Friday, July 24, 2020

Pengalaman: Pertama Kali Diserang Demam Denggi

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم 
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 

Pengalaman: Pertama Kali Diserang Demam Denggi 

Pada 15hb Julai 2020 yang lalu, iaitu hari Rabu.  CX macam biasa jalani kehidupan harian sebagai seorang isteri, mak anak tiga dan sebagai fulltime blogger.  Semuanya baik-baik belaka, siap CX siapkan tugasan blog yang ada waktu pagi hari.  Badan memang tak rasa apa-apa atau mungkin CX tak perasan.  Tapi malam semalam, waktu tidur, tiba-tiba CX terjaga dalam pukul lima pagi.  Terjaga disebabkan pening rasa nak pitam.  

Korang bayangkan tengah-tengah tidur, boleh terjaga semata-mata rasa nak pitam.  Terus panggil suami suruh ambilkan minyak cap kapak.  Serius nak pitam.  Mata berpinau habis, dunia macam nak gelap tapi CX gagahkan diri.  CX dan suami ingatkan kurang makan.  Tapi itu adalah gejala demam denggi ya korang.  Sungguh tak perasan sebab badan tak rasa demam atau apa. Anak CX memang sejak semalam lagi badan dia dah panas cecah 39 ke 40 darjah selsius.  Makanya kami rancang nak bawa anak cek di klinik dalam pukul tiga petang.  Tapi rupa-rupanya, CX tewas.  Badan dah mula rasa tak sedap dan sakit-sakit sendi. Itu semua tanda-tanda demam denggi mula menyerang badan kita.  Bila CX cek suhu diri sendiri, dah mencecah 38 - 39 darjah selsius.  

Gejala Demam Denggi


Pergi ke Klinik untuk Dapatkan Rawatan Lanjut
Bila badan dah rasa tak sedap, anak CX pon dah mula lemau, kami decide untuk terus ke klinik.  Encik suami yang bawa kereta sebab CX dah mula sakit kepala, pening.  Sungguhlah penyakit demam denggi ini pelik sangat rasa dia.  CX rela lagi berpantang selepas bersalin daripada demam denggi ini. Lesu satu badan!  Bila tiba di klinik panel, kami tidak dibenarkan masuk sebab prosedur klinik, tidak boleh campur dengan pesakit lain.  Kami di tolak ke belakang klinik untuk dapatkan rawatan di bilik rawatan satu lagi.  Ketika tiba, giliran kami selepas seorang adik kecil ini.  Dia pon demam.  Bila tiba giliran kami, doktor suruh duduk dan mula cek suhu.  Bila suhu tinggi kami dua beranak, terus doktor tanya, kawasan awak ada kes denggi ke? CX pon cakaplah ya doktor, semalam dah ada sebelas kes denggi di taman saya.  Terus doktor suruh buat test darah disebabkan kes demam denggi makin meningkat di Malaysia. Bila darah kami anak beranak di ambil, ternyata anak CX positif denggi buat kali kedua.  

Kemudian, CX pula doktor bacakan keputusan.  Doktor cakap, maknya pon sama positif denggi. Allah! Tak pernah CX jangka pon nak kena demam denggi ini.  Tak pernah kena ya.  Bila tanya doktor, kenapa ya saya rasa nak pitam doktor sedangkan tak rasa demam pon? Doktor bagitahu, bila awak nak pitam, itu tandanya panas awak tinggi sangat.  Ternyata ianya simptom demam denggi yang CX dapat waima tak rasa pon badan demam ke apa mulanya.  Tambah lagi, doktor bagitahu, sel darah putih CX pula ada kuman ya.  Lagi bertambah bisa badan rasa.  Memang lemau habis!  Selepas cek semua, doktor suruh datang lagi sekali pada 17hb untuk cek darah semula, nak tengok status semua. Total semua bayaran RM200 juga.  Disebabkan panel cover separuh.  Jadinya dalam RM100 juga kena bayar. 

Punca Demam Denggi
Apa Itu Demam Denggi

Berehat di Rumah Sahaja

Memang selepas dapat tahu positif demam denggi, CX tak rajin untuk kemana-mana sebab virus dah mula serang segala sendi-sendi.  Badan memang sakit habis.  Berehat dan baring sahaja.  Masak apa semua tak buat.  Cumanya CX mandikan anak kecil sahaja disebabkan suami takut sikit nak pegang.  Almaklum bayi kan masih kecil dan lembut.  Kepala memang tak payah nak cakap, sakit betul.  Pening.  Tekak memang dah tak lalu nak makan.  Lapar tapi tak boleh nak makan.  Perut dah mula bergelodak masuk angin.  Bila tidur malam, CX bangun sebab muntah.  Aduh! lama betul tak muntah perit macam ini.  Nasib baik muntah sekali sahaja, suami tolong urutkan belakang dan tengkuk bagi lega sikit .  Alhamdulillah lega.  Waktu itu pagi dalam pukul empat kot.  Dahlah anak tak boleh nak tidur, bila dia dah tidur, CX pula terbangun dan muntah.  Letih betul bila diserang penyakit demam denggi ini ya rupanya. 

Anak sulong CX yang positif pula dia aktif kemain lagi.  Tak tahulah apa dia rasa.  Aktif semacam.  CX memang baring sahaja. Tak larat oi!  Dia macam kita dalam pantang tapi demam bentan.  Umpama macam itulah.  CX baring sambil tuam kepala sendiri. haha. Sadiskan dengar? Tapi kita yang tahu bila badan sedap atau tidak rasanya.  Encik suami dah tolong tengokkan anak-anak pon dah Alhamdulillah. Ohya, sebenarnya encik suami ambil cuti kuarantin jaga kami dua beranak.  Tambahan kawasan CX memang kes denggi bertambah.

Cara Mencegah Demam Denggi
Cara Cegah Demam Denggi

Punca Demam Denggi

Pada pengamatan CX, seminggu sebelum 15hb, CX ada kena gigit dengan anak nyamuk dekat jari kaki sebelah kiri.  Itulah sekali.  Lepas itu tak ada dah.  Esoknya pon anak CX bagitahu dia kena gigit nyamuk juga semalam.  Rasanya itu kot punca demam denggi menyerang CX.  Kami tidur ramai-ramai dekat depan.  Syukur bayi CX tak kena dengan si kakak pon tak juga.  Minta simpanglah kalau baby yang kena.  Jenuh oi.  Kesian dekat anak.  CX ingat lagi masa anak sulong CX waktu itu dia kena usia dalam sembilan bulan kot.  Kesian sangat keadaan dia.  Waktu itu pula, CX tengah mengandung anak kedua dalam dua bulan jika tak silap.  Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan langsung.  

Cara Merawat Demam Denggi

CX tak buat apa sangat pon.  CX hanya ikut apa yang kakak CX bagitahu.  Katanya, kena minum air putih yang banyak.  Kemudian minum 100plus.  Encik suami belikan sebotol besar siap buangkan gas.  Mak dan kakak pula tolong masakkan sup ketam, kena paksa hirup waima tekak tak boleh masuk.  Rasa macam makan lauk basi.  Jahat sungguh lidah ni. Kemudian CX kerap mandi dan tuam kepala.  Makan ubat sudah semestinyalah yang doktor bagi.  Lain-lain banyak rehat sahaja.  Berikut yang CX senaraikan dan buat di rumah adalah tips, petua dan dikatakan umpama ubat demam denggi tradisional.  Mana yang baik, kita cuba ikthtiar, jika rasa pelik, tak perlulah kita ikut.  

Pengalaman Demam Denggi
Kenali Nyamuk Pembawa Denggi

Kesan Selepas Demam Denggi

Selepas dah tujuh hari, akhirnya platelet denggi CX dah cantik.  Sebenarnya platelet denggi CX tidaklah jatuh menjunam.  Tidak pon bawah bacaan 100.  Platelet denggi CX masih cantik.  Tapi Alhamdulillah sebab demam dah kebah cumanya bisa badan masih ada.  Paling terkesan sampai sekarang adalah di kawasan kaki dan sendi-sendiri di seluruh badan.  Dah macam orang tua. Bila nak berdiri duduk, memang terasa sakit tau.  Cepat lenguh dan kebas.  Kemudian, tangan dan kaki CX keluar tanda-tanda merah.  Dia punya gatal Ya Nauzubillah! CX tahan sahaja.  Taknak garu nanti ada kesan hahah. Makanya sekarang inilah kesan selepas demam denggi yang CX hadap.  Masih belum pulih.  Tangan dan badan macam tak berapa nak kuat sangat.  CX harap sangat agar Allah kembalikan semula kesihatan CX. InShaa Allah Amin. Korang doakan tau!

 Kesihatan itu juga rezeki
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

1 comment:

Cik TK said...

Semoga cepat sembuh CX!!!