41267 Calon Ditawarkan Tempat di IPTA

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 41
hye everyone. sihat? jangan lupa jaga diri ya. sekarang cuaca kurang stable kan. jerebu and Alhamdulillah hari ini Melaka hujan. hehe.. okay, tengok title dah tahu kan aye nak cerita apa? heheh suka tak suka tak? ramai kot calon ditawarkan tempat di IPTA.



daripada statistik ini, aye percaya, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang mahu dan ingin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.  jadi, tidak salah jika aye kata.. Malaysia bakal mendapat calon-calon pemimpin yang berjaya dan berwibawa suatu hari nanti.. semuanya disebabkan niat murni dan semangat para pelajar untuk mendapatkan keputusan yang terbaik di menara gading. 

Permohonan - 64,703
Ditawarkan - 53,216
Tidak ditawarkan - 11,487

jika diperhatikan. terdapat lebih 11ribu calon yang tidak ditawarkan..  boleh nampak tak corak pembelajaran di Malaysia camne? masih ramai yang nak belajar sehingga tidak cukup tempat untuk dimuatkan jumlah mereka.  erk. apa yang cuba aye sampaikan ni? haha. okay-okay, actually aye bangga apabila anak bangsa kita masih mahu menimba ilmu. :)  tak sia-sialah motto 1Malaysia kan.. "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" .. Pencapaian Diutamakan.. :)

Calon Lelaki - 14,266                       Calon Aliran Sains - 21, 954
 Calon Perempuan - 27,001               Calon Aliran Sastera - 19,313

seperti yang korunk semua tahu, 12:00 tengah hari tadi, telah pun dibuka semakan UPU kan.. dan untuk pengetahuan korunk, segala tawaran surat-menyurat akan mula diedarkan pada keesokan hari 16hb Julai 2011. so, pada yang berjaya, congratulation ok! :)  oryte, bagi yang belum semak atau tidak tahu nak semak kat mana, moh aye share camne okay.. 

Website :

Hotline :
03-8883 5858


Helpline :
03-8883 5848


SMS :
UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

korunk yang telah berjaya atau layak menempatkan diri di IPTA, korunk jangan lupa untuk mengesahkan penerimaan korunk okay. tempoh yang diberi cuma tujuh hari iaitu paling lewat pada 22 Julai 2011. bagi yang tidak berjaya, haaa.. korunk boleh buat rayuan melalui e-rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my .. pada 25 Julai 2011. okaylah, congratulation and good luck peeps! :)

sumber : berita harian


Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

2 Comments

Rafidah Farhana said…
Alhamdulillah, saya dalam golongan yang ditawarkann :)