hikmah disebalik wuduk

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 22
wah! da 22 la.. sama dengan umur kawan cx .. hehe okay. mari cx cecite sikit.. korunk selama ni, pernah tak terfikir.. kenapa Allah suruh kita ambil wuduk dengan cara yang ditetapkan? 

pernah tak?? 

dulu, masa cx pergi BTN dekat kulai Johor.. Ustaz ni *terlupa pula nama ustaz. Haha. maaf ustaz; cerita waktu usrah subuh. erk! usrah eh? alaa.. macam ceramah tu.. hehe. tiba-tiba tak sure kan. ish. =) 

so, pernah korang terfikir tak? selama ni, cx selalu fikir, kenapa kita kena basuh muka? kenapa kena basuh telinga padahal telinga ditutup dengan telekung? sama lah dengan anggota yang lain. KENAPA ya? MARI baca .. 

1. BERKUMUR

berniatlah kamu,
"Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. MEMBASUH MUKA,

berniatlah kamu,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. MEMBASUH TANGAN KANAN,

berniatlah kamu,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4. MEMBASUH TANGAN KIRI,

berniatlah kamu,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. MEMBASUH KEPALA,

berniatlah kamu,
"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. MEMBASUH TELINGA,

berniatlah kamu,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. MEMBASUH KAKI KANAN,

berniatlah kamu.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. MEMBASUH KAKI KIRI,

 berniatlah kamu,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"

Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

jangan lupa baca doa selepas berwuduk ya!


"Subhanallah Ya Allah. Ampunilah diatas kejahilan kami selama ini.. semoga Kau buka pintu hati kami, hambaMu agar sentiasa beringat akan tiap perintahMu. Amin"

Islam itu sungguh indah
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

0 Comments