pelajari LOGHAT mereka ..

Bismillah.
As salam semua.

perkongsian kesepuluh
hye semua! sihat? Alhamdulillah .. syukur kehadrat Allah atas kurniaanNYA.. for today, saya nak kongsi tentang LOGHAT.. tahu ke awak semua apa itu loghat? heheh

OKay, orang melayu kita ni, pelbagai nama dia bagi pada sesuatu benda tu.. padahal benda itu sama je, cuma panggilan je berbeza. thats why la terdapatnya LOGHAT di MALAYSIA ni.  

Mengikut pendapat orang ramai, berbezanya panggilan adalah berdasarkan loghat negeri masing-masing.  SAHIH ke? ok, sahih atau tidak.. itu saya tidak pasti.. tapi, kalau ikut logik akal.. boleh diterima.. nak contoh? okay, here i give you an example k..

CEBOK
tahukah anda cebok itu apa?? hehhe..
  • kalau menurut orang MELAKA, cebok itu adalah BERSUCI DARIPADA HADAS. kih3




  • tetapi kalau menurut orang KEDAH, cebok itu adalah GAYONG .. =)




GULAI
mesti semua orang tahu gulai itu apa kan.. tapi..
  • menurut orang MELAKA, kalau cakap gulai itu.. mesti refer pada KARI sebab kari je la yang kami panggil gulai. hehehe.




  • tetapi kalau menurut orang negeri lain contoh JOHOR, gulai bagi mereka adalah makanan yang dimasak menggunakan santan atau rempah ratus..  mereka tak sebut asam pedas tapi mereka sebut gulai ... hee saya pun tak faham sangat.  <menurut pendapat ramai tau>





SAING
ada juga yang tersilap faham akan saing nie, kenapa ya?

  • ok, menurut orang MELAKA, saing adalah SEIRING , SAMA-SAMA JALAN , means more to 'kau tunggu aku tau balik ni, nak balik sama' .. like that la.. =)



  • tapi, ini menurut cerita pensyarah saya lah, dia tidak tahu apa itu saing, saya lupa pula dia asal orang mana ... padanya, saing itu means for BERGADUH .. BERTUMBUK .. so, pensyarah saya terkejut apabila kawannya cakap 'nanti balik kita saing ya!' heheh. comel sungguh pensyarah saya waktu bercerita tu..



LEMBEK
apa tu? =p sebutan dia macam ni tau.. LEM = sebutan nak cakap ala-ala pelat LEMau, bukan lemau tapi limau tau =) .. then BEK = sebutan bunyi macam kambing mengemBEK .. tq! kih3


  • okay, perkataan ni saya dapat daripada member saya yang asal dari TERENGGANU, dia selalu sangat sebut LEMBEK.. terpinga-pinga saya memahaminya, at last saya tanya..
apa itu LEMBEK? pap! berguling-guling dia dok gelak kat saya. hampeh betul budak ni. maksud dia adalah TILAM. jadi after ni, if member awak semua sebut LEMBEK, jangan buat malu lagi sebab saya dah pun termalu terlebih dahulu. heheh.

LAHABAU
upst! kasar tapi saya just nak buat contoh tau. =) ini konfem orang MELAKA dok gelak-gelak bila orang lain tak faham .. hehe jangan marah ya. just share ilmu tau =)


  • ok, LAHABAU perkataan orang MELAKA yang asal usul perkataan itu pun tidak dapat saya kenal pasti tapi maksud dia sama sahaja seperti HAWAU.. contoh ayat 'lahabau! dah balik tak bagitahu aku!!' macam tulah.. orang Melaka kan kasar sedikit. =) sorry.
MOLEK
asal usul dari KELANTAN.

  • orang KELANTAN cakap MOLEK itu adalah BAIK, CANTIK, ELOK.  contoh ayat 'molek sikit bahasa itu ya' ..

  • kalau negeri lain, cakap molek tu macam ni pula "elok-elok sikit bahasa itu ya!" ..



 kadang-kadang kelakar juga ya bila kita belajar memahami loghat orang lain. tapi, kita sebagai rakyat MALAYSIA, kita perlu saling HORMAT-MENGHORMATI antara satu sama lain. ingat ok! =)




OKAY lah.. saya rasa, cukuplah kot untuk entry kali ini.. saya mohon ampun jika ada yang silap atau terkasar perkataan untuk dikongsi. yalah kan, SETIAP ORANG LAIN-LAIN PENDAPAT. =) orite semua.. selamat belajar k! =)


tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

1 Comments

Murnie said…
haha .. member sy pun dulu tak paham maksud saing .. die org selangor .. bile cakap, nnt kite saing g makan, die ingt nak lawan makan .. gile2 laa gelak time tu ...