Tuesday, October 25, 2011

13 Cara Suami Melayan Isteri Mengikut Cara Rasulullah SAW

Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum wbt

1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”


2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak suka, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segera merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa doktor.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan belilah sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakkan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakkan daripada merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincang dengan isteri. Isteri pula janganlah “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. 
walluhu ‘Alam

Ikutlah Sunnah Nabi saw
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

4 comments:

syazana amira said...

thnx for sharing this.. sweet lah kalau suma suami macam nih :)

Warna Warni Kehidupan said...

alangkah indahnya kalau lelaki² hari ini menjadikan peribadi Rasulullah sebagai contoh ikutan..

sekamar rindu said...

salam cx's,

sangat sesuai sekali buat siapa2 yg nak melangsungkan perkahwinan tu..:)

terima kasih.atas berkongsi entri ni..

Wanie said...

copy paste eh..simpanan untuk mase depan :)