Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah

Selama ini CX tidak ambil pusing sangat bila melibatkan penapis air sebab kononnya masih menyewa rumah dan tidak mahu bersusah payah cabut pasang di kemudian hari.  Tapi sejak CX terjumpa satu jenama penapis air yang sangat mudah untuk dipasang cabut,  CX jadi tertarik untuk mencubanya sendiri.  Lagipun di kawasan perumahan CX ini, air memang terus daripada saluran paip luar.  Memandangkan kami pon tiada tangki, tahap air yang kami terima adalah tidak diketahui tahap kebersihan dia. 

Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah

Maksud CX di sini adalah air yang disalurkan ke rumah CX akan melalui laluan-laluan paip di setiap ruang yang ada sebelum sampai ke rumah CX.  Jadi di situ, kita memang tak boleh  nak tahu sejauh mana eloknya air yang kita gunakan selama ini.  Patutlah ramai orang pakai dan pasang penapis air ya di rumah.  Tidak hanya penapis air di luar rumah, dalam rumah pon mereka pasang sekali.  Betapa telitinya mereka akan kebersihan penggunaan air sebab ianya adalah satu kewajipan dalam penggunaan harian kita.  

Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah 

Tambahan lagi bila CX lakukan kerja membersih dalam rumah.  Terutamanya apabila basuh pinggan, cuci baju menggunakan mesin basuh dan mandi.  Kadang-kadang itu bila CX tengah cuci pinggan, tiba-tiba keluar air karat tau.  Air kadang-kadang tak jernih betul dan sedikit kekuningan.  Begitu juga kalau basuh baju menggunakan mesin basuh.  Baju putih kebiasannya akan ada kesan selepas basuh.  Itu semua punca daripada air kita yang tidak diketahui sejauh mana tahap bersih dia.  Lagi-lagi sekarang ni tahap klorin dalam air seharian penggunaan kita semakin tinggi.  Air yang tidak bersih juga menjadi punca segala penyakit.  Tak semua orang disiplin dalam memelihara sumber asli dan semulajadi di bumi kita.  Jadi, jom CX kenalkan penapis air di dalam rumah daripada Clear Living. 

Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living

Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living merupakan penapis air yang sangat sesuai untuk penggunaan di rumah.  Tidak kira rumah kita kecil atau besar, penapis air Clear Living ini sangat disyorkan.  Penggunaan di rumah yang dimaksudkan adalah seperti contoh mesin basuh, air mandian (shower) dan singki.  Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living ini sangat adalah penyelesaian air di rumah yang terbaik kerana ianya dicipta dengan daya tahan kotoran yang tinggi. Ini serius tau sebab ianya mampu dan berfungsi untuk;
  1. Membuang kotoran yang kebiasannya akan menyebabkan dan meninggalkan kesan di pakaian, lebih-lebih lagi kain putih seperti baju sekolah. 
  2. Mengurangkan klorin yang terdapat di saluran paip air mandi (shower).  Kebiasaannya klorin akan melekat di saluran paip air yang menyalurkan air kepada penggunaan kita.

Aksesori yang Lengkap Diberikan
Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah


Cara Pasang yang Mudah

Kelebihan Clewanwash Multipurpose Water Filter Clear Living ini pada CX adalah ianya sangat mudah untuk dipasang.  Tidak memerlukan pemasangan yang sulit dan kepakaran pakar.  Kita sendiri boleh buat.  Semua arahan kita boleh baca dan ikut sahaja.  Selain itu, kalau kita beli set penapis air Clear Living ini, dia memang akan bagi satu set lengkap untuk kita.  Tak payah lagi nak pening untuk cari barang tambahan, sambungan segala bagai.  Sampai sahaja barang, buka parcel, dah boleh terus pasang dengan merujuk arahan pemasangan yang dibekalkan.  Harga pon sangat mampu milik tau. Bagi setiap penggunaan katrij, apabila katrij putih dah bertukar warna kepada coklat dan akhirnya coklat pekat, itu adalah tandanya perlu tukar dah okay.

Set Lengkap Penapis Air Clear Living dan Aksesorinya adalah merangkumi;

  • 1 x perumahan penapis air dengan kartrij Premium
  • 1 x kepala penyesuai mesin basuh
  • Selang flexi 1 x 20cm
  • Penukar lelaki 1 x 3/4 "hingga 1/2"
  • Penukar wanita 1 x 3/4 "hingga 1/2"

Cara Tukar Katrij
Cleanwash Multipurpose Water Filter

Fungsi Filter adalah mengurangkan kerosakan kepada elemen di dalam air
Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living: Penyelesaian Sumber Air di Rumah

Water Filter Clear Living Bantu Selesaikan Masalah Air di Rumah 

Alhamdulillah, akhirnya dalam rumah CX dah ada penapis air. Seronok sangat rasa.  CX pasang dua tempat sekaligus, di singki dan mesin basuh.  Tempat utama yang paling penting setakat ini. Jadi korang, kalau nak dapatkan Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living ini , rujuk sahaja link yang CX kongsikan di bawah okay.  Tidak rugi kalau korang cuba dan tambah sedikit usaha untuk mengubah kehidupan kita kepada lebih baik. InshaAllah.  Apa yang best bila korang guna Cleanwash Multipurpose Water Filter ini dekat shower, ianya membantu untuk menguragkan klorin tau! Suka tak?

Okay, makluman korang, harga bagi satu set lengkap Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living ini adalah RM88.00 sahaja.  Katrij tambahan tidak termasuk ya dalam set ini .  Setiap pengeposan barang adalah tidak termasuk caj penghantaran.   Jadi, kalau korang nak beli, macam biasa harga caj penghantaran adalah RM8.00 bagi setiap perjalanan dalam satu pembelian.  Bagi Sabah Sarawak pula adalah RM15.00.  

Perbandingan sebelum dan selepas sekali penggunaan Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living.  Katrij yang gambar bawah dah menjadi sedikit kekuningan.

Tapi, kalau korang buat pembelian bernilai RM100 ke atas, korang akan diberikan pengeposan secara percuma bagi kawasan semenanjung Malaysia.  Jadi dekat sini, CX nak sarankan dekat korang supaya membeli sekali banyak.  Contoh kalau CX sendiri, lepas beli set Cleanwash Multipurpose Water Filter ini, CX akan beli sekali dengan katrij tambahan supaya senang nanti nak tukar katrij bila dah kotor. Lepastu, dapatlah kita pengeposan percuma kan? hehe


Jom Tengok CX unboxing dan review di sini 

Giveaway Menang Cleanwash Multipurpose Water Filter Clear Living

Okay, CX nak bagitahu korang ni.  CX ada jalankan satu Giveaway untuk korang.  Kalau korang join Giveaway CX ini, korang berpeluang untuk memenagi set Cleanwash Multipurpose Water Filter daripada Clear Living CX akan mulakan GA di Facebook Chaza Xiaojie okay .  Korang hanya perlu ikut terma dan syarat yang CX kemukakan.  Mudah sangat.  Tak susah pon. Apa yang paling penting, CX akan pilih LIMA orang sebagai PEMENANG.  Suka tak? Ya, LIMA ORANG PEMENANG! Kalau korang suka, jom ke Facebook CX sekarang dan join GA tersebut. 

Hanya perlu bayar RM0.99 sen sahaja untuk Water Filter yang asalnya berharga RM88 tau! Jimat banyak ni! Rugi kalau tak join.  CX akan pilih pemenang pada 30hb Jun 2020 okay.  Tapi kalau korang tak terpilih, jangan risau, sedih dan berputus asa, pada 3hb Julai 2020 ini, Clear Living akan lancarkan KEMPEN juga tau. Jadi, nantikan di Facebook CX dan Clear Living Malaysia untuk maklumat lanjut! 

Mudah-mudahan ada rezeki korang untuk menang salah satu dan dapat hadiah satu set Cleanwash Multipurpose Water Filter.  Jadi, CX ucapkan, semoga berjaya untuk korang! Jangan lupa kongsi sekali supaya kawan-kawan korang pon boleh menang sama!


Norma Baharu 2020
Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu

Post a Comment

10 Comments

Abam Kie said…
Bagus gak penapis air kecil ni. Kena try la...
ajumohit said…
berpatutan harganya kan cx, elok pakai water filter ni, dan yang penting kene kerap buat maintenance juga
Marina Bashah said…
Thank you sharing info pasal ni. Wahh ada contest. Bolehla join nanti.
Fiza Aizzawa said…
air sekarang nie mmg elok ditapis.. baru rse selamat nak guna masak dan minum
Erra Kyra said…
Betul tu CX.. skrg kena betul2 cari air yg bersih sihat.. tq ya sharing reviewnya.. the👍👍😄
sitirohaida said…
wah hebat betul teknologi zaman sekarang ni kan..Harus ni dapatkan satu
Yang comel tak makan ruang sangat, sesuai untuk dapur kecil... macam rumah Bonde, bestnya ada contest.. Good luck
marsha said…
Nampak senang je ni cx...akak nak join lah GA yang CX buat tu
Nadia Johari said…
Bgus guna nk i.. Kecik..firstime nampak jenis mcm ni..
Ai said…
Nak cuba join juga ni.