Monday, February 24, 2020

Burger Emas 24-Karat Menu Baharu Hard Rock Cafe Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Burger Emas 24-Karat Menu Baharu di Hard Rock Cafe Melaka | Holla semua! CX kembali lagi! Okay kali ini CX nak kongsi dan bagitahu korang bahawa Hard Rock Cafe ada menu baru tau! Pergh! Sedap! Padu! Terangkatlah! Makluman, pada 14 Februari 2020 kelmarin, CX berkesempatan untuk turut serta dalam pelancaran menu baharu Hard Rock Cafe di Melaka. Menu ini juga dilancarkan selaras dengan Hard Rock Cafe Kota Kinabalu, Sabah. Hard Rock Cafe melancarkan menu yang extensive dalam sejarah syarikat mereka dengan lebih daripada 20 tawaran baru. Menu baharu Hard Rock Cafe diberikan tumpuan kepada Steak Burger mereka yang telah memenangi anugerah burger emas pertama dunia boleh dimakan kerana steak burger ini merupakan menu utama pertama disaluti emas 24-karat. Pergh! Bayangkan emas 24-karat kita kunyah dan makan bersama steak burger yang wow sangat keenakannya. CX jamin korang tak boleh lupa punya! Tapi, bukan satu menu sahaja tau tapi mereka turut perkenalkan menu yang lain. Jom ikut baca lagi di bawah okay!



Kehadiran kami disambut dengan persembahan unik baba dan nyonya. 
Steak burger baharu mereka ini dihasilkan dengan gabungan proprietari; iaitu menggunakan kombinasi bahan seperti Black Angus Beef segar bagi menghasilkan rasa tersendiri yang hebat dan sedap. Ianya macam kita bermain gitarlah, semestinya kita akan tuned agar mampu memberikan melodi terhebat. Betul tak? Begitulah juga dengan penghasilan setiap inci steak burger mereka, diorang nak pastikan agar dapat menghasilkan burger terbaik untuk kita. Hard Rock Cafe berusaha tau nak bagi semua orang makan menu baharu diorang, umpama bila kita makan steak burger emas 24-karat itu, kita terasa bagaikan seorang lagenda. Wow sangatkan? Mana tidaknya, bermula daripada bahan terbaik yang dipilih seperti roti yang baru dibakar dan sos resepi sendiri digunakan bagi menghasilkan rasa yang hebat dan beridentiti tersendiri.



Menu Baharu Hard Rock Cafe

1. The 24-Karat Gold Leaf Steak Burger
Burgee emas 24-karat pertama di dunia okay. Memang main menu yang sangat menarik perhatian dan keinginan peminat burger HRC untuk merasainya sendiri.  Steak burger ini seberat 227g dihiasi lembaran emas 24-karat di atasnya, dihidang bersama keju cheddar, tomato yang dimasak, bawang merah dan daun salad. 



Kalau korang nak tahu, bila korang beli burger emas ini dan beberapa peratus hasilnya akan diberikan kepada Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA Society), merupakan sebuah organisasi bukan kerjaan berdaftar untuk melindungi dan menyediakan yang terbaik buat anak-anak tersebut. HRC menyokong hebat perkara ini melalui moto, "Love All - Serve All", "Take Time to be kind" dan "Save the planet" dengan menyumbang komitmen kepada komuniti dalam membentuk dunia yang lebih baik. 

2. The Original Legendary Burger: 




Merupakan menu kegemaran ramai dengan 227gram Black Angus Steak Burger bersama smoked turkey bacon, keju cheddar, onion ring, daun salad, vine ripened tomato dan sos khas HRC buatan sendiri. Rasa dia sedap, padu sungguh isi burgernya. Makan berdua pon boleh kenyang tau! Kalau makan seorang, sila tapai bawa balik.  Hehe mengah perut makan. Padu habis sebab saiz dia memang besar.

3. Cowboy Ribeye : 454gram ribeye yang digril dan atasnya disaluti mentega herba, dihidangkan bersama kentang lenyek dan sayuran segar.  Ini takyah cakap, memang sedap! Lembut sahaja bila makan. Ianya merupakan bahagian di tepi tulang belakang. Jadi, ianya memang istimewa. 



4. One Night in Bangkok Spicy Shrimp
Udang rangup, dicelup bersama sos pedas, dihias dengan bawang hijau, bijan dan diletakkan di atas coleslaw.  Sedap! Udang yang dihidangkan sangat segar rasanya. Saiz sedang², laju sahaja CX makan masa sebab sedap. 




5. Fresh Beet Slide Salad : Mengandungi beet root (ubi bit merah), Feta Cheese, Salad, Kuaci,  Popaye Baby Spinach dan special oil.  CX suka betul makan salad ini. Lagi-lagi popaye baby spinach. Pertama kali CX makan. Memang sedap!



6. Strawberry Cheesecake Milkshake: menggunakan ais krim vanila yang diblend dengan perisa strawberry cheesecake dan dihiaskan bersama whipped cream serta frosted cookies.  Rasa dia masam² macam makan aiskrim bersama yogurt 


Hidangan Saiz Kecil adalah HALAL. Saiz yang besar TIDAK HALAL kerana ada campuran alkohol.

7. Cookies &; Cream Milkshake; 
Menggunakan ais krim vanila yang diblend dengan coklat putih dan biskut oreo serta dihiaskan atasnya dengan whipped cream. Ini pon sedap macam ais krim oreo. 


Hidangan saiz kecil adalah HALAL. Saiz yang besar TIDAK HALAL kerana ada campuran alkohol.

8. Three Cheese and Roma Tomato Flat Bread : Ianya umpama kepingan pizza rangup yang disaluti tiga jenis cheese iaitu; mozarella, cheddar dan spread cheese.  Mereka menggunakan bahan utama iaitu Roman tomato yang diimport dari Australia.  Bagi mengekalkan keaslian, kesegaran tomato tersebut, Hard Rock Cafe akan import setiap minggu dan ianya tidak murah ya.


9. SouthWest Flat Bread : Ianya gabungan mozarella cheese dengan kepingan ayam, avocado, dan hirisan bawang yang dilayur. Ianya nipis dan rangup. Rasa dia agak masinlah mengikut kepada namanya pon masinkan? Tapi secara keseluruhan, ianya sedap. 


10. Asam Pedas Melaka + Nasi
Pertama kali hadirnya asam pedas di Hard Rock Cafe. Teruja tak? Almaklum, orang Melaka, mana-mana pergi pon mesti nak cari asam pedas punya. Menu asam pedas HRC boleh tahan sedap. Pedas, pekat likat dan mengancam! Cukup rasa dengan daun limaunya. Padu dimakan bersama nasi putih. Wallah! 

Memang CX recommend sangat kepada korang semua untuk pergi dan rasa sendiri kehebatan rasa tersendiri menu baharu Hard Rock Cafe. CX gerenti korang puas hati. Tambahan lagi, sambil kita makan, kita juga beramal dengan memyumbang kepada SUKA  Society. Kepada peminat makanan HRC, semestinya korang tidak akan lepaskan peluang ini untuk mencuba!

Maklumat lanjut:

Website: 
HARDROCK.COM

Facebook / Instagram : 
@HardRockCafeMelaka
#ThisIsHardRock

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai status halal. Baiklah, jangan risau ya sebab; 
√ Pembekal bahan mentah untuk dapur Hard Rock Cafe Melaka, kesemuanya ada pensijilan status halal daripada JAKIM.  
√  Takungan air beralkohol adalah dibuat khas melalui pam dari bawah tanah. Ianya tidak bercampur atau terdedah secara awam di situ. Kawasan yang tidak halal adalah di satu ruang khas dan segala peralatan yang digunakan, akan dikendalikan hanya di tempat berikut.  Tidak akan masuk kawasan dapur cafe. Tukang cuci dan hidang juga orangnya berbeza. Mereka tidak campur semua perkara. Semuanya telah dikhaskan satu kumpulan di tempat tertentu. 
√  Pekerja dapur Hard Rock Cafe terdiri daripada 90% orang Muslim. Paling penting Chef Utama mereka adalah Muslim.
Jadi, jangan risau, InShaaAllah mereka amat menitikberatkan soal halal ini. Lebih-lebih lagi pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. 

Makan sambil beramal
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

1 comment:

Cik Nor said...

sedap2 menu dia..:)