Wednesday, June 15, 2011

amalkanlah BISMILLAH

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 26
kita selalu sangat tak menitikberatkan soal ni kan? =) semua benda nak cepat.. sampai nak buka mulut untuk membaca sepatah ayat pun susah. Astaghfirullahalazim.. kawan-kawan .. tahukah anda? apabila kita mengamalkan membaca bismillah.. banyak kelebihannya?? Subhanallah.. sungguh Allah Maha Esa .. mari kita kaji ya .. baca ok! =)



sebelum tu .. bacalah bismillah dulu =)


KELEBIHAN BISMILLAH

  • Amalkanlah bacaan bismillah ini SEBELUM TIDUR. Bacaan bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur mampu menghindarkan kita daripada gangguan syaitan, bencana dan juga mati mengejut.
  • Bila nak JUMPA dengan mana-mana ORANG yang berpangkat besar, juga kita dielokkan untuk mengamalkan bacaan bismillah ini sebanyak 19 kali. Antara fadhilatnya ialah insyaAllah akan lembut hati orang yang garang dan berpangkat besar itu.
  • Bacalah juga bismillah sebanyak 100 kali dan hembuskannya kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, insyaAllah SEMBUH PENYAKIT itu.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri ada bersabda,

Tiada ada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas untuk mencatat dalam buku amalannya sebanyak 400 kebaikan.



Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

No comments: