Friday, February 3, 2017

Sambal Udang Tauhu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi. Semalam ada up status untuk update new entry dekat blog tetapi tak buat pula. So kita update pada tengahari hari ini. Hehe. Bertabahlah menanti entry blog iols. Huhu

Semalam pergi pasar malam beli barang basah nak masak gara-gara peti ais tiada, makanya terpaksa beli barang basah harian. Makanya semalam belilah udang sepuluh ekor *duduk berdua je pon huhu, baby bayam, tauhu goreng . Disebabkan kesukaan cx adalah tauhu masak sambal, dan suami suka makan sambal udang manis, makanya cx gabungkan meletup ohhhh! Hahaha. 


Haaa gitttchewww sambal makngah nak.  Kemain meratah lagi cx makan tauhu tu. Siap rasa tak cukup. Iyalah, letak seketul sahaja tauhunya pon. Next time nak letak banyak-banyak. Biar puas makan. Hahah almaklum makan untuk berdua. Huhu

Kemudian kita lawankan sayur baby bayam masak air. Biasa-biasa sahaja tetapi Alhamdulillah kenyang perut suka hati. Eh!


Okaylah, babai.

Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
Syukur Rezeki Allah

Thursday, February 2, 2017

Hidup aku 2017

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi. Sangat lama aku tak update blog. Bukan sebab tak ada idea tapi MASA. Ya, masa yang tidak mengizinkan. Aku pon tak berapa nak suka kongsi masalah atau kehidupan peribadi sendiri dekat blog. Lebih senang cerita, susah nak jaja kisah peribadilah. 

Gara-gara dah lama tak update blog, aku pon dah lupa type apa blog aku selama ni. Hahaha. Okay sedang menaip ni, anak dalam kandungan aku sedang rancak aktif menendang. Amboi kemain pepagi dah bersenam ya anak.


Aku banyak sangat benda nak cerita tetapi kebanyakkannya aku write and cut sebab TAK SESUAI. Yelah, takkan private things pon aku nak jaja. Malu dapat, dosa pon melekat dik non. 

Sebelum ini aku menaip menggunakan kata ganti nama diri sebagai saya, aye, makjemah, cx dan sekarang is aku. Kan aku dah cakap yang aku dah tak ingat style dan type blog aku. Hahaha. Lupa teruk makcik ni nak. Kah3. Aku saja je membebel dekat sini sebab perasaan dalam hati ini tak keruan. Nak story dengan siapa pon aku tak tahu.

Makin lama aku tulis, makin menjadi pula rasa di hati ni. Okaylah. Aku stop. 

Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu
Hati menangis

Sunday, September 4, 2016

Harum Malam | Minuman Hebat Para Ibu dan Isteri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai! salam sejahtera kepada semua pembaca blog cx! Holla! Terima kasih masih setia bersama cx tau! Okay kali ini cx nak bawakan satu produk hebat dari Millennial Gen Group yang merupakan 100% syarikat milik Bumiputera .

Tak menyempat buka plastik wrapping lagi, dah excited nak bergambar. Hahaha Jangan kecam iolls

Apa produk hebat yang beriya diperkatakan oleh cx tu? Haa ~ Cx perkenalkan kepada semua produk hebat di abad ini iaitu Harum Malam !! Uols jangan tak tahu tau, Harum Malam ini adalah minuman kesihatan buat wanita!  Ia amat sesuai buat wanita berkahwin, anak dara, ibu berpantang, wanita berusia 50 tahun dan ke atas serta ibu yang menyusukan anak.  Nak tahu lebih lagi tak? Okay jom!

Botol yang comel tetapi kesannya amat memberansangkan! Tak rugi cuba okay!

Harum Malam dapat membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Bukan itu sahaja uols, ia juga turut dapat membantu dan merawat masalah keputihan, gatal-gatal vagina, hilang hanyir haid dan banyak lagi! Tak menyesal kalau cuba! Mari intai sikit kelebihan dan khasiat Harum Malam produk hebat ini! Sangat disyorkan buat para wanita yang sudah berkahwin serta mempunyai anak kerana ianya dapat membantu kita para isteri dan ibu ini memulihkan segala perkara dan keadaan yang kita sendiri faham dan tahu akannya. 

Gunakan sudu plastik ketika mengambil Harum Malam untuk kesan yang lebih mujarab. :)

Kelebihan Harum Malam

☆ Menyihatkan rahim
☆ Mengencang Otot Kewanitaan
☆ Membantu menganjal dan mengetatkan vagina
☆ Meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan menstabilkan hormon
☆ Mencantikkan dan menaikkan seri wajah
☆ Menambah keharmonian suami isteri
☆ Mencantikkan payudara supaya sihat dan montok
☆ Memulihkan rasa rapat
☆ Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
☆ Menegangkan payudara

Nampak tak ramuan Harum Malam? Sebab tu cx kata sangat disyorkan kepada para isteri dan ibu. Banyak kebaikannya. Tengok bahan pon dah tahu. Betul tak?

Sebelum cx kongsikan testimoni-testimoni mengancam, cx nak ingatkan beberapa Pantang Larang Harum Malam ini. Antaranya adalah ;

☆ Elakkan minum minuman berais
☆ Ibu mengandung tidak dibenarkan minum
☆ Minum ikut sukatan yang dibenarkan sahaja 
☆ Pastikan minum air kosong yang banyak 
☆ Bagi mendapatkan kesan yang maksimum, amalkan setiap hari.

Okay sekarang, jom ikut cx terjah Testimoni Menarik daripada Harum Malam! 





Apa yang lebih penting sekarang adalah, produk ini telah mendapat Kelulusan KKM ya kawan-kawan sekalian.  Jangan korang tak tahu ya, Harum Malam dah masuk tv okay! Tak percaya? Ayuh! Cx kongsikan serba sedikit moment tersebut! 



Pastikan yang benar asli lagi berkualiti okay! 
Kalau korang semua nak tahu, kesan selepas cx amalkan Harum Malam, asyiklah buang angin sahaja. Banyak sungguh angin dalam badan rupanya. Selain itu, cx dapat rasakan badan segar sahaja sepanjang hari, bertenaga dan tak letih waima dah buat kerja seharian. Biasalah, jadi suri rumah jaga anak, stamina kena steady. Anak ajak main kejar-kejarkan? Haha.
Selain itu, selepas bersalin, biasalah para ibu akan alami gejala seperti tidak bermaya, mudah letih, cepat moody dan segala macam lagilah. Cx juga tidak terkecuali, tetapi apa yang best adalah selepas mengamalkan Harum Malam ni, semua gejala dapat diatasi dengan izin Allah. Wow! Sangat menakjubkan! Betul-betul ni tau. Bukan komen mengampu tetapi betul-betul. Hebat tak hebat penangan Harum Malam? Haaa, rugi u olls kalau tak cuba! 
Baiklah, sebelum cx menutup tirai, di sini cx ingin kongsikan maklumat yang dapat membantu dan memudahkan korang semua untuk menghubungi atau mencari tahu tentang produk hebat Harum Malam ini. InShaaAllah mudah sahaja. 

WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

HOTLINE:
010-4042769 (HP)
03-33585344 (Office)

Semoga Allah Berkati
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Wednesday, July 20, 2016

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.

MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014


SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 27 tahun 
  2. Jantina anda? (Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya percaya, minyak wangi Braveheart Sweetheart ini mampu mengikat hati si pemakai, lantas magnet-magnet molekul harumannya mampu menarik penghidu yang menghampiri tanpa melepaskan sedikit pun ruang dan peluang agar seluruh pelusuk dunia jatuh hati padanya.  Saya percaya dan amat yakin akan aura yang bakal dibawa oleh minyak wangi Braveheart Sweetheart! :)

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Semoga ada rezeki
Lahirknlah Keikhlasan dihatimu