Tuesday, March 31, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Semenjak PKP berjalan, rata² dekat blog, memang semua orang update menu harian ya. Terbaik masing². Masa inilah yang terbaik untuk update skill dan asah bakat. Aicewah. Kongsilah segala menu dan resipi yang korang tahu agar kami mak² di rumah tidak tepu nak masak apa. Haha Sekarang ni kalau tak tahu nak masak apa, google sahaja. Gerenti ada idea menu baru nanti.  Cx pon hari-hari pening nak masak apa. Tapi akhir² ini, tekak nak makan benda yang tiba² teringat dan teragak. Makanya, cx masak ikut apa yang terlintas di anak tekak nak makan. Senang! Okay, kali ini cx nak kongsi resipi mudah sangat, cepat dan jimat . Paling penting, kenyang! Pastu pipi korang tembun. Haha! Jom semak resipi Roti Sosej Cheese Jimat ini.


Bahan-Bahan
Roti
Telur
Cheese
Sosej *Siap Digoreng
Serbuk Roti *Cx guna biskut Lemak

Bahan-bahan

Cara Buat
1. Pertama sekali, cx gelek roti  bagi ianya leper supaya nanti bila digoreng, tidak serap minyak terlalu banyak.
2. Kemudian, letakkan cheese dan sosej yang telah siap digoreng tadi di atas roti.
3. Gulungkan roti. Celupkan dalam telur yang telah dikocak.
4. Celupkan ke dalam serbuk roti. Kalau tak ada, nak jimatkan? Cx guna biskut lemak sahaja. Hancurkan sampai jadi macam serbuk roti. Jimat dan mudah!
5. Goreng dalam kuali menggunakan api kecil. Pastikan tidak lama ya, kena rajin pusing²kan roti. Kalau tidak, nanti jadi roti sosej cheese hangit. Hehe
6. Siap untuk dihidang!

Sebelum Digoreng

Sedia untuk dimakan!
Dah lama rasanya tak buat roti sosej ini. Rasanya ada dalam enam tahun. Haha! Lama betul. Roti ini seronok buat bila ada orang makan. Sekarang ada anak-anak, makanya mak dia terujalah nak bagi anak makan. Asyik nasi sahaja kan? Budak pon tahu muak waima setiap hari mak dia pening kepala fikir menu. Okaylah, roti sosej cheese ini sesuai buat minum petang. Lawan dengan teh o panas. Memang umph!

Manfaatkan Waktu Bersama
Lahirkanlah Keikhlasan di hatimu

Sunday, March 29, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Okay dah hari ke berapa PKP kita? Kira sendiri ya. Pastikan #KitaJagaKita dan #DudukRumah. Hari-hari dok fikir nak masak apa, betul tak?.  Tak perlu pening-pening, cx sekarang amalkan konsep, esok nak masak, makanya esoklah fikir. Hihi. Bila masa nak masak itu teragak nak makan apa, terus sahaja masak.  Sekarang ini, kami anak beranak kurang makan pedas sebab cx kena jaga diet pemakanan. Kalau tidak, habislah. Sakit pasti menjelma. Serik aih! Okay, menu hari ini adalah Ayam Masak Kurma. Tiba-tiba cx rasa nak makan masa tengah fikir nak masak apa untuk makan tengahari tadi. Alhamdulillah selesai keinginan. Jom cx kongsikan resipi ya. Mudah sangat.


Bahan-bahan
Rempah Kurma 2sb*
Bawang Merah 3biji*
Bawang Putih 3biji*
Halia 1inci*
Kunyit Hidup 1inci*
Jintan Putih 1sb*
Jintan Manis 1sb*
Bunga Lawang/Pelaga/Biji Alba
Lengkuas 1inci
Serai 2btg
Santan 1kotak
Garam/Gula/Air
Kerisik 2sb
Ayam 6ketul
Asam Keping
Kentang 1biji

Cara Memasak:
1. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda (*) di atas. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan kesemua bahan yang dikisar.
2. Masukkan sekali biji alba, bunga lawang, pelaga, kerisik, lengkuas dan serai yang diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air, ayam dan kentang serta biarkan ianya mendidih sehingga kentang empuk dan ayam masak.
4. Setelah kentang empuk dan ayam sudah masak, bolehlah dimasukkan santan, garam dan gula. Tambahkan air mengikut kesesuaian kepekatan yang dikehendak.i dan letakkan asam keping. Biarkan mendidih.
5.  Cx masukkan ke dalam pressure cooker  selama 15 minit untuk dapatkan ayam yang lembut peroi style arwah nek sebelah suami.
6. Siap dan sedia untuk dihidang!


Kebiasaannya kalau makan ayam masak kurma ini, kami lawankan dengan sambal telur hancur. Tapi cx tak buat pon menu tadi. Makan macam gitu sahaja. Alhamdulillah suami kata sedap. Dah macam makan lauk hari raya katanya. Esok kita buatkan sarapan nasi impit tambah sambal telur hancur okay. Kalau rajin, cx update entry. Kbai!

Selamat Mencuba!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Saturday, March 28, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Kali ini cx nak kongsikan resepi Pengat Labu Anak Makcik Kiah. Eh! Cx memang anak Makcik Kiah ya. Nama mak Cx adalah Rukiah. Jadinya, aci kan? Hihi Cx ni peminat tegar kalau melibatkan pengat² segala ni. Memang suka nau-nau bak kata orang Melaka. Kalau buat pengat apa² pon cx akan makan banyak. Bubur² adik beradik bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, itupon kegemaran cx. Ya Allah sedap sungguh! Tengah mengarang entry ini pon dah terliur padahal baru semalam habiskan semangkuk pengat labu. Sedapnya Ya Allah! Cx bukan puji diri sendiri tapi nak bagitahu makanan itu adalah kesukaan cx. Dah lama sebenarnya nak buat pengat labu ni tapi asyik bertangguh sebab orang dalam rumah ini tak pandai makan. Sedih tak ada geng. Jdi, cx buat sikit sahaja. Kalau bukan waktu PKP ini, dah lama buat banyak masak dekat rumah mak sebab ada geng nak makan. Tapi apakan daya. #DudukRumah okay. #KitaJagaKita. Okay jom cx kongsikan resepinya;


Bahan-bahan
Labu ¼biji
Gula Melaka 1buku kecil
Gula Pasir 1sudu besar
Santan 1kotak
Daun Pandan *Cx guna ekstrak je
Air Semangkuk
Biji Sagu *Ikut Suka
Garam secubit dua


Cara-cara
1. Pertama sekali, cx rebus labu terlebih dahulu supaya ianya lembut. Hanya masukkan air dan labu serta daun pandan ke dalam periuk dan biarkan sehingga labu setengah lembut.
2. Masukkan gula melaka satu buku kecil. Kalau suka manis, tambah lagi. Cx tambah gula pasir 1sudu besar.
3. Bila labu dah lembut (Guna garfu cucuk labu), cx masukkan sagu mata ikan dan santan.
4. Biarkan sagu mata ikan masak dan santan mendidih dengan menggunakan api kecil.
5. Pastikan kacau sehingga masak ikut kepekatan yang dikehendaki. Kemudian, masukkan garam dan siap!

Bahan-Baha

Cx suka makan panas-panas. Memang terangkat! Boleh layan sorang-sorang dok makan semangkuk. Fuh! Padu! Cx simpan semangkuk lagi dalam peti ais. Esok tu cx makan lagi sensorang sampai habis. Puas hati sungguh dapat makan! Alhamdulillah. Memang waktu PKP ini waktu paling bermanfaat untuk buat semua benda. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat kita semua daripada covid-19 ini. Amin

#StayAtHome #ILovePM8
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Saturday, March 21, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Buasir: Tips Elak Jadi Lebih Teruk | Siapa yang pernah hadap buasir? Allahu! Seksanya. Punca buasir tak payah cakaplah, ada macam-macam sebab. Antaranya adalah bersalin. Para ibu, mommy bonda pasti faham sangat. Rasanya semua pernah hadap buasir ini selepas bersalin. Itu pengorbanan ya. Ingat senang ke selepas bersalin, anak keluar dah selesai? Tempoh berpantang dan paling azab adalah part buasir. Nak membuang sangat sakit disebabkan jahitan dan luka bersalin. Ditahan-tahan sebab sakit, akhirnya jadi buasir. Memang azab. Sungguh azab! Bukan sekali tapi berkali-kali ikut kepada bilangan anak-anak. Fuh!


Cx pon tidak terkecuali ya, almaklum dah anak tiga.  Masa anak pertama lagi dah kena. Allah! Memang sakit. Anak kedua pon kena juga. Paling lama kena, ini haa, tengah hadap. Selepas bersalin anak ketiga. Tapi Alhamdulillah cx dapat atasinya selepas membuat sedikit pembacaan dan minta nasihat doktor. Buasir bukan benda lawak ya.  Jadi entry ini, cx nak kongsikan tips untuk elakkan buasir kita menjadi teruk. Lagipun, buasir adalah satu keadaan yang rasanya tak perlu segan untuk diberitahu kepada doktor dan boleh dibincangkan sesama kita. Bukan tak ada perasaan malu tapi semua orang pon sekarang dah peka dengan penyakit ini. Jom cx kongsikan tips. Mudah²an bermanfaat.

Membuang Ikut Gesa.
Bila dah ada buasir, tolong jangan ditahan-tahan. Sila buang ikut masa gesaan dia. Jangan ditunda. Kalau tunda, nanti dia akan menyebabkan najis jadi keras. Bila keras, korang faham sendirilah, seksa oii nak keluar! Berjam² dalam tandas tapi tak berjaya pon. Serius!

Jangan Teran / Ikut flow
Korang tolonglah jangan diteran bila nak membuang. Kalau tak teran macam mana nak keluarkan? Ya betul tapi bukan kita yang teran dengan paksaan. Biarkan tekanan itu datang sendiri daripada hasil kecutan usus besar yang menolak najis keluar. Masa ada kecutan berlaku itu, korang kawal pernafasan untuk bantu penolakan. Macam korang teran masa bersalinlah senang. Tarik nafas, hembus. Hahaa! Eh! Ini serius! Bila dah buasir, gerenti luka. Jangan tipu!


Gel yang doktor sarankan
Guna Pelincir
Kalau korang susah nak membuang waima dah makan yang sihat² untuk kelancaran, korang dinasihatkan guna gel atau pelincir. Pelincir diletak di muncung tempat keluar najis. Dub*r. Maaf atas penggunaan perkataan tersebut. Dah letak pelincir, InshaaAllah mudah sikit waima masih pedih. Jangan teran okay waima dah letak pelincir.

Makan Ubat
Nak ambil ubat ini, korang kena minta nasihat doktor okay. Jangan memandai-mandai. Cx memang dibagi dan disarankan sebab selepas bersalin, memang inilah ubat yang cx makan untuk bantu proses pembuangan. Almaklum, jahit banyak masa anak pertama dan kedua. Anak ketiga jahit juga tapi sikit. Itupon Allah! Seksa gak. Lagi bertambah teruk buasir kali ini. Jadi, ubat ini sangat membantu. Tapi, korang kena banyak minum air putih. Ada kesan sampingan dia tau. Sebab itu suruh minta saranan doktor. Contoh ubat seperti gambar di bawah. Cara makan dia, pergi tanya doktor. Lain tahap buasir, lain ubat dia ya. Ingat tu!



Okay, itu antara tips yang cx boleh kongsikan. Seksa oii bila kena buasir ini. Cx boleh cakap, biar bersalin banyak kali tak mengapa, boleh hadap tempoh berpantang, koyak, kena gunting , jahit segala tapi bila buasir, cx surrender! Dia punya azab itu, macam kau bersalin tiap² hari kena gunting tau! Ggggrrr! Ngeri. Jadi, semoga ada sedikit manfaat daripada perkongsian ini okay. Nanti cx kongsikan pula tips untuk mempercepatkan buasir baik. InShaaAllah

Jaga Kesihatan
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Friday, March 20, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hikmah Covid19: Perintah Kawalan Pergerakan | Jika diamati dan diikuti rentetan perjalanan covid19, makin hari, semakin bertambah penyakit berjangkit ini. Semakin ramai berkumpul dan bertemu sesama sendiri, ianya terus tersebar hebat dan meluas. Paling kesian bila ramai² dari satu tempat, berhijrah pulang ke tempat lain. Allah! Makin meningkat. Waima kerajaan telah keluarkan perintah kawalan pergerakan, nampaknya tak berapa menjadi gara² keangkuhan dan kedegilan sesetengah pihak. Allah! Simpang malaikat jadi benda² gini dekat kita. Jadi, hari ini merupakan hari kedua perintah kawalan pergerakan. Memang bosan dan masing² panas punggung tapi marilah kita sama² lihat kepada positifnya keadaan ini. InShaaAllah Kuarantin 14 hari besar hikmahnya ujian Allah.


Masa Bersama Keluarga
Sungguhlah dalam masa 14 hari yang diberikan ini, memang memberikan kita masa yang sangat berkualiti bersama keluarga. Jarang ada waktu panjang terbaik begini ya. Alang² tak boleh keluar rumah, jadi, sama² kekal dalam rumah buat aktiviti bersama².

Solat Berjemaah
Ini cx sangat bersyukur. Biasa dalam sehari, waktu yang dapat berjemaah biasanya subuh, maghrib dan isyak. Asar hanya berkesempatan jika suami tiada kerja sampingan nak dibuat. Makanya solat sendiri. Sekarang ini, full time solat, kami dapat berjemaah anak beranak. Alhamdulillah.

Potty Train Anak
Ini nampak macam lucu ya tapi ianya sangat membantu. Sebelum ini cx dah cuba untuk anak potty train tapi berhenti sebab setiap seminit nak pergi toilet nak buang air kata dia. Haish! Tak boleh jadi. Mana ada orang buang air setiap seminit? Cx dahlah breastfeed si kecil usia tiga bulan. Dah kalau asyik anak nak ke toilet setiàp seminit, memang mak dia pon boleh jadi hijau. Jadi, memang inilah masanya. Jom kita cuba lagi sekali. Dah alang² semua ada dalam rumahkan. Ayuhlah kita. Semoga berjaya anak! Eh!

Khatam Al-Quran
Bahagian ini pon sungguhlah kita manusia alpa dan sering sibuk dengan keadaan dunia. Cx pon akui, jarang² kita pegang Al-Quran . Ada sahaja alasankan? Tapi kali ini, InShaaAllah. Kita cuba okay untuk berubah kepada yang baik.


Sungguhlah setiap apa yang berlaku, setiap apa yang Allah berkehendak, pasti ada hikmahnya. InShaaAllah. Betul tak? Kita pon kena sentiasa husnudzon dengan Allah. Virus Covid19 ini pon atas kehendak Allah jua. Kita sebagai hambaNya, cuba husnudzon dan jangan putus doa. InShaaAllah.

Sila Duduk Rumah
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Thursday, March 19, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Covid-19: Cara Bantu Keluarga Jauh | Musim Covid-19 kini telah masuk kepada gelombang kedua dan tidak mustahil akan berlaku gelombang ketiga disebabkan oleh kedegilan masing². Lebih menyedihkan bila ada yang sambil lewa tidak endah perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan kerajaan sehinggakan Perdana Menteri kita sekaan merayu, nampak abah-abah sangat yang sedang memberi nasihat kepada anak-anak. Tolonglah semua, semua ini demi kebaikan bersama juga. Jangan keluar dan sila duduk di rumah! Jom cx kongsikan macam mana nak bantu keluarga kita yang jauh di mata.



Kongsi dan berikan Emotional Safety kepada keluarga kita yang jauh di mata. Seronok bila kita semua dapat jumpa dan berkumpul tapi musim sekarang adalah tidak menggalakkan. Jangan risikokan orang yang kita sayang. Jom baca lagi;

Telefon & Whatsapp
Ini perkara paling mudah untuk kita saling berkomunikasi. 24/7 boleh ON tanpa risau apa pon. Telefon dan Whatsapp sentiasa supaya kita sentiasa rasa dekat.

Tanya Khabar
Sentiasa bertanya khabar. Kalau selalu telefon dan whatsapp tu, kerapkan bertanya "Mak, Abah okay tak? Ada batuk² selesema, sesak nafas ke"? Ini perlu ya, kadang² pagi elok kita telefon sihat, tup tup petang dah tak sihat . Waspada dan peka okay semua.


Jadi Pendengar Terbaik
Bila kita dah jauh, mesti akan ada yang mengalami masalah emosi atau mental yang kita sendiri tidak tahu. Jadi, kita cuba untuk jadi pendengar terbaik supaya keluarga kita yang jauh lebih tenang dengan memberikan kata² semangat.

Tanya Keperluan
Tanya apa yang mereka perlukan. Lebih-lebih mak ayah di kampung , mereka biasanya tak tahu macam mana nak minta bantuan kalau kecemasan musim covid ini. Jelaskan dan suruh mereka simpan nombor² penting.



Krisis covid 19 ini boleh membuatkan mental health & psikologi ahli keluarga terjejas. Jadi, sama-sama kita menjaga sesama kita. Bak lagu Ejen Ali, #KitaJagaKita . Bawa bersabar bila tak dapat bersua muka, paling penting sekarang adalah keselamatan mereka. Ini sahaja cara terbaik untuk kita jaga kesihatan emosi dan mental ahli keluarga yang berada jauh daripada jangkauan kita. InshaaAllah.

Kita Jaga Kita
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Tuesday, March 17, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ecostore: Produk Selamat untuk Kulit Sensitif | Ecostore merupakan jenama produk no.1 di New Zealand yang dikenali sejak tahun 1993. Semua produk Ecostore adalah selamat digunakan oleh kita, keluarga dan juga semua peringkat umur. Produk Ecostore lebih selamat kerana diperbuat berasaskan mineral yang boleh dipercayai. Jadi, kita boleh buat pilihan untuk memilih produk yang terbaik dan selamat untuk keluarga kita serta tidak menjejaskan alam sekitar.

Produk Ecostore bercirikan demi kebaikan alam sekitar kita yang mana dicipta daripada bahan² bio degradable [iaitu bahan yang dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma] kepada pembuatan perkilangan dan bungkusan plastik gula yang diperakui carboNZero. Ecostore sentiasa berusaha untuk menjimatkan tenaga dan sumber serta mengurangkan sisa. Baguskan? Bukan setakat menjaga kebajikan manusia sebagai pengguna tetapi turut menitikberatkan perihal alam sekitar dan bumi kita.


Tumbuhan Biodegradable + Bahan berasaskan Mineral & Petrokimia

Makluman korang, apa yang bagusnya Ecostore ini adalah botol plastik produk mereka diperbuat daripada tebu yang boleh diperbaharui. Ianya 100% boleh dikitar semula di kerbside [tempat khas kitar semula bahan] dan menyerap karbon dari ruangan atsmofera ketika ia tumbuh, untuk penghasilan karbon yang lebih rendah. Nampak tak bahawa Ecostore ini sangat menjaga bumi kita? Bila bumi sihat, manusia juga selamat.



Keistimewaan Ecostore Radiant

  • Winner NZ Best in Beauty 2018
  • Tiada paraben, steroid, pewarna dan wangian
  • Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan berasaskan tumbuhan
  • Mesra alam sekitar 
  • Packaging diperbuat daripada bahan yang boleh mampan
  • Tidak diuji kepada haiwan



Melalui Radiant Code Sdn Bhd yang merupakan pihak pengimport dan pengedar EcoStore di Malaysia juga memiliki pensijilan Halal dari Jakim. Jadi pengguna tidak perlu was-was dengan rangkaian produk EcoStore yang berada di Malaysia.

1. Ecostore Syampu Bayi
Dirumus khas untuk membersihkan rambut bayi dan kulit kepala yang sensitif secara perlahan-lahan, menjadikan rambut halus lembut, berkilat dan dipelihara. Ianya dirumuskan dengan minyak pati lavender untuk mewujudkan rasa tenang dan santai.



2. Ecostore Pembersih Badan Bayi
Pembersih Badan Bayi Ecostore diformulasikan dengan bahan berasaskan tumbuhan, untuk membersihkan kulit halus. Masa mandi adalah masa terbaik dan menetapkan bayi untuk bersantai sebelum waktu tidur. Dirumuskan dengan minyak pati lavender untuk mewujudkan rasa tenang dan bersantai.



3. Ecostore Minyak Bayi
Kulit anak kita akan menyukai Minyak Bayi ini yang berasaskan tumbuhan semata-mata. Dibuat dengan khasiat blackcurrant dan minyak badam yang perlahan-lahan melembapkan dan membantu melindungi kulit. Disemai dengan minyak pati lavender untuk urutan bayi yang santai juga indah. Boleh digunakan sepanjang kehamilan. Juga sesuai digunakan untuk cradle cap dan stretch mark.



Review Peribadi:
Sejak Malaysia dilanda jangkitan pelbagai penyakit dan cuaca panas terutamanya, kulit kami sekeluarga memang naik gatal-gatal merah yang menyebabkan luka apabila digaru secara kerap. Jadinya , bila cx dapat tahu tentang Ecostore produk ini, rasa ingin tahu itu sangat tinggi tau. Bila pakai di kulit, cx rasa, produk Ecostore ini memang sangat membantu. 

Kemerahan kulit dan kegatalan menjadi kurang dan serasi sangat Ecostore dengan kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi anak cx yang bayi, baru berusia tiga bulan. Alhamdulillah elok. Anak cx yang pertama pon sejenis kulit alahan, pantang kotor, mesti terus naik merah dan gatal-gatal. Lagi-lagi bila dah sekolah, persekitaran kurang memuaskan. Jadi, produk Ecostore boleh dikatakan penyelamat buat anak² cx. InShaaAllah.

Korang dah boleh mula fikirkan yang terbaik buat anak anak dan keluarga serta alam sekitar bumi kita. Marilah bertukar kepada produk yang berasaskan alam semulajadi demi kelangsungan hidup yang baik dan sihat. Produk Ecostore boleh didapati di link berikut : http://bit.ly/31EBzNV


Kalau korang nak beli produk Ecostore ini dengan penjimatan 20% bolehlah gunakan baucar cx dengan penggunaan kod : BABYS1 [Valid sehingga akhir Julai 2020] . Ingat tau, pembelian sah hanya di website Radiant.

Bumi sihat, manusia selamat
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Saturday, March 14, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


RAMADA PLAZA OLEH WYNDHAM MELAKA MERAIKAN BULAN RAMADHAN DENGAN JUADAH TRADISI DESAMelaka, 13 Mac 2020 - Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka sekali lagi menanti waktu untuk menyambut bulan suci Ramadhan dengan hidangan mewah di Restoran Zest. Bertemakan "Juadah Tradisi Desa", ianya menampilkan rasa hidangan istimewa yang disediakan untuk kepuasan para tetamu.

Tetamu boleh menikmati hidangan bufet Ramadhan dari 24hb April sehingga 23hb Mei 2020 bermula jam 6.30 petang dengan pelbagai pilihan juadah untuk dipilih setiap minggu. Berbuka puasa kita akan diiringi oleh pemuzik Ghazal sambil menikmati hidangan mewah pada waktu tersebut.

"Bulan Ramadhan adalah bulan istimewa untuk diraikan bersama keluarga dan kawan-kawan seperti mana mereka meraikan kedatangan bulan mulia dengan semangat bulan suci itu sendiri, "kata Encik Jason R. Bak, Pengurus Residen. "Dengan menghadirkan kualiti dan kepelbagaian hidangan secara tradisi adalah keutamaan kami bagi memastikan ianya memenuhi kehendak para tetamu" tambahnya.



Hidangan bufet ini terdiri daripada makanan tradisi seperti Nasi Beriyani, Kambing Golek, Rendang Daging, Ikan Asam Pedas, Sayur-sayuran, Sambal Sotong dan lain-lain. Tidak lupa juga dengan pencuci mulut tradisi seperti Cendol Gula Melaka, Ubi Kayu rebus,  Kuih Kaswi, Cek Mek Molek, Sira Labu dan Agar-Agar Bandung. Gabungan pencuci mulut tradisi dan barat ini semestinya tidak boleh dilepaskan.

Menu bufet yang berharga RM118.00 nett (dewasa) dan RM78 nett (kanak-kanak) boleh dapatkan bermula 1hb Mei dan seterusnya harga istimewa early bird pada RM98.00 (dewasa) dan RM68.00 (kanak-kanak) adalah untuk pengunjung yang menikmati hidangan berbuka puasa pada minggu pertama antara 24hb April - 30hb April 2020. Bagi pengunjung yang ingin makan secara berkumpulan dan keluarga besar, Boleh dapatkan pembelian Buy 10 Free 2 baucar dengan harga RM1180.00 setiap buklet memberikan penjimatan sehingga 16%.



Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi Zest di 06-289 9962 atau e-mel di sales@ramadaplazamelaka.com

Mengenai Ramada Plaza by Wyndham
Terletak di tengah-tengah kota bersejarah Melaka, Ramada Plaza by Wyndham Melaka adalah hotel lima bintang antarabangsa yang dikendalikan oleh Wyndham Hotels and Resort, kumpulan hotel terbesar di dunia yang menyediakan keselesaan kemewahan abadi. Hotel 294 bilik ini menawarkan suasana baharu yang diubahsuai dan segar! 

Bilik luas menghadap pemandangan Sungai Melaka yang berliku dan sekitarnya atau luasnya pemandangan Chinatown serta Selat Melaka dengan penginapan single, double dan suite. Ciri-ciri kemudahan termasuk sarapan percuma, kolam renang dewasa dan kanak-kanak, pusat kecergasan, spa, bilik mesyuarat, 3 ruang makan dengan lounge bar serta lounge kelab eksklusif di tingkat atas menghadap pemandangan indah. Ciri² bilik termasuk kemudahan seperti Wi-Fi percuma, pengering rambut, skrin rata televisyen, katil roll-away, televisyen, kemudahan bilik mandi, saluran filem percuma. Turut menawarkan pilihan perkhidmatan hantar-jemput percuma ke tempat-tempat tarikan utama seperti Jonker Street, Sungai Melaka dan kawasan membeli-belah dalam beberapa minit sahaja.


Pertanyaan mengenai katering dan

tempahan fungsi jamuan, sila hubungi perancang acara mesra ;



Juadah Tradisi Desa
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Monday, March 9, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

5 Mac 2020 Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka. Berbuka Puasa Ala Istana & Hotel Lima bintang, Dengan Harga Sangat Bepatutan. | Villa Istana Melaka kembali lagi dengan Sajian Menu Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka dengan menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan bersama aneka juadah, menjadi ‘Menu Wajib’ pada bulan Ramadan, antara menu yang disediakan adalah Nasi Beriani dan Nasi Serai bersama Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, dan sebagainya di hidangkan secara ekslusif pada 13 “stall” pilihan.



Antara menu Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka menjamin sajian makanan bertaraf lima bintang bagi memenuhi citarasa ramai. Layanan dan perkhidmatan yang cemerlang  disediakan kepada tetamu apabila menikmatij berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2020. Villa Istana Melaka juga menghidangkan hawa telinga semua pengunjung Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka dengan persembahan hiburan Islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne.




Villa Istana Melaka juga menyediakan Bilik Solat Khas agar para pelanggan dapatm solat Maghrib dan Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa. Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri MelakaB Bersejarah. Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka akan berlangsung daripada 25 April sehingga 20Mei. Harga Nilai Hebat yang ditawarkan adalah RM49 untuk dewasa dan RM39 kanak –kanak.




Harga Pakej Tempahan
Tempahan boleh dibuat pada hari biasa dan Villa Istana Melaka menawarkan promosiE Bird serendah RM45 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak kanak dan warga emas. Diskaun untuk tempahan awal sebelum 24 April 2020. Bagi penjimatan, pastikan korang membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan! Tawaran Super Early Bird hebat dengan harga hanya RM35 untuk dewasa dan RM25 kanak-kanak serta warga emas diberikan khusus untuk pengunjung Preview Buffet Ramadhan2020 @ villa Istana Melaka. Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakejy sangat menarik. Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebutb dengan lancar dan selesa.




Mengenai Villa Istana Melaka
Villa Istana Melaka, singgahsana mewah yang tersergam indah di Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah, menjanjikan suasana pinggir bandar yang tenang dan mendamaikan. Villa Istana Melaka menawarkan kemudahan yang eksklusif serta ruangan yang didekorasi indah bagi penganjuran pelbagai majlis khas dan istimewa untuk memenuhi serta menepati citarasa juga keperluan tetamu. Bagi merealisasikan majlis peribadi, keluarga dan korporat, terdapat 2 buah dewan yang didekorasi indah, iaitu Dewan DeFrasia Salao, dewan kaca dengan dekorasi bunga-bungaan dan Kanopi ‘The Garden Concept By the Pool’.


Setiap dewan ini berkapasiti memuatkan seramai 500 orang tetamu pada satu-satu masa, pastinya selesa dan berbaloi. Bagi memberikan suasana keselesaan dalam urusan korporat, Villa Istana Melaka menawarkan kemudahan Bilik Mesyuarat yang memuatkan seramai 20 orang serta Bilik Seminar berkapasitiuntuk 70 orang peserta. Villa Istana Melaka juga menawarkan 5 buah bilik penginapan mewah serta kemudahan kolam renang yang direka unik dan semestinya setiap detik yang diluangkan mampu melakarkan kenangan indah sepanjang percutian anda di sini.


Suasana kehijauan yang mengelilingi persekitaran Villa Istana Melaka juga bersesuaian untuk aktiviti ‘outdoor’ sambil menikmati panorama dan pemandangan pinggir Bandar Melaka. Di samping semua kemudahan yang disediakan, Villa Istana Melaka juga menitikberatkan tentang citarasa dan kualiti sajian yang dihidangkan serta perkhidmatan yang cemerlang. Dengan Villa Istana Melaka diyakini halal dan mesra pengguna. pengalaman selama 14 tahun di dalam bidang perkhidmatan katering dan pengurusan acara, daripada majlis perkahwinan sehingga majlis rasmi, sajian menu yang dihidangkan sentiasamendapat pengiktirafan kepuasan daripada pihak pelanggan.



Pengalaman ini juga meletakkan Villa Istana Melaka berkemampuan untuk mengendalikan sebarang jenis majlis keraian untuk memenuhi kehendak dan citarasa para pelanggan. Dengan berkonsepkan “in house halal kitchen”, sajian disediakan dan dihidangkan sendiri oleh chef terlatih oleh Villa Istana Melaka untuk mengekalkan kualiti sajian.Villa Istana Melaka sentiasa berusaha untuk memenuhi impian anda sebagai destinasi terbaikbagi penganjuran pelbagai majlis dan percutian anda.


Villa Istana Melaka. . 
Your One Stop Hospitality Villa

Maklumat lanjut, boleh hubungi: 
VILLA ISTANA MELAKALot 11319 PM1313 Jalan TU1, Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka 

+6 06 – 233 0205 / +6 0162580734Fb: @IstanaMelakaInsta: @villaistanamelaka

Berbuka Puasa Enak Rasa
Lahirkanlah Keikhlasan diahatimu

Wednesday, March 4, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Macam mana nak buat kalau isteri korang tengah emosi? Biasalah perempuan, emosi dan hati wanita tak dapat dipisahkan. Haha. Cx pon akui benda ni tapi sebagai seorang suami, apa yang perlu dilakukan kalau isteri tengah dalam keadaan beremosi? Apa tindakan yang sewajarnya diambil? Benda ini nampak remeh tapi ianya bahaya. Kebiasaannya lelaki iaitu suami, kurang peka bab ini. Mereka (suami) bukan apa, dah sejenis tabiat diorang tak tahu nak baca isteri itu macam mana. Alarh! Kita orang perempuan sendiri pon tak reti nak baca emosi wanita lain kan? Haha! Cerewet! Rimaslah. Hahah! Tapi itulah wanita. Penuh emosi tapi hatinya banyak cinta. Wah! Gitu! Waima wanita itu cerewet tatapi sang suami tetap berusaha yang terbaik. Okay, jom cx kongsikan sikit apa yang patut suami buat bila isteri tengah emosi.


1. Suami jadi penstabil keadaan
Ketika isteri tengah emosi, suami kena bijak mainkan peranan.  Suami kena stabil dan tenangkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum berusaha tenangkan si isteri. Almaklum, perempuan kalau dah emosi, tak kiralah apa pon emosi diorang, memang terumbang ambing dunia. Haha! Tak memasal jadi gaduh. Padahal emosinya pasal pakai tudung bawal tapi tudung taknak bagi kerjasama. Tak tegak awning atas kepala. Haha! Itupon boleh emosi tau! 😅 Jadi, suami kena relax buat peace. Gitu! Sila jangan buat lawak masa ini. Terimalah akibatnya nanti ya

2. Jadi penimbang tara
Okay, korang si suami kena jadi penimbang tara. Suami kena pandai damaikan konflik yang ada dalam hati isteri. Waima tak tahu apa keadaan sebenar tapi cuba secara lembut dan perlahan. Jangan didesak. Ada kang api berombak ombak dalam dada isteri tu. Hihi Makan megi pula kang waktu dinner. Biasanya bab pujuk memujuk hati isteri ini, suami memang bijak, hebat dan juara. Ikutlah kesesuaian perangai isteri yang korang dah khatam tu ya. Contohnya, ajak isteri keluar hirup udara segar ke kan? Takpon, ajomler kita shopping makan aiskrim seringgit McD. Haha.

3. Ambil alih keadaan
Ini cara yang korang suami kena buat kalau emosi isteri itu agak berpanjangan. Dah relax, dah pujuk tapi macam isteri perlukan lagi masa, makanya biarkan sahaja. Waktu ini, suami bolehlah ambil alih keadaan. Tolonglah kemas apa yang patut. Agak² nampak anak belum mandi lagi, tolong mandikan. Kalau dapur belum kemas, tolong bersihkan. Kalau isteri belum mandi, haaa cubalah ajak bersiram, jelingan yang dihadiahkannya nanti. Hihi. Pandai tuan hambalah ya.


Baik. Cukup tiga sahaja. Dalam hidup berumah tangga, kena banyak bertolak ansur. Tak semuanya asyik isteri kena patuh suami dan suami dok mengarah memanjang. Cuba fahami dan selami hati masing². Apa keadaan sekalipun, bawa berbincang. Berkomunikasilah. Itu adalah kuncinya. Cuba give and take. Pasangan kita itu kan pilihan yang kita buat sebelum berkahwin. Dialah segalanya . Janganlah sebelum kahwin bukan main manis , gajah lalu pon tak perasan. Manis² lah waima dah usia tua dengan pasangan. Cx pon masih dalam proses belajar banyak benda tentang alam rumah tangga. Tapi syukur Alhamdulillah, terdidiknya seorang isteri adalah atas sikap dan layanan suaminya. InShaaAllah sama² kita berusaha menuju kebahagiaan dan mendapat redha Allah dunia akhirat. Amin

BahagiaMu, Bahagiaku
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Sunday, March 1, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Kali ini cx nak kongsikan secara santai sahaja. Dalam hidup ini, ada fasa tertentu dan setiap satunya memberi perbezaan dalam hidup kita. Cx cakap berdasarkan pengalaman. Kita hidup acapkali ikut rentak keinginan sendiri tanpa sedar, ada irama yang tidak enak dan sesuai buat semua. Lebih mudah untuk faham, kita tidak akan menjadi seperti hari ini jika tidak hadirnya kekhilafan dan kesedaran.


Ya, ada khilaf itu mampu membawa kita kepada kebaikan dan ada jua yang menjuruskan kita ke arah keburukan. Semuanya bergantung kepada diri kita juga. Bagaimana penerimaan setelah tersedar daripada melakukan kekhilafan. Ada kala kita memberontak dan melawan lebih lagi. Ada waktunya, kita lebih pasif dan bermuhasabah diri. Ya cx juga manusia biasa, pasti tidak terlepas daripada kekhilafan diri sendiri. Namun, jika tidak terjadi semua itu, mungkin kita masih ditakuk lama. Semua yang terjadi benar-benar mematangkan. Sungguh terkesan. Jadi, cx kini mengambil langkah untuk hidup sendiri agar lebih tenang. Jom cx kongsikan tips yang cx buat. Maaf jika tidak bersesuaian dengan kalian.

1. Muhasabah Diri
Ini benda pertama cx buat apabila terjadi sesuatu. Khilaf kali ini sangat memberi kesan kepada cx. Cx muhasabah diri sendiri, duduk fikir semula semua perkara dan ya, bila lakukan sesi ini, cx menangis. Bila kita menangis, kita akan lebih tenang dan waras dalam berfikir. Bila muhasabah diri, dekat situ kita belajar sesuatu dan nampak semua yang kita tak terlihatkan. Lama juga ya cx ambil masa. Dalam seminggu lebih. Serius sukar untuk cari titik capaian yang betul.


2. Tidak Banyak Bicara
Selepas kejadian itu, cx banyak berdiam. Lebih kepada, bercakap bila perlu dan penting. Waima cx ada idea atau kata² yang nak diluahkan, cx lebih memilih untuk tidak utarakannya. Biarkan sahaja. Cx lebih memilih untuk mendengar sahaja agar fikiran kosong dan tidak bersepah dengan masalah orang lain yang akhirnya memakan diri sendiri. Ianya tidak mudah.  Bukan tak ambil tahu dan tidak membantu tetapi lebih untuk mengelakkan perkara sama berulang. Lebih berhati² agar tidak ulang silap yang serupa.

3. Belajar Kawal Sifat Ingin Tahu
Ini lebih kepada tak payah sibuklah nak tahu hal orang lain. Alarh, biasalah kita kongsi² cerita. Tipulah semuanya baik belaka.  Mesti ada yang kurang enak kita terima. Jadi daripada sini, cx lebih belajar untuk kawal sendiri. Biarlah hidup orang, pandailah dia mencoraknya sendiri. Mereka nak buat apa pon, tak payah pertikai sebab ianya tidak melibatkan kita. Waima ada kaitan tapi cx lebih pilih untuk taknak tahu supaya tiada persengketaan di akhir cerita.


4. Berkongsi dengan Seseorang
Cx kongsi semuanya dengan suami. Dulu ada orang lain juga cx kongsikan tapi semuanya dah berubah. Cx pon ada minta pendapat dengan seseorang yang lain tapi kebanyakkannya, memang cx sekarang akan kongsi dengan suami. Senang cerita. Semua benda dilepaskan dan kita kena terimalah apa yang ditegur atau nasihat.

5. Tulis Diari Pakai Buang
Kenapa cx cakap diari pakai buang? Ianya sebab, cx tulis atas kertas kosong segala yang tersirat di hati, lepaskan semua supaya kosong. Kemudian buanglah kertas tu. Bakar pon elok. Lagi bagus. Cx ni bukan seorang yang ada diari segala. Memang tiada tapi benda ni tiba² macam berkesan. Lepas dah tulis semua benda yang terpendam, rasa lega. Tapi, janganlah dok dikenang lagi perkara itu. Cx amalkan, lepas dah lepaskan semua, cx lupakan terus. Buang terus memori bersama diari pakai buang itu. Tenang!


Haaa, sekarang hidup cx lebih elok. Tak stress dengan banyak masalah. Cumanya kadang² biasalah anak² buat perangai. Almaklum, surirumah duduk 24/7 terperap. Hahah! Cx pernah baca, sekurang²nya satu hari itu, kita kena keluar daripada rumah dan hirup udara luar serta dapatkan cahaya matahari. Ianya adalah terapi supaya kita lebih tenang dan tidak tepu. Ini serius. Ianya menjadi. Bukan pergi shopping tu tau, hanya keluar rumah dan bersiar² depan rumah tengok keliling dan selami bumi ciptaan Allah. Tapi shopping tu terapi juga. Hahah!

Okay, itu sahaja yang cx nak kongsikan. Mungkin ada tips yang tidak bersesuaian dengan korang punya keadaan. Maaf mungkin tidak membantu. Namun, benda² ini semua sangat mematangkan kita. Kita pon taknak buat benda² yang salah tapi semua itu membentuk peribadi dan bagi pengajaran. InShaaAllah, moga² semuanya menghadirkan hikmah yang hebat. Amin.

Allah Uji Kerna Sayang
Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu