Ramadhan, syaitan dibelenggu, tapi kita masih melakukan kejahatan

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t

sharing number 5
panjang tak tajuk entry kali ni? hehe. aye nak pendekkan tapi takut orang tak faham. so, aye kasi dia panjang-panjang.. :) tapi setelah dihitung, aye pon kerat sampai jadi ala2 tak panjang tak pendek. ok, ini adalah sambungan ceramah Dr. Danial Zainal Abidin episod 3.  Lagi seronok if korunk dengar sendiri ceramah tu. :) 


Dalam negeri tertentu, bagi sesiapa yang tidak berpuasa akan diangkat dengan van mayat atau secara sopannya adalah van jenazah dan sedang itu kita pun terlihat akannya dan cepat-cepat kita pun sedekah Al-Fatihah sedangkan yang ada dalam van mayat itu adalah orang-orang yang tidak berpuasa, jadi dapatlah doa itu kepada mereka.  bak kata kita, dapat Fatihah free padehal dia tak puasa. apabila syaitan dirantai, tapi orang masih bermaksiat, sudah pasti ianya memerlukan tafsiran. :)

Pertamanya sekali, adakah dalil yang menyatakan bahawa syaitan itu dirantai? Dr. Danial merujuk buku penulisannya "Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab", dalam persoalan 31, muka surat 86, Imam Bukhari dan Muslim merekodkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "apabila datang Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka" .. 


Contoh paling ketara, Masjid biasanya lengang, tiba-tiba dimusim Ramadhan, Masjid penuh, berebut-rebut orang mengisi ruang legar Masjid, padahal 11 bulan sebelum itu, waktu maghrib dan isyaknya lengang, kalau ada pun, mungkin satu dua saf dan yang pastinya Tok Imam dan Tok Bilal datang awal.  Orang lain takpalah, tapi apabila masuk Ramadhan? :) Ya Rabbi. penuh!  Itu sudah menampakkan bahawa ada kebenaran sabda ini.  

Pintu syurga terbuka ertinya, orang teransang untuk melakukan kebaikan dan orang juga teransang untuk menjauhi kekejian, maka pintu neraka tertutup. 

Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim dalam Kitab Al-Faith Al-Baghi Al-Soleh Al-Bukhari oleh Syed Anwar Kashmiri, disebutkan golongan yang dirantai itu berkemungkinan daripada kalangan jin yang ganas.  Jadi syaitan ini daripada kalangan jin dan syaitan ini ada martabatnya sepertimana jin.  Ada jin yang jahat dan ada yang brutal.  


contohnya, jin Ifrit, berbeza dengan jin biasa, kata setengah ulama, kemungkinan golongan yang dirantai ini adalah jin yang terlampau jahat dan bagi jin yang brutal, iaitu jin yang jahat juga tapi kurang jahatnya.  maka tidak dirantai.  ini adalah sebuah tafsiran bak kata Dr. Danial.

Dr. Mohd Ukhlah (jika aye silap, harap maaf) dalam Ahkam Al-Siam berkata, maksud dirantai adalah kurang dugaan, dan kurang mengikuti manusia.  Jadi bagi Dr. Mohd Ukhlah, kalam Nabi s.a.w yang menyatakan syaitan dirantai itu simbolik, bukan maksudnya dirantai betul tapi maksudnya bila kita kuat ibadah dimusim Ramadhan, maka godaan syaitan kurang mempengaruhi kita seolah-olah syaitan itu dirantai :)

sumber : Baca @ Ramadhan

Ramadhan menyucikan hati
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

3 Comments

ezza haniza said…
tapi apa yang saya belaja, jin ifrit jugak adalah jin yang paling pandai..:)
[sutera kasih] said…
salam ramadhan my kembar nama hehe

selamat berpuasa, jgn ponteng puasa tau :P
Anonymous said…
Iblis sendiri yang kata diri dia dirantai diperut bumi.. kenapa kita nak kata dia simbolik ya? Tapi yang penting isu ni x penting pun.. yang penting kita happy ramadhan =)

http://www.anwarsuran.com/2011/08/keadaan-iblis-ketika-ramadhan.html