Saturday, May 2, 2020

Resipi Nasi Tomato Ayam Masak Merah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Setiap hari dalam bulan Ramadhan, benda yang selalu dilakukan oleh para ibu adalah memikirkan menu untuk sahur dan juga berbuka. Betul tak? Tiap hari dalam kepala kita mesti ada menu yang hendak dimasak. CX pon tidak terlepas untuk merasinya. Tambahan pula musim PKP sekarang ini kan? Lagi macam² menu berlegar dalam kepala. Encik suami pon turut serta fikir sebab beliau yang agak cerewet untuk menu berbuka. Sejenis tak makan nasi putih berlauk tapi kalai nasi yang ada rasa, he is okay. Makanya, kami bersatu gabung akal fikiranlah nak masak apa kan setiap hari. Tapi mudah juga sebab kita boleh terus masak sahaja bila dah tahu nak makan apa. Senang kerja mak². CX pula sejenis tak kisah berbuka apa pon. Semua CX bedalkan. Almaklum, membela anak yang menyusu hehe.

Hari ini, menu CX adalah nasi tomato dan ayam masak merah serta acar timun. Ini pertama kali CX masak nasi tomato seumur hidup haha. Tapi hasil dia? Sedap oii! Haha! Bukan puji diri sendiri tapi nak bagitahu yang sekarangkan semua benda dihujung jari. Tahu atau tidak, kita cuba sahaja. Sedap oi! Suami pon kata sedap. Cukup serba serbi rasa segala. Alhamdulillah. Okay meh CX belanja resipi. Nasi tomato mudah sangat bersama ayam masak merah dan acar timun campak². Hahaha!


Resipi Nasi Tomato Simple
Bahan B :
3 pot beras Basmati
4 sudu besar susu cair
4 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil garam
Air 750ml (ikut sukatan beras masing²)

Bahan A : Tumis
2 sudu besar planta
2 sudu besar minyak masak
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
1 inci halia
1 biji tomato - cincang halus
2 biji bawang besar (blend)
5 ulas bawang putih (blend)
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun pandan disimpul (Cx guna ektrak pandan)

Cara² Penyediaan
1. Masukkan minyak dan planta ke dalam periuk nasi elektrik. Biarkan panas
2. Setelah periuk nasi panas, masukkan bahan-bahan menumis iaitu bahan A. Tumiskan hingga naik bau.
3. Setelah naik bau, masukkan bahan bahan B  kecuali beras. Biarkan mendidih
4. Setelah mendidih masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air mengikut sukatan jari.
5. Tutup periuk nasi dan biarkan sehingga masak.


Resipi Ayam Masak Merah Mudah
Bahan untuk ayam
Ayam setengah ekor (Gaul kunyit dan goreng separuh masak)
1 biji bawang besar (blend)
3 ulas bawang putih di blend
3 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
1 inci halia
2 biji bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 biji tomato (dibelah 4)
Air ½ cawan
Gula 1½ sudu besar
4 sudu besar cili sos

Cara masak
1. Masukkan minyak panas ke dalam kuali. Biarkan minyak benar-benar panas.
2. Masukkan bawang merah,  bawang putih, halia yang telah di kisar bersama bunga lawang, kayu manis dan juga halia ke dalam kuali. Tumiskan sehingga naik bau dan cili pecah minyak.
3. Setelah ini pecah minyak dan garing, masukkan empat sudu besar cili sos
4. Kemudian masukkan ayam goreng yang telah dimasak tadi, asam keping dan juga air.
5. Biarkan sehingga masak dan tutup api


Resipi Acar Timun
Bahan² dan cara
Timun, Tomato dan Nenas.
Dipotong dadu atau hiris nipis nipis. Masukkan sedikit garam dan gula, gaul hingga sebati.

Alhamdulillah kenyang makan berbuka tadi. Esok nak masak apa pula? Hahah! Nantikan menu seterusnya okay. CX ni beriya masak dan ambil gambar tau setiap kali masak tapi tak juga update dekat blog. Haha! Dekaf IG pon tak juga upload. Haha. CX siap edit dah gambar dalam gallery tau tapi itulah, buat pekasam. Tunggu rajin, CX memang akan update entry macam hari ini hahhaha. Okay bai korang. Selamat mencuba! 

Salam Ramadhan Kareem
Lahirkanlah Keihlasan dihatimu

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

dari awal MCO da pening kan menu2 harian.. ni tambah puasa lagila hehe.. kite suka tengok kawan2 share gmbr makanan n menu. kasi idea nk masak apa =D