Wednesday, July 29, 2020

Ardora: Minyak Rambut Natural Bayi yang Bagus Berasaskan 100% Bahan Organik

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Ardora: Minyak Rambut Natural Bayi yang Bagus Berasaskan 100% Bahan Organik 


CX merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata atas izin Allah. Bila disebut sahaja perkataan ibu bapa, semestinya setiap daripada kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Betul tak? CX juga tidak terkecuali dan berusaha buat yang terbaik buat mereka.  CX juga seperti ibu bapa lain yang mana kami tiada kompromi jika melibatkan anak-anak.  Namun, sehabis baik macam mana pon kita rancang, pasti akan ada satu tahap yang memerlukan kita untuk mendapatkan bantuan di sekeliling.  Sepanjang bergelar ibu, apa yang merunsingkan CX adalah berkaitan rambut dan kepala anak.  Ianya nampak remeh tetapi anak-anak CX sejenis kulit kepala yang ada kepingan lembab dan menyebabkan rambut anak-anak CX tidak tumbuh dengan baik serta sihat.  Kepingan yang ada menyebabkan ruang pertumbuhan rambut jadi tertutup.  

Pelbagai jenis minyak rambut bayi yang bagus dicadangkan kepada CX telah pon dicari dan dicuba pakai.  Semuanya tidak memberikan kesan yang positif.  Tapi, kali ini untuk anak ketiga, CX dah jumpa satu produk yang boleh membantu atasi masalah ini.  Minyak rambut bayi yang bagus ini adalah daripada kelluaran ARDORA Natural Kids, iaitu produk yang natural berasaskan 100% bahan organik.  Sekarang ini banyak produk yang bahan-bahannya ada campuran kimia dan bahan berbahaya yang kita tidak tahu.  Siapa yang tidak risaukan?  



Cara Agar Rambut Bayi Tumbuh Lebat dan Lurus

CX cuba cari selama ini untuk atasi masalah kulit kepala anak yang berkuping dan lembab.  Masalah ini biasa terjadi kepada kebanyakan bayi baru lahir juga sebenarnya.  Jadi, CX nak juga tahu cara agar rambut bayi tumbuh lebat serta lurus.  Waima ada masalah yang menghalang pertumbuhan secara sihat. Makanya bila CX jumpa ARDORA Natural Kids ini , CX boleh melebatkan rambut secara tradisional untuk anak.  Kalau korang nak tahu, rambut anak CX memang payah betul nak tumbuh tau sebab kepingan lembab itu menghalang. Dahlah anak perempuan. ARDORA memang minyak rambut natural bayi yang bagus berasaskan 100% bahan organik tau! CX suka! 

Ardora Minyak Rambut Natural Bayi 100 Bahan Organik

Minyak Rambut Ardora Natural Kids, 100% Organik


Ardora Natural Kids merupakan perunding rakan kongsi yang membantu kita mencari penyelesaian terbaik untuk masalah terhadap kulit bayi.  Lagi-lagi yang jenis sensitif, semestinya memerlukan sentuhan organik dan semula jadi.  Ardora Natural Kids berusaha memberikan jaminan yang selamat  bila kita menggunakan bahan mereka yang natural.  Kita sebagai ibu bapa dah tak perlu rasa risau. Ianya adalah satu kebanggaan buat Ardora Natural Kids yang mana mereka menjaga organ (kulit) terbesar bayi daripada bahan kimia dan berbahaya.  

Fungsi Minyak Rambut Ardora Natural Kids


Ardora Natural Kids sudah diuji terlebih dahulu ya di makmal ujikaji.  Korang tak perlu risau sebab ianya juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  CX boleh katakan kalau korang guna Ardora Natural Kids ini, ianya sangat menjimatkan.  Mana tidaknya, satu botol boleh tahan sehingga 74 kali pam tau.  Jimatkan? Paling penting, tiada campuran alkohol dan tiada minyak mineral.  CX suka bau dia, waima tanpa wangian digunakan, bau dia sangat sedap. CX suka. Wangi sangat! Dia bukan wangi pewangi tau sebab memang tiada campuran wangian tambahan.  Dia wangi semulajadi dengan campuran bahan organik mentah yang 100% natural.  Serius sedap bau dia. 

Ardora Natural Kids
Minyak Rambut Bayi 100% Bahan Organik


Memang seronok dan berbaloi kalau guna Ardora Natural Kids tau korang sebab ianya berfungsi sebagai perlindungan untuk rambut.  Tambahan lagi, Ardora Natural Kids ini sangat sesuai untuk kulit yang jenis sensitif.  Jadi memang sebagai ibu bapa, dah boleh tarik nafas lega sangat bila anak-anak kita guna bahan 100% organik seperti Ardora Natural Kids.  CX suka sangat sebab dia dahlah wangi , lepas tu lembut sahaja bila CX sapu dekat klulit kepala anak. 

Bahan-bahan Terbaik dalam Ardora Natural Kids


  • Minyak Almond - Meningkatkan kekuatan rambut dan peredaran darah. Menjadikan rambut anda bersinar dan melembutkan lembur
  • Minyak Jojoba -  Bersihkan penyumbatan di liang pori dan lepaskan penutup buaian. Menjadikan rambut anda melembapkan dan meningkatkan ketebalan rambut
  • Minyak Kelapa Dara - Menghilangkan penumpukan sebum dari folikel rambut dan menyediakan protein untuk rambut. Bantu rambut anda tumbuh lebih lama dan cepat
  • Minyak Zaitun - Bungkus dengan antioksidan untuk menjadikan rambut anda lebih sihat

Minyak Rambut Bayi yang Bagus
Minyak Rambut Ardora Natural Kids

Manfaat dan Keistimewaan Ardora Natural Kids

  • Pertumbuhan rambut bayi - Membantu proses pertumbuhan rambut bayi yang baik dan sihat.
  • Mencegah pori kulit kepala daripada Tersumbat
  • Membantu membuang cradle cap pada kepala bayi
  • Mencegah bald spot - seperti cukur bantal
  • Menghasilkan protein rambut - menjadi lebih sihat dan lurus
  • Rambut menjadi lebih kuat dan sihat

Cara Guna Minyak Rambut Ardora Natural Kids

Cara guna minyak rambut Ardora Natural Kids sangatlah mudah.  Mula-mula kita pam minyak rambut Ardora Natural Kids atas tapak tangan.  Kemudian sapukan minyak rambut ke seluruhan kulit kepala bayi. Urut lembut kulit kepala bayi dalam beberapa minit.  Dah siap! Cx suka pakai setiap hari untuk anak CX.  Lagi segar bila dipakaikan selepas mandi.  Wangi semerbak satu rumah. Anak CX pon selesa sahaja selepas disapukan minyak rambut Ardora Natural Kids. 

Minyak Rambut Bayi yang Bagus
Minyak Rambut Bayi 100 Bahan Organik


Rambut Sihat dan Cantik
Lahirkanlah Keikhlasan di hatimu

5 comments:

Nina Mirza said...

Suka minyak rambut baby gini, gentle so kita pun boleh pakai kannn

Maria Firdz said...

Bukan baby je pakai..mak tumpang sekaki.. hehe

marsha said...

Nampak best dan selesa je baby cx guna...nanti nak cuba

Nadia Johari said...

Bagusla.. Memang tengah menacari minyak rambut anak ni. Mboleh beli ni

Ai said...

Bahan-bahan organik selamat untuk baby.