Friday, May 15, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

9 Fakta Tentang Tidur Berdengkur 

Dalam dunia kita ni, pasti akan ada orang yang sejenis berdengkur ketika tidur.  CX juga gerenti korang semua pernah jumpa atau memang tinggal bersama orang yang tidur berdengkur. Nak cuba elak? Macam mana nak elak dah kalau orang yang berdengkur itu adalah pasangan korang? Betul tak? Takpa wahai pembaca sekalian, CX pernah tau dengar ceramah ustaz, tak ingat apa nama. Ustaz itu cakap, ada kelebihan juga orang yang berdengkur ini. Apa sahajalah kelebihannya kan? Ustaz cakap, kalau nak tahu suami atau isteri ada tidue dekat sebelah kita atau pon tidak, dengar sahaja dengkurannya. Kalau tiba-tiba senyap, korang boleh kesan dan tahu yang pasangan korang itu cuba meloloskan diri. Haha

9 Fakta Tentang Tidur Berdengkur 

Ustaz cakap kot pasangan nak keluar lepak dengan kawan tapi isteri tak bagi, terus buat² tidur. Bila isteri dah tidur, pasangan pon bangun dan calibut nak keluar. Tapi dia lupa, dengkurannya itu adalah pemusnah segala taktik. Haha

Okay, kali ini CX nak kongsikan sedikit antara fakta yang ada kaitan tidur berdengkur ini. Pada pengetahuan CX, orang yang tidur berdengkur ini disebabkan oleh cara tidur dia salah. Kedudukan kepala atas bantal kena betul. Lagi satu disebabkan pernafasan dia sempit. Itu apa yang CX tahulah. Jadi dekat sini CX nak kongsi beberapa fakta yang berkaitan supaya kita lebih cakna dan sedikit sebanyak boleh menambah ilmu. InShaaAllah. 

9 Fakta Tentang Tidur Berdengkur 


Satu daripada lima penduduk dunia berdengkur. 

Korang kena faham tau, jika seorang daripada lima orang itu adalah tidur berdengkur. Korang bayangkan  kalau kita anggarkan lebih daripada satu million orang yamg ada di seluruh dunia ini berdengkur ketika tidur. CX gerenti bumi ini bergetar macam vibration telefon. Cuba kumpul sikit geng mereka dan kita lihat hasilnya. Eh! Tak payahlah kumpul ramai² tu. Cukuplah kalau dalam satu rumah, ada seorang dua yang tidur berdengkur. Berlawan² oii masing-masing! Meriah telinga malam buta. Dah macam orang perang main bom time raya tau! 

Lelaki lebih banyak berdengkur. 

Kalau korang nak tahu, sebanyak 80% orang yang berdengkur adalah daripada kaum lelaki. Hanya 20% sahaja yang tidur berdengkur dalam kalangan wanita. Korang nampak tak betapa tabah, sabarnya seorang isteri yang tidur dengan suami sejenis berdengkur? Boleh kumpul pahala oii! Mana tidaknya, tahap kesabaran kena tinggi tau. Kalau tak, mau rasanya suami diorang kena tidur luar sebab buat bunyi ketika tidur. Kui³

9 Fakta Tentang Tidur Berdengkur 

Radang amandel (tonsiliti) penyebab kanak-kanak berdengkur.

Okay ini sungguh. Adik CX yang bongsu dulu dia ada tonsil ini. Masa dia kecil rasanya baru darjah satu kot atau masih tadika. Tak ingat pula. Waktu itu, usia kanak² sudah pastilah. Adik CX tidur berdengkur tau. Mana ada budak² berdengkurkan? Peliklah. Lepas itu bawa pergi jumpa doktor dan ya sungguh. Punca dia adalah sebab adik CX ada tonsil. Solusi dia, doktor suruh operate buang. Laser sahaja. Lepas dah operate, doktor suruh adik CX makan aiskrim vanila banyak² sebab nak bagi sejuk tekak. Sukalah dia. 

Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur

Kebiasaannya orang yang tidur sejenis terlentang yang lebih cenderung untuk berdengkur. Punca dia sebab saluran bernafasan dia jadi macam sempit. Kalau kita tidur mengiring, ianya boleh dielakkan daripada bunyi dengkuran. Tapi bila dah tidur, lagi² tidur mati, memang tidaklah nak statik mengiring sampai ke pagi. Kematu punggung sebelah. Haha! 

9 Fakta Tentang Tidur Berdengkur 

Berat badan berlebihan menyebabkan berdengkur

Kebiasaan yang CX jumpa, orang berbadan sedikit chubby, bam² dan montel² comel yang berdengkur. Benda ini jadi sebab lemak yang terbentuk dekat sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Makanya terhasilnya bunyi. Selain itu, lemak dekat perut juga punca yang menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.

Wanita berumur 50-an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. 

Ini disebabkan oleh proses penuaan.  Kita ni orang perempuan akan kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong tau bila dah usia nanti. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lain yang dekat akan jadi sedikit menyusut. 


9 Fakta Tentang Tidur Berdengkur 

Berdengkur menandakan penyakit.

Jangan bawa main tau kalau tidur berdengkur. Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA). Ianya merupakan gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur. Fuh! Seram bila kata nafas terhenti tu.

Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel

Hebat sungguh penangan berdengkur ini eh. Kalau korang nak tahu, dengkuran ni boleh capai sampai 90 desibel tau. Apa benda pulalah desibel ni kan? Korang tak payah pening. Bayangkan sahaja macam ni. Bila orang yang tidur berdengkur ni menghasilkan 90 desibel, ianya bersamaan dengan bunyi kelajuan lori di atas jalan raya tau! Fuh! Korang bayangkan sendirilah.

Merokok menyebabkan berdengkur

Ramai yang tak perasan bahagian ni. Merokok itu punca tau kenapa orang lelaki berdengkur. Asap rokok ni boleh menginfeksi jaringan kerongkong tau. Asap rokoklah punca jaringan kerongkong jadi bengkak. Bila dah bengkak, jadilah sebab orang tidur berdengkur. Dah jadi sempit, macam mana nak lalu dengan mudah. Betul tak? 

9 Fakta Tentang Tidur Berdengkur 

Jadi, korang dah tahu tak sedikit sebanyak fakta tentang tidur berdengkur? 

Makanya di sini, jika ada antara sembilan fakta tentang tidur berdengkur ni yang boleh diubah dan diperbetulkan, cubalah dibaiki. Kita sama² bantu supaya dapat perbaiki cara hidup yang lebih sihat. InShaaAllah. Sumber utama, CX rujuk INI. Terima kasih sudi baca! 

Jagalah Kesihatan demi Masa Depan
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Thursday, May 14, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tahi Sawan: Kerak di Kepala Bayi

Tahi sawan adalah perkara normal yang berlaku dan terjadi kepada bayi baru lahir. Ada juga yang tiada tahi sawan tetapi kebanyakannya terjadi. Tahi sawan adalah kuping-kuping seperti kelemumur yang berada di atas kepala bayi. CX pon pertama kali tahu pasal ini. Almaklum baru anak nan seorang waktu tu. Pada mulanya memang tak perasan pon wujudnya tahi sawan ini tetapi makin lama rasa macam kulit kepala anak jadi tebal tau. Ianya lembab ya bila tertutup dengan rambut. Rambut anak CX pula sejenis tebal. Makin menjadilah tahi sawan itu menebal. CX ingatkan kulit kepala bayi hihi. Rupa²nya bukan. Ianya merupakan tahi sawan yanh berkuping² bentuknya. 

Tahi Sawan: Kerak di Kepala Bayi

CX memang rujuk kepada doktor tau memandangkan tahi sawan itu menebal, kita jadi risaulahkan. Ini memang pengalaman pertama CX berdepan dan mengenali apa itu tahi sawan.  Tahi sawan ini berasal daripada keturunan keluarga yang mempunyai sejarah asma. Makanya no wonder anak akan ada tahi sawan ini.  Jika diamati, sebelah suami CX, ada asma.

Tahi Sawan boleh kekal ke dewasa

Tak jauh pon susur galurnya, sebab yang ada asma tersebut adalah mak mertua CX sendiri.  Menurut doktor Rahimah klinik amal dan surgery Bukit Katil Melaka, ada jenis tahi sawan ini  akan kekal sehingga ke usia dewasa. Menyeramkan sungguh kalau ianya kekal sehingga dewasa. Maknanya waima sudah dibersihkan, ia tetap kembali.  Bayangkan kalau kepala perempuan yang kena tahi sawan ini. Kesian tau. CX dok bayang diri sendiri sahaja. Kalau ada kelemumur pon dah fak selesa, inikan pula tahi sawan. Memang rasanya kerap kali botak kot. Huhu

Tahi Sawan: Kerak di Kepala Bayi

Kalau mengikut kepercayaan orang dulu-dulu pula, ianya normal bagi bayi yang baru lahir. Tapi kita sebagai mak abah, kena juga berhati-hati sebab tahi sawan boleh menjadi kudis tau kalau tidak dibersihkan. Kuping-kuping yang ada akan menebal dengan banyaknya tanpa kita sedari. Tapi seriuslah, dekat kepala anak CX memang tebal. Acapkali potong rambut dia.  Dahlah kuping tahi sawan itu lembab, berbau pula tu. Dapat yang tebal, memang payah juga nak bersihkannya. Kebiasaannya bila kami potong rambut anak bagi botak, CX akan bersihkan kepala anak menggunakan putik kapas dan minyak bayi. Jangan bersihkan begitu sahaja tau, nanti melecet kepala anak. 

Tahi Sawan: Kerak di Kepala Bayi

Syampu menjdi punca tahi sawan? 

Anak CX  ada juga tahi sawan ini. Lama juga, usia dia beberapa bulan pon masih ada lagi. Memang kena kerap bersihkan. Disebabkan CX dan suami waktu itu newbie, makanya kami bawa anak ke klinik dr.Rahimah. Beliau mengesyorkan agar tidak kerap memakai jenis syampu yang boleh memudaratkan. Selain itu, beliau bekalkan dengan syampu khas yang dapat mengurangkan kehadiran tahi sawan.  Berguna dan berkesan juga ya. Tahi sawan anak CX jadi berkuranglah. Tapi kita kena kerap bersihkan juga. Jangan lepas dah pakai syampu khas tu, dibiarkan pula. Serupa sahajalah nanti. Jangan malas ya ibu ibu. Hihi. 

Pada awal kelahiran anak CX, memang ada pakai syampu bayi Baby Johnson warna kuning tu tau. Sejak pakai syampu itu, tahi sawan anak CX menjadi² pula tebalnya. CX csrtialah dekat doktor. Kemudian, dr.Rahimah cakap, ada juga pesakit dia yang datang, mengadu benda sama. Faktor syampu tersebut pon boleh jadi punca. Jadi, bagi mengelakkan perkara tak enak terjadi di masa akan datang, CX berhenti terus menggunakan syampu tu. Tapi sungguhlah, memang nampak perbezaan dia. CX percaya syampu tu pon bagi kesan tak elok dekat kepala anak CX. Alhamdulillah akhirnya tahi sawan anak CX makin pulih. 

Tahi Sawan: Kerak di Kepala Bayi

Solusi Terakhir untuk Tahi Sawan? 

Apa yang CX buat untuk menghadapi dan menangani masalah tahi sawan : kuping di kepala bayi adalah, CX botakkan kepala anak terus. Syukurlah anak CX lelaki. Kalau perempuan? Sampai ke sudah asyik kena botak dan akhirnya rambut tak ada nak bergaya ikat tocang. Hehe Alhamdulillah anak CX makin gembira sebab kepala dia dah ringan. Bila dah tak ada tahi sawan, dapatlah kulit kepala bernafas. Betul tak? 

Sihatlah wahai anak
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, May 13, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tips Didik Anak Bertudung Seawal Usia Dua Tahun

Holla semua! Harini cx rajin pula nak update entry. Sebenarnya dah lama tajuk ini dalam kepala tapi nak update tu yang tak menyempat atau kata lainnya, malas! Hahaha sila jangan tiru perangai mak² cenggini ya. Hehe. Okaylah  cx ni sediamaklum, ada anak perempuan seorang.  Sejak sebelum kahwin, masih anak dara gittew kan, cx dah ada misi untuk anak-anak tau! Haha! Antara misinya adalah nak didik anak dara cx pakai tudung seawal usia. Alhamdulillah berjaya. Syukur sangat! Okay jom, kita terus ke tips yang nak cx kongsikan.

Tips Didik Anak Bertudung Seawal Usia Dua Tahun
 Pengalaman Anak² Tengok Korban

1. Amalkan Menutup Kepala Anak Sejak Bayi.

Macam cx, cx amalkan tutup kepala anak sejak dia kecil lagi. Tak kisahlah pakai topi ke  pakai scarf kecil ke. Asalkan bertutup. Tapi ada masa buka juga. Iyalah, kita ajar perlahan-lahan. Ada masa anak rimas juga. Iyalah  diakan kecil lagi. Jadi, take time okay.

2.  Selalu Pakai Tudung Depan Anak

Cx suka pakai tudung depan anak bila nak bersiap keluar. Kemudian cx akan mula cakap-cakap dengan dia yang kalau anak pakai tudung , akan jadi lebih cantik dan ayu macam mak. Anak² kan suka nak jadi mak abah dia. Betul tak? Mak abah kan role model kepada anak-anak. 

3. Seawal Usia Setahun Lebih, Belikan Tudung

Cx memang dah target , anak kena pakai juga tudung . Haha! Suka tengok anak² kecil pakai tudung. Comel. So, cx praktiklah dekat anak sendiri. Hehe. Cx belikan anak tudung kecil masanusia dia setahun lebih dan jinak²kan dia pakai tudung penuh.

4. Puji Anak

Cx suka puji anak bila dia pakai tudung. Cx cakap, 'cantiknya anak mak pakai tudung!' . Nanti masuk syurga, Allah pon sayang.

5. Belikan Tudung Ikut Warna Kegemaran

Kadang-kadang susah juga nak suruh dia pakai tudung. Tak dinafikan. Awal² memang dia akan on off tapi cx cuba cari akal lain pula. Belikan tudung warna kesukaan dia. Anak cx suka warna pink. So cx belikan ! Kemain suka lagi dia.

Tips Didik Anak Bertudung Seawal Usia Dua Tahun
 Di Pesta Lampu Melaka
Okay cukuplah lima tips. Buat perlahan-lahan. Sekarang anak cx dah berusia dua tahun dua bulan. Alhamdulillah sekarang kalau nak keluar pon dah pandai tanya dan cari tudung dia. Bila keluar pon, dia tak bagi orang lain buka tudung dia melainkan dia buka sendiri. Alhamdulillah. Sekarang ni, koleksi tudung anak cx pon dah banyak macam mak dia. Haha!

Cx ingat lagi, kami pergi rumah nenek dia yang sebelah taman sahaja pon, bukan main menangis lagi meraung² bila nenek dia bukakan tudung. Haha! Waktu tu lepak rumah nenek dia. Kemain solehah lagi. Alhamdulillah. Ada sahaja orang cakap, "Dah besar nanti , jangan tak pakai tudung pula". Hurm. Pada cx  kita sebagai mak abah, cakap dan doalah yang baik² untuk anak². InShaaAllah. Elakkan cakap² macam tu dalam hati. Kita doa yang baik , maka dapatlah yang baik. Tapi jika dah besar anak² tersasar , kita jualah yang akan menarik mereka kembali. Betul tak?

Okaylah, korang pula macam mana? Ada tips lain selain yang cx kongsikan di atas? Jom kongsi di ruangan komen! 😊

Melentur Biarlah Dari Rebung
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Monday, May 11, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun

Holla! Hari ini nak cerita serba sedikit pengalaman anak pertama cx Potty Train Seawal Tiga Tahun. Sebenarnya taklah training sangat sebab anak cx ni macam rela sendiri. Hihi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan

Alkisahnya masa anak usia dua tahun lebih nak masuk tiga tahun, cx dah mula ajar dia tau. Bukan ajar yang serius bagi arahan beriya tu tapi lebih kepada cool and relax macam tengah sembang sembang. Maka, ianya jadi sangat santai. Okay mehlah kita bagi ikut point Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun, mudah sikit kan? 😃

Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun


1. 'SoftSell' Instruction 


Haaa kemain lagi Softsell Instruction kan? 🤭 Okay dia macam ni, cx selalu dok ajak sembang dengan anak, cakap ; "Luqman nak tahu tak? Kita kalau buang air besar dekat tandas, maknanya kita pandai tau! Luqman pandai kan? Kawan² Luqman pon pandai macam Luqman kan?" 

Nanti bila kita cakap dengan dia macamtu, ia umpama menggalakkan untuk dia bertindak lebih positif. Biasanya anak memang akan respon, cakap dia pandai. Kemudian, cx pon ajarlah bawa dia duduk dekat tandas sesekali.

Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun
 Photo credit to BabyCenter (Potty Training) 

2. Kerap Mengingatkan


Cx kerap ingatkan anak; "kalau nak buang air besar, bagitahu mak tau! Kita boleh buang dekat tandas. Luqman dah besarkan?, Luqmankan anak yang bijak"  Anak akan jadi lebih teruja bila kita puji dia selalu dan arahan kita akan lebih diingati bila kita lebih positif dengan dia. InShaaAllah. 

Setiap setengah jam cx akan tanya. Kadang tu setiap 15minit. Hahaha punyalah mak dia nak sangat ajar anak. 😅 Tapi biasalah anak anak, kadang² dia lupa juga, dok membuang dalam pampers. Mak biasalah kadang kadang jadi hijau. Haha kena banyak sabar dalam urusan potty training ini. Tidak semudah yang disangka ya

3. Bawa ke Tandas


Cx memang tak belilah barang² yang untuk ajar anak duduk dekat tandas segala bagai tu. Mak dia kedekut sikit bab gini. Hahahah Jadi, cx memang akan selalu bawa anak pergi tandas. Alhamdulillah Luqman jenis cepat bagitahu bila nak buang air besar. Mesti dia akan cakap; "Mak! Nak b**ak!" Haha Dahlah suka jerit kuat². Memang nak bagitahu satu taman agaknya. 😅 Potty training punya pasal, mak kau redha sahaja anak oii. 

Masa ni, cx memang selalu teman dia duduk dekat tandaslah sebab rumah kami tandas duduk. Tapi suruh je dia cangkung atas bowl tu. Hahah Tapi memang dia akan; "Mak! Tunggulah Luqman, peganglah Luqman, nanti Luqman jatuh" 😂 Makanya mak dia berhuhulah selama beberapa minggu untuk ajar dan biasakan dia ke tandas. Bertabah sungguh bila jadi mak ni tau. Hahah

4. Belikan Anak Seluar Dalam Kesukaan


Okay ini tips potty training paling menjadi. Ini serius! Pada masa awal dulu, cx rasa, kenapa mesti nak beli sebab anak bukan pandai lagi pon nak buang air dekat toilet. Haha noob sungguh mak dia ni. Tapi cx cuba juga beli. Tanya dia nak yang mana. Masa mula beli, tak ada gambar kartun. Cuma warna tapi itupon anak dah teruja. Ya Allah! Macam dapat apa jelah anak cx ni. Dia siap cakap sambil ketawa suka ala² segan gitu ; "Luqman ada pender baru!" Sambil sengih² macam kerang busuk. Kemain teruja nak pakai 😅 

Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun.
Belanja sikit gambar anak² sedang bermain dengan rakan seperjuangan di kampung 😊

Tapi korang memang boleh cuba tips potty training ni, anak memang teruja habis. Semenjak beli, memang anak suka nak pakai dan taknak pakai pampers lagi dah. Ini serius!

5. Sebelum Tidur Wajib Buang Air


Okay ini wajib! Bila anak dah pandai tak pakai pampers, silalah alert untuk remind mereka supaya pergi tandas buang apa yang patut sebelum tidur. Wajib waima baru sahaja dia membuang sejam dua yang lalu. Kalau tak, sila redhalah tilam jadi bahan siraman baja tak bernilai. 🤭

Okay dah, cukuplah LIMA Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun ini ya. Apa yang penting, tahap kesabaran ibu bapa untuk hadap memang kena tinggi. Almaklum, anak memang akan selalu terlepas dalam seluar di merata tempat. Macam Luqman, dekat rumah tak pernah lagi terkucil dalam seluar merata, tapi dekat rumah nenek² dia, pernah tapi sekali dua sahaja itupon sebab meleka bermain. Haha. Bertabahlah. Ohya, cx ajar anak lebih kurang empat minggu. Kalau dalam sehari tiga hari tu, korang memang terbaik! 👍Okay sekian daripada cx. Semoga bermanfaat! 

Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
Anak itu Amanah Allah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum

Hai semua. Kali ini cx nak kongsikan resepi dan macam mana nak buat Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum mneggunakan tepung gandum.  Mudah sangat. Cx paling suka capati guna tepung gandum berbanding tepung attar.  Tapi cx suka juga makan yang tepung attar. Rssepi ini adalah turun temurun daripada nenek moyang cx. Cx belajar daripada emak. Emak belajar daripada nenek dan seterusnya. Mula² memang susah juga sebab nak buat capati ini kena ada skill dan ikuf tips yang diberi. Kalau tidak, capati korang akan jadi keras ketung! Kesudahannya macam makan capati versi keropok. Hihi Okay jom usha resepi yang cx kongsikan di bawah ya.

Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum


Bahan-bahan


Tepung Gandum (½ paket)
Minyak Sapi (2 Sudu Besar)
Air Garam (Segelas Panjang)

Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum

Cara Pembuatan


  1. Masukkan Tepung Gandum ke dalam bekas besar. Pastikan korang ramas tepung tersebuf sebab nak biarkan ianya jadi peroi.
  2. Kemudian, masukkan 2 sudu besar Minyak Sapi. Minyak Sapi sebarang brand pon boleh. Tapi paling sedap guna minyak sapi GHEE. Bukan GHEE BLEND ya. Dia serupa tapi tidak sama. Okay, sebatikan tepung gandum dan minyak sapi tersebut sehingga tepung peroi cantik.A
  3. Air Garam tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi doh yang boleh diuli. Jika terlebih air, tambahkan tepung. Jika terlebih tepung, tambahkan air. Kalau asyik tambah sahaja, kau letak tepi jelah doh tak jadi tu. Tak payah buat.L
  4. Lepas itu, ulikan doh selama satu jam untuk dapatkan capati yang lembut dan enak dimakan. Selepas dah lembut, korang jadikan doh kepada saiz kecil. Kebiasaannya kalau ½ paket, cx dapat buat dalam sembilan ke sepuluh ketul. Tengok saiz yang korang buatlah ya.A
  5. khir sskali, gelekkan doh bulat kecil itu menjadi leper dan membulat. Dia ada skil dan tips kalau nak jadi bulat. Kalau nak tahu, DM okay. haha! Korang gelek jelah macam mana pon, korang yang nak makan. Dah gelek, bakar dan siap!


Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum

Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum.
Dah siap dibulat² kecilkan supaya mudah untuk digelek. Nak gelek dia pon kena ada skil tau. Kalau tak, tak jadi bulat.  Kena banyak bersabar.

Keluarga cx memang suka sangat makan capati ini. Kami, mak abah dan adik beradik kerap juga buat. Capati ini sedap dimakan bersama sambal sardin. Makan dengan asam pedas pon sedap. pergh! terus terliur! Kalau makan capati, kami suka gulungkan dia. Memang tak cukup kalau makan satu sahaja. Mesti bertambah. Alhamdulillah, sekarang suami dan anak-anak cx pun suka makan. Nanti nak turunkan ilmu ini kepada anak² cx pula. InShaaAllah. *Resepi ini untuk 3-4 orang makan. Kalau buat sekampit tepung gandum, akan dapat dalam 22 ketul. Sesuai untuk 7-10 orang makan. Seorang makan dua keping biasanya. Boleh darabkan.

Resipi: Capati Homemade Tepung Gandum
 Macam inilah kami makan. Letak sambal sardin yang dilenyekkan sardinnya ke atas capati. Kemudian gulungkan. Pergh! Makan panas² memang terangkat! Satu hari memang hadap capati sahaja bawa ke malam. Memang tak masak nasi dah.

Resepi Nenek Moyang
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tips dan Resipi Daging: Asam Pedas Melaka Piau


Resipi Daging: Asam Pedas Melaka Piau

Hai korang. Selamat menyambung PKP lagi empat minggu ya sehingga 9hb Jun 2020. Bertabahlah masing². InShaaAllah pasti ad ahikmah hebat yang Allah nak tunjukkan kepada kita hambaNya yang kerdil ini. Okay, disebabkan CX ini orang Melaka piau ulau melingkau atas pagau, makanya CX nak kongsi pada korang resipi daging Asam Pedas Melaka. Lauk kegemaran CX. Almaklum, orang Melaka dan asam pedas berpisah tiada. Kalau boleh, setiap hari nak ada asam pedas. Boleh buasir oii! Haha! Tai sungguhlah, kalau tak dapat asam pedas kan, rasa tak sempurna tau. Wah gitu kan? Kekwat sungguh. Huhu

Dah jom! CX nak kongsi dengan korang resipi daging asam pedas Melaka ini yang paling mudah sekali. Kalau korang baru belajar memasak, ala² baru nak ke dapur kan, pon boleh buat dik. Mudah sahaja. Tapi dengan syarat, korang ikutlah apa yang CX kongsi. Campak² sahaja, kejap dah jadi dan siap untuk dimakan. Nah resipi mudah asam pedas daging Melaka piau.

Tips dan Resipi Daging : Asam Pedas Melaka Piau


Bahan-bahan

  • Bawang Merah 3ulas*
  • Bawang Putih 3ulas*
  • Halia 1inci*
  • Serbuk Kunyit 1sk
  • Halba secubit
  • Belacan 1inci
  • Cili Kisar 2sudu
  • Air Asam Jawa
  • Garam 
  • Air Putih
  • Bendi/Terung
  • Daging 

Cara-Cara

  1. Kisarkan bahan bertanda (*). Tuangkan minyak ke dalam kuali dan biarkan sehingga panas. Kemudian masukkan bahan bertanda (*) bersama cili kisar ke dalam kuali dan tumis sehingga garing pecah minyak. Tips untuk asam pedas sedap adalah pastikan minyak betul² panas, baru masukkan bahan menumis. Nak tahu tips jadi atau tidak, bila korang tumis, jiran sebelah atau orang depan akan bersin. Jadilah tu. Ini serius tau. Haha
  2. Semasa korang menumis nak bagi garing tu, masukkan terus halba, kunyit serbuk, belacan. Kacau sehingga garing dan masak cilinya. 
  3. Bila dah garing, masukkan air semangkuk kecil, biarkan mendidih. Waktu ini, bila dah mendidih tu, masukkan sahaja daging. Biar sehingga daging masak sebaiknya. 
  4. Jangan lupa masukkan bendi sekali ya. Tips nak sayur dan daging masak elok adalah, jangan masukkan air asam awal². Biar semua daging dan sayur dah masak sedap, barulah masukkan air asam jawa. 
  5. Selepas masukkan air asam jawa, biarlah mereneh sekejap kuah tu bagi masak. Bila dah reneh, korang matikan api dan masukkan garam. Nak masuk awal pon boleh tapi tips kesihatan menyatakan bahawa garam seelokknya dimasukkan selepas api dimatikan. Kalau masuk awal, katanya akan memberi kesan dan membawa penyakit. Macam itulah tips-nya yang CX tahu.
  6. Kemudian siap! Makanlah dengan nasi panas, gerenti bertambah. Huhu

Tips dan Resipi Daging : Asam Pedas Melaka Piau

Okay, dah lulus untuk kahwin. Hehe. Kalau dah kahwin, lulus juga tu untuk hantar ke mak mertua. Huhu CX gurau sahaja. Masak Asam Pedas Melaka Piau ini tidaklah susah mana pon cumanya tips² orang tua dulu² kata, semuanya bergantung kepada air tangan juga. Ohya, tips lagi nak sedap adalah, korang tumbuklah segala makcik  pakcik bawang yang ada. Jangan guna blender. Katanya lagi sedap, manis dan power perginya nanti. Tapi betullah tu. Ada beza tau tumbuk dan blend. Tips lagi satu nak bagi rasa piau asam pedas tu, korang guna kunyit hidup yang dilumatkan. Gerenti terangkat masa makan. 

Eh! Entry ini dah serupa perkongsian tips pula hehe Banyak betul tips. Ohya lagi satu tips, nak tahu minyak dah betul² panas atau belum sebelum menumis, nenek CX ajar, renjiskan sikit air. Kalau berdesir sedap je bunyinya, dah cukup panaslah tu unthk menumis. Ini betul tau. Semua CX buat kalau masak. Sempurna kejadiannya nanti. Okay, CX kongsikan video cara CX masak ya. Kalau korang tak nampak tips yang CX cakapkan, janganlah marah. Video itu CX dah potong siap². Hihi Selamat mencuba! Semoga perkongsian CX ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada seseorang. InShaaAllah 


Selamat Mencuba! 
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Friday, May 8, 2020

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kempen Zakat@Family:Membudayakan Bayaran Zakat di Kalangan Keluarga

Setiap tahun kita sebagai umat Islam menyambut Ramadan Kareem dan berpuasa selama sebulan. Ianya adalah menjadi kewajipan bagi umat Islam dalam menunaikannya. Namun, jangan dilupa rukun Islam kita yang keempat iaitu membayar zakat. Jangan buat² lupa okay. Memandangkan sekarang ini kita menghadapi covid-19, jadi agak sukar juga ya untuk kita keluar rumah dan berjumpa tukang Amil (pengutip zakat). CX faham kita semua jadi risau untuk bersua dan berjumpa dengan sesiapa sahaja waima masing² menjaga penjarakkan sosial. Tapi korang jangan risau dan khuatir, sekarang semuanya di hujung jari sahaja . Hanya duduk rumah dan bayar zakat atas talian. Selamat, mudah dan pantas.

Kempen Zakat@Family : Membudayakan Bayaran Zakat di Kalangan Keluarga

Kempen Zakat@Family : Membudayakan Bayaran Zakat di Kalangan Keluarga

Apa itu Zakat@Family?


CX nak ajak korang untuk bayar zakat menggunakan zakat@family yang dikelola oleh Lembaga Zakat Negeri Selangor. Zakat@family ini sebenarnya nak bagi pendedahan kepada umum atau lebih mudah difahami iaitu zakat selangor ingin memperkasa dan membudayakan zakat dikalangan keluarga. Jadi, zakat perlu juga dikalangan keluarga, dan anak² semua, bukan hanya kepada ketua keluarga sahaja. Maknanya anak² juga wajib berzakat jika syarat wajib sudah capai.

Biar CX bagi contoh supaya korang lebih nampak dan faham ya apa itu zakat@family yang diketengahkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Contoh macam korang ada anak yang dah dewasa, bekerja, ada pendapatan dan komitmen tersendiri. Anak pertama gajinya besar dan mampu serba serbi. Anak kedua pon rezeki suami kaya dan bagi hadiah berbentuk emas berkepuk². Makanya di sini, anak pertama dna kedua tadi, perlu bayar zakat ya mengikut kategorinya. Anak pertama wajib bayar zakaf pendapatan dan anak kedua pula wajib bayar zakat harta. Faham setakat ini? Alhamdulillah


Kempen Zakat@Family : Membudayakan Bayaran Zakat di Kalangan Keluarga

Cara Penyertaan Bayar zakat@family di Atas Talian. Caranya mudah sahaja. Korang hanya perlu ikut tiga langkah berikut. 


  1. Taksir (iaitu kira jumlah zakat yang perlu dibayar) dan korang tunaikanlah zakat mengikut taksiran yang diberikan
  2. Kemudian, korang boleh imbas kod QR atau layari laman sesawang seperti berikut; https://bit.ly/39gj8lr
  3. Akhir sekali, korang hanya dikehendaki menjawab dua soalan mudah. Siap! 

Kempen Zakat@Family : Membudayakan Bayaran Zakat di Kalangan Keluarga


Kempen Zakat@Family 


Makluman korang, bila zakat@family ini diketengahkan dan dihebah bagi umum tahu serta sedar akannya, makanya ramai yang akan menunaikan zakat bahagian mereka dikalangan famili kita. Kan bagus tu? Kita pon turut dapat pahala bila menyeru orang ke arah kebaikan. Jadi di sini CX nak kongsikan berita baik untuk korang, yang mana, bila korang bayar zakat@family di Lembaga Zakat Selangor secara atas talian, korang secara automatiknya akan tersenarai dalam E-cabutan tau! Menarikkan?

Kempen yang dilaksanakan ini bertujuan memupuk kesedaran kepada ketua keluarga, penjaga atau wali bagi memastikan tanggungjawab taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawah tanggungan dan jagaan mereka  dilaksanakan dengan sebaiknya.


Kempen Zakat@Family akan berlangsung mulai 24 April hingga 23 Mei 2020.  Hadiah menarik disediakan melalui E-Cabutan, selepas tempoh kempen.

Kempen Zakat@Family : Membudayakan Bayaran Zakat di Kalangan Keluarga

Perbandingan Zakat Fitrah dan Zakat@Family 


Di sini CX terangkan sedikit supaya korang tidak keliru okay. Zakat Fitrah seperti semua sedia maklum yang mana ketua keluarga membayar zakat bagi ahli keluarga di bawah tanggungannya. Contoh zakat fitrah ini adalah masa bulan puasa., mesti Amil akan buka kaunter untuk ketua keluarga hadir dan menunaikan zakat dirinya dna ahli keluarga. Faham tak? Mudahkan? Alhamdulillah. Makluman korang, Zakat selangor menggunakan kaedah tiga jenis amaun bayaran zakat fitrah iaitu mengikut jenis beras yang dimakan, jika sebelum ni kadar semua sama RM7.00, tapi sekarang dah ikut kaedah ini.  Pembayar akan bayar mengikut jenis beras yanh dimakan, dan dalam tenpoh covid ini, Lembaga Zakat Selangor mahu perkasakan kaedah bayaran secara online disamping mereka juga ada menyediakan kaedah bayaran konvesional di masjid² terpilih dengan syarat² tertentu.

Kempen Zakat@Family : Membudayakan Bayaran Zakat di Kalangan Keluarga
Selain itu, ia juga bagi memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan berzakat ke atas harta yang mereka miliki.


Zakat@Family pula adalah lebih luas, merangkumi semua jenis zakat yang ada.  Jika salah seorang ahli keluarga sudah sampai syarat wajib berdassrkan harta tertentu, wajib bayar zakat sendiri. Contohnya seperti yang cx katakan di atas, si anak yang ada simpanan dan telah capai syarat wajib, dia kena bayar zakat untuk bahagian diri dia sendiri. Ramai ya yang masih belum cakna akan perkara ini.

Kempen Zakat@Family : Membudayakan Bayaran Zakat di Kalangan Keluarga

Elektronik Zakat Online (EZO)

Lembaga Zakat Selangor juga ada sediakan cara semakan dan cetak salinan  ayaran zakat atas talian melalui Elektronik Zakat Online (EZO) bagi mereka yang nak tunaikan zakat bagi diri sendiri dan keluarga. Hanya semak dan cetak. Mudahkan? Apa yang menariknya lagi tentang Elektronik Zakat Online (EZO) ini adalah, dengan setiap pembayaran zakat yang di buat di sini, korang secara automatiknya tersenarai dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang disediakan tau. Bukan biasa² ya hadiah yang ditawarkan. Cara penyertaan sangat mudah, hanya dengan empat langkah, dah selesai!

Zakat@Family : Initiatif Dakwah Zakat


Maka dengan itu, mari kita membudayakan dan hebahkan kepada semua agar mereka lebih cakna akan zakat@family ini. Sekurang²nya kita dah laksanakan tanggungjawab sesama Islam. InShaaAllah.

Kempen Zakat@Family : Membudayakan Bayaran Zakat di Kalangan Keluarga


Tunaikan Zakat secara Online melalui EZakatpay:

Semak bayaran & penyata zakat: 

Ibadah selesai, Tanggungjawab Tertunai!

Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai korang. Musim PKP dan bulan puasa ini, sudah pasti kita semua dah pandai masak. Betul tak? Okey disebabkan kita semua dah terperuk dekat dalam rumah, jadi kali ni CX nak kongsikan kepada korang 10 resipi masakan ikan yang mudah dan sedap. CX gerenti korang boleh cuba buat masakan ikan ini sambil tutup mata sahaja. Aicewah! InShaaAllah mudah, senang, cepat dan sedap. Resipi kali ini adalah himpunan daripada idea² rakan² blogger CX yang dikenali. Hebat semua orang masak kan? Okay jom tengok menu apa yang boleh kita masak menggunakan Ikan.

7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

1. Resipi Kepala Ikan Tengiri Ala Mamak Bonda Chanteq
2. Resipi Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api
3. Sambal Tumis Ikan Sardin kegemaran Seisi Keluarga
4. Resipi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap
5. Ikan Sardin Masak Kari
6. Resipi Ikan Patin Steam Ala Minah Koboi
7. Resipi Ikan Talapia Masak Cili Api Nenas

Resipi Kepala Ikan Tengiri Ala Mamak Bonda Chanteq

7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

Bahan-Bahannya:

Halba Campur
Serbuk Kari (dicairkan)
Air Asam Jawa (pekat)
Halia (dihiris)
Bawang Putih (dihiris)
Bawang Merah (dihiris)
Serai (tiadapun tidak mengapa)
Buah Tomato
Sayur Bendi
Santan Pekat
Minyak untuk menumis
Kepala Ikan Tenggiri

Cara-caranya:-

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan alba campur hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dicairkan. Kacau sebati.
  3. Tunggu hingga mendidih, masukkan air asam jawa (pastikan air asam jawa jangan terlalu cair) masukkan kepala ikan tenggiri. Kemudian, masukkan pula santan, buah tomato dan sayur bendi, biarkan mendidih hingga masak.
  4. Untuk masakan kari mamak ni, penggunaan santan pekat hanya sedikit sahaja tidak sama seperti kari Melayu. Manakala lebihkan penggunaan serbuk kari.

Resipi Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api


7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP


Bahan Rebus:-

Ikan tongkol
Bawang putih – Hiriskan
3 keping asam keping
Lengkuas – Hiriskan
Serai – Ketukkan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Masukkan ke semua bahan dalam periuk dan rebuskan sehingga ikan tongkol empuk. Air rebusan tu pulak jangan dibuang, sila asingkan dan buang segala bahan tadi tu. Hanya ambil ikan dan air rebusan semata-mata.

Bahan Kuah Kuning:-

Ikan tongkol yang dah di rebus
Air Rebusan Ikan Tongkol
Santan pekat
2 keping Asam keping
Timun
Kacang panjang
Tomato

Bahan Kisar

Bawang merah
Cili Api
Halia
Kunyit

Cara-caranya:-

Ok bab ni senang kerja korang, ambil periuk, masukkan bahan kisar, air rebusan, santan, asam keeping, kacang panjang, timun dan kacau sehingga ianya mendidih. Jaga elok-elok supaya santan tidak berketul-ketul ya. Kemudian masukkan ikan, tomato dan garam

Sambal Tumis Ikan Sardin kegemaran Seisi Keluarga


7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

Bahan-Bahannya:-

Sardin dalam tin.
Bawang besar
Bawang putih
Cili boh yang ada campuran asam jawa. Kalau tak ada, korang boleh buat air asam jawa ikut kemasaman rasa yang korang inginkan.
Garam
Serbuk perasa (selalu guna sebuk perada Adabi)
Kicap pekat.
Minyak masak

Cara-caranya:-

  1. Panaskan minyak. Goreng sardin terlebih dahulu sampai garing.
  2. Minyak goreng sardin tadi digunakan separuh untuk menumis cili boh.
  3. Bila cili boh dah masak barulah dimasukkan bawang besar dan bawang putih.
  4. Kemudian barulah dimasukkan sardin yang telah digoreng, manakala sos sardin dalam tin yang telah diasingkan dimasukkan sedikit demi sedikit. Tak gunakan semua sos dia
  5. Tambah serbuk perasa, garam dan kicap ikut rasa masing-masing
  6. Dah siap masak bolehlah dihidang.

Resipi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap

7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP


Bahan-Bahannya:-

2 potong ikan pari (dipotong kecil seperti gambar dibawah)
5 tangkai daun kesum (dibersihkan dan ambil daunnya)
2 batang bunga kantan (dibelah 4)
2 batang serai (diketuk)
10 batang bendi (dipotong 2)
1 sudu kecil pes asam jawa
2 senduk cili kering (yang telah dikisar)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit minyak masak
sedikit gula melaka
sedikit air limau nipis
sedikit air
garam secukupnya

Cara-caranya:-

  1. Potong ikan pari seperti saiz diatas dan lumurkan dengan air limau nipis kemudian cuci bersih dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan cili kering goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, halia, dan serbuk kunyit dan kacau hingga garing, masukan pes asam jawa bersama air dan biarkan ia mendidih hingga menggelegak kacau pelahan hingga pecah minyak.
  3. Lepas tu masukan ikan pari, bendi, daun kesum, bunga kantan, serai garam, gula, air limau nipis dan kacau perlahan dan biarkan hingga mendidih seketika.
  4. Dengan menggunakan api perlahan kacau pelahan hingga sayur kelihatan layu atau sayur telah lembut. 
  5. Asam pedas siap untuk dihidangkan, jangan lupa.. hidangkan asam pedas bersama nasi panas, telur masin dan juga hirisan timun

Ikan Sardin Masak Kari


7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP


Bahan-Bahannya:-

1 tin sardin
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar serbuk kari
4 cili padi
1 tangkai daun kari
Sedikit halia
Garam
Asam jawa ( tukar guna asam keping [1])
Ubi kentang (aku saja tambah)

Cara-caranya:-

  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga agak agak rata bergoreng. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali lain. Masukkan cili padi, bawang merah & bawang putih yang dah dihiris, halia dan daun kari sehingga garing dan wangi.
  3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Goreng sehingga rempah garing dan wangi.
  4. Masukkan santan, ubi kentang dan air secukupnya. Tunggu sehingga ubi kentang empuk, baru masukkan ikan sardin, asam keping dan garam. Kalau suka boleh la tambah sos sardin. Angkat dan sedia dihidangkan. 

Resipi Ikan Patin Steam Ala Minah Koboi


7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP


Bahan-Bahannya:-

Ikan patin la of cos.. Sila basuh dgn bersih bg menghilangkan bau hanyir/kolah yg boleh potong steam bila na mkn nnt...

**Tips nya boleh dicuci dgn air asam jawa or limau kasturi...
3 batang serai diketuk
5 cili burung diketuk
5cm halia dimayang kasar
3 ulas bawang putih dimayang
1 ulas bawang merah dimayang
3 tbsp sos tiram
1 tbsp minyak ikan
5 ulas limau kasturi di ambil jus nya sahaja
Garam secukup rasa
* Boleh juga ditambah 1 biji tomato dipotong wedges or carrot jika suka...

Cara-caranya:-

  1. Sediakan semua barang di atas.
  2. Selepas ikan dicuci bersih gaulkan semua bahan di atas bersama ikan.
  3. Steam kan ikan menggunakan pengukus atau na lagi mudah pakai pemanggang ajaib.. Kalo pakai pemanggang ajaib kena add air skit kalo tak hangus ikan tu..jadik ikan bakor pulak nnt... Masak selama 20-35 mins.

Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api Nanas


7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

Bahan-bahan

Ikan Talapia
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Belacan
Kunyit
Serai
Nanas
Cili padi
Santan
Garam + Ajinomoto

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan dengan air garam + air basuh beras (jika ada kosek beras) + tepung + garam untuk hilangkan rasa tanah dan hanyir ikan darat. Kemudian goreng ikan dengan garam kunyit seperti biasa. Goreng garing-garing.
  2. Pada masa yang sama dah boleh mulakan masak lauk. Blend semua bahan di atas kecuali ikan. Haha. Kemudian masukkan dalam periuk/kuali yang telah diisi air mengikut sukatan yang sesuai. Biarkan mendidih. *nak tumis pon boleh. Ikut suka.
  3. Masukkan nanas dan santan. Pastikan api sederhana dan lauk dikacau sentiasa supaya santan tidak berkepala/berbuih. 
  4. Akhir sekali masukkan ikan dan garam serta ajinomoto secukup rasa.

Korang dah dapat idea nak masak resipi ikan yang mana satu untuk berbuka nanti?

Korang cuba sahaja kesemua 7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP ini. Bolehlah nikmati bersama dengan keluarga tercintakan? Boleh juga dimanfaatkan skill dan tambah pengalaman masak menu baru menggunakan ikan. Taklah asyik ikan goreng sahaja nanti kan? Hihi Selamat Mencuba! 

Salam Ramadan Kareem
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu