Friday, May 8, 2020

7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai korang. Musim PKP dan bulan puasa ini, sudah pasti kita semua dah pandai masak. Betul tak? Okey disebabkan kita semua dah terperuk dekat dalam rumah, jadi kali ni CX nak kongsikan kepada korang 10 resipi masakan ikan yang mudah dan sedap. CX gerenti korang boleh cuba buat masakan ikan ini sambil tutup mata sahaja. Aicewah! InShaaAllah mudah, senang, cepat dan sedap. Resipi kali ini adalah himpunan daripada idea² rakan² blogger CX yang dikenali. Hebat semua orang masak kan? Okay jom tengok menu apa yang boleh kita masak menggunakan Ikan.

7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

1. Resipi Kepala Ikan Tengiri Ala Mamak Bonda Chanteq
2. Resipi Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api
3. Sambal Tumis Ikan Sardin kegemaran Seisi Keluarga
4. Resipi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap
5. Ikan Sardin Masak Kari
6. Resipi Ikan Patin Steam Ala Minah Koboi
7. Resipi Ikan Talapia Masak Cili Api Nenas

Resipi Kepala Ikan Tengiri Ala Mamak Bonda Chanteq

7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

Bahan-Bahannya:

Halba Campur
Serbuk Kari (dicairkan)
Air Asam Jawa (pekat)
Halia (dihiris)
Bawang Putih (dihiris)
Bawang Merah (dihiris)
Serai (tiadapun tidak mengapa)
Buah Tomato
Sayur Bendi
Santan Pekat
Minyak untuk menumis
Kepala Ikan Tenggiri

Cara-caranya:-

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan alba campur hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dicairkan. Kacau sebati.
  3. Tunggu hingga mendidih, masukkan air asam jawa (pastikan air asam jawa jangan terlalu cair) masukkan kepala ikan tenggiri. Kemudian, masukkan pula santan, buah tomato dan sayur bendi, biarkan mendidih hingga masak.
  4. Untuk masakan kari mamak ni, penggunaan santan pekat hanya sedikit sahaja tidak sama seperti kari Melayu. Manakala lebihkan penggunaan serbuk kari.

Resipi Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api


7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP


Bahan Rebus:-

Ikan tongkol
Bawang putih – Hiriskan
3 keping asam keping
Lengkuas – Hiriskan
Serai – Ketukkan
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Masukkan ke semua bahan dalam periuk dan rebuskan sehingga ikan tongkol empuk. Air rebusan tu pulak jangan dibuang, sila asingkan dan buang segala bahan tadi tu. Hanya ambil ikan dan air rebusan semata-mata.

Bahan Kuah Kuning:-

Ikan tongkol yang dah di rebus
Air Rebusan Ikan Tongkol
Santan pekat
2 keping Asam keping
Timun
Kacang panjang
Tomato

Bahan Kisar

Bawang merah
Cili Api
Halia
Kunyit

Cara-caranya:-

Ok bab ni senang kerja korang, ambil periuk, masukkan bahan kisar, air rebusan, santan, asam keeping, kacang panjang, timun dan kacau sehingga ianya mendidih. Jaga elok-elok supaya santan tidak berketul-ketul ya. Kemudian masukkan ikan, tomato dan garam

Sambal Tumis Ikan Sardin kegemaran Seisi Keluarga


7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

Bahan-Bahannya:-

Sardin dalam tin.
Bawang besar
Bawang putih
Cili boh yang ada campuran asam jawa. Kalau tak ada, korang boleh buat air asam jawa ikut kemasaman rasa yang korang inginkan.
Garam
Serbuk perasa (selalu guna sebuk perada Adabi)
Kicap pekat.
Minyak masak

Cara-caranya:-

  1. Panaskan minyak. Goreng sardin terlebih dahulu sampai garing.
  2. Minyak goreng sardin tadi digunakan separuh untuk menumis cili boh.
  3. Bila cili boh dah masak barulah dimasukkan bawang besar dan bawang putih.
  4. Kemudian barulah dimasukkan sardin yang telah digoreng, manakala sos sardin dalam tin yang telah diasingkan dimasukkan sedikit demi sedikit. Tak gunakan semua sos dia
  5. Tambah serbuk perasa, garam dan kicap ikut rasa masing-masing
  6. Dah siap masak bolehlah dihidang.

Resipi Asam Pedas Ikan Pari Meletop Sedap

7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP


Bahan-Bahannya:-

2 potong ikan pari (dipotong kecil seperti gambar dibawah)
5 tangkai daun kesum (dibersihkan dan ambil daunnya)
2 batang bunga kantan (dibelah 4)
2 batang serai (diketuk)
10 batang bendi (dipotong 2)
1 sudu kecil pes asam jawa
2 senduk cili kering (yang telah dikisar)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit minyak masak
sedikit gula melaka
sedikit air limau nipis
sedikit air
garam secukupnya

Cara-caranya:-

  1. Potong ikan pari seperti saiz diatas dan lumurkan dengan air limau nipis kemudian cuci bersih dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan cili kering goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, halia, dan serbuk kunyit dan kacau hingga garing, masukan pes asam jawa bersama air dan biarkan ia mendidih hingga menggelegak kacau pelahan hingga pecah minyak.
  3. Lepas tu masukan ikan pari, bendi, daun kesum, bunga kantan, serai garam, gula, air limau nipis dan kacau perlahan dan biarkan hingga mendidih seketika.
  4. Dengan menggunakan api perlahan kacau pelahan hingga sayur kelihatan layu atau sayur telah lembut. 
  5. Asam pedas siap untuk dihidangkan, jangan lupa.. hidangkan asam pedas bersama nasi panas, telur masin dan juga hirisan timun

Ikan Sardin Masak Kari


7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP


Bahan-Bahannya:-

1 tin sardin
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar serbuk kari
4 cili padi
1 tangkai daun kari
Sedikit halia
Garam
Asam jawa ( tukar guna asam keping [1])
Ubi kentang (aku saja tambah)

Cara-caranya:-

  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga agak agak rata bergoreng. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali lain. Masukkan cili padi, bawang merah & bawang putih yang dah dihiris, halia dan daun kari sehingga garing dan wangi.
  3. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Goreng sehingga rempah garing dan wangi.
  4. Masukkan santan, ubi kentang dan air secukupnya. Tunggu sehingga ubi kentang empuk, baru masukkan ikan sardin, asam keping dan garam. Kalau suka boleh la tambah sos sardin. Angkat dan sedia dihidangkan. 

Resipi Ikan Patin Steam Ala Minah Koboi


7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP


Bahan-Bahannya:-

Ikan patin la of cos.. Sila basuh dgn bersih bg menghilangkan bau hanyir/kolah yg boleh potong steam bila na mkn nnt...

**Tips nya boleh dicuci dgn air asam jawa or limau kasturi...
3 batang serai diketuk
5 cili burung diketuk
5cm halia dimayang kasar
3 ulas bawang putih dimayang
1 ulas bawang merah dimayang
3 tbsp sos tiram
1 tbsp minyak ikan
5 ulas limau kasturi di ambil jus nya sahaja
Garam secukup rasa
* Boleh juga ditambah 1 biji tomato dipotong wedges or carrot jika suka...

Cara-caranya:-

  1. Sediakan semua barang di atas.
  2. Selepas ikan dicuci bersih gaulkan semua bahan di atas bersama ikan.
  3. Steam kan ikan menggunakan pengukus atau na lagi mudah pakai pemanggang ajaib.. Kalo pakai pemanggang ajaib kena add air skit kalo tak hangus ikan tu..jadik ikan bakor pulak nnt... Masak selama 20-35 mins.

Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api Nanas


7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP

Bahan-bahan

Ikan Talapia
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Belacan
Kunyit
Serai
Nanas
Cili padi
Santan
Garam + Ajinomoto

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan dengan air garam + air basuh beras (jika ada kosek beras) + tepung + garam untuk hilangkan rasa tanah dan hanyir ikan darat. Kemudian goreng ikan dengan garam kunyit seperti biasa. Goreng garing-garing.
  2. Pada masa yang sama dah boleh mulakan masak lauk. Blend semua bahan di atas kecuali ikan. Haha. Kemudian masukkan dalam periuk/kuali yang telah diisi air mengikut sukatan yang sesuai. Biarkan mendidih. *nak tumis pon boleh. Ikut suka.
  3. Masukkan nanas dan santan. Pastikan api sederhana dan lauk dikacau sentiasa supaya santan tidak berkepala/berbuih. 
  4. Akhir sekali masukkan ikan dan garam serta ajinomoto secukup rasa.

Korang dah dapat idea nak masak resipi ikan yang mana satu untuk berbuka nanti?

Korang cuba sahaja kesemua 7 Resipi Ikan yang Mudah dan Sedap untuk Dicuba di Musim PKP ini. Bolehlah nikmati bersama dengan keluarga tercintakan? Boleh juga dimanfaatkan skill dan tambah pengalaman masak menu baru menggunakan ikan. Taklah asyik ikan goreng sahaja nanti kan? Hihi Selamat Mencuba! 

Salam Ramadan Kareem
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

No comments: