Tuesday, August 2, 2011

Puasa itu meletihkan?

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 3
kali ni punya entry pon berkaitan dengan ceramah Dr. Danial Zainal Abidin.  Ceramah beliau terdapat banyak part sebab banyak persoalan yang dijawab. so, ini persoalan ketiga .. :) jom baca apa kata Dr. Danial. 


Pertama
Seperti yang kita semua tahu yang puasa ni adalah perintah Allah kan? dan Allah Maha Mengetahui.  Sebab tu Allah menyatakan bahawa "Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya" .. haaa. pernah dengar kan? Jadi kawan-kawan, Allah telah memberi jaminan kepada kita apa yang Allah bebankan ke atas kita merupakan bebanan yang kita mampu pikul dan tanggung. so, kenapa mesti mengeluh kan apabila sesuatu dugaan atau bebanan itu Allah letakkan diatas bahu kita? :) Bersyukurlah :)

Kedua
Sepanjang kita menjadi Umat Islam, dan sepanjang kita telah berpuasa, belum ada lagi kita menerima data-data yang menyatakan puasa orang Islam telah menyebabkan kematian orang ramai.  contohnya, Dr. Danial cakap, seperti contoh dapat data daripada hospital kerajaan atau pun swasta diperingkat Malaysia, peringkat domestik atau pun antarabangsa, belum lagi menerima sebarang data yang menyatakan dengan penuh yakin di bulan Ramadhan ini, ramai orang Islam mati sebab mereka berpuasa, belum lagi kita terima data seperti itu tetapi .. kita terima banyak fakta dan data yang menunjukkan sebaliknya :)

Ketiga
Dari sudut sains, walaupun kita akur bahawa perintah berpuasa di bulan Ramadhan  bukan disebabkan fakta sains, tetapi kita berpuasa disebabkan perintah Allah, contoh berpandukan surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud "diwajibkan ke atasmu berpuasa wahai orang yang beriman sebagaimana diwajibkan ke atas mereka sebelumnya"

okay kawan-kawan, macam mana? Adakah puasa itu meletihkan?  Adakah Allah tidak adil dalam menguji hamba-hambaNya? renungkanlah dan bersyukurlah kerna , segala yang Allah tetapkan adalah demi kebaikan kita dan bukan sengaja membebankan kita tanpa sebab munasabah cuma, akal kita tidak mampu untuk memikirkan sesuatu yang diluar batasan pemikiran seorang manusia :)

sumber : Baca @ Ramadhan

Ramadhan itu mengajar kita erti kesabaran
"lahirkanlah keikhlasan daripada hatimu"

4 comments:

~CiK TiNieY~ said...

Letih sebab stress atau hal2 lain meletihkan+serabut tapi...

letih sebab puasa melahirkan rasa sabar dan lagi besar ganjarannya...:)

yad'z said...

puasa itu sebenarnya membawa kepada kesihatan.. ^^
terawikh pulak senaman.. hehe.. ^^

My Name is Mar said...

Hari ni tidur petang.. Jadi terasa letih skettt....

Mar is a BOY or GIRL?

LinE PuTih LiNe HiTaM said...

SELAMAT BERPUASA.. puasa ni banyak kebaikan dan memang kabaikan ja la ada dalam berpuasa dan bulan ramadhan..