Thursday, April 9, 2020

Review Fungsi CC Cream yang Tidak Berminyak dari Hansaegee Nature

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Review Fungsi CC Cream yang Tidak Berminyak dari Hansaegee Nature | Korang pernah dengar tentang produk Hansaegee Nature? Satu jenama berasaskan kecantikan yang hebat terbang khas dari Korea. Hansaegee Nature telah menapak di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Bayangkan sudah sembilan tahun Hansaegee Nature mencipta nama di Malaysia. Makluman semua, jenama Hansaegee Nature juga telah mengeluarkan beberapa jenis produk seperti Pembersih Wajah (Cleanser Foam), Krim Pelembab (Aqua Whitening Cream) dan Krim Kawalan Warna (CC Cream). Cx tahu kewujudan Hansaegee Nature bermula daripada Pembersih Wajah (Cleanser) yang berbentuk foam. Sejak itu, cx jatuh cinta. Kali ini cx nak perkenalkan kepada korang satu lagi produk Hansaegee Nature iaitu Gold Nano CC Cream.


Jika sebelum ini, cx tak tahu apakah perbezaan antara BB Cream dan CC Cream, rupa-rupanya pemilihan CC Cream lebih elok. Kalau korang nak tahu CC Cream mempunyai tekstur lebih ringan dan halus daripada BB Cream. CC Cream atau color correction sebenarnya berfungsi untuk menaikkan tona kulit muka khususnya mereka yang mempunyai kulit kusam dan tidak bermaya atau tidak sekata. Cx tidak mempunyai masalah ketara dengan kulit wajah cuma satu sahaja iaitu liang pori cx sejenis terbuka. Jadi, kalau cx keluar rumah tanpa pakai pelindung seperti cc cream, nanti liang pori cx akan tersumbat dengan habuk dan segala jenis makhluk halus yang tidak sepatutnya. Jadi nanti muka akan cepat teruklah. Ternyata Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini sangat sesuai sebab ianya membuatkan kulit cx terasa halus, tidak berminyak, liang pori pon tidak ketara dan paling penting, wajah kelihatan lebih natural dan ringan sepanjang hari.


Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

☀️ Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++
☀️ Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
☀️ Meminimumkan penampilan pori
☀️ Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
☀️ Mencerahkan kulit
☀️ Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
☀️ Glowing skin dan melicinkan kulit
☀️ Mengekalkan kelembapan
☀️ Melegakan masalah kulit

Apa yang menarik sangat tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini adalah ianya bebas daripada mana-mana sumber haiwan, bahkan juga tidak mengandungi paraben, sulfate dan alkohol dan sangat sesuai digunakan oleh Muslim. InShaaAllah diyakini selamat digunakan untuk semua jenis kulit.


Bahan Utama dan Fungsi

Mineral Water
Membantu mengekalkan keseimbangan PH dan dapat meningkatkan keanjalan kulit.

Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract 
berfung sebagai anti bakteria, membantu dalam melegakan kerengsaan dan kulit yang bermasalah

Nano Gold
Berfungsi dalam mencegah penuaan kulit serta melindungi kulit wajah daripada radiasi infrared.  Mempunyai antioksidan yang tinggi.



Cara Penggunaan :
Senang sahaja cara penggunaannya. Hanya oleskan Gold Nano CC Cream dengan tangan atau jari (bukan berus), kemudian sapukan ke seluruh wajah kita sehingga ia sekata. Kulit akan nampak lebih cerah, halus pada permukaan kulit (minimize pores), tidak berminyak mahupun melekit dan memberi kesan bercahaya pada kulit.




Menariknya tentang Gold Nano CC Cream ini adalah, pada permulaan cx picit di jari, kita akan nampak krim tersebut berwarna putih, tetapi selepas cx oles di wajah, kita akan terlihat bintik kecil berwana coklat. Kemudian, apabila disapu serata krim ini pada kulit ianya akan berubah menjadikan tona lebih semulajadi. Tak perlu risau dengan kesan krim putih asal kerana lama-kelamaan krim tersebut akan berubah kepada warna coklat iaitu tona kulit.



Macam cx, Gold Nano CC Cream ini sangat membantu, memudahkan dan melindungi kulit wajah. Almaklum bila dah jadi mak anak tiga, masa itu sangatlah emas ya. Sesuailah dengan nama CC Cream Hansaegee Nature ini, Gold kan? Sungguhlah memang emas sangat buat cx sebab bila nak keluar rumah jalan-jalan atau nak ke pasaraya beli barang dapur, memang tak sempat nak cantik-cantik meletop macam zaman anak dara, jadi dengan adanya Gold Nano CC Cream ini, masalah cx selesai. Tak perlu nak solek bagai, calit sahaja Gold Nano CC Cream ini, oles lipmatte sedikit, dah siap! Berseri wajah tau! Ingat mak-mak ada masa ke nak sakit kepala fikir semua ini? Haha! Gold Nano Cream kan ada!

Wajah Polos Sebelum Calit CC Cream
Perbezaan
Selepas apply CC Cream

Keistimewaan Hansaegee Nature Gold Nano Cc Cream adalah, kalau kita kepanasan dan berpeluh di wajah, korang tak perlu risau dah, cx gerenti Cc Cream ini tidak akan mencacat-celakan solekan korang. Tambahan, bila muka kita sejenis berminyak, korang tak perlu lagi risau sebab Cc Cream magik sangat. Bila berpeluh dan berminyak, Cc Cream kekal cantik dan bersih dan tidak menyebabkan kulit wajah kita bercapuk. Bestkan? Solekan akan kekal lama tau! Memang tak menyesallah beli Cc Cream ini. Puas hati!

Ketika Berpeluh

Kulit Berminyak

Bagus sangat Hansaegee Nature Gold Nano Cc Cream ini untuk kita wanita. Apa jua keadaan, kita akan sentiasa kelihatan cantik dan berseri. Tak perlu solekan yang tebal, guna sahaja Gold Nano CC Cream, semuanya akan selesai. Cx sangat recommend kepada korang untuk cuba sendiri Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini. Memang terbaik. Dah cuba nanti, korang kongsikan dengan cx okay.



Serikan Wajahmu Selalu
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

8 comments:

Nadia Johari said...

Bagus cc cream hansaegee ni.. Masa pakai helok je dekat muka. Tak bercapuk.. Pulak tu ada spf

Mimie said...

Ramai bagi feedback cc cream hansaegae ni kan. Naknkena beli juga ni nampak gayanya

Sunshine Kelly said...

Nowadays kalau nak keluar i pun pakai CC cream jer, tak makeup banyak sangat dah.

Syamimi Saad said...

Produk hansaegee nature ni memang best.
Kalau yang pencuci muka dia tu, best sangat sangat la.
Membersihkan sungguh kotoran pada wajah.

kemey said...

sy slalu kat rumah rajin makeup amek gambar..tapi bila kluar rumah malas makeup haha

Hanny Abdullh said...

Ramai kata produk ni bagus. Memang teringin nak cuba. Nanti nak dptkan satu lah

ray said...

yang pakai tu pun, ish cntiknyaaa.

follow sini hehe.

Siti Yang Menaip said...

function tak berminyak sangatlah penting..
saya suka product cemni.. kalo berminyak reject dlu sbb kuat peloh..