Wednesday, April 1, 2020

7 Hidangan Ramadhan Mesti Cuba di Rumah bersama Santan Ayam Brand

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

7 Hidangan Ramadhan Mesti Cuba di Rumah bersama Santan Ayam Brand |  Tak lama lagi bakal tiba bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Inilah masanya untuk kita menjalani ibadah puasa dan menikmati juadah berbuka yang enak semestinya. Tapi, tak semudah itu untuk kita kekalkan pengambilan makanan yang sihat, tidak berminyak dan terlalu berlemak. Betul tak? Lagi-lagi bila kita beli dekat Bazaar Ramadhan. Sedap memang sungguh bagai dikata tapi kandungan bahannya? Mungkin boleh jadi kandungan lemaknya tinggi. Tambahan kalau kita membeli dekat Bazaar tu, mesti bersesak lebih² lagi waktu puncak. Allah! Mengucap! Masa itulah keluar watak sebenar, almaklum, syaiton dirantai. Hehe.


Jadi, apa inisiatif yang ada kalau kita nak juga makan kuih muih lauk pauk yang ada dekat Bazaar tu? Haa, jomlah kita buat sendiri! InShaaAllah boleh. Okay, dekat sini cx dah tolong himpunkan senarai kuih dan pencuci mulut yang mesti dicuba di rumah. Wow sangat! Hidangan ini paling mudah cx kongsikan, kalau kita tak pandai atau mahir memasak pon, kita boleh buat. Ikut sahaja resepi hidangan. Gerenti jadi! Cx juga kongsikan hidangan yang sedikit memerlukan usaha, kemahiran dan masa.

Hidangan yang cx nak kongsikan ini mesra pengguna tau, kita tak perlukan sebarang peralatan khas pon untuk membuatnya. Hidangan ini semua cx gunakan santan yang dikenali rakyat Malaysia, dengan rasa lemak berkrim yang enak. Hidangan diuji dengan menggunakan Santan Ayam Brand yang hadir dalam tiga variasi iaitu santan, santan trim (45% kurang lemak), dan santan super light (75% kurang lemak berbanding santan Ayam Brand). Rujukan resepi adalah daripada ;Ayam Brand Raya 2020 . Bagi memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pon hidangan ini yang digoreng dan mempunyai rasa manis sederhana. Kalau korang tengah diet, sila kurangkan sahaja manisnya okay.


Ohya, makluman korang, Ayam Brand ada buat peraduan tau! Kalau korang buat kuih-muih atau apa sahaja hidangan yang menggunakan santan Ayam Brand, kita berpeluang untuk memenangi hadiah menarik ! Hanya perlu muat turun masakan korang itu di Instagram atau Facebook dan tag @ayambrandmy di instagram serta @ayambrandmalaysia di Facebook.  Jangan lupa sertakan hashtag #beRAYAbrand beserta sebab kenapa hidangan tersebut menjadi kegemaran korang semasa ramadhan atau raya. Peraduan bermula pada 5 April 2020 dan berakhir 14 Jun 2020 dengan 16 hadiah mingguan serta dua hadiah utama untuk dimenangi.

Bubur Jagung
Bubur Jagung memang kegemaran cx, paling mudah nak buatlah, Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehingga bubur siap. Tempoh masak: 20 minit. Hidangan untuk: 4 orang. Tahap Kemahiran 1/10

Kuih Seri Muka

Sedap betul kuih ini. Kegemaran cx dan arwah abah. Oh! Rindunya dekat abah. Kuih serimuka ini memerlukan banyak kemahiran.  Terdiri daripada pulut, kastard dan santan. Cx tak terror bab ini. Terror makan sahaja! Hahah!


Ada lima lagi hidangan hebat bersama ayam brand. Antaranya seperti bubur kacang, puding jagung, kuih talam, agar-agar buah, dan kuih kaswi labu. Semua hidangan ini, korang boleh dapatkan rujukan di link berikut: Ayam Brand Raya 2020 okay! Bye

Jom raya!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

No comments: