Hikmah Covid19: Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hikmah Covid19: Perintah Kawalan Pergerakan | Jika diamati dan diikuti rentetan perjalanan covid19, makin hari, semakin bertambah penyakit berjangkit ini. Semakin ramai berkumpul dan bertemu sesama sendiri, ianya terus tersebar hebat dan meluas. Paling kesian bila ramai² dari satu tempat, berhijrah pulang ke tempat lain. Allah! Makin meningkat. Waima kerajaan telah keluarkan perintah kawalan pergerakan, nampaknya tak berapa menjadi gara² keangkuhan dan kedegilan sesetengah pihak. Allah! Simpang malaikat jadi benda² gini dekat kita. Jadi, hari ini merupakan hari kedua perintah kawalan pergerakan. Memang bosan dan masing² panas punggung tapi marilah kita sama² lihat kepada positifnya keadaan ini. InShaaAllah Kuarantin 14 hari besar hikmahnya ujian Allah.


Masa Bersama Keluarga
Sungguhlah dalam masa 14 hari yang diberikan ini, memang memberikan kita masa yang sangat berkualiti bersama keluarga. Jarang ada waktu panjang terbaik begini ya. Alang² tak boleh keluar rumah, jadi, sama² kekal dalam rumah buat aktiviti bersama².

Solat Berjemaah
Ini cx sangat bersyukur. Biasa dalam sehari, waktu yang dapat berjemaah biasanya subuh, maghrib dan isyak. Asar hanya berkesempatan jika suami tiada kerja sampingan nak dibuat. Makanya solat sendiri. Sekarang ini, full time solat, kami dapat berjemaah anak beranak. Alhamdulillah.

Potty Train Anak
Ini nampak macam lucu ya tapi ianya sangat membantu. Sebelum ini cx dah cuba untuk anak potty train tapi berhenti sebab setiap seminit nak pergi toilet nak buang air kata dia. Haish! Tak boleh jadi. Mana ada orang buang air setiap seminit? Cx dahlah breastfeed si kecil usia tiga bulan. Dah kalau asyik anak nak ke toilet setiàp seminit, memang mak dia pon boleh jadi hijau. Jadi, memang inilah masanya. Jom kita cuba lagi sekali. Dah alang² semua ada dalam rumahkan. Ayuhlah kita. Semoga berjaya anak! Eh!

Khatam Al-Quran
Bahagian ini pon sungguhlah kita manusia alpa dan sering sibuk dengan keadaan dunia. Cx pon akui, jarang² kita pegang Al-Quran . Ada sahaja alasankan? Tapi kali ini, InShaaAllah. Kita cuba okay untuk berubah kepada yang baik.


Sungguhlah setiap apa yang berlaku, setiap apa yang Allah berkehendak, pasti ada hikmahnya. InShaaAllah. Betul tak? Kita pon kena sentiasa husnudzon dengan Allah. Virus Covid19 ini pon atas kehendak Allah jua. Kita sebagai hambaNya, cuba husnudzon dan jangan putus doa. InShaaAllah.

Sila Duduk Rumah
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

1 Comments

Sii Nurul said…
Betul tu.. masyarakat smakin prihatin ttg kebersihan diri..
Kita boleh nampak bahawa rakyat Malaysia bersatu hati sama2 mencegah wabak ini dr berjangkit.. tanpa mengira agama, bangsa dan negeri..