Cara (Tutorial) Buat Thumbnail Youtube Menggunakan Smartphone

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Cara (Tutorial) Buat Thumbnail Youtube  Menggunakan Smartphone

Jika sebelum ini, platform Facebook menjadi pilihan untuk berkongsi dan menjana pendapatan sampingan bagi para blogger serta peniaga². Kemudian beralih kepada twitter dan kini lebih ramai tertarik untuk menjana pendapatan serta berkongsi maklumat di Youtube Channel.  Cx juga tidak terkecuali ya. Jika sebelum ini rasa macam tak sempat nak kawal banyak² platform tapi kali ini CX twist pemikiran untuk "kenapa tak cuba sahaja?." Makanya terhasilnya channel "Chaza Xiaojie" bulan lepas. Alhamdulillah. Sebulan pertama CX berjaya dapat subscriber 94 orang. Hampir 100. Ianya satu perkembangan yang baik untuk newbie macam CX ni. Syukur.

Thumbnail
Cara (Tutorial) Buat Thumbnail Youtube Menggunakan Smartphone
Youtube Channel ni CX buat bukan sekadar suka² tapi ada hala tujunya tetapi dikayuh secara perlahan². Taknak terlalu laju dan terkejar². Biar lambat, asal selamat.  Sebelum CX buat channel ni, CX study serba sedikit berkaitan YT. Alhamdulillah sedikit sebanyak ilmu itu kita korek dan kumpul.  Mudah-mudahan akan memberi manfaat dalam perkongsian CX ke kan? CX memang buat channel YT untuk berkongsi ilmu yang CX ada atau sebarang perkongsian yang mudah-mudahan bermanfaat waima seorang. Jadi, bila terhasilnya channel ni, CX dapat upload enam belas video dah. Video awal² memang tak pandai lagi. Belum gali ilmu. Video yang keenam baru CX mula buat video dengan ilmu study di Youtube channel juga.  Alhamdulillah. 

Cx sejenis yang sangat suka bila masuk bab-bab edit gambar dan video.  Minat sangat, cumanya tidak ada masa yang mencukupi untuk fokus.  Waima dulu CX ni ambil jurusan Pengurusan Sistem, tapi sayang tidak dipraktikkan.  Rugi kan?  Jurusan pengurusan sistem ini memang kalau kita betul betul belajar dan mendalaminya secara baik, memang boleh jadi orang sistem yang tolong buat dan reka website orang.  Boleh buat duit ribu ribu untuk satu website tau.  Tapi CX rugi. hahah!  Belajar main-main tak fokus betul betul.  Nasib baik pointer cantik tiga ke atas. huhu Dapatlah habiskan belajar dengan kelas kedua teratas.  Bolehlah nak tapi kalau korang tanya CX untuk sistem, memang zero. hahah! Minta maaflah banyak-banyak. Habis kosong tak ingat apa dah. 


Cara (Tutorial) Buat Thumbnail Youtube Menggunakan Smartphone

Okay, di Youtube Channel CX, ada disertakan Cara (Toturial) Buat Thumbnail Menggunakan Smartphone.  Sunnguhlah kalau kita buat video tutorial, lebih mudah dan senang untuk orang faham dan apply.  Korang boleh rujuk di video CX bawah ini okay.  Kalau korang suka cara tutorial buat thumbnail menggunakan smartphone ini, jemputlah subcribe dengan loceng sekali ya.  Jangan lupa sedekah like dan komen serta share jika suka juga bermanfaat. Terima kasih korang!

Semoga Bermanfaat
Lahirkanlah Keikhlasan DiHatimu

Post a Comment

16 Comments

Izyan Balqis said…
Tq cx buat tutorial ni. Mudahkan IQ edit thumbnail IQ
ray said…
paling x reti nak edit thumbnail. tgk org buat senang je tp bila nak try buat, hahhaaha give up terus XD
marsha said…
Baru tau CX amik jurusan pengurusan sistem. Patut lah terer...hihi
Cik Nor said…
good sharing syaza..:)
Nadia Johari said…
Nad buat thumbnail biasa je.. Bagus chaza buat tutorial ni.. Boleh org tau nak edit macam mna
Ardini Humaira said…
Dni tak sempat godek lagi buat thumbnail YT. Kreativiti tak datang-datang. Duk tengok yt orang cecantik haduiii terliur juga. Mana lah kerajinan pergu raya tak balik balik lagi ni 😅
Ai said…
Dah subscribe channel youtube CX =)
Yaya Azura said…
Thanks CX sudi share ilmu..
Marina Bashah said…
Takde masa lagi nak buat. Thank you share cx. Nanti ada masa nak buat jugak
Yanieyusuf.com said…
Wahb tq sharing.. yanie suka pakai canva ..
Tini Alif said…
Thanks for sharing Chaza... saya memang suka tengok tutorial... rasa lebih dekat... kadang-kadang tu bila baca je macam tak boleh nak imagine kan... bila tengok tutorial, haaa, terus boleh buat praktikal sekali... nanti saya nak cuba buatlah sepertimana yang Chaza buat tu... hehehehe...
sama lah kita tengah nak kayuh perlahan-lahan.
sama lah kita tengah nak kayuh perlahan-lahan.
ilmu yang bermanfaat, terima kasih CX