Single Terbaharu Blackpink: How You Like That Mencecah Tontonan 91 Million dalam Tempoh 24 Jam di Youtube

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Single Terbaharu Blackpink: 'How You Like That' Mencecah Tontonan 90 Million dalam Tempoh 24 Jam di Youtube

Jika sebelum ini, ramai mula mengenali Blackpink dengan lagu-lagu hits mereka seperti Kill This Love dan juga Ddu Du Ddu Du. Setiap kali keluar lagu baharu, pasti lagu mereka menjadi tular dalam sekelip mata.  Blackpink adalah sebuah kumpulan muzik wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment.  Ahli Blackpink terdiri daripada empat orang iaitu Kim Ji-soo sebagai penyanyi utama, Jennie Kim sebagai vokal, Roseanne Park pula vokal utama dan Lalisa Manoban lebih kepada sub-vokal. Cx pon tidak terkecuali untuk ambil tahu tentang Blackpink.  Waima dah makin tua, tapi halwa telinga masih boleh layan lagi genre lagu-lagu anak muda masa kini. Gitttew! Baru 30+ CX oii! 

blackpink
How You Like That 2020
Lisa Blackpink Sebagai Rapper untuk Lagu How You Like That

Baru sahaja setahun berlalu ahli kumpulan Blackpink hits dengan lagu mereka bertajuk Kill This Love dengan 57.9 Million viewers di Youtube.  Kini Blackpink kembali dengan single terbaharu yang mampu pecah rekod 90 Million viewers di Youtube Channel.  Daebak Blackpink! CX pon tengok juga video dia.  Layan juga lagu Blackpink How You Like That ini. Ternyata tidak mengecewakan.  Muzik lagu rancak macam biasa, sedap didengar.  Tidak menjengkel dan macam biasa ahli kumpulan blackpink sangat rancak dan aktif di atas pentas.  Penampilan Lisa sebagai rapper dalam video muzik kali ini sangat menarik perhatian.  Lagipun sebelum ini ahli kumpulan blackpink pernah berkolaborasi bersama penyanyi terkenal Lady Gaga menerusi lagu bertajuk sourcandy yang kita sudah menjadi 64 juta penonton dan pendengar di youtube channel. 

blackpink
How You Like That Blackpink 

Maksud Disebalik Lagu How You Like That

Lagu Blackpink How You Like That lebih menceritakan kisah karma percintaan dioranglah lebih kurang.  Si lelaki tak suka dekat diorang dan bila diorang dah kembali dengan kebanggaan, diorang banding-bandingkan apa yang dia suka dengan girlfriend dia berbanding/berbeza dengan diorang sebelum ini.  Lebih kurang macam balas dendam juga jenis lagu dia.  Itu apa yang CX fahamlah. Maaf kalau salah tafsir ya peminat Blackpink. hehe. Okay, jom CX belanja lagu blackpink Houw You LIke That yang dah mencecah tontonan sebanyak 91 million di youtube channel dalam tempoh 24 jam.  Tahniah Blackpink! 

Okay, semoga korang terhibur layan lagu hits terbaharu daripada Blackpink bertajuk How You LIke That di sini.  Tengok diorang rancak menari pon salah satu kelekaan dan kealpaan duniawi. hahaha! Eh! kbai! Kang kena kecam pula.  Tak memasal. hahaha. CX tengah update entry ini pon dok melayan lagu-lagu hits daripada Blackpink ini tau.  Almaklum, suka juga lagu-lagu diorang. Tambah lagi dok menari terkinja-kinja.  Halah-halah CX pon terjebak sama! 

How You Like That
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

2 Comments

Cik TK said…
kawan-kawan saya minat dengan blackpink ni, sejak semalam dengar diorang dok cakap-cakap pasal lagu ni. Jadinya saya pun layan lagu baru diorang ni..
mags premiums said…
www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...