Saturday, June 20, 2020

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

Hai salam hari minggu buat semua pembaca.  Semalam sebenarnya tak masak dekat rumah sebab CX makan dekat rumah nenek.  Masak dan makan berjemaah kami anak beranak.  Almaklum rumah sekangkang kera.  Alhamdulillah seronok makan bersama.  Tapi menjadi sedikit masalah apabila waktu malam, dah tahu nak makan apa tau. haha! Iyalah, malam nak makan apa kalau makanan siang dah habis? Rancangnya nak masak puyuh goreng sambal sahaja tapi tengah-tengah leka tengok televisyen dengan suami, tiba-tiba iklan McD keluar tau.  Sejak dia dilancarkan, CX dok usha baik punya. Tapi tadi tiba-tiba rasa macam "Bang, jom makan burger McD baru Thai tu, macam menarik je" .  

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

Macam biasa encik suami tidak menolak dan melayankan tekak isteri dia ini. Makanya kami pon keluar pergi drive-thru untuk mencuba menu burger McD terbaharu.  Burger McD 2020 baharu iaitu Thai Green Curry Burger.  Harga Mcd baru ini boleh tahan.  Sekarang Mcd tengah buat promosi tau, kalau korang beli satu set Thai Green Curry Burger, korang boleh jimat.  Mana tidaknya, harga satu set lengkap adalah lebih kurang RM19+.  Tapi Mcd bagi harga promosi cuma RM16+ sahaja tau.  Pergi Mcd sekarang dan dapatkan menu baharu 2020 Mcd okay. Eh! terpromosi pula. 

Ala Carte dan Happy Meal

Kami anak beranak tidak ambil set pun, CX dan suami beli ala carte sahaja.  Suami makan McChicken, CX sahaja yang makan Thai Green Curry Burger.  Dia ada dua tau, dulu ikan sahaja.  Sekarang yang terbaru adalah ayam.  Fuh! memang CX pilih ayamlah. Nak juga yang latest kata orang. hehe. Anak-anak pula macam biasa diorang akan minta Happy Meal McChicken Burger.  Nak buat koleksi mainan Mcd macam biasalah.  Okay jom CX kongsikan sedikit review jujur setelah makan Thai Green Curry Burger menu baharu 2020 McDonald. Disebabkan CX punya ala carte sahaja, makanya dia murahlah sedikit. Total semua tadi cuma RM37+ sahaja. Alhamdulillah.

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?


Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

Review CX: Thai Green Curry Chicken Burger McDonald

Pada CX, Thai Green Curry Burger McDonald yang baharu menggunakan daging ayam; Thai Green Curry Chicken Burger adalah sedap.  CX boleh bagi lima ke enam bintang daripada sepuluh sahaja.  Secara jujurnya, rasa dia sedap biasa-biasa macam kita makan tomyam.  Sesedap rasalah bagi tekak CX.  Roti dia lembut, dipenuhi dengan chili flakes dekat atas bun dia.  Rasa pedas sedikit.  Kemudian sos thai dia itu yang istimewa.  Sedap dan kena dengan tekak CX tapi cuma kurang pedas.  Macam makan wasabi pon ya juga tapi bahang kepedasan sahaja yang rasa.  Tapi level paling lemah tahap kepedasan wasabi tu. Faham tak? haha! Tapi sedaplah juga.  Tipulah kalau kata tak sedap.  

Lepastu CX suka ayam dia.  Rasa biasa sahaja macam McChicken , cumanya luaran dia lebih crispy dan isi tebal.  Lain-lain biasa sahaja.  Sayur dia pon biasa.  Tips nak rasa nikmat bila kita makan Thai Green Curry Burger McDonald ini adalah dengan makan begitu sahaja.  Kalau makan dengan sos cili biasa, rasa Thai tu macam lari sedikitlah pada CX.  Tapi okay sahaja kalau makan macam mana sekalipun.  Ikut tekak kita.

Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald: Sedap ke Tidak?

Jadi, Sedap ke Tidak Thai Green Curry Chicken Burger Menu Baharu 2020 McDonald?

Pada CX, ianya sedap tetapi bukan sedap gila. Hanya biasa-biasa.  Kalau makan ketika lapar, memang rasa sedaplah.  Kalau orang belanja makan, lagi sedap dap dap.  Walau apapun, semua kembali kepada selera tekak masing-masing.  Mungkin pada CX okay dan tidak kepada orang lain.  Jadi, kalau nak tahu sedap ke tidak, korang kena cuba sendiri okay.  Sekarang tengah promosi, pergi beli cepat. kbai!

Alhamdulillah Rezeki
Lahirkanlah Keikhlsan dihatimu

12 comments:

Kim said...

owh sedap jea yea..bukan sedap giler2. tapi bolehla nak try sekali

Ciktie said...

Oo..ok, maknanya biasa ajelah ye

umminani said...

e hm..nampak je lawa n sedap... huhuu

Nadia Johari said...

Dh pernh rasa dulu keluar.. Sedp jjuga

Tqa London said...

Baru pasang niat nak rasa. Bila dengar 'rasa bahang pedas je lebih' terus macam hm... it's okay hahaha Thanks for the review.

dorsett pink said...

Wwow!

tarmizi said...

Nampak sedap

Huda Halid said...

dah lama tak makan Mcd tak tahu pun menu baru ni.. skrg malas betul nak ke mcd sebab panjang sangat que drive thru..

Yanieyusuf.com said...

Wahhh menarik tgk

Ai said...

Tak terkejar nak cuba menu-menu baru.

Acuyuhan said...

hi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/

Marina Bashah said...

Dah makan dah aritu. Pedasla jugak