Monday, July 6, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

PG Mall : Platform E-Dagang Tempatan Pertama di Malaysia


PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian nombor 1 dalam Malaysia.  Platform PG Mall ini dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan ditubuhkan sejak tahun 2017.  PG Mall disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd dan merupakan satu-satunya platform jualan e-dagang tempatan dalam Malaysia. Tujuan utama PG Mall dibentuk adalah untuk menyediakan platform perniagaan kepada para peniaga di Malaysia.  Jadi, para peniaga tak perlu risau kalau hendak menggunakan platfrom PG Mall ini kerana ianya dipercayai dan selamat.  Pada CX, PG Mall ini boleh dipercayai dan sebagai peniaga juga, ianya sangat membantu kita untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan daripada sudut dan perspektif global.  PG Mall merupakan plaform E-dagang yang banyak digunakan oleh pengguna atas talian. Semuanya terbukti apabila PG Mall menduduki tempat ketiga teratas yang ditentukan berdasarkan laporan Iprice insight report. 

PG Mall
PG Mall Tawarkan Jongkong Emas Sempena Jualan Hari Jadi 2020

Tawaran Istimewa kepada Peniaga dan Pembeli

Para peniaga diberikan peluang dan melalui platform PG Mall ini, para peniaga umpama "orang megantuk disorongkan bantal" apabila dapat bergabung dalam sama-sama mengubah dunia e-dagang. Pembeli juga tidak terkecuali apabila PG Mall ini bagaikan "durian runtuh" untuk kita. Mana tidaknya, banyak sungguh produk yang diperdagangkan dengan pelbagai tawaran yang hebat-hebat belaka. Jadi peniaga pon seronok, sebagai pembeli pon sangat berbaloi. Antara produk yang terdapat di PG Mall adalah seperti barang-barang elektronik, fesyen, buku, rumah & kehidupan, makanan & minuman, sukan & riadah, anak & bayi, kesihatan & kecantikan, otomotif hingga E-Voucher. Apa yang lebih menariknya tentang PG Mall, platform ini berkonsepkan Consumerchant iaitu memberi peluang kepada pembeli menjana pendapatan setiap kali memperkenalkan pembeli atau peniaga melalui referral link.

PG Mall Jualan Hari Jadi bermula 29 Jun - 5 Julai 2020

Sempena Jualan Hari Jadi PG Mall yang telah pon bermula pada 29hb Jun sehingga 5hb Julai 2020.  Jom CX nak kongsikan dengan korang apa yang ada sempena jualan hari jadi PG Mall tahun 2020 ini.  Kalau korang membeli-belah di PG Mall, antara manfaat yang korang bakal dapat adalah seperti berikut; Terdapat beberapa manfaat yang diberikan oleh PG Mall tau! Jom baca lagi.

1. Diskaun Pembelian semasa Jualan Hari Jadi PG Mall 

Seronok bila dapat berbelanja dan membeli di PG Mall semasa Jualan Hari Jadi mereka.  Mana tidaknya, kalau CX beli sebarang produk dengan minima sebanyak RM50.00 sahaja, CX akan menikmati diskaun sebanyak 10% tau! Banyak tu! Siapa nak bagi? Lagi menarik, CX boleh dapat diskaun sebanyak 20% kalau berbelanja minima RM100.00.  Fuh! Syurgawi !

2. Penghantaran Percuma

Kalau CX baru merupakan pembeli baru dalam platform PG Mall ini, CX akan dapat nikmati penghantaran percuma dengan minima berbelanja sebanyak RM30. Kalau CX dah memang biasa berbelanja dalam platform PG Mall ini, penghantaran percuma diberikan dengan minima berbelanja sebanyak RM60.

3. Super Killer Deals serendah RM 0.99 sen !

Ini memang mengujakan sungguh! Mana tidaknya, PG Mall ada lancarkan slot Super Killer Deals okay.  CX boleh membeli produk terpilih dengan harga serendah RM0.99 sen sahaja ! Memang wow!  Jadi, kena pastikan korang peka bila waktu yang PG Mall lancarkan Super Killer Deals mereka.

PG Mall Jualan Hari Jadi 2020
Hadiah Jongkong Emas Jualan Hari Jadi PG Mall 2020

4. Cabutan Bertuah kepada Top Referral 

Korang pergi daftar akaun sekarang kalau belum lagi jadi pembeli sah di PG Mall okay.  CX memang seru korang untuk daftar di PG Mall sebab bila dah selesai pendaftaran, akan dapat referral link tau.  Melalui referral link inilah korang boleh kongsikan kepada rakan-rakan dan kenalan.  Kemudian, cuba jadi TOP 3 Shopper Referee sepanjang berlangsungnya Jualan Hari Jadi PG Mall ini.  Korang kena cepat tau sebab Jualan Hari Jadi PG Mall hanya berlangsung selama tujuh (baca: 7) hari sahaja. Ohya! Referee shopper kena ada bukti pembelian yang sah okay.  Korang boleh dan berpeluang untuk menang jongkong emas dan C-wallet tau! 

Tawaran Hadiah Jualan Hari Jadi PG Mall 2020

Hadiah pertama : Jongkong Emas 1gram
Hadiah kedua : C-wallet bernilai RM100
hadiah ketiga : C-wallet bernilai RM50

5. Daily FB Live Deals

PG Mall akan bersiaran secara live di Facebook Page mereka pada setiap hari.  Jadi, korang hanya perlu tunggu dan turut serta menonton live FB tersebut.  Hanya turut serta live di FB sahaja, boleh memberi peluang kepada korang untuk jadi salah seorang pemenang bertuah tau!  Hadiah dia , boleh menang 0.5gram emas (bernilai RM200)! Semuanya tertakluk kepada terma dan syaratlah seperti biasa.

PG Mall Birthday Sale
PG Mall Jualan Hari Jadi 2020

Daftar Akaun PG Mall Sekarang !

Jadi korang, cepat-cepat daftar akaun di PG Mall dan berbelanjalah sekarang! Maklumat lanjut mengenai PG Mall Tawarkan Hadiah Berbentuk Jongkong Emas Sempena Jualan Hari Jadi 2020  ini boleh rujuk link di bawah okay.  

Website: www.pgmall.my
Instagarm: PGMall.my

Hashtag: 
#pgmall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Sellnow #Goecommerce #joinusnow #sellonline #sellonpgmall

Berbelanja Sambil Berjimat
Lahirkanlah Keihlasan dihatimu

Saturday, June 27, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Single Terbaharu Blackpink: 'How You Like That' Mencecah Tontonan 90 Million dalam Tempoh 24 Jam di Youtube

Jika sebelum ini, ramai mula mengenali Blackpink dengan lagu-lagu hits mereka seperti Kill This Love dan juga Ddu Du Ddu Du. Setiap kali keluar lagu baharu, pasti lagu mereka menjadi tular dalam sekelip mata.  Blackpink adalah sebuah kumpulan muzik wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment.  Ahli Blackpink terdiri daripada empat orang iaitu Kim Ji-soo sebagai penyanyi utama, Jennie Kim sebagai vokal, Roseanne Park pula vokal utama dan Lalisa Manoban lebih kepada sub-vokal. Cx pon tidak terkecuali untuk ambil tahu tentang Blackpink.  Waima dah makin tua, tapi halwa telinga masih boleh layan lagi genre lagu-lagu anak muda masa kini. Gitttew! Baru 30+ CX oii! 

Ahli Blackpink Lagu How You Like That 2020
 

Lisa Blackpink Sebagai Rapper untuk Lagu How You Like That

Baru sahaja setahun berlalu ahli kumpulan Blackpink hits dengan lagu mereka bertajuk Kill This Love dengan 57.9 Million viewers di Youtube.  Kini Blackpink kembali dengan single terbaharu yang mampu pecah rekod 90 Million viewers di Youtube Channel.  Daebak Blackpink! CX pon tengok juga video dia.  Layan juga lagu Blackpink How You Like That ini. Ternyata tidak mengecewakan.  Muzik lagu rancak macam biasa, sedap didengar.  Tidak menjengkel dan macam biasa ahli kumpulan blackpink sangat rancak dan aktif di atas pentas.  Penampilan Lisa sebagai rapper dalam video muzik kali ini sangat menarik perhatian.  Lagipun sebelum ini ahli kumpulan blackpink pernah berkolaborasi bersama penyanyi terkenal Lady Gaga menerusi lagu bertajuk sourcandy yang kita sudah menjadi 64 juta penonton dan pendengar di youtube channel. 

Single Terbaharu Blackpink: How You Like That Mencecah Tontonan 90 Million dalam Tempoh 24 Jam di Youtube

Maksud Disebalik Lagu How You Like That

Lagu Blackpink How You Like That lebih menceritakan kisah karma percintaan dioranglah lebih kurang.  Si lelaki tak suka dekat diorang dan bila diorang dah kembali dengan kebanggaan, diorang banding-bandingkan apa yang dia suka dengan girlfriend dia berbanding/berbeza dengan diorang sebelum ini.  Lebih kurang macam balas dendam juga jenis lagu dia.  Itu apa yang CX fahamlah. Maaf kalau salah tafsir ya peminat Blackpink. hehe. Okay, jom CX belanja lagu blackpink Houw You LIke That yang dah mencecah tontonan sebanyak 91 million di youtube channel dalam tempoh 24 jam.  Tahniah Blackpink! 


Okay, semoga korang terhibur layan lagu hits terbaharu daripada Blackpink bertajuk How You LIke That di sini.  Tengok diorang rancak menari pon salah satu kelekaan dan kealpaan duniawi. hahaha! Eh! kbai! Kang kena kecam pula.  Tak memasal. hahaha. CX tengah update entry ini pon dok melayan lagu-lagu hits daripada Blackpink ini tau.  Almaklum, suka juga lagu-lagu diorang. Tambah lagi dok menari terkinja-kinja.  Halah-halah CX pon terjebak sama! 

How You Like That
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah

Selama ini CX tidak ambil pusing sangat bila melibatkan penapis air sebab kononnya masih menyewa rumah dan tidak mahu bersusah payah cabut pasang di kemudian hari.  Tapi sejak CX terjumpa satu jenama penapis air yang sangat mudah untuk dipasang cabut,  CX jadi tertarik untuk mencubanya sendiri.  Lagipun di kawasan perumahan CX ini, air memang terus daripada saluran paip luar.  Memandangkan kami pon tiada tangki, tahap air yang kami terima adalah tidak diketahui tahap kebersihan dia. 

Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah

Maksud CX di sini adalah air yang disalurkan ke rumah CX akan melalui laluan-laluan paip di setiap ruang yang ada sebelum sampai ke rumah CX.  Jadi di situ, kita memang tak boleh  nak tahu sejauh mana eloknya air yang kita gunakan selama ini.  Patutlah ramai orang pakai dan pasang penapis air ya di rumah.  Tidak hanya penapis air di luar rumah, dalam rumah pon mereka pasang sekali.  Betapa telitinya mereka akan kebersihan penggunaan air sebab ianya adalah satu kewajipan dalam penggunaan harian kita.  

Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah 

Tambahan lagi bila CX lakukan kerja membersih dalam rumah.  Terutamanya apabila basuh pinggan, cuci baju menggunakan mesin basuh dan mandi.  Kadang-kadang itu bila CX tengah cuci pinggan, tiba-tiba keluar air karat tau.  Air kadang-kadang tak jernih betul dan sedikit kekuningan.  Begitu juga kalau basuh baju menggunakan mesin basuh.  Baju putih kebiasannya akan ada kesan selepas basuh.  Itu semua punca daripada air kita yang tidak diketahui sejauh mana tahap bersih dia.  Lagi-lagi sekarang ni tahap klorin dalam air seharian penggunaan kita semakin tinggi.  Air yang tidak bersih juga menjadi punca segala penyakit.  Tak semua orang disiplin dalam memelihara sumber asli dan semulajadi di bumi kita.  Jadi, jom CX kenalkan penapis air di dalam rumah daripada Clear Living. 

Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living

Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living merupakan penapis air yang sangat sesuai untuk penggunaan di rumah.  Tidak kira rumah kita kecil atau besar, penapis air Clear Living ini sangat disyorkan.  Penggunaan di rumah yang dimaksudkan adalah seperti contoh mesin basuh, air mandian (shower) dan singki.  Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living ini sangat adalah penyelesaian air di rumah yang terbaik kerana ianya dicipta dengan daya tahan kotoran yang tinggi. Ini serius tau sebab ianya mampu dan berfungsi untuk;
  1. Membuang kotoran yang kebiasannya akan menyebabkan dan meninggalkan kesan di pakaian, lebih-lebih lagi kain putih seperti baju sekolah. 
  2. Mengurangkan klorin yang terdapat di saluran paip air mandi (shower).  Kebiasaannya klorin akan melekat di saluran paip air yang menyalurkan air kepada penggunaan kita.

Aksesori yang Lengkap Diberikan
Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah


Cara Pasang yang Mudah

Kelebihan Clewanwash Multipurpose Water Filter Clear Living ini pada CX adalah ianya sangat mudah untuk dipasang.  Tidak memerlukan pemasangan yang sulit dan kepakaran pakar.  Kita sendiri boleh buat.  Semua arahan kita boleh baca dan ikut sahaja.  Selain itu, kalau kita beli set penapis air Clear Living ini, dia memang akan bagi satu set lengkap untuk kita.  Tak payah lagi nak pening untuk cari barang tambahan, sambungan segala bagai.  Sampai sahaja barang, buka parcel, dah boleh terus pasang dengan merujuk arahan pemasangan yang dibekalkan.  Harga pon sangat mampu milik tau. Bagi setiap penggunaan katrij, apabila katrij putih dah bertukar warna kepada coklat dan akhirnya coklat pekat, itu adalah tandanya perlu tukar dah okay.

Set Lengkap Penapis Air Clear Living dan Aksesorinya adalah merangkumi;

  • 1 x perumahan penapis air dengan kartrij Premium
  • 1 x kepala penyesuai mesin basuh
  • Selang flexi 1 x 20cm
  • Penukar lelaki 1 x 3/4 "hingga 1/2"
  • Penukar wanita 1 x 3/4 "hingga 1/2"

Cara Tukar Katrij
Cleanwash Multipurpose Water Filter

Fungsi Filter adalah mengurangkan kerosakan kepada elemen di dalam air
Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah

Water Filter Clear Living Bantu Selesaikan Masalah Air di Rumah 

Alhamdulillah, akhirnya dalam rumah CX dah ada penapis air. Seronok sangat rasa.  CX pasang dua tempat sekaligus, di singki dan mesin basuh.  Tempat utama yang paling penting setakat ini. Jadi korang, kalau nak dapatkan Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living ini , rujuk sahaja link yang CX kongsikan di bawah okay.  Tidak rugi kalau korang cuba dan tambah sedikit usaha untuk mengubah kehidupan kita kepada lebih baik. InshaAllah.  Apa yang best bila korang guna Cleanwash Multipurpose Water Filter ini dekat shower, ianya membantu untuk menguragkan klorin tau! Suka tak?

Okay, makluman korang, harga bagi satu set lengkap Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living ini adalah RM88.00 sahaja.  Katrij tambahan tidak termasuk ya dalam set ini .  Setiap pengeposan barang adalah tidak termasuk caj penghantaran.   Jadi, kalau korang nak beli, macam biasa harga caj penghantaran adalah RM8.00 bagi setiap perjalanan dalam satu pembelian.  Bagi Sabah Sarawak pula adalah RM15.00.  

Perbandingan sebelum dan selepas sekali penggunaan Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living.  Katrij yang gambar bawah dah menjadi sedikit kekuningan.

Tapi, kalau korang buat pembelian bernilai RM100 ke atas, korang akan diberikan pengeposan secara percuma bagi kawasan semenanjung Malaysia.  Jadi dekat sini, CX nak sarankan dekat korang supaya membeli sekali banyak.  Contoh kalau CX sendiri, lepas beli set Cleanwash Multipurpose Water Filter ini, CX akan beli sekali dengan katrij tambahan supaya senang nanti nak tukar katrij bila dah kotor. Lepastu, dapatlah kita pengeposan percuma kan? hehe


Jom Tengok CX unboxing dan review di sini 

Giveaway Menang Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living

Okay, CX nak bagitahu korang ni.  CX ada jalankan satu Giveaway untuk korang.  Kalau korang join Giveaway CX ini, korang berpeluang untuk memenagi set Cleanwash Multipurpose Water Filter daripada Clear Living CX akan mulakan GA di Facebook Chaza Xiaojie okay .  Korang hanya perlu ikut terma dan syarat yang CX kemukakan.  Mudah sangat.  Tak susah pon. Apa yang paling penting, CX akan pilih LIMA orang sebagai PEMENANG.  Suka tak? Ya, LIMA ORANG PEMENANG! Kalau korang suka, jom ke Facebook CX sekarang dan join GA tersebut. 

Hanya perlu bayar RM0.99 sen sahaja untuk Water Filter yang asalnya berharga RM88 tau! Jimat banyak ni! Rugi kalau tak join.  CX akan pilih pemenang pada 30hb Jun 2020 okay.  Tapi kalau korang tak terpilih, jangan risau, sedih dan berputus asa, pada 3hb Julai 2020 ini, Clear Living akan lancarkan KEMPEN juga tau. Jadi, nantikan di Facebook CX dan Clear Living Malaysia untuk maklumat lanjut! 

Mudah-mudahan ada rezeki korang untuk menang salah satu dan dapat hadiah satu set Cleanwash Multipurpose Water Filter.  Jadi, CX ucapkan, semoga berjaya untuk korang! Jangan lupa kongsi sekali supaya kawan-kawan korang pon boleh menang sama!


Norma Baharu 2020
Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu

Tuesday, June 23, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Hadiah Hari Jadi untuk Si Kakak: Set Memasak Mainan Murah di Shopee

Semalam 22hb Jun 2020 merupakan hari jadi anak dara CX yang ketiga tahun.  Jadi, sebelum tiba hari jadinya, CX terlebih dahulu dah usha hadiah yang nak diberikan.  Semenjak dari tahun lepas lagi, CX dah berjanji nak belikan dia set memasak yang besar sebagai hadiah.  Makanya CX memang kerap keluar masuk apps Shopee tau untuk tengok hadiah hari jadi untuk anak perempuan yang sesuai dengan usia anak CX.  Boleh dikatakan hampir setiap hari memang akan buka masuk shopee. haha. CX fikir, dah alang-alang nak belikan yang besar, eloklah yang berbaloi.  Hadiah hari jadi untuk anak perempuan ini agak rumit juga nak pilih waima kita tahu dia suka apa.  Kita sebagai ibu bapa mesti nak yang terbaik buat mereka.  Betul tak? Boleh tahan jugalah semua yang CX usha tu harga dia berbeza-beza.  CX kalau boleh taknak beli yang dari luar negara sebab lambat dan takut lambat sampai pada waktunya.  Jadi CX pilih yang penjual dari dalam Malaysia sahaja.  Tapi macam biasalah, harga sedikit tinggi tapi itulah, keadaan memaksa untuk CX pilih dan buat keputusan sebegini. Kang order dari luar, tak sampai pula.

Hadiah Hari Jadi untuk Si Kakak: Set Memasak Mainan Murah di Shopee


Set Mainan Mencecah RM500 Ringgit!

Al-kisahnya si kakak nak hadiah set memasak mainan ini bila dia ada main dekat rumah kampung maklongnya.  Anak buah maklong kakak ada set memasak mainan ini.  Jadi, daripada situ CX dapat idea untuk belikan sebagai hadiah hari jadi kakak tahun hadapan iaitu bulan inilah.  Korang nak tahu tak, sewaktu CX usha harga itu, bukan main boleh tahan lagi.  Ini CX rujuk kepada penjual shopee di Malaysia tau.  Ada set memasak mainan yang sama dijual sehingga mencecah RM500.00 . Fuh! Hebat harga dia. Ada yang murah tapi review pembeli pula tak menyeronokkan.  Kebanyakkan penjual tak bungkus elok-elok dan barang pecah.  Ada pula penjual taknak ambil tindakan apabila minta tukar.  Jadi, bila dah usha banyak sangat shop yang ada di Shopee, akhirnya CX buat keputusan untuk beli set memasak mainan murah di kedai shopee berikut. Dia yang paling okay review, barang okay ada stock dan waktu itu, memang last stock yang ada untuk hadiah hari jadi anak perempuan CX si kakak.  Agaknya memang Allah dah kata, stok terakhir ini untuk si kakak gamaknya. 

Set Memasak Mainan Murah di Shopee

Ada banyak jenis dan saiz rupanya. Jadi, mak dia pilihkan yang paling besar. Biar puas hati. Dah besar nanti kena rajin masak okay. Jangan berangan tak sudah tapi masak satu apa pon tak reti. Mak sesah pakai sudip kayu kang ! Bila bagi hadiah dekat anak, anak jadi suka. Kita pon dapat pahala membahagiakan anak. InShaaAllah. Makanya CX jumpa satu shop di shopee dan hanya beli sini sahaja⤵️ https://cutt.ly/Kitchen-Playset-Cooking

Set Memasak Mainan Murah di Shopee

CX pilih yang macam dalam gambar atas ini.  Nama dia 72cm Luxury Table.  CX mulanya nak beli yang 98cm tapi stok habis pula.  Jadinya CX sambar sahajalah yang ini memandangkan ianya stok terakhir.  Alhamdulillah penghantaran sangat cepat dan rezeki si kakak, elok tibanya tidak ada pecah atau sebarang kerosakan.  Ini saiz 72cm sahaja.  Sesuailah untuk si kakak.  Tinggi paras leher dia.  Masa bagi Set Memasak Mainan ini sebagai hadiah hari jadi si kakak, bukan main suka lagi.  Melompat-lompat bila abah dia tolong bukakan kotak. Seronok CX tengok bila anak teruja. Ianya satu kepuasan bila dapat buat anak suka.  Penat lelah kumpul bajet untuk beli hadiah si kakak, memang membuahkan kepuasan di hati. Alhamdulillah.  Seronok betul si kakak. Korang kalau nak beli, pergilah klik link yang CX dah kongsikan dekat atas.  Dia ada banyak pilihan tau.  Pilihlah ikut yang korang berkenan.  Dia ada tiga warna iaitu biru, merah dan merah jambu.  

Si kakak suka warna mereah jambu.  Jadinya memang mak dia senanglah pilih.  Suka benar si kakak.  Dah jadi satu hal bila setiap masa dia masakkan mak dia makanan dan suruh makan. Siap suap. Aduhai anak.  Ada satu hari itu dia bangun tidur, main masak-masak sorang-sorang, lepas tu dia jerit; "Abang, bangun! Kakak dah masak ni. Bangun sahur!" CX yang tengah hadap kerja terus rasa kelakar lari fokus. Alahai anak.  Sungguhlah sel-sel otak sedang berhubung. 


Video Set Memasak Mainan Murah di Shopee

Hadiah Hari Jadi si Kakak yang ke-3 Tahun. 22hb Jun 2020.

Alhamdulillah niat untuk bagi si kakak hadiah hasil titik peluh sendiri sebagai blogger menjadi kenyataan dan dapat direalisasikan.  Tahun ini sangat bermakna sebab CX dapat belikan hadiah untuk yang tersayang termasuk suami.  Sungguh rasa bahagia itu lain macam pergi dia bila kita dapat hadiahkan sesuatu yang orang penting kita suka.  Syukur sangat.  Korang doakan tau supaya rezeki CX mencurah-curah hendaknya.  Semoga doa yang sama berbalik untuk korang juga. Amin 

Bahagiamu Bahagiaku Jua
Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu

Saturday, June 20, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

Hai salam hari minggu buat semua pembaca.  Semalam sebenarnya tak masak dekat rumah sebab CX makan dekat rumah nenek.  Masak dan makan berjemaah kami anak beranak.  Almaklum rumah sekangkang kera.  Alhamdulillah seronok makan bersama.  Tapi menjadi sedikit masalah apabila waktu malam, dah tahu nak makan apa tau. haha! Iyalah, malam nak makan apa kalau makanan siang dah habis? Rancangnya nak masak puyuh goreng sambal sahaja tapi tengah-tengah leka tengok televisyen dengan suami, tiba-tiba iklan McD keluar tau.  Sejak dia dilancarkan, CX dok usha baik punya. Tapi tadi tiba-tiba rasa macam "Bang, jom makan burger McD baru Thai tu, macam menarik je" .  

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

Macam biasa encik suami tidak menolak dan melayankan tekak isteri dia ini. Makanya kami pon keluar pergi drive-thru untuk mencuba menu burger McD terbaharu.  Burger McD 2020 baharu iaitu Thai Green Curry Burger.  Harga Mcd baru ini boleh tahan.  Sekarang Mcd tengah buat promosi tau, kalau korang beli satu set Thai Green Curry Burger, korang boleh jimat.  Mana tidaknya, harga satu set lengkap adalah lebih kurang RM19+.  Tapi Mcd bagi harga promosi cuma RM16+ sahaja tau.  Pergi Mcd sekarang dan dapatkan menu baharu 2020 Mcd okay. Eh! terpromosi pula. 

Ala Carte dan Happy Meal

Kami anak beranak tidak ambil set pun, CX dan suami beli ala carte sahaja.  Suami makan McChicken, CX sahaja yang makan Thai Green Curry Burger.  Dia ada dua tau, dulu ikan sahaja.  Sekarang yang terbaru adalah ayam.  Fuh! memang CX pilih ayamlah. Nak juga yang latest kata orang. hehe. Anak-anak pula macam biasa diorang akan minta Happy Meal McChicken Burger.  Nak buat koleksi mainan Mcd macam biasalah.  Okay jom CX kongsikan sedikit review jujur setelah makan Thai Green Curry Burger menu baharu 2020 McDonald. Disebabkan CX punya ala carte sahaja, makanya dia murahlah sedikit. Total semua tadi cuma RM37+ sahaja. Alhamdulillah.

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?


Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

Review CX: Thai Green Curry Chicken Burger McDonald

Pada CX, Thai Green Curry Burger McDonald yang baharu menggunakan daging ayam; Thai Green Curry Chicken Burger adalah sedap.  CX boleh bagi lima ke enam bintang daripada sepuluh sahaja.  Secara jujurnya, rasa dia sedap biasa-biasa macam kita makan tomyam.  Sesedap rasalah bagi tekak CX.  Roti dia lembut, dipenuhi dengan chili flakes dekat atas bun dia.  Rasa pedas sedikit.  Kemudian sos thai dia itu yang istimewa.  Sedap dan kena dengan tekak CX tapi cuma kurang pedas.  Macam makan wasabi pon ya juga tapi bahang kepedasan sahaja yang rasa.  Tapi level paling lemah tahap kepedasan wasabi tu. Faham tak? haha! Tapi sedaplah juga.  Tipulah kalau kata tak sedap.  

Lepastu CX suka ayam dia.  Rasa biasa sahaja macam McChicken , cumanya luaran dia lebih crispy dan isi tebal.  Lain-lain biasa sahaja.  Sayur dia pon biasa.  Tips nak rasa nikmat bila kita makan Thai Green Curry Burger McDonald ini adalah dengan makan begitu sahaja.  Kalau makan dengan sos cili biasa, rasa Thai tu macam lari sedikitlah pada CX.  Tapi okay sahaja kalau makan macam mana sekalipun.  Ikut tekak kita.

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

Jadi, Sedap ke Tidak Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald?

Pada CX, ianya sedap tetapi bukan sedap gila. Hanya biasa-biasa.  Kalau makan ketika lapar, memang rasa sedaplah.  Kalau orang belanja makan, lagi sedap dap dap.  Walau apapun, semua kembali kepada selera tekak masing-masing.  Mungkin pada CX okay dan tidak kepada orang lain.  Jadi, kalau nak tahu sedap ke tidak, korang kena cuba sendiri okay.  Sekarang tengah promosi, pergi beli cepat. kbai!

Alhamdulillah Rezeki
Lahirkanlah Keikhlsan dihatimu

Monday, June 15, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Printcious Melancarkan Reka Bentuk T-shirt dan Beg Unik sebagai Usaha Membanteras Covid 19

Printcious merupakan sebuah platform e-commerce terkemuka yang fokus terhadap barangan dan hadiah yang diperibadikan (personalised).  CX juga sebelum ini pernah membeli melalui Printcious dan ianya memang sangat berkualiti hasil dia.  Baru-baru ini,  Printcious telah melancarkan reka bentuk t-shirt dan beg unik sebagai peringatan kepada orang awam untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih lagi dalam memerangi virus covid-19. Melalui jualan barangan dan hadiah untuk edisi terhad ini, diorang telah mencapai sebanyak RM50,000 ringgit. Sangat banyak tau. Ini merupakan satu inisiatif yang sangat bagus dan digalakkan kepada e-commerce dalam menyokong dan menyumbang menghentikan virus covid-19 ini. Pada CX, ianya adalah usaha murni yang patut kita puji dan dibanggakan. Hasil jualan Printcious dengan melancarkan reka bentuk t-shirt dan beg yang unik ini akan disumbangkan kepada MERCY Malaysia dan juga NGO yang lain.

Printcious Melancarkan Reka Bentuk T-shirt dan Beg Unik sebagai Usaha Membanteras Covid 19
 
Usaha ini sangat bermakna supaya dapat membantu dalam memerangi virus covid-19 yang masih berlegar di Negara kita Malaysia. Waima mereka giat melancarkan reka bentuk t-shirt dan beg unik ini, tetapi mereka tidak lupa untuk mengikuti protokal keselamatan yang telah ditetapkan. Mereka gigih dalam memerangi virus-19 ini dan dalam masa yang sama berusaha membantu usaha kerajaan dan badan-badan NGO yang lain. Mereka sentiasa cuci tangan dan mengamalkan penjarakkan sosial sejauh satu meter seperti mana yang telah diarahkan oleh kerajaan.  Printcious juga berharap agar orang awam patuh arahan dengan mengamalkan semua perkara waima kerajaan membenarkan dan memberi kelonggaran untuk operasi perniagaan beroperasi kembali. 

Ketua Pegawai Eksekutif Printcious, Vincent Tong berkata, syarikat perlu memainkan peranan dalam melawan Covid-19 dan memanfaatkan kekuatan unik tenaga kerja yang ada.
“Kami mungkin tidak dapat mengeluarkan sejumlah besar wang untuk memberi bantuan tetapi kami telah mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan rakan kongsi kami seperti Ricoh (syarikat pengimejan dan elektronik yang terkenal), Gildan (Jenama T-shirt No. 1 di USA), Exabytes (Cloud dan Penyedia Solusi Digital di Asia Tenggara) dan Main-Main (Inkubator Kreatif di Malaysia) untuk melancarkan sebuah siri rekaan T-shirt yang unik untuk dijual kepada masyarakat.

“Kami turut mengalukan badan-badan korporat untuk menyokong kempen ini bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan meraih dana bagi menghasilkan T-shirt Covid-19 dengan jenama mereka sendiri untuk pekerja mereka.

“Kami percaya bahawa kebanyakan perniagaan mengalami penurunan tetapi kami perlu terus beroperasi demi membantu memajukan ekonomi dan pada masa yang sama menyokong kerajaan pada waktu pandemic global ini,”.
Menurut beliau lagi, pengubahsuaian tambahan seperti penambahan nama dan jenama logo juga boleh dilakukan tanpa sebarang cas tambahan. Menarikkan? CX pon tak lepaskan peluang untuk membeli.  Sebagai Muslim, kita juga dapat menambah saham akhirat. Betul tak? 

Printcious Melancarkan Reka Bentuk T-shirt dan Beg Unik sebagai Usaha Membanteras Covid 19

Kempen ini berlangsung daripada pertengahan bulan Mei sehingga akhir Julai 2020. Masih sempat lagi untuk korang membeli produk ini kerana ia sangat terhad. Printcious telah menghasilkan enam rekaan T-shirt unik dan kreatif yang diperbuat daripada kapas Gildan premium sebagai satu peringatan kepada masyarakat untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan.  

Printcious Melancarkan Reka Bentuk T-shirt dan Beg Unik sebagai Usaha Membanteras Covid 19

T-shirt putih berkolar bulat dijual dengan harga RM29.90 sehelai dan boleh didapati dalam saiz XS hingga ke 3XL. Saiz baju memang korang tak perlu nak risau, InshaAllah semuanya ada.  Selain t-shirt, kempen ini juga ada tote beg tau.  Ianya juga hadir dengan reka bentuk yang unik dan kreatif.  Setiap satu tote beg hanya berharga RM29.90 sahaja.  Harga sangat mampu milik.  Printcious meletakkan target jualan sebanyak 1,000 unit t-shirt dan tote beg untuk menaikkan lagi jumlah hasil sumbangan. 

Jom kita semua menyokong Printcious dengan membeli T-Shirt dan Tote Bag , sambil membeli, kita juga beramal. Korang beli enam reka bentuk dengan harga RM 150 dan dapatkan Baucar Tunai Bernilai RM150.00 secara percuma untuk membeli belah di Printcious tau! Sangat berbaloi. Printcious juga menawarkan penghantaran secara PERCUMA untuk setiap pembelian melebihi RM70.00 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. 

Korang boleh beli dan dapatkan t-shirt dan tote beg dengan reka bentuk unik serta kreatif ini hanya melalui pembelian atas talian di sini: https://www.printcious.com/my/stores/covid19-awareness

Membeli sambil beramal
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

Sepanjang CX hidup, tak pernah terfikir akan kena buasir.  Jika sebelum ini, kenalan di sekeliling CX juga ada yang menghidap masalah buasir.  Tapi CX tak pernah nak ambil tahu sikit pon.  Sakit dia macam mana? Apa punca buasir? Buasir bukan benda yang remeh-temeh ya.  Ianya sangat sakit.  Kebiasaannya orang akan tanya, berapa lama buasir nak sembuh? Pada CX, berapa lama buasir itu nak sembuh, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri.  Macam mana kita kawal untuk tempoh pembaikkan itu sendiri. CX suka nak cakap, kalau kita sendiri tak kawal, memang kesan buasir sangatlah perit ya korang.  Ini pengalaman CX sendiri tau. Macam mana kita nak merawat buasir dan sejauh mana tahap buasir  dapat dikenalpasti. 

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

Apa Punca Buasir Terjadi?

Buasir ini dulu CX ingatkan kalau kita makan pedas sangat, nanti akan menyebabkan buasirlah.  Ya betul tapi itu adalah salah satu faktor sahaja ya.  Banyak lagi punca buasir yang lain.  Antaranya adalah, terjadinya buasir adalah sebab kita mengandung. Ya! Buasir ketika hamil. Dia punya kesan tu Ya Allah! Taubat aih!  Sakit perit ya amat! CX dapat buasir masa mengandung anak pertama.  Bila korang dah ada buasir, CX ingat lagi pesan doktor, ianya tidak akan baik sepenuhnya.  Malahan, buasir akan datang dan pergi okay.  Kalau korang baik kelakuan, baiklah buasir tu.  Kalau korang lupa daratan, esok lusa mengadaplah deritanya. Hahah. CX serius tau.  Ini pengalaman CX sendiri.  Tapi memang kalau sekali dah ada buasir, lepas ni korang mengandung lagi, silalah bersiap sedia.  Memang buasir akan datang serang.  Kalau tak masa mengandung, waktu pantang nanti dia jengah. 

Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

CX hanya mengamalkan lima perkara sahaja untuk merawat buasir.  Ya, jenis buasir yang CX alami adalah buasir luaran ya.  Sejenis lagi, buasir dalaman.  Okay, kalau korang nak tahu, buasir luaran lagi sakit dan seksa ya berbanding buasir dalaman.  Doktor cakap, buasir luar ini dia sakit Nauzubillah.  Boleh  jadi bengkak dan berdarah.  Padahal sikit sahaja luka dia.  Seksa! Kalau buasir dalaman, dia tak sakit. Ya korang. Buasi dalaman tak sakit tapi ianya cuma akan keluar darah ketika kita membuang. Itu sahaja.  Tapi kesan buasir dalaman ini akan datang.  Korang tunggu sahaja. Makanya korang, CX nasihatkan, sila jangan segan silu untuk berjumpa doktor dan cek tahap buasir korang, jenis buasir, kesan jangka masa pendek dan panjang serta cara nak rawat buasir. Sila dapatkan nasihat pakar ya. Doktor tau! Bukan Doktor Facebook! 

Tips Buasir:  Elak daripada Menjadi Lebih Teruk di SINI

Diet Pemakanan

Ini sangat penting.  Tak semua orang sedar sebenarnya diet pemakanan kita selama ini tidak betul.  Kenapa CX cakap macam ini ? Korang tengok jadual diet pemakanan, betul tak portion yang korang ambil? Cukup dan lengkap tak? Kalau makan ikut tekak kita, memang sedap tapi nanti mengidaplah macam CX! haha! Korang kena  pastikan jaga diet pemakanan okay.  Jangan abaikan. Ini serius.  Tak bolehlah korang makan nasi dengan ayam sahaja.  Sayur tak ada, lepastu makan sayur dan nasi putih sahaja tanpa ayam daging. Mana perginya protein? Ini semua berkait rapat tau. Kembali kepada asas.  Ikut sahaja piramid makanan tu. Senang!

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

Makan Banyak Sayur Hijau

Benda ini pon ramai orang tak buat.  Ada juga yang sejenis tak makan sayur.  Ini salah satu punca okay.  Badan kita kurang serat untuk proses penyahtinjaan kita dengan baik.  CX kalau tak makan sayur hijau sehari dua, siaplah buasir tu datang balik.  Pengalaman CX, memang kena ambil sayur hijau setiap hari.  Korang makanlah banyak sikit.  CX sekarang ini memang kalau makan sayur hijau, memang selambak.  Biarlah orang nak kata kita macam apa pon.  Pentingya di sini, setiap hari CX akan makan sayur banyak. Gerenti buasir korang cepat baik.

Pengambilan Buah-buahan

Buah memang ubat paling mujarab.  Kalau rasa-rasa tak boleh nak telan sayur.  Korang makan buah banyak-banyak.  Buah paling tinggi serat untuk pelawasan adalah betik dan pisang bagi CX.  Makanlah banyak-banyak sampai lebam.  Nanti buasir akan terawat secara alaminya.  Tapi, korang tak boleh skip untuk minum air putih okay.  Wajib! Kalau makan buah banyak dan kurang minum air putih, nanti lain pula jadinya.

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

Air Putih Secukupnya

Ini wajib!  Bila CX dah kena buasir teruk membengkak berdarah, memang menjadi peringatan dan pengalaman yang getir jugalah.  Semenjak itu, CX memang akan minum air putih sebanyak tiga liter sehari.  Kalau cengelat pon, sehari dua liter.  Minum air putih terlebih banyak pon bahaya juga.  Jadi, korang kena minum secukupnya sahaja.  Kalau tak boleh nak telan air putih, korang cuba juga okay.  Kalau masih gagal. Sila paksa. Haha! CX tak main-main tau. Sila paksa demi kebaikan korang juga. Lama-lama nanti okaylah bila dah selalu sangat minum. 

Kurangkan Pedas

Kalau korang nak tahu, CX memang hantu pedas.  Kalau boleh, setiap kali makan mesti nak kena ada pedas dan pedas bukan biasa-biasa.  Selagi tak merah menyala, belum puas makan. haha!  Tapi, selepas dah kena buasir, pedas memang diketepikan.  Kalau waktu buasir, CX sarankan dan nasihat agar korang tak sentuh langsung pedas.  InshaAllah tempoh merawat buasir  nak sembuh itu makin cepat.  CX memang tak makan langsung pedas kalau buasir teruk.  Bila dah okay, baru makan sikit. Bila dah baik sepenuhnya, terus lupa daratan.  Lepas itu menyesal sebab buasir jadi balik. Haha! Padan muka diri sendiri. 

Tips dan Pengalaman Cara Merawat Buasir Luaran Secara Alami Tanpa Ubat

Pengalaman CX Merawat Buasir Luaran Tanpa Ubat

Jadi korang, CX nak nasihatkan supaya amalkan pemakanan berkhasiat.  CX nak cakap juga yang cara CX ini mungkin tidak sesuai untuk orang lain.  Ini hanya sebagai perkongsian daripada pengalaman CX sendiri selama ini.  Lagipun, buasir ada empat tahap.  CX tahap pertama, awalan.  Masih boleh dikawal dengan disiplin yang tinggi.  Waima CX terkandas juga kadang-kadang tu.  Tapi cepat-cepat bertindak.  Taknak kena buasir. Sakit! Dia bukan sakit biasa, dia perit dan bisa. CX sampai demam sebab sakit sangat.  Susah  nak membuang pon satu hal juga. Korang nak kentut pon susah tau bila dah kena buasir ini.  Jangan bawa mainlah.  Seksa oi! Apa-apa pon, sila berjumpa doktor dan dapatkan nasihat yang betul.  Lain orang, lain jenis buasir dia.  Doktor akan tengok dan cek dulu, baru boleh mereka kategorikan buasir kita tahap berapa. Kalau tahap satu pon korang tak tahan, apatah lagi tahap seterusnya. Sungguh! taubat aih! Maaf jika perkongsian CX tidak membantu.

Buasir bukan perkara remeh
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu



Sunday, June 7, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Raph & Remy Cadangan Hadiah Menarik untuk Bayi Baru Lahir

Kebiasaannya bila ada bayi baru lahir, dalam kalangan ahli keluarga kita, mesti masing-masing teruja kan? Mesti kita semua rasa seronok nak belikan hadiah untuk bayi baru lahir. CX pon suka sangat kalau ada bayi baru lahir. Teruja dia lain macam. Tambahan lagi, adik CX bakal menimang cahaya mata dia yang pertama. InshaAllah bayi baru akan lahir hujung tahun ini. Ini merupakan anak buah CX yang pertama tau! Jadi, CX dah ada cadangan hadiah menarik untuk bayi baru lahir nanti daripada Raph & Remy. Hadiah menarik untuk bayi baru lahir daripada Raph & Remy ini mempunyai keistimewaan dalam diperibadikan (personalized) sendiri hadiah yang menjadi pilihan kita tau! 


Raph & Remy merupakan laman web Personalised Premium Bamboo untuk Keperluan Bayi & Hadiah Bayi. Bagi ibu yang bergaya dan moden, Raph & Remy merupakan pilihan yang terbaik kerana mengutamakan kualiti, memikirkan kesan terhadap alam sekitar dan mengutamakan keselesaan bayi Jadi, sangat sesuai kalau kita nak bagi hadiah untuk bayi baru lahir. Jom usha barang keperluan bayi baru lahir yang diperibadikan daripada Raph & Remy.

Hadiah-hadiah Pilihan untuk Bayi Baru Lahir

Organic Bamboo Baby Blanket : 

Blanket ini dibuat daripada 100% buluh organik, Merupakan kain mesra alam dan memberi tidur paling selesa di dunia. Kain dia sejenis cepat sejuk bila keadaan cuaca panas. Apabila keadaan cuaca panas pula, kain dia akan sendirinya mampu menyejukkan bayi baru lahir. Jadi, ianya boleh mengurangkan risiko terlalu panas kepada bayi baru lahir, kita sebagai mak abah pon seronok dan tenang sahaja bila tengok bayi tidur dengan selesa.


OEKO-TEX® ini diperakui ya. Ianya sangat lembut dan halus seperti sutera. Raph & Remy Organic BambooCloud Cooling Blanket sangat breathable, antibakteria dan tiga kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik. Kebolehan pelembapan semula jadi kain menjadikan bayi kering, bebas bau dan segar.

Ianya ecara semula jadi sebagai pelindung UV dan hypoallergenic - tidak akan menyebabkan reaksi alahan. Salah satu kain paling lembut di dunia, buluh organik adalah bebas racun perosak, lestari dan sumber yang boleh diperbaharui. Korang boleh dapatkan 4 warna pilihan iaitu biru, merah jambu, putih dan kelabu.

Personalised Hooded Towel & Mitt Set

CX suka tengok kecomelan Baby Towel & Mitt daripada Raph & Remy ini. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah untuk bayi baru lahir. Kekuatan penyerapan, set Raph & Remy Organic Bamboo Baby Towel & Mitt yang lembut dan mewah diperbuat daripada bamboo organik berkualiti terbaik. Tiga kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik yang dapat mengeringkan kulit bayi dengan cepat sambil menjadikannya hangat dan sangat selesa. Sarung tangan lembut sutera sesuai menjadikan pencucian pada waktu mandi mudah dan merangkumi gelung gantung yang mudah digunakan untuk pengeringan dan penyimpanan


Pilihan mesra alam, Organik Bambu Baby Towel & Mitt yang diperakui OEKO-TEX® dicampurkan dengan serat mikro untuk memberikan ketahanan itu, supaya tuala anda tetap cuci lembut selepas dicuci dan juga tidak mudah tersekat. Bukan hanya salah satu kain yang paling lembut di dunia, ia juga merupakan sumber yang lestari dan boleh diperbaharui.

Hipoalergenik, antibakteria dan racun perosak, set ini sengaja dibuat dengan mempertimbangkan kulit sensitif bayi. Untuk kegunaan seharian, hadiah yang sangat praktikal dan ideal yang bersaiz sempurna untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga tiga tahun. Menampilkan telinga yang lembut dan lembut di atas tudungnya serta perincian sulaman pada kedua tuala dan sarung tangan, itu adalah perhatian dan perhatian tambahan terhadap perincian yang menjadikan bilik mandi ini memberikan hadiah yang terus diberikan. Korang boleh dapatkan 3 warna pilihan biru, merah jambu, dan kelabu.

Personalised Teethers

Teethers ini sangatlah sesuai untuk anak CX yang bakal tumbuh gigi waima baru lima bulan.  Asyiklah menggigit sahaja kerja dia.  CX nak belilah Teethers Raph & Remy ini sebab ianya buatan tangan daripada manik silikon gred 100% berkualiti tinggi. Bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium, tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.

Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan. Ianya mengurut lembut gusi sementara gelang kayu beech berganda memberikan permukaan keras yang memuaskan untuk bayi baru lahir mengasah gusi mereka.  Ianya sangat sesuailah untuk anak kita yang baru nak tumbuh gigi.  Saiz dia yang kecil comel sedang elok dalam genggaman bayi.  Kemudian warna yang menarik perhatian si bayi.  Memang bayi kita akan rasa selesa dan seronok.  

Bamboo Baby Swaddles

RAPH & REMY ™ Premium Bamboo Swaddles dibuat dari 100% viscose buluh dan terdapat dalam pelbagai campuran warna khas. Dibuat hanya untuk koleksi kami. Sutera lembut & unik., Kain Kasmir seperti kain buluh adalah pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti. Tiga kali lebih menyerap daripada kapas biasa, ia juga merupakan sentuhan paling lembut untuk bayi anda.


Sifat kain juga menjadikannya anti-bakteria, anti-kulat dan hypoallergenic. Pilihan fabrik yang sangat tahan lama dengan semua pelindung dijamin kekal lembut selepas dicuci. Mempunyai pelbagai fungsi, ia juga boleh digunakan sebagai penutup penyusuan susu ibu, cadar, kain burp, penutup teduh kereta bayi, playmats dans sebagainya.

SootherBuddy Security Blanket

Lembut mewah, SootherBuddy ™ Security Blanket menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak kecil di seluruh dunia. Selalunya digunakan sebagai objek peralihan, reka bentuk asli Raph & Remy khas. Menenangkan, bayi ketika mereka berpisah daripada ibu bapa mereka dan menghadapi suasana yang tidak biasa.



Pediatrik mengesyorkan agar bayi berusia enam bulan ke atas diberi objek keselamatan untuk membantu menghilangkan ketegangan dan kegelisahan mereka. Dibuat dengan velboa kelabu neutral yang sangat lembut dan dilapisi dengan satin sutera, SootherBuddy ™ terbuka di bahagian depan untuk snuggling yang selamat dan selesa. Ianya bergaya, berfungsi dan sentiasa menggayakan bahagiannya. Ini akan menjadi teman terbaik bayi yang selalu ada di sisi mereka.

Apparel

Knotted Gowns

Di sinilah keselesaan dan fungsi memenuhi gaya. Item yang paling mudah dimiliki oleh ibu baru untuk bayi baru lahir. Gaun Simpul Buluh Premium mewah lembut. Bahagian depan butang bawah memudahkan untuk meluncur ke gaun tanpa melepasi kepala bayi. Bahagian bawah tali leher menjadikan lampin berubah angin (tanpa disedut, diikat semula dan dikeluarkan hanya lampin pada waktu siang dan malam!) Sarung lipatan bawah menjadikan kulit halus bayi tidak tergarik.. Sangat selesa sebagai barang keperluan untuk setiap koleksi bayi yang baru lahir. Terdapat dalam pelbagai warna dalam ukuran 0-3 bulan.



Mengapa Buluh?
  • Serat semula jadi
  • 3 kali lebih banyak penyerap daripada kapas
  • Keupayaan pelembapan kelembapan semula jadi
  • Kesukaran bernafas tertinggi
  • Pengatur suhu
  • Anti bakteria


Baby Onesies

Memberikan pengalaman yang menarik buat bayi baru lahir.  Onesies Buluh Premium adalah lembut. Gaya bergaya khas adalah pemenang untuk setiap majlis - sesuai untuk waktu tidur dan bermain. Peregangan tambahan kain direka untuk mengikuti setiap pergerakan bayi baru lahir. Item penting untuk setiap koleksi bayi baru lahir dan tersedia dalam pelbagai warna dalam saiz 0-3 bulan. 


Gift Sets

Kita boleh pilih sendiri set hadiah menarik untuk bayi baru lahir di Raph & Remy ini tau.  Tak kiralah hadiah yang kita dah pilih di laman web mereka ataupun hadiah kita sendiri.  Kita boleh jadikan set hadiah yang menarik buat bayi baru lahir dengan kotak dan kad ucapan. Mempunyai beberapa pilihan set hadiah yang boleh  kita pilih. Semua cantik belaka. 



Newborn Essentials Collection Gift Set

Merupakan set lengkap bagi kepeluan bayi baru lahir. Semua barang keperluan baru lahir dalam satu set hadiah premium tanpa jantina. Ia termasuk Beg Canvas Tote Premium, untuk menjadikan semua keperluan lawatan ke hospital sangat istimewa, mudah! Semua item diperakui OEKO-TEX®.

Menjimatkan 20% apabila kita membeli Koleksi Keperluan Baru Lahir ini sebagai satu set hadiah yang lengkap.

  • Onesies Buluh Premium - Set Duo (0-3m)
  • Gaun Rajutan Buluh Premium (0-3m)
  • Pembalut Buluh Premium
  • Sarung Buluh Premium - Set Duo (0-6m)
  • Beanie Slouch Reversible Bambu Premium (0-6m)
  • Booties Bayi Buluh Premium (0-6m)
  • Stoking Bayi Buluh Premium - Set Duo (0-3 + 3-6m)
  • Beg Tote Kanvas Premium
  • Kad Hadiah


Raph & Remy: Cadangan Hadiah Menarik untuk Bayi Baru Lahir

Jadi, korang dah ada idea dan cadangan baik sebagai hadiah menarik untuk bayi baru lahir? CX dah ada beberapa pilihan yang bakal ditapis semula. Rambang mata tau bila tengok semua sebab cantik-cantik belaka.  Semuanya tidak mengecewakan.  Baiklah, kalau korang nak tahu lebih lanjut dan nak shopping mata, nanti klik link di bawah okay.  


Selamat Membeli Belah
Lahirkanlah Keiklasan Dihatimu

Friday, June 5, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Tips Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat

Hidup zaman kita ini banyak penyakit yang hadir tanpa kita duga.  Banyak faktor dan sebab juga segala penyakit ini datang menyerang manusia.  Lebih jelas dan terang apabila sekarang kita semua satu dunia telah diserang dengan virus covid19 yang kini telah menjangkau empat bulan lamanya.  Sungguh CX pon terkesan dengan penyebaran virus ini.  Tapi syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan pemerintah yang berjiwa rakyat.  Tidak lupa akan kepayahan rakyat yang amat memerlukan waktu ini.  Jadi, selepas covid ini selesai,  marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan dapatkan maklumat berkaitan Tips Kesihatan yang betul.  

Tips Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat

Portal untuk Dapatkan Maklumat 

Di sini CX nak perkenalkan kepada korang semua satu laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan CX berkaitan Tips Kesihatan.  Melalui laman web ini , kita boleh dapatkan informasi bekenaan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best sekali, laman web ini menyediakan dan berkongsi banyak tips untuk Gaya Hidup Sihat tau. Menarik kan? Banyak juga topik perbincangan yang diketengahkan.  Antaranya adalah perkongsian keibubapaan, seksuality, kehamilan dan banyak lagi.  Korang boleh terjah sendiri untuk dapatkan banyak ilmu dan perkongsian melalui rujukan yang betul. Tak rugi jika kita membaca perkara yang penting dalam norma kehidupan seharian. 

Portal Santai dan Boleh Print

Tambahan pula, penulisan laman web tersebut juga sangat santai dan tidak berat untuk kita baca dan fahami.  Jika terdapat terma perubatan yang agak rumit pon, mereka akan jelaskan dengan baik agar maklumat itu sampai dan kita faham.  Sehabis baik mereka jelaskan secara ringkas tapi padat.  Selain itu, kita juga boleh print setiap artikel yang ada dekat sana tau! Almaklum, kalau kita tiba-tiba nak tunjukkan dekat mak ayah yang tidak berapa faham dengan komputer dan internet, bolehlah print terus jadi bahan bacaan.  Kita hanya perlu tekan ikon print dekat hujung artiket sahaja. Mudah sangatkan? Format printing dia pon memang cantik dan tidak serabut.  

Gaya Hidup Sihat

Tips Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat

Okay, kalau korang nak dapatkan tips kesihatan dan gaya hidup sihat, jom cari maklumat berkaitan penyakit atau apa-apa sahaja tentang kesihatan, bolehlah terus ke laman web berikut tau.  CX dah siap letak link di atas, tekan sahaja.  

Semoga Bermanfaat
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu


Wednesday, June 3, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pengalaman Potty Train Anak Usia Dua Tahun

Musim PKP ini jika dilihat daripada segi positif, banyak benda kita boleh belajar.  Banyak benda Allah kurniakan keizinan perkara yang jarang kita dapat buat, Allah bagi masa dan peluang untuk dilakukan bersama keluarga tercinta tanpa sebarang halangan.  Cx juga tidak terkecuali waima selama ini memang duduk rumah.  Bekerja juga dari rumah.  Cuma bezanya adalah, suami ada depan mata 24/7.  Tambahan dengan kehadiran anak ketiga, masa yang ada adalah berbeza dan dapatlah CX uruskan masa bersama suami.  Kami sama-sama buat semua perkara. Saling membantu dalam menghadapi kehidupan harian.  Alhamdulillah. Waima musim PKP, rezeki kami cukup dengan izin Allah. 

Namun sebagai ibu bapa musim Pkp ni, kita jugalah jadi guru untuk anak-anak kita belajar pembelajaran yang sepatutnya diajar oleh guru. Tapi tidak mengapa. Ada juga hikmah tersembunyi yang Allah nak berikan.  Okay, kali ni CX nak cerita pengalaman potty train anak usia dua tahun.  Anak CX ini masih belum cecah usia tiga tahun.  Namun, perkembangan dia Alhamdulillah dengan izin Allah, terpantas.  Almaklum ada abang dia sebagai mentor utama.  Semua perkara dia nak ikut buat sama.  Padahal dia seorang perempuan.  Ada perkara yang kami akan tegur dan ajar juga sebab didikan anak perempuan kan lebih rumit. Banyak pantang larang, adab dan adat.  Anak CX ketika nak potty train ini, dia sangat senang.  Apa yang menjadi pengalaman berharga adalah apabila dia dah pandai bagitahu nak buang air kecil dan besar tapi taknak buang pampers tau. 

Pengalaman Potty Train Anak Usia Dua Tahun

Beli Panties Kegemaran Anak

Memang bersabar sahajalah.  Seronok sangat agaknya pakai pampers sampaikan taknak lepas. hahah. Tapi CX tetap pujuk juga.  Selalu cakap, kakak kalau nak buang air, bagitahu mak. Ya memang dia bagitahu ya tapi setelah hajatnya dilepaskan dalam pampers. Bertuah punya anak. Jika sebelum ini, si abang lain ragamnya.  Boleh baca Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun di SINI. Ragam adik dia lain pula.  Disebabkan selalu sangat dia sengaja taknak putus pampers, maknya CX belikanlah panties kegemarannya.  Nak tahu apa panties kegemaran dia? Frozen! haha Nak Elsa dan Anna.  Lepastu nak warna pink.  Kemahen lagi anak Cx ni tau.   Tapi tidak mengapa, Potty Train punya pasal, mak abah sanggup pergi beli waima kemain mahal Nauzubillah.  Kalah harga orang dewasa.  

Masalah Diawal Latihan

Tapi anak Cx memang teruja habis!  Seronok dia. Terus taknak pakai pampers. Nak pakai panties pula memanjang.  Masalah sekarang ada dua iaitu, bilangan panties hanya ada empat helai sebab kononnya nak latih sahaja dulu tapi tak sangka dia nak pula pakai selalu.  Masalah kedua, bila malam, belum lepas lagi untuk anak CX tak pakai pampers. Kang tak memasal nak kena basuh tilam. Dahlah berat, tebal, siapa nak angkut pikul jemur ke depan? CX balik yang dihempapnya nanti.  

Pengalaman Potty Train Anak Usia Dua Tahun

Disebabkan dalam beberapa minggu anak cx dilatih untuk betul-betul dapat kawal pergi ke tandas, Cx perhati juga jika waktu malam dia masih buang air atau tidak dalam pampers.  Selepas disuruh buang air sebelum tidur setiap hari, akhirnya anak Cx bebas pampers sepenuhnya.  Tips dia ikut link yang cx dah share di atas ya untuk Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun.  Alhamdulillah sekarang ni, kalau anak CX ditanya; kakak nak pakai pampers lagi tak? cepat sahaja dia geleng kepala .  Lepastu dia ketawa. Alhamdulillah dah jimat duit dan lepas satu fasa anak-anak.  Lepas ni anak nombor tiga pula. tunggu lagi setahun dua. hehe. Terus kami belikan anak dara panties baru warna pink banyak-banyak. hihi suka dia. 

Okay, korang pula dah berjaya buat apa musim pkp ni? Lama sungguh Pkp kita ni kan? Semoga Allah kurniakan keizinan untuk matikan covid 19 dan kembalikan keadaan yang baik buat kita meneruskan kehidupan seperti biasa. Amin. 

Semoga Bermanfaat
Lahirkanlah keikhlasan di Hatimu