Thursday, April 9, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Review Fungsi CC Cream yang Tidak Berminyak dari Hansaegee Nature | Korang pernah dengar tentang produk Hansaegee Nature? Satu jenama berasaskan kecantikan yang hebat terbang khas dari Korea. Hansaegee Nature telah menapak di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Bayangkan sudah sembilan tahun Hansaegee Nature mencipta nama di Malaysia. Makluman semua, jenama Hansaegee Nature juga telah mengeluarkan beberapa jenis produk seperti Pembersih Wajah (Cleanser Foam), Krim Pelembab (Aqua Whitening Cream) dan Krim Kawalan Warna (CC Cream). Cx tahu kewujudan Hansaegee Nature bermula daripada Pembersih Wajah (Cleanser) yang berbentuk foam. Sejak itu, cx jatuh cinta. Kali ini cx nak perkenalkan kepada korang satu lagi produk Hansaegee Nature iaitu Gold Nano CC Cream.


Jika sebelum ini, cx tak tahu apakah perbezaan antara BB Cream dan CC Cream, rupa-rupanya pemilihan CC Cream lebih elok. Kalau korang nak tahu CC Cream mempunyai tekstur lebih ringan dan halus daripada BB Cream. CC Cream atau color correction sebenarnya berfungsi untuk menaikkan tona kulit muka khususnya mereka yang mempunyai kulit kusam dan tidak bermaya atau tidak sekata. Cx tidak mempunyai masalah ketara dengan kulit wajah cuma satu sahaja iaitu liang pori cx sejenis terbuka. Jadi, kalau cx keluar rumah tanpa pakai pelindung seperti cc cream, nanti liang pori cx akan tersumbat dengan habuk dan segala jenis makhluk halus yang tidak sepatutnya. Jadi nanti muka akan cepat teruklah. Ternyata Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini sangat sesuai sebab ianya membuatkan kulit cx terasa halus, tidak berminyak, liang pori pon tidak ketara dan paling penting, wajah kelihatan lebih natural dan ringan sepanjang hari.


Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

☀️ Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++
☀️ Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
☀️ Meminimumkan penampilan pori
☀️ Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
☀️ Mencerahkan kulit
☀️ Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
☀️ Glowing skin dan melicinkan kulit
☀️ Mengekalkan kelembapan
☀️ Melegakan masalah kulit

Apa yang menarik sangat tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini adalah ianya bebas daripada mana-mana sumber haiwan, bahkan juga tidak mengandungi paraben, sulfate dan alkohol dan sangat sesuai digunakan oleh Muslim. InShaaAllah diyakini selamat digunakan untuk semua jenis kulit.


Bahan Utama dan Fungsi

Mineral Water
Membantu mengekalkan keseimbangan PH dan dapat meningkatkan keanjalan kulit.

Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract 
berfung sebagai anti bakteria, membantu dalam melegakan kerengsaan dan kulit yang bermasalah

Nano Gold
Berfungsi dalam mencegah penuaan kulit serta melindungi kulit wajah daripada radiasi infrared.  Mempunyai antioksidan yang tinggi.



Cara Penggunaan :
Senang sahaja cara penggunaannya. Hanya oleskan Gold Nano CC Cream dengan tangan atau jari (bukan berus), kemudian sapukan ke seluruh wajah kita sehingga ia sekata. Kulit akan nampak lebih cerah, halus pada permukaan kulit (minimize pores), tidak berminyak mahupun melekit dan memberi kesan bercahaya pada kulit.




Menariknya tentang Gold Nano CC Cream ini adalah, pada permulaan cx picit di jari, kita akan nampak krim tersebut berwarna putih, tetapi selepas cx oles di wajah, kita akan terlihat bintik kecil berwana coklat. Kemudian, apabila disapu serata krim ini pada kulit ianya akan berubah menjadikan tona lebih semulajadi. Tak perlu risau dengan kesan krim putih asal kerana lama-kelamaan krim tersebut akan berubah kepada warna coklat iaitu tona kulit.



Macam cx, Gold Nano CC Cream ini sangat membantu, memudahkan dan melindungi kulit wajah. Almaklum bila dah jadi mak anak tiga, masa itu sangatlah emas ya. Sesuailah dengan nama CC Cream Hansaegee Nature ini, Gold kan? Sungguhlah memang emas sangat buat cx sebab bila nak keluar rumah jalan-jalan atau nak ke pasaraya beli barang dapur, memang tak sempat nak cantik-cantik meletop macam zaman anak dara, jadi dengan adanya Gold Nano CC Cream ini, masalah cx selesai. Tak perlu nak solek bagai, calit sahaja Gold Nano CC Cream ini, oles lipmatte sedikit, dah siap! Berseri wajah tau! Ingat mak-mak ada masa ke nak sakit kepala fikir semua ini? Haha! Gold Nano Cream kan ada!

Wajah Polos Sebelum Calit CC Cream
Perbezaan
Selepas apply CC Cream

Keistimewaan Hansaegee Nature Gold Nano Cc Cream adalah, kalau kita kepanasan dan berpeluh di wajah, korang tak perlu risau dah, cx gerenti Cc Cream ini tidak akan mencacat-celakan solekan korang. Tambahan, bila muka kita sejenis berminyak, korang tak perlu lagi risau sebab Cc Cream magik sangat. Bila berpeluh dan berminyak, Cc Cream kekal cantik dan bersih dan tidak menyebabkan kulit wajah kita bercapuk. Bestkan? Solekan akan kekal lama tau! Memang tak menyesallah beli Cc Cream ini. Puas hati!

Ketika Berpeluh

Kulit Berminyak

Bagus sangat Hansaegee Nature Gold Nano Cc Cream ini untuk kita wanita. Apa jua keadaan, kita akan sentiasa kelihatan cantik dan berseri. Tak perlu solekan yang tebal, guna sahaja Gold Nano CC Cream, semuanya akan selesai. Cx sangat recommend kepada korang untuk cuba sendiri Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini. Memang terbaik. Dah cuba nanti, korang kongsikan dengan cx okay.



Serikan Wajahmu Selalu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Tuesday, April 7, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai korang, kali ni cx nak kongsi sikit pasal satu jenama kasut antarabangsa ni. Cx pon baru sahaja tahu. Jadinya, cx pon nak korang tahu mengenainya sebab jenama kasut ini memang ada banyak koleksi pilihan klasik dan moden yang korang sendiri akan rambang mata. Cantik-cantik belaka. Jenama kasut ini dikenali sebagai FSJ Shoes : Feseyen Kasut Bercetak Pelbagai Pilihan Antarabangsa. Meh cx cerita sedikit asal usul FSJ Shoes ini.


FSJ ini adalah singkatan bagi Funny She Jill, selari dengan fesyen antarabangsa dan mengambil rekaan fesyen super dengan harga yang menarik. FSJ ni maksud dia Berinovasi Ekstrem atau pon sesuatu yang mencabar, lebih melambangkan ciri-ciri kehidupan wanita moden untuk mengejar fesyen dan kecergasan. FSJ meletakkan arah tuju mereka dalam membantu wanita merealisasikan impian mereka mengenai fesyen dan juga mengejar kualiti. Ianya ditubuhkan pada tahun 1998 dan mereka menyediakan pelbagai barangan yang lengkap kepada pelanggan di peringkat antarabangsa. Paling penting, FSJ ini menjaga kualiti dan menegakkan piawaian kraf yang tinggi. Memang terbaik.



Potongan seksi dan luarbiasa, dengan reka bentuk bergaya menyerlahkan lagi kecanggihan produk mereka, menjadikan FSJ diterima dan dialu-alukan oleh para pelanggan serta memberikan reputasi yang baik di kalangan masyarakat.

Siri Kasut Cetakan Leopard & Kasut Cetakan Cheetah


Kasut cetakan Leopard ini adalah siri kasut klasik FSJ, yang diinspirasikan daripada Leopard Print Pumps dari Cheetah.  Kini, ianya menjadi lambang keseksian dan ketampanan si pemakai. FSJ kini mengeluarkan keluaran trend paling hangat iaitu Kasut Cetakan Cheetah. Terdapat juga rekaan lain seperti kasut flat cetakan harimau, wedges, sandal, kasut tumit tinggi cetakan harimau, boot cetakan harimau dan lebih banyak lagi dengan penghantaran PERCUMA seluruh dunia! Semua ini hanya di FSJ sahaja. Klik Leopard Print Shoes ok.


Apa yang lagi menarik dengan FSJ ini adalah, pelanggan boleh custom made kasut sendiri. Memang seronok. Sekarang ini FSJ ada Flash Sale tau! Memang berbaloi. Setiap kasut mereka memang cantik seksi dan korang jangan risau, saiz paling kecil adalah 4 ya, jadinya semua orang boleh pakai. Memang hebat! FSJ ini jenama dari United State, jadi, kita boleh membeli belah menggunakan paypal sebab ianya lebih selamat, mereka siap dapat sijil perakuan daripada Paypal tau. Jadi, tak usah ragu-ragu kalau nak berurusan okay. Beli sahaja.


Website:

Facebook:
https://www.facebook.com/FSJshoes/

Phone:
(+1)702-771-7099

Working Days/Hours:
Mon - Sun / 10:00AM - 4:00PM

Address: 
10155 E Rush ST,South El Monte , CA 91733, United States

Hadiahkan buat Tersayang
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Wednesday, April 1, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

7 Hidangan Ramadhan Mesti Cuba di Rumah bersama Santan Ayam Brand |  Tak lama lagi bakal tiba bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Inilah masanya untuk kita menjalani ibadah puasa dan menikmati juadah berbuka yang enak semestinya. Tapi, tak semudah itu untuk kita kekalkan pengambilan makanan yang sihat, tidak berminyak dan terlalu berlemak. Betul tak? Lagi-lagi bila kita beli dekat Bazaar Ramadhan. Sedap memang sungguh bagai dikata tapi kandungan bahannya? Mungkin boleh jadi kandungan lemaknya tinggi. Tambahan kalau kita membeli dekat Bazaar tu, mesti bersesak lebih² lagi waktu puncak. Allah! Mengucap! Masa itulah keluar watak sebenar, almaklum, syaiton dirantai. Hehe.


Jadi, apa inisiatif yang ada kalau kita nak juga makan kuih muih lauk pauk yang ada dekat Bazaar tu? Haa, jomlah kita buat sendiri! InShaaAllah boleh. Okay, dekat sini cx dah tolong himpunkan senarai kuih dan pencuci mulut yang mesti dicuba di rumah. Wow sangat! Hidangan ini paling mudah cx kongsikan, kalau kita tak pandai atau mahir memasak pon, kita boleh buat. Ikut sahaja resepi hidangan. Gerenti jadi! Cx juga kongsikan hidangan yang sedikit memerlukan usaha, kemahiran dan masa.

Hidangan yang cx nak kongsikan ini mesra pengguna tau, kita tak perlukan sebarang peralatan khas pon untuk membuatnya. Hidangan ini semua cx gunakan santan yang dikenali rakyat Malaysia, dengan rasa lemak berkrim yang enak. Hidangan diuji dengan menggunakan Santan Ayam Brand yang hadir dalam tiga variasi iaitu santan, santan trim (45% kurang lemak), dan santan super light (75% kurang lemak berbanding santan Ayam Brand). Rujukan resepi adalah daripada ;Ayam Brand Raya 2020 . Bagi memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pon hidangan ini yang digoreng dan mempunyai rasa manis sederhana. Kalau korang tengah diet, sila kurangkan sahaja manisnya okay.


Ohya, makluman korang, Ayam Brand ada buat peraduan tau! Kalau korang buat kuih-muih atau apa sahaja hidangan yang menggunakan santan Ayam Brand, kita berpeluang untuk memenangi hadiah menarik ! Hanya perlu muat turun masakan korang itu di Instagram atau Facebook dan tag @ayambrandmy di instagram serta @ayambrandmalaysia di Facebook.  Jangan lupa sertakan hashtag #beRAYAbrand beserta sebab kenapa hidangan tersebut menjadi kegemaran korang semasa ramadhan atau raya. Peraduan bermula pada 5 April 2020 dan berakhir 14 Jun 2020 dengan 16 hadiah mingguan serta dua hadiah utama untuk dimenangi.

Bubur Jagung
Bubur Jagung memang kegemaran cx, paling mudah nak buatlah, Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehingga bubur siap. Tempoh masak: 20 minit. Hidangan untuk: 4 orang. Tahap Kemahiran 1/10

Kuih Seri Muka

Sedap betul kuih ini. Kegemaran cx dan arwah abah. Oh! Rindunya dekat abah. Kuih serimuka ini memerlukan banyak kemahiran.  Terdiri daripada pulut, kastard dan santan. Cx tak terror bab ini. Terror makan sahaja! Hahah!


Ada lima lagi hidangan hebat bersama ayam brand. Antaranya seperti bubur kacang, puding jagung, kuih talam, agar-agar buah, dan kuih kaswi labu. Semua hidangan ini, korang boleh dapatkan rujukan di link berikut: Ayam Brand Raya 2020 okay! Bye

Jom raya!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu