Friday, February 28, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

SAFI Shayla: Botanical Silk Micellar Shampoo 100% Bahan Botanikal: Zaman sekarang ini jika diperhatikan, sudah ramai mula sedar dan mencari penggunaan harian mereka yang lebih kepada menggunakan bahan semulajadi. CX pon tak terkecuali waima tidak sepenuhnya. Nak kata setengah pon belum lagi tapi sekurang-kurangnya kita mula faham dan tahu apa yang terbaik buat diri kita dan keluarga. Kita sedia maklum tentang penggunaan syampu, kebanyakkannya ada campuran bahan kimia dan bahan lain yang kita kurang pasti kesan jangka masa panjangnya. Betul tak? Kita pakai asalkan wangi dan rasa selesa, dah cukup tapi kesannya di masa akan datang? Kita nantikanlah ya. Baik,  hari ini CX nak perkenalkan kepada korang satu syampu baharu keluaran SAFI Shayla iaitu SAFI Shayla Botanical Silk Micellar Shampoo.


SAFI SHAYLA Botanical Silk Micellar Shampoo diformulasikan dengan 100% bahan botanical aktif dan 0% Paraben * - ianya kaya dengan nutrien untuk memanjakan rambut daripada akar hingga ke hujung dengan aroma segar yang unik dan tahan lama sehingga 48 jam **.  Siapa yang tak suka bila rambut kekal wangi dan segar sehigga 48 jam lamanya? Lagi-lagi kita orang perempuan yang berambut panjang, sejenis rambut yang tebal dan juga bertudung. CX gerenti korang pon suka. Biasalah bila rambut ditutup litup 24jam, sudah pasti akan ada bau atau lebih biasa dikatakan rambut kepam. Pergh! Boleh pengsan kawan sebelah tau. Jadi, dengan terhasilnya formula syampu baharu daripada SAFI Shayla yang mengeluarkan syampu botanical silk micellar, CX jamin korang akan jatuh cinta dan setia. Gittew kan?

Makluman korang, syampu botanical silk micellar ini ada  Campuran Sutera Botanikal dengan formulasi Micellar Silicone Free tau.  Campuran ini bertindak secara berkesan dalam menghilangkan silikon membina pada rambut kita sambil mengekalkan kelembapan, ianya turut membuatkan rambut rasa lebih ringan, lebat dan fleksibel. Menarikkan? CX secara jujur suka bila rambut rasa ringan sahaja sebab kulit kepala kita akan lebih segar dan sihat. Almaklum bila kita dah seharian buat kerja, sudah pasti rambut kita masam, kulit kepala lembab dan gatal disebabkan oleh peluh. Tambahan lagi bila banyak masa dihabiskan dengan duduk depan dapur masak, bermain dengan api dan haba panas. Ianya juga salah satu punca ya rambut kita menjadi kering dan rosak. Jom usha sikit bahan lain yang terdapat dalam syampu ini.


Organik Habbatus Sauda
Kita semua pon sedia maklum bahawa Habbatus Sauda merupakan sumber nutrien yang kaya.  Dengan adanya habatus sauda dalam syampu Botanikal Micellar ini, ianya mampu melindungi dan menyuburkan kulit kepala kita.

Minyak Argan
Minyak argan pon menjadi satu sumber bahan utama juga dalam kecantikan harian.  Minyak argan membantu menjadikan rambut kita lebih lembut bak sutera, mudah diurus dan membuatkan mahkota kita bersinar sihat serta menarik.

Minyak Pokok Teh
Jangan tak tahu tau sekarang ini minyak pokok teh pon menjadi pilihan dalam pembuatan syampu. Pemilihan minyak pokok teh berkesan membersihkan folikel rambut yang tersumbat untuk menjadikan ianya lebih ringan dan fleksibel.

* dan ** adalah tidak direka, malahan dibuktikan melalui ujian Makmal


Cara Guna:
1. Picitkan syampu ke atas tapak tangan.
2. Sapukan syampu pada rambut basah, ratakan syampu keseluruhan rambut sehingga berkrim dan bilas.
3. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan Safi Shayla Scalp Mask / Conditioner rambut selepas syampu.

Bahan-bahan
Air, Natrium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Fragrance, Natrium Klorida, Decyl Glucoside, Starch Corn Terhidrolisis, PPG-3 Caprylyl Ether, Glyceryl Caprylate / Caprate, Panthenol, Asam Citric, Polyquaternium-10, Natrium Citrate, Menthol.

Review Peribadi:
CX pilih syampu botanical silk micellar ini sebab apa yang SAFI Shayla claim untuk kelebihan dan kebaikannya selepas penggunaan adalah nyata dan benar. Memang ianya memanjakan rambut kita daripada akar hingga ke hujung dengan aroma segar yang unik dan tahan lama sehingga 48 jam.

Selepas CX syampu rambut menggunakan syampu botanical silk micellar ini, CX rasa kulit kepala lebih segar,  rambut pon mudah terurus dan bersinar serta mengerbang elok. Ringan sangat rasa kepala. Rasa macam hilang segala beban di kepala. Wah! 

Kalau nak cakap pasal bau syampu ini, masa mula CX buka penutup botolnya, CX tak dapat nak teka bau apa. Macam tiada bau pon ya juga. Tapi bila dihidu lama sedikit, ianya bauan segar dan nyaman. Macam korang hirup udara segar di pagi hari, macam itulah gamaknya.


Okay, korang boleh dapatkan SAFI Shayla Botanical Silk Micellar Shampoo ini di pasaraya terkemuka Watson dan Guardian.  Kalau tak nak keluar shopping takut dengan keadaan sekarang, korang order online sahaja okay di website watson. Semuanya dihujung jari. Mudah! Harga seunit adalah RM22.41 untuk 480gram. Berbaloikan untuk sesuatu yang elok macam ini? Okay, untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk website SAFI okay.

Rambut itu Mahkota Wanita
Lahirkanlah Keikhlasan di Hatimu

Monday, February 24, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Burger Emas 24-Karat Menu Baharu di Hard Rock Cafe Melaka | Holla semua! CX kembali lagi! Okay kali ini CX nak kongsi dan bagitahu korang bahawa Hard Rock Cafe ada menu baru tau! Pergh! Sedap! Padu! Terangkatlah! Makluman, pada 14 Februari 2020 kelmarin, CX berkesempatan untuk turut serta dalam pelancaran menu baharu Hard Rock Cafe di Melaka. Menu ini juga dilancarkan selaras dengan Hard Rock Cafe Kota Kinabalu, Sabah. Hard Rock Cafe melancarkan menu yang extensive dalam sejarah syarikat mereka dengan lebih daripada 20 tawaran baru. Menu baharu Hard Rock Cafe diberikan tumpuan kepada Steak Burger mereka yang telah memenangi anugerah burger emas pertama dunia boleh dimakan kerana steak burger ini merupakan menu utama pertama disaluti emas 24-karat. Pergh! Bayangkan emas 24-karat kita kunyah dan makan bersama steak burger yang wow sangat keenakannya. CX jamin korang tak boleh lupa punya! Tapi, bukan satu menu sahaja tau tapi mereka turut perkenalkan menu yang lain. Jom ikut baca lagi di bawah okay!



Kehadiran kami disambut dengan persembahan unik baba dan nyonya. 
Steak burger baharu mereka ini dihasilkan dengan gabungan proprietari; iaitu menggunakan kombinasi bahan seperti Black Angus Beef segar bagi menghasilkan rasa tersendiri yang hebat dan sedap. Ianya macam kita bermain gitarlah, semestinya kita akan tuned agar mampu memberikan melodi terhebat. Betul tak? Begitulah juga dengan penghasilan setiap inci steak burger mereka, diorang nak pastikan agar dapat menghasilkan burger terbaik untuk kita. Hard Rock Cafe berusaha tau nak bagi semua orang makan menu baharu diorang, umpama bila kita makan steak burger emas 24-karat itu, kita terasa bagaikan seorang lagenda. Wow sangatkan? Mana tidaknya, bermula daripada bahan terbaik yang dipilih seperti roti yang baru dibakar dan sos resepi sendiri digunakan bagi menghasilkan rasa yang hebat dan beridentiti tersendiri.



Menu Baharu Hard Rock Cafe

1. The 24-Karat Gold Leaf Steak Burger
Burgee emas 24-karat pertama di dunia okay. Memang main menu yang sangat menarik perhatian dan keinginan peminat burger HRC untuk merasainya sendiri.  Steak burger ini seberat 227g dihiasi lembaran emas 24-karat di atasnya, dihidang bersama keju cheddar, tomato yang dimasak, bawang merah dan daun salad. 



Kalau korang nak tahu, bila korang beli burger emas ini dan beberapa peratus hasilnya akan diberikan kepada Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA Society), merupakan sebuah organisasi bukan kerjaan berdaftar untuk melindungi dan menyediakan yang terbaik buat anak-anak tersebut. HRC menyokong hebat perkara ini melalui moto, "Love All - Serve All", "Take Time to be kind" dan "Save the planet" dengan menyumbang komitmen kepada komuniti dalam membentuk dunia yang lebih baik. 

2. The Original Legendary Burger: 




Merupakan menu kegemaran ramai dengan 227gram Black Angus Steak Burger bersama smoked turkey bacon, keju cheddar, onion ring, daun salad, vine ripened tomato dan sos khas HRC buatan sendiri. Rasa dia sedap, padu sungguh isi burgernya. Makan berdua pon boleh kenyang tau! Kalau makan seorang, sila tapai bawa balik.  Hehe mengah perut makan. Padu habis sebab saiz dia memang besar.

3. Cowboy Ribeye : 454gram ribeye yang digril dan atasnya disaluti mentega herba, dihidangkan bersama kentang lenyek dan sayuran segar.  Ini takyah cakap, memang sedap! Lembut sahaja bila makan. Ianya merupakan bahagian di tepi tulang belakang. Jadi, ianya memang istimewa. 



4. One Night in Bangkok Spicy Shrimp
Udang rangup, dicelup bersama sos pedas, dihias dengan bawang hijau, bijan dan diletakkan di atas coleslaw.  Sedap! Udang yang dihidangkan sangat segar rasanya. Saiz sedang², laju sahaja CX makan masa sebab sedap. 




5. Fresh Beet Slide Salad : Mengandungi beet root (ubi bit merah), Feta Cheese, Salad, Kuaci,  Popaye Baby Spinach dan special oil.  CX suka betul makan salad ini. Lagi-lagi popaye baby spinach. Pertama kali CX makan. Memang sedap!



6. Strawberry Cheesecake Milkshake: menggunakan ais krim vanila yang diblend dengan perisa strawberry cheesecake dan dihiaskan bersama whipped cream serta frosted cookies.  Rasa dia masam² macam makan aiskrim bersama yogurt 


Hidangan Saiz Kecil adalah HALAL. Saiz yang besar TIDAK HALAL kerana ada campuran alkohol.

7. Cookies &; Cream Milkshake; 
Menggunakan ais krim vanila yang diblend dengan coklat putih dan biskut oreo serta dihiaskan atasnya dengan whipped cream. Ini pon sedap macam ais krim oreo. 


Hidangan saiz kecil adalah HALAL. Saiz yang besar TIDAK HALAL kerana ada campuran alkohol.

8. Three Cheese and Roma Tomato Flat Bread : Ianya umpama kepingan pizza rangup yang disaluti tiga jenis cheese iaitu; mozarella, cheddar dan spread cheese.  Mereka menggunakan bahan utama iaitu Roman tomato yang diimport dari Australia.  Bagi mengekalkan keaslian, kesegaran tomato tersebut, Hard Rock Cafe akan import setiap minggu dan ianya tidak murah ya.


9. SouthWest Flat Bread : Ianya gabungan mozarella cheese dengan kepingan ayam, avocado, dan hirisan bawang yang dilayur. Ianya nipis dan rangup. Rasa dia agak masinlah mengikut kepada namanya pon masinkan? Tapi secara keseluruhan, ianya sedap. 


10. Asam Pedas Melaka + Nasi
Pertama kali hadirnya asam pedas di Hard Rock Cafe. Teruja tak? Almaklum, orang Melaka, mana-mana pergi pon mesti nak cari asam pedas punya. Menu asam pedas HRC boleh tahan sedap. Pedas, pekat likat dan mengancam! Cukup rasa dengan daun limaunya. Padu dimakan bersama nasi putih. Wallah! 

Memang CX recommend sangat kepada korang semua untuk pergi dan rasa sendiri kehebatan rasa tersendiri menu baharu Hard Rock Cafe. CX gerenti korang puas hati. Tambahan lagi, sambil kita makan, kita juga beramal dengan memyumbang kepada SUKA  Society. Kepada peminat makanan HRC, semestinya korang tidak akan lepaskan peluang ini untuk mencuba!

Maklumat lanjut:

Website: 
HARDROCK.COM

Facebook / Instagram : 
@HardRockCafeMelaka
#ThisIsHardRock

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai status halal. Baiklah, jangan risau ya sebab; 
√ Pembekal bahan mentah untuk dapur Hard Rock Cafe Melaka, kesemuanya ada pensijilan status halal daripada JAKIM.  
√  Takungan air beralkohol adalah dibuat khas melalui pam dari bawah tanah. Ianya tidak bercampur atau terdedah secara awam di situ. Kawasan yang tidak halal adalah di satu ruang khas dan segala peralatan yang digunakan, akan dikendalikan hanya di tempat berikut.  Tidak akan masuk kawasan dapur cafe. Tukang cuci dan hidang juga orangnya berbeza. Mereka tidak campur semua perkara. Semuanya telah dikhaskan satu kumpulan di tempat tertentu. 
√  Pekerja dapur Hard Rock Cafe terdiri daripada 90% orang Muslim. Paling penting Chef Utama mereka adalah Muslim.
Jadi, jangan risau, InShaaAllah mereka amat menitikberatkan soal halal ini. Lebih-lebih lagi pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. 

Makan sambil beramal
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Wednesday, February 19, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Zaman sekarang ini, Ya Allah, bukan anak-anak yang tak boleh hidup sendiri tapi makpak yang melebih-lebih pasal anak. Anak elok sahaja pergi sekolah, tapi makpak yang banyak merumitkan keadaan. Haha! Betul tak? Ya CX faham makpak teruja tapi tak perlulah sampai merumitkan keadaan orang lain, lebih² lagi cikgu sekolah. Kesian tau. Kita bayar yuran untuk didikan cikgu dekat anak-anak kita, bukan untuk tolong basuhkan tupperware anak, tolong jagakan botol air anak, tolong carikan stoking anak yang hilang. Allahuakbar! Semput rasa!


CX sejenis mak yang, kau pergi sekolah, sila berdikari. Tak kuasa mak nak masuk campur kalau kena marah, buat nakal ke apa. Biar dia belajar hidup. Group whatssap pon mak kau ni buat derk sahaja . Ada maklumat , mak ambil. Mak takda nak 'okay noted cikgu' ke semua, tak pernah mak kau nak berbunyi dalam group tu .Kalau cikgu kongsi gambar anak², dah tak ada gambar kau, mak buat tak tahu gak . Kalau ada, Alhamdulillah. I am a happy mother when you know how to be an independent person. Cukup! Zaman sekarang lagi kena ajar anak berdikari. Mak² tak payahlah sibuk nak suruh cikgu ambil gambar, tolong cari stoking hilang ke, botol air tertinggal ke, tak basuh tupperware ke kan. Upst!  Kalau anak CX yang tinggal or hilangkan barang,  esok sila cari. Kalau tak ada, sila belajar daripada kesilapan untuk jaga dan sayang barang sendiri. Dah hilang, tiada ganti. Nasib awaklah. Siapa suruh tak jaga. Melainkan ada yang khianat. Nanti kita siasat leklok naa.

Abah dia pon masa hari pertama hantar anak tadika, salam peluk cium, terus calibut balik. 😅 Tak ada nak tunggu intai² anak buat apa. Haha! Mak dia dok berpantang dekat rumah 😁 Bukan tak sayang anak, bukan taknak tengok dan rekod waktu² indah anak di sekolah tapi bila kita fikir balik zaman sekolah kita dulu², semua itu tak ada. Kenangan itu kita sahaja sebagai murid yang hadapi dan rasainya. Makpak elok sahaja, tak kekwat pon. Almaklum zaman sekarang berteknologi, jadinya makpak macam ambil kesempatan. Sudah²lah manjakan anak². Biar mereka belajar. Biar mereka hadap sendiri kalau buat salah dan belajar macam mana cara menyelesaikan masalah. Waktu inilah mereka nak kenal hidup sebenar. Tak kan kejap² dok panggil mak, mengadu itu ini. Makpak pon boleh tahan lantunnya. Semua orang nak yang terbaik untuk anak² tapi jangan terlalu mengikat. Biar mereka lepas sesekali. Maksud CX, belajar di sekolahlah. Bukan lepas tangan bagi sahaja dia buat bukan-bukan.


CX cerita ini berdasarkan kes anak² makpak yang baru masuk tadika tau. Almaklum, makpak teruja barangkali. Ya CX pon teruja tapi tak perlu melebih-lebih bela anak. Anak CX pon tahun ini baru masuk tadika. Bila balik, CX ambil dia, sementara menanti waktu sekolah habis, CX duduk tunggu dekat depan kereta, dok dengar anak² belajar. Rasa tersentuh dalam hati. Bila dengan cikgu, anak kita jadi lebih behave dan cepat belajar. Anak CX setiap hari ada sahaja cerita dia. Setiap hari ada sahaja nama baru kawan-kawan dia hang disebutkan. Ada sahaja ayat² baru dan ilmu yang dikongsikan. Alhamdulillah. Bila anak dah sekolah, kita mula rasa usia makin tua. Sayu juga hati rasa. Hehe. Semoga anak² kita semua dirahmati, dilindungi dan menjadi anak yang soleh solehah berguna dunia akhirat. InShaaAllah Amin.

Anak ibarat kain putih, coraklah ia.
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu