Pengalaman Potty Train Anak Usia Dua Tahun

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pengalaman Potty Train Anak Usia Dua Tahun

Musim PKP ini jika dilihat daripada segi positif, banyak benda kita boleh belajar.  Banyak benda Allah kurniakan keizinan perkara yang jarang kita dapat buat, Allah bagi masa dan peluang untuk dilakukan bersama keluarga tercinta tanpa sebarang halangan.  Cx juga tidak terkecuali waima selama ini memang duduk rumah.  Bekerja juga dari rumah.  Cuma bezanya adalah, suami ada depan mata 24/7.  Tambahan dengan kehadiran anak ketiga, masa yang ada adalah berbeza dan dapatlah CX uruskan masa bersama suami.  Kami sama-sama buat semua perkara. Saling membantu dalam menghadapi kehidupan harian.  Alhamdulillah. Waima musim PKP, rezeki kami cukup dengan izin Allah. 

Namun sebagai ibu bapa musim Pkp ni, kita jugalah jadi guru untuk anak-anak kita belajar pembelajaran yang sepatutnya diajar oleh guru. Tapi tidak mengapa. Ada juga hikmah tersembunyi yang Allah nak berikan.  Okay, kali ni CX nak cerita pengalaman potty train anak usia dua tahun.  Anak CX ini masih belum cecah usia tiga tahun.  Namun, perkembangan dia Alhamdulillah dengan izin Allah, terpantas.  Almaklum ada abang dia sebagai mentor utama.  Semua perkara dia nak ikut buat sama.  Padahal dia seorang perempuan.  Ada perkara yang kami akan tegur dan ajar juga sebab didikan anak perempuan kan lebih rumit. Banyak pantang larang, adab dan adat.  Anak CX ketika nak potty train ini, dia sangat senang.  Apa yang menjadi pengalaman berharga adalah apabila dia dah pandai bagitahu nak buang air kecil dan besar tapi taknak buang pampers tau. 

Pengalaman Potty Train Anak Usia Dua Tahun

Beli Panties Kegemaran Anak

Memang bersabar sahajalah.  Seronok sangat agaknya pakai pampers sampaikan taknak lepas. hahah. Tapi CX tetap pujuk juga.  Selalu cakap, kakak kalau nak buang air, bagitahu mak. Ya memang dia bagitahu ya tapi setelah hajatnya dilepaskan dalam pampers. Bertuah punya anak. Jika sebelum ini, si abang lain ragamnya.  Boleh baca Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun di SINI. Ragam adik dia lain pula.  Disebabkan selalu sangat dia sengaja taknak putus pampers, maknya CX belikanlah panties kegemarannya.  Nak tahu apa panties kegemaran dia? Frozen! haha Nak Elsa dan Anna.  Lepastu nak warna pink.  Kemahen lagi anak Cx ni tau.   Tapi tidak mengapa, Potty Train punya pasal, mak abah sanggup pergi beli waima kemain mahal Nauzubillah.  Kalah harga orang dewasa.  

Masalah Diawal Latihan

Tapi anak Cx memang teruja habis!  Seronok dia. Terus taknak pakai pampers. Nak pakai panties pula memanjang.  Masalah sekarang ada dua iaitu, bilangan panties hanya ada empat helai sebab kononnya nak latih sahaja dulu tapi tak sangka dia nak pula pakai selalu.  Masalah kedua, bila malam, belum lepas lagi untuk anak CX tak pakai pampers. Kang tak memasal nak kena basuh tilam. Dahlah berat, tebal, siapa nak angkut pikul jemur ke depan? CX balik yang dihempapnya nanti.  

Pengalaman Potty Train Anak Usia Dua Tahun

Disebabkan dalam beberapa minggu anak cx dilatih untuk betul-betul dapat kawal pergi ke tandas, Cx perhati juga jika waktu malam dia masih buang air atau tidak dalam pampers.  Selepas disuruh buang air sebelum tidur setiap hari, akhirnya anak Cx bebas pampers sepenuhnya.  Tips dia ikut link yang cx dah share di atas ya untuk Tips Potty Train Seawal Tiga Tahun.  Alhamdulillah sekarang ni, kalau anak CX ditanya; kakak nak pakai pampers lagi tak? cepat sahaja dia geleng kepala .  Lepastu dia ketawa. Alhamdulillah dah jimat duit dan lepas satu fasa anak-anak.  Lepas ni anak nombor tiga pula. tunggu lagi setahun dua. hehe. Terus kami belikan anak dara panties baru warna pink banyak-banyak. hihi suka dia. 

Okay, korang pula dah berjaya buat apa musim pkp ni? Lama sungguh Pkp kita ni kan? Semoga Allah kurniakan keizinan untuk matikan covid 19 dan kembalikan keadaan yang baik buat kita meneruskan kehidupan seperti biasa. Amin. 

Semoga Bermanfaat
Lahirkanlah keikhlasan di Hatimu

Post a Comment

8 Comments

SalinaJohari said…
Tq sharing. Nak try gakla kat anak sebab ni dah 4 tahun still pakai pampers tapi bila nak chichi..pandai lak dia ke toilet..huhuhu
marsha said…
Akak ada pengalaman potty anak 1st. Yang boy no 2 ni belum potty lagi...asik terbabas jek.Doakan akak berjaya ye cx.
Izyan Balqis said…
Yeay! Tahniah anak cx. Anak IQ lambat potty training sebab mak dia asyik bertangguh dan sibuk 😂😂
Nadia Johari said…
Anak nad lambat, tapi takpela sekurgnya dia dh beljr tak berpampers..
Nina Mirza said…
Caiyok caiyok! Anak² kak nina pun Alhamdulillah, cukup umur 2 tahun dah ajar tanpa pampers. Alhamdulillah dipermudahkan. Jimat duit bulanan
tarmizi said…
Wow 3 tahun dah berjaya malangnya anak Kami 4 tahun masih belum berjaya poti train doakan Kami pula ye.
Huda Halid said…
Bagus lah belum umur 3 tahun dah potty train. Ada org kata potty train anak perempuan lebih senang. Betul ke? Anak huda dua2 lelaki, lambat potty train diorang.
Marina Bashah said…
Thank you share tips ni. Senang anak kalau dah tak pakai pampers