kenal ke sayur BEREMI?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum.

perkongsian kesebelas
kenal ke awak semua dengan sayur BEREMI ni? kalau setakat HELMI, ZULHAIMI, EMY ... erk? itu kenal lah kan? heee. =p so, hari ini cx nak cerita kat awak semua pasal sayur ni.. rata-rata cx tanya pada kawan-kawan cx .. semua tak kenal. kih3.. takpa, ilmu yang ada .. kita kongsi. ye idok? ^_^ sat eh. cx beri awak semua tengok dulu apa ke rupa si sayur BEREMI ni an.. :)


so, KENAL tak ni? =)

famili cx selalu makan sayur ni. takdak la selalu tapi adalah jugak kan, ikut musim.. murah je sayur ni dekat pasar. baru RM1 seikat .. sangat murah! TAPI.. khasiat dia.. huh. korunk tau? MEH! cx cerita.. cecite cecite. 
Mohd Rosli bersama BEREMI JERUKnya

Khasiat sayur beremi ni menurut kajian daripada Mohd Rosli Ismail , Pengurus Persatuan Nelayan Kuala Kedah (rujuk gambar) .. selama tiga tahun kajian beliau terhadap sayur ini, beliau mendapati bahawa sayur ini mampu dan boleh :
  1. Merawat penyakit ASMA
  2. Merawat ketagihan MEROKOK
  3. Merawat masalah PARU-PARU

sayur ini rasanya pahit-pahit sedikit.. FAMILI cx selalu jadikan sebagai ULAM dan dimakan dengan nasi..


ada juga yang mempelbagaikan cara masakannya seperti beremi goreng, kerabu beremi dan urap pedas beremi : 

urap pedas beremi

kerabu beremi

beremi goreng
ia juga dikenali sebagai PUCUK SEPIT atau POKOK REMILANG atau POKOK PUKUL 10 ... jangan tanya cx kenapa ada banyak nama dan apa kaitannya sebab cx pun TAK TAHU. hehe. ia mudah didapati dipersisiran pantai dan biasanya dipetik oleh nelayan-nelayan..  

kini, beremi telah dijual di pasaran secara jeruk yang dijayakan oleh dunia herba HPA .. anda boleh layari laman webnya di sini --> http://duniaherbahpa.wordpress.com/  ... Okay awak semua! cx ucapkan, SELAMAT BERKENALAN dengan sayur beremi! =p 

makanlah sayur-sayuran selalu
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

0 Comments