Sunday, July 26, 2020

Pakej Aqiqah Centre Memudahkan Urusan Aqiqah Qurban Kambing Online

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Pakej Aqiqah Centre Memudahkan Urusan Aqiqah Qurban Kambing Online

Maksud Aqiqah adalah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah daripada kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.  CX sendiri belum ada pengalaman buat aqiqah untuk anak-anak waima anak dah masuk tiga orang.  CX faham hukum aqiqah itu sendiri adalah sunat muakkad iaitu sangat digalakkan jika berkemampuan.  

Aqiqah Qurban Online Mekah


Tambahan lagi, CX kurang ilmu dan pengetahuan berkaitan aqiqah.  CX tak pernah tahu yang kita boleh buat aqiqah secara online.  Jadi, antara masalah yang menjadi punca tergendalanya aqiqah anak-anak CX adalah mencari tempat aqiqah.  Lagipun, kos yang diperlukan juga agak mahal.  Jika CX berkemampuan, sudah pasti anak-anak CX dah selesai segala urusan aqiqah mereka.  Tiada tempat yang sesuai juga menjadi masalah untuk melaksanakan aqiqah.  

Masalah yang Dihadapi untuk Laksanakan Aqiqah


Kenapa CX cakap kos mahal untuk buat aqiqah? Ianya agak mahal bagi golongan yang kurang berkemampuan kerana satu bahagian sahaja dah mencecah RM610.00 dan ke atas. Aqiqah mungkin agak sukar untuk dilaksanakan kerana tiada tempat yang sesuai untuk dilakukan dan tambahan lagi alat tidak lengkap untuk melaksanakannya.  Masa juga punca utama kerana tiada masa untuk mencari kambing, sembelih dan jamu tetamu.  Paling terkesan adalah, bayi dan ibu tidak dapat pahala 7, 14, 21 hari disebabkan bayi jaundice (kuning) atau mungkin ibu mempunyai komplikasi tersendiri.  CX pon ketiga-tiga anak ada masalah jaundice.  Tapi sekarang, CX dah tak risau lagi sebab AqiqahCentre.com kini memudahkan urusan kita untuk laksanakan aqiqah secara online dengan tawaran pakej yang sangat berbaloi dan berkemampuan. 


Pakej Aqiqah Centre Memudahkan Urusan Aqiqah Qurban Kambing Online 

Kenapa AqiqahCentre.com Menjadi Pilihan? 


Aqiqah Online dibawah seliaan AqiqahCentre.com menjadi pilihan kerana ianya dilaksanakan 100% secara online.  CX tidak perlu keluar rumah untuk urusan segala perkara yang berkaitan untuk melaksanakan aqiqah.  Harga murah juga menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk melaksanakan aqiqah online bersama Aqiqah Centre.  InshaAllah ramai ibu bapa mampu milik dengan harga yang ditawarkan.  Apa yang CX kagum adalah Aqiqah Centre meyediakan bukti sembelihan melalui video beserta sebutan nama anak kita.  

Lagi pula, Aqiqah Centre ini trusted aqiqah onine, boleh dipecayai sebab ramai juga artis dah ambil servis dan pakej mereka. Makluman korang, Aqiqah Centre ini juga mempunyai pengalaman dalam menguruskan 21,000 sembelihan aqiqah online sejak tahun 2014 lagi.  Mereka juga memberikan Al-Quran Eksklusif secara PERCUMA untuk 5,000 terawal sebelum waktu yang ditetapkan. 

Sijil Kayu Disediakan buat Peserta


CX suka sangat untuk korang pilih aqiqah online di bawah seliaan Aqiqah Centre.  Mana tidaknya, kalau korang pilih Aqiqah Centre, nanti mreka akan sediakan kita sijil kayu yang sangat rare untuk simpanan dan bukti aqiqah di Mekah tau. 


Sijil Kayu Aqiqah Online
Aqiqah Qurban Kambing Online

Tiga Langkah Penyertaan

  1. Isi maklumat peserta dan alamat penghantaran sijil. Seterusnya buat bayaran melalui sistem bayaran online banking yang kami sediakan.
  2. Ibadah aqiqah dibuat pada setiap hari bekerja.
  3. Anda akan terima video bukti selepas 3 hari ibadah aqiqah/qurban dan sijil dalam 2 minggu selepas itu.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan


Korang boleh rujuk link yang CX sediakan di bawah jika berminat untuk join dan turut serta aqiqah online dibawah seliaan Aqiqah Centre olay.  Tak perlu lagi nak pening fikir seua urusan.  Aqiqah Centre boleh uruskan sebaiknya untuk pihak kita.  InShaa Allah

Aqiqah Centre .com


Laksanakan Aqiqah Online
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

3 comments:

Ai said...

Sekarang semua benda boleh buat secara online je.

Nadia Johari said...

Bagusla ada mcm ni. Sennag nak lakukan akikah

Marina Bashah said...

Cantik sijil dia