga apabila kami semua terpaksa harungi sendiri.


Masa kandungan nak masuk usia sembilan bulan, suami cx kena tahan wad sebab positif Influenza A. Lebih kurang dekat seminggu juga kena tahan.  Kemudian, masa hari keempat suami di hospital, tiba-tiba anak sulung cx pula demam mendadak sampai tak boleh imbang badan.  Kesian dia jatuh terhentak kepala. Waktu itu, cx cek demam dia malam hari dah tinggi 38.8° . Cx tuamkan kain lembab sepanjang malam. Keesokan harinya, cx bawa dia ke klinik siap buat ujian Influenza A. Alhamdulillah negatif.  Namun, nak jadi cerita masa dekat rumah nak bagi dia makan ubat, anak baru lepas keluar bilik air dan nak pakai seluar sendiri, tiba-tiba dia jatuh terlentang ke belakang. Waktu itu anak duduk ya. Terus panas dia naik 39.9° . Huish! Risau betul.  Tambahan lagi , anak dah mula terik² macam nak sawan. Korang boleh baca entry INI untuk lebih lanjut okay.  

Dijadikan cerita, anak confirm positif Influenza A. Allah! Bila kena virus ini, dia memang akan melemahkan badan sipesakit. Tak boleh nak imbang badan. Kesian anak cx. Maka berkampunglah di hospital 4-5 hari dengan bawa baby dalam perut. Kuatnya baby! Namun, masa awal dua hari dekat wad tu, baby kuran gerak. Serius! Dah pukul 10 malam pon tak cukup gerak lagi. Sedih sebenarnya tapi kalau cx pergi hospital , confirm kena tahan.  Siapa nak jaga anak cx dekat hospital? Suami pon dalam wad. Kesian anak kedua cx juga nanti. Jadi, cx buat keputusan untuk kuatkan hati dan sentiasa positif berdoa kepada Allah untuk beri kekuatan dan lindungi kandungan cx.  Cx pon pujuk² baby supaya kuat. Kesian dengan abah , abang dan kakak. Baby kena kuat sebab baby masih dalam rahim mak dan segala keperluan InShaaAllah baby dapat waima mak tak cukup makan, rehat dan penat.


Alhamdulillah Allah makbulkan doa cx. Syukur sangat baby kuat dalam kandungan.  Hari ketiga, baby dah mula gerak normal. Aktif. Alhamdulillah.  Kemudian selepas itu, suami cx dah keluar wad, suami teman cx dekat wad sementara anak kedua cx pula duduk dengan nenek dia sementara. Alhamdulillah tak meragam. Terima kasih kepada abang, adik² dan kakak cx yang sudi tolong jaga dan layankan anak kedua cx. Semoga Allah kurniakan kebaikan dan pahala dunia akhirat. Amin.  

Namun, nak dijadikan cerita lagi, selepas dua hari anak cx keluar wad, mak cx pula batuk sakit tekak flu dan demam. Allah! Memang dugaan.  Waima anak baru keluar wad  cx tetap masakkan sarapan dan lunch untuk mak. Terpaksa hantar ulang alik sebab anak cx baru keluar wad dan virus influenza A dia belum terhapus sepenuhnya. Cx tak boleh dekatkan anak dekat mak cx. Kang nenek dia kena influenza A, lagi kesian. Iyalah dah usia 61 tahun kot, ada kencing manis darah tinggi pula tu. Tak ke lunyai nanti? Tapi Alhamdulillah, doktor buat ujian, dan mak cx negatif Influenza A. Syukur.


Kemudian, selang beberapa hari, anak kedua cx pula mula panas badan. Cx dah fikir kemungkinan untuk duduk hospital lagi. Tapi Alhamdulillah demam anak kebah keesokkan harinya.  Malam tu suhu 38° , cx belengingkan dia dan tuam kain lembab. Alhamdulillah esok tu dah kebah. Syukur. 

Cx redha dengan ketentuan Allah, Allah nak didik kita supaya syukur dan yakin akan kehendaknya . InShaaAllah semoga yang baik² belaka yang akan hadir pada masa hadapan.  InShaAllah amin.

Terima kasih Allah
Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu

No comments: