potong kuku ada adab ke?

Bissmillahirrahmannirrahim.
As salam semua!

perkongsian kedua.


seperti yang dijanjikan. entry kali ini adalah berkaitan adab memotong kuku. ramai yang tahu sebenarnya, memotong kuku itu mempunyai adab-adab tersendiri CUMA .. kita lalai untuk mengingati dan mengamalkan. jadi, mari kita bersama mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w agar sama-sama kita perolehi pahala. InsyaAllah. 

tahukah anda bahawa memotong kuku juga mempunyai hari-hari yang tertentu menurut Islam? 
jika tidak. mari saya kongsikan bersama anda.


Isnin 
Nescaya keluar daripadanya gila dan MASUKnya SIHAT.

Selasa
Nescaya KELUAR daripadanya SIHAT dan masuk penyakit.

Rabu
Nescaya KELUAR daripadanya WAS-WAS dan masuk kepapaan.

Khamis
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya SEMBUH  daripada PENYAKIT.

Jumaat
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan dan MASUK kepadanya RAHMAT daripada Allah s.w.

Sabtu
Nescaya KELUAR dari dalam tubuhnya UBAT dan masuk kepadanya penyakit.

Ahad 
Nescaya KELUAR daripadanya KEKAYAAN dan masuk kemiskinan.

itu baru hari-hari yang tertentu.. saya pasti anda semua memotong kuku mengikut sesuka hati je kan? hehe. asal potong. :) ok kawan-kawan, sunnah Nabi s.a.w kita selalu mengamalkan cara-cara yang betul ketika memotong kuku. jadi.. kalau kawan-kawan ingin tahu.. mari lihat gambar .. lagi mudah, cepat dan berkesan. =)



OKay! setelah anda mengetahuinya.. haruslah anda mengamalkannya. tak rugi pon.. lagi bertingkat pahala ada lah kan? =)


sekian entry kali ini.
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

1 Comments

Ada juga dlm blog saya..