Pendapat Lelaki Mengenai Dara Wanita

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t


Pendapat Lelaki Mengenai Dara Wanita

Sharing number 43
Sebenarnya, tak terfikir pon nak tulis topik ini tapi tadi tiba-tiba terbaca satu respond daripada beberapa lelaki yang menyebabkan cx tertarik untuk tulis entry ini.  Seperti biasalahkan tajuk soalan adalah "pentingkah dara wanita bagi seorang lelaki?".  Jadi di sini, cx senaraikan jawapan yang cx baca tadi.  Mungkin pendapat yang dikongsikan adalah berbeza-beza.  Apa pon yang mereka perkatakan, itu adalah di atas tanggungjawab mereka dunia dan juga akhirat. 

Pendapat Lelaki Mengenai Dara Wanita

MR.diNO - Aug 13 2008, 11:12 AM
Sami Vellu kata; dermalah dara untuk negara.  Upst! Terpulanglah kepada individu.  Dara ini hal yang sulit dan kadang itu aku ada baca juga; doktor yang cakap.  Tak semua orang dilahirkan ada dara.  Kadang itu, dara boleh hilang waima kita bersukan.  Jadi, mana-mana lelaki di dunia ini, terpulanglah.  Kalau yakin gadis yang dipilih itu suci, tidak menjadi isulah.  Tapi zaman sekarang ini, entahlah.  Lelaki pon ramai juga yang bukan teruna tetapi nak mencari yang ada dara punya.

HambaAllah - Aug 13 2008, 03:48 PM
Tengoklah macam mana dia hilang dara itu dan kalau dah insaf serta bertaubat, sedia sahaja terima waima pelacur sekalipun.

Zulu - Aug 13 2008, 04:47 PM 
Apa yang you maksudkan pasal dara semestinya bukan selaput dara.  Ianya adalah tentang perempuan itu pernah melakukan hubungan seks sebelum sah nikah.  Betul? Pada wa, ada dua sebab:
  • Dia Suka Rela / Suka Sama Suka : pada wa, perempuan tersebut patut jawablah kenapa dan mengapa perlu dia lakukan.  Kemudian mencari lelaki lain untuk kahwin.  Pada wa lagi, perempuan ini perlu taubat nasuhalah .  Kalau jeni macam ini, wa kena betul-betul teliti dia punya kes.  
  • Terpaksa seperti diperkosa / sumbang muhrim dsbnya:  Ini adalah kezaliman dan wa tak kisah untuk terima perempuan ini .  Kepada para wanita, wa nasihatkan , korang semua jagalah maruah diri korang.  Kelluarga korang dan yang paling penting agama.  Jangan jadi gadis melayu yang dianggap murahan dan senangn untuk dipermainkan oleh abnag Black serta konco-konconya. 

Apiss - Aug 13 2008, 09:08 PM 
Kalau yang teruna itu mungkin kisahlah kot teman wanita tiada dara (kes bersama sebelum nikah).  Tapi kalau dah sayang dan rasa boleh lupakan kisah silam untuk mulakan hidup baru, terima sahajalah.  

Ah ngau - Aug 16 2008, 11:17 AM 
Maksud dara bagi aku, dia mestilah tidak pernah berzina sebelum ini.  Kalau dia tiada dara disebabkan hal lain selian berzina, aku boleh terima 100% 


Pendapat Kaum Wanita

Baiklah, itu sahaja rasanya yang cx nak kongsikan dengan korang.  Kalau nak tahu lebih lanjut, korang google sendiri. Sebelum tutup tirai, cx nak kongsikan satu komen daripada seorang perempuan pula.  Renung-renungkan dan selamat beramal.

Awek comel - Aug 18 2008, 11:21 AM 
Tahu tak, lelaki zaman sekarang ini kalau buat perkara tak elok pada perempuan yang kononnya dikatakan teman wanita, katanya teman wanita adalah untuk suka-suka. Tak mengapa pula kan?  Tapi kenapa bila nak bina rumah tangga, masih mencari yang suci?  Ianya agak tidak adil ya.  Pergilah nikah dengan perempuan yang telah korang nodai.  Ianya merupakan satu penghinaan kepada wanita tersebut ya bila korang dah rampas kewanitaan mereka untuk kepentingan nafsu sendiri.  Kemudian tinggalkan sahaja.  Adakah ianya adil? 

Kita Tiada Hak Menghukum Orang Lain
lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu

Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
terpulang kepada individu itu sendiri rupanya. tpi gelugoq percaya ada yang sperti gelugoq di mana berfikiran terbuka dalam isu ini. terimalah seseorang itu dengan seadanya, jangan menilai dan jangan menghukum kerana kita tak berada di tempat dia. konklusi, tak kisah dia siapa. terimalah seadanya.