Monday, September 10, 2012

'Entry' Dihitung di Akhirat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps. dah lama tak update blog. sebab? sibuk memanjang. terlalu banyak benda yang lagi penting perlu diselesaikan daripada berblogging. hehe. okay kali ni just nak share pendapat. kita ni blogger.. manusia yang menjadi hamba kepada Allah. tak takut ke dengan apa yang kita tulis dekat blog?

ingatlah kawan-kawan, jangan terlalu berani mencanang salah orang lain dalam blog kita, dalam masa yang sama, korunk telah menjatuhkan maruah saudara seislam kita. biarlah apa pun yang mereka nak buat, itu dosa pahala yang mereka akan bayar pada Allah nanti. if nak tegur, it's ok tapi biar beradap. tapi, kalau bab-bab artis, jangan terlalu sombong menyatakan mereka berada dijalan yang salah.


tak perlu nak tuding jari pada kesalahan orang lain, apa yang tidak elok, pandang,dengar dan jadikan contoh supaya kita tidak terjerumus ke kencah yang sama. ini tidak, korunk sedap mulut je mengata tak sedar diri bagai, kenapa tak fikir .. kenapa tak ikut cara pemikiran agama.. tapi korunk sedar tak? ujian Allah itu sentiasa berputar untuk kita tau. hari mereka diuji, kita mengata.. esok lusa? kita diuji dan orang lain juga akan mengata seperti mana yang korunk buat pada orang lain.

cx bukan nak kata mereka yang buat salah itu tak perlu ditegur, tapi ntahlah. korunk dah besar, fikirlah sendiri. sebelum nak tegur orang lain, tanya diri sendiri, sempurnakah dirimu? 

Mak Temah's:
mungkin ada antara kita yang positif dalam menerima teguran, dan mungkin ada yang sebaliknya. tiada siapa yang perlu dipersalahkan atas apa pun tindakan yang diambil, kerna kita sendiri yang mencorak kehidupan kita kerna akhirat nanti, bahagian yang berat itulah jawapannya.. . wallahu'alam

hindarkanlah kemungkaran
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

2 comments:

Sue PeLik said...

betul tuh. setuju sangat :)

[sutera kasih] said...

thanks share entri ni..saling mengingati sesama kita :)