Bawa Pulang Kebaikan Bersama Apotec Ke Kampung Halaman Buat Insan Tersayang

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Bawa Pulang Kebaikan Bersama Apotec Ke Kampung Halaman Buat Insan Tersayang 

Sempena Hari Raya Haji kali ini, CX teruja untuk bawa pulang kebaikan bersama Apotec ke kampung halaman buat Mak tersayang.  Pada CX,  Apotec Apple Cider Vinegar with Honey ini adalah pilihan terbaik untuk kita bawa pulang kebaikan ke kampung halaman.  Lagipun emak CX memang ada masalah sepeerti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.  Disebabkan emak CX ada penyakit tiga serangkai tersebut, jadi, badan emak CX tidak mempunyai immuniti yang baik.  Memang bergantung kepada ubat dan jika diserang sakit atau kurang sihat, memang emak akan lambat untuk pulih seperti sedia kala.  Jadi, CX rasa inilah pilihan terbaik untuk bawa kebaikan dan kegembiran untuk emak sempena hari raya AidilAdha ini.  InShaaAllah jika emak gembira dan sihat, kita pon bahagia sama. Betul tak? 

Bawa Pulang Kebaikan Bersama Apotec Ke Kampung Halaman buat Insan Tersayang

Lagipun, emak CX sekarang memang kalau bab makan, tekaknya dah banyak menolak.  Ini semua gara-gara ubat yang diambil selama 20 tahun hidup.  Jadi, bila nak tambah suruh minum minuman tambahan, memang agak sukar juga sebab takut mak tak boleh nak telan dah.  Tapi InShaaAllah dengan Apotec Apple Cider Vinegar ini, mudah-mudahan emak boleh amalkan sebab rasa dia pon sedap masam-masam manis madu.  

Apotec Apple Cider Vinegar Baik untuk Tubuh Badan 

Kebiasaannya kita ambil Apple Cider Vinegar sebagai makanan atau minuman tambahan untuk badan demi kesihatan yang baik.  Umum tahu bahawa Apple Cider Vinegar sangat baik untuk tubuh badan manusia dan juga kecantikan.  CX juga tidak terkecuali untuk mencubanya sendiri.  Jika sebelum ini CX pernah minum Apple Cider Vinegar dengan campuran epal.  Namun kali ini, Apotec Apple Cider Vinegar mengeluarkan cuka epal yang mengandungi campuran epal dan madu.  Khasiat cuka epal tidak dapat disangkal lagi kerana jika kita merujuk kepada riwayat Ummu Tarmizi, Baihagi:

Apotec
Apotec Apple Cider Vinegar

Malah Nabi (saw) sendiri suka kepada khall (cuka yang di proses daripada buah, seperti tamar, epal dss).

Seorang sahabat nabi, Ibn Jabir pernah menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw mengajaknya ke rumah Baginda.  Mereka kemudiannya dijamukan dengan roti. Kemudian Rasulullah bertanya: "Adakah apa-apa sos perasa (dip)?"
Mereka menjawab: "Tidak, hanya ada cuka."
Nabi saw berkata: "Cuka adalah sos yang paling baik."

Nabi saw juga pernah meriwayatkan 
"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita daripada kemiskinan" 

Apotec Apple Cider Vinegar with Honey

Apotec Malaysia telah mengeluarkan Apotec Apple Cider Vinegar with Honey yang membawa banyak kebaikan, khasiat dan kelebihannya tersendiri.  Fungsi cuka epal sangat banyak namun di sini CX nak tekankan berkaitan Immuniti dan sebagai detoks badan terbaik.  Apotec Apple Cider Vinegar with Honey mampu membantu meningkatkan immuniti badan kita tau.  Tambahan lagi, Apotec Apple Cider Vinegar with Honey mampu menjadi detoks terbaik untuk badan manusia.  Lagipun, kebaikan cuka epal ini dapat bantu banyak lagi untuk sistem tubuh badan.  Antaranya adalah untuk pencernaan, kecantikan, jantung, kolestrol, merendahkan tekanan darah dan kencing manis. 

Apotec Cuka Epal Madu
Apotec Apple Cider Vinegar

Korang tak perlu risau kalau nak amalkan Apotec Apple Cider Vinegar dengan madu ini kerana ianya dijamin HALAL oleh JAKIM Malaysia.  Rasanya sangat sedap untuk diminum setiap hari.  Jika cuka epal tanpa madu yang CX minum sebelum ini, ianya rasa masam.  Tapi jika korang pilih Apotec Apple Cider Vinegar dengan Madu ini, rasanya memang sedap.  Budak-budak pon boleh minum sama dengan kita sebab rasa dia masam manis madu.  Sesuai juga untuk mak ayah yang makin berusia, dah makin kurang rasa di tekak. Jika masam manis macam ini, sekurang-kurangnya dapat juga tingkatkan selera untuk mereka minum dan amalkan demi kesihatannya. 

Cara Minum Cuka Epal Madu: Apotec Apple Cider Vinegar

Cara minum cuka epal Apotec Apple Cider Vinegar ini sangatlah mudah.  CX hanya perlu campurkan dua (baca:2) sudu atau 30ml Apotec Apple Cider Vinegar dengan 180ml air suam.  Kemudian kacau sehingga larut sebaiknya.  CX dan mak boleh minum setiap hari selepas waktu makan.  Mudah sangatkan? Lagipun bila kita minum cuka epal madu ini, ianya membantu untuk memberikan tenaga dalam badan.  Elok sangat untuk emak CX yang makin berusia dan kurang bertenaga. 

Apotec Cuka Epal Madu
Apotec Apple Cider Vinegar


Apotec Omega-3 Fish Oil dan Apotec Curmax Turmeric

Selain Apotec Apple Cider Vinegar, Aptec malaysia juga ada mengeluarkan dua lagi produk yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan kita.  Produk yang CX maksudkan adalah Aptec Omega-3 Fish Oil dan Apotec Curmax Turmeric. Produk keluaran Apotec Malaysia ini sangat bagus kerana ianya memenuhi keperluan kita sebagai pelanggan.  Mana tidaknya, produk Apotec Malaysia ini boleh diambil oleh pelbagai peringkat umur. 

  • Apotec Omega-3 Fish Oil

Asid lemak Omega-3 Fish Oil dianggap sebagai asid lemak penting. Asid Lemak Omega-3 Fish Oil penting untuk kesihatan manusia tetapi ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan. Atas sebab ini, asid lemak omega-3 Fish Oil mesti diperoleh melalui makanan.  Sumber asid lemak EPA dan DHA haiwan yang biasa termasuk minyak ikan, minyak telur, minyak sotong, dan minyak krill.

Sumber makanan EPA dan DHA yang paling banyak didapati adalah ikan berminyak, seperti salmon, herring, sardin, ikan bilis, menhaden, dan ikan tenggiri. Minyak daripada ikan ini mempunyai profil sekitar tujuh kali lebih banyak omega-3 daripada omega-6.  Asid lemak omega-3 Fish Oil penting untuk sejumlah fungsi tubuh, termasuk aktiviti otot, pembekuan darah, pencernaan, kesuburan, dan pembelahan dan pertumbuhan sel. DHA penting untuk perkembangan dan fungsi otak.

Apotec Omega-3 Fish Oil
Apotec Omega-3 Fish Oil

Bahan Aktif  : Minyak ikan 1300mg (EPA 650mh, DHA 260mg)

Siapa yang Memerlukan Apotec Omega-3 Fish Oil : Dirumus khas buat warga tua yang menderita kardiovaskular, dengan BP tinggi, kolestrol, dan bagi individu yang mahu meningkatkan lipid ksihatan kognitif serta sendiri.

Cara Pengambilan: Sehari ambil satu hingga dua gel selepas makan atau seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau doktor


  • Apotec Curmax Turmeric

Manfaatnya:

  • Antioksidan kuat yang menyokong dan menjaga kesihatan sel
  • Kesan anti-radang
  • Melegakan Sakit
  • Meningkatkan peredaran darah dan mencegah penyakit kardiovaskular
  • Meningkatkan kesihatan sendi
Bahan Aktif: Serbuk Ekstrak Rhizome Curcuma Longa (Kunyit)

Cara Pengambilan: Setiap hari selepas makan, ambil dua biji Apotec Curmax Turmeric


Apotec Kunyit
Apotec Curmax Turmeric

Siapa yang Memerlukan Apotec Curmax Turmeric: Sesiapa yang mahu menjaga kesihatan dan menginkatkan daya tahan tubuh.  Warga yang menderita sakit sendi (osteoarthritis dan rheumatoid arthritis).  Mereka yang sakit otot dan neuropathic pain serta yang ingin mencegah penyakit kardiovaskular. 


Bundle Promo Khas untuk Pembaca Blog CX

CX ada berita baik untuk korang pembaca blog CX! Kalau nak dapatkan produk Apotec ini, korang boleh beli dengan harga Bundle Combo tau! Bundle Promo : Apotec Omega-3 Fish Oil (1300mg) + Apotec Curmax 250mg + Apotec Apple Cider Vinegar with Honey 750ml.  Bundle Combo ini hanya bernilai RM200 sahaja. Berbaloi-baloi korang kalau dapatkan sekarang! Cepat grab tau! Klik SINI .

Bundle Combo Apotec
Apotec Bundle Promo

Dapatkan Produk Apotec Apple Cider Vinegar, Apotec Omega-3 Fish Oil dan Apotex Curmax Turmeric di sini:

Korang boleh bawa kebaikan pulang ke kampung halaman untuk mak ayah bersama produk pilihan terbaik Apotec Malaysia sempena Hari Raya AidilAdha ini.  Kita boleh beli dan dapatkan produk Apotec Malaysia di laman e-commerce seperti Lazada.  Jika nak beli secara terus, boleh ke Farmasi terpilih di seluruh Mlaaysia.  Maklumat lanjut untuk  korang ada di sini okay. 

Apotec Cuka Epal Madu
Apotec Meningkatkan Immuniti Badan dan Detoks Terbaik

Facebook : Apotec Malaysia
Instagram: aptecnushine

Bawa Kebaikan Pulang Kampung
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

0 Comments