Carpal Tunnel Syndrome : Sakit Otot

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 60
hye korang. hari ni cx nak cerita tentang Carpal Tunnel Syndrome. baru-baru ni, selalu sangat diserang oleh Carpal Tunnel Syndrome ni. sakitnya Ya Allah.. eh sat, apa itu Carpal Tunnel Syndrome? okay, biar cx bagi maksud dari segi pemahaman cx ye.. memandangkan cx belajar Carpal Tunnel Syndrome ni masa diploma dulu.


carpal tunnel syndrome
carpal Tunnel Syndrome

Carpal Tunnel Syndrome merupakan sakit otot yang disebabkan tindakan atau pergerakan kita secara berulang-ulang. kebiasaannya akan merasa kebas, sesemut, sengal-sengal dan sakit akhirnya. jika telah kronik, otot korangboleh lumpuh. Carpal Tunnel Syndrome selalu berlaku pada tangan, kaki dan pinggang yang more to otot-otot kita. okay, faham tak? kalau tak faham, cx kasi definition secara doktor pula ya.. camni, CTS ni actually ..

Keadaan menyakitkan tangan dan jari yang disebabkan oleh pemampatan saraf utama di mana ia melepasi tulang carpal melalui petikan di depan pergelangan tangan, bersama-sama dengan tendon flexor tangan. Ia mungkin disebabkan oleh pergerakan yang berulang-ulang dalam tempoh yang panjang, atau oleh pembendungan cecair, dan dicirikan oleh sensasi kesemutan, kebas, ataumembakar - Carpal Tunnel Syndrome Google

atau pun boleh didefinisikan sebagai Sejenis neuropati mampatan (kerosakan saraf) yang disebabkan oleh pemampatan dan kerengsaan pada saraf median pada pergelangan tangan. Saraf dimampatkan dalam terowong carpal, terusan bertulang di sebelah sawit pergelangan tangan yang memberi laluan untuk saraf median ke tangan. Kerengsaan pada saraf median khusus disebabkan oleh tekanan daripadaligamen carpal melintang - medterms

okay, dah faham? bagus jika dah faham. cx before this okay je bila mengadap laptop 24/7 tapi semenjak berblogging ni, cx semakin gila untuk mengadap lappy dan cx tak sedar kedudukan cx tidak betul dan menyebabkan otot bahu kanan cx ni mengalami Carpal Tunnel Syndrome . sangat sakit woo sebab dia effect tulang belakang cx . hurm, apa yang cx nak cakap Carpal Tunnel Syndrome ni sangat bahaya ya kawan-kawan. sila jangan biarkan diri korang jadi cam cx . sekarang ni cx just urut, exercise dan sapu minyak panas dekat bahu cx . dan mungkin cx boleh mengurangkan penggunaan lappy after this. hope so.

cara korang pegang mouse pun kena betul okay. kedudukan korang depan lappy pun kena betul, if not.. siaplah korung Carpal Tunnel Syndrome menyerang. jangan amalkan berbaring di atas katil dan mengadap lappy. itu salah satu penyebab Carpal Tunnel Syndrome kerna, korang tekan otot tangan untuk bekerja keras menaip, mengawal mouse dan menyesuaikan kedudukan korang yang sedang baring tu. cx nak masukkan gambar operation Carpal Tunnel Syndrome , tapi cx tak sanggup nak tengok. korang nak tengok? sila rujuk sumber ya.


amalkan kehidupan yang sihat
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

Post a Comment

2 Comments

ishhhhh takotnyeeeeeeee ape punca2 die ek?
CXopportunities said…
sumaiyah mokhtar : biasanya berkait rapat dgn kedudukan yang tidak betul ketika menggunakan komputer.